Inilah satu lagi filem syok sendiri yang boleh pulak terselak masuk dalam senarai filem Malaysia tahun 2012. Aku tak tahulah bagaimana penerbit filem ini sanggup membenarkan dirinya berhabisan duit untuk melabur atas sebuah filem yang kualitinya hampeh dan juga teruk. Malah, dilihat pada idea filem ini yang terlalu simple dan tak layak untuk berada sama ada di taraf drama tv ataupun filem, skrip filem ini patut berada di dalam tong sampah dari membiarkan penonton buang duit tonton filem ini seperti buang duit dalam tong sampah.
kesilapan dalam filem ini di sini:
Daripada syarikat yang selalu menerbitkan drama tv, Baik Giler! Amatlah baik pada kualiti visualnya. Pertamanya, dalam sebuah produksi baru yang entah tidaklah dikenali namanya, kualiti visual yang memuaskan ini sesuatu yang memberansangkan. Ada beberapa sudut editing yang aku rasa cukup baik dalam filem ini. Walaupun editingnya agak sederhana setaraf drama tv dan tidak ada satu pun visual yang artistik, visualnya boleh diterima.
Tetapi, merugikan sangat sangat korang meletupkan sebuah kereta dan memasukkan adegan Yank Kassim melompat ke dalam semak semasa kereta itu meletup tetapi tidak develop ceritanya bermula dari situ. Pada mulanya, melihat flashback, aku rasakan mungkin kegilaan Fiq dalam kisah ini bermula dari kisahnya dilanggar kereta itu dan dimasukkan ke hospital, hilang ingatan, seterusnya jadi gila. Tetapi, apa yang aku nampak, yang kena langgar adalah si budak kecil itu, yang tidak membawa apa apa makna dalam kehidupan Fiq.
Lakonan Zizan sekali lagi dibunuh dengan tidak bermaruah dengan skrip yang agak teruk. Dengan babak babak yang makin lama makin membosankan walaupun aku rasakan Zizan sedaya upayanya memberikan yang terbaik. Malang sungguh tak ada tongkat untuk Zizan bangun dan membantu aura filem ini untuk naik. Justeru, yeah, bersetuju yang filem ini punya kebosanan yang agak hebat! Awie meloyakan. Esma Daniel masih ok walaupun percubaan buat lawak nampaknya tak berapalah. Namun, ok sikitlah dari lakonan melebih lebih Awie dalam usaha nak bagi orang tergelak tu.
Percayalah, jika korang menonton Baik Giler! hanya kerana mahu melihat artis baru jadi pelakon si Farawahida mempersembahkan lakonannya, baik hentikan niat. Lakonan Farawahida lebih kaku dari lakonan kekakuan pelakon pelakon lain. Dia seperti terlalu amatur untuk sebuah filem. Namun, aku tahu, mungkin dengan latihan yang tidak cukup sempurna, kaku Farawahida tidak dapat dilentokkan sekaligus menyaksikan dirinya dipermainkan di sebelah lakonan lakonan gaik pelakon pelakon lain.
Tak ubah seperti sebuah filem zaman Gila Gila Remaja, tak pun zaman Azura. Masihkah ada yang mahu melihat dialog dialog yang agak skema sebegini? Rasanya orang dah tahu menilai. Jadi, silap siapa semua ni terjadi. Aku tundingkan jari kepada siapa saja yang membuat filem ini kaku dan tidak ada roh. Aku rasakan Zizan dan Farawahida bukanlah gandingan yang baik. Dengan postur badan Farawahida yang nampak dewasa, tak sesuailah nak digandingkan dengan Zizan yang kurus kering tu.
Apapun, tabik spring jugalah atas usaha yang dilakukan untuk semuanya berjaya. Bukannya aku nak menghina filem ini. Tetapi, seperti mana terjadinya filem Uncle Usin yang pernah aku ceritakan dulu, seperti inilah filem ini terjadi. Baik Giler! tidak padat dengan ceritanya yang hebat untuk sebuah filem. Ini semua idea yang cukup terlalu santai malah kalau dibuat cerpen pun tak ada siapa nak baca. Mana mungkin hanya kerana semantiknya frasa ‘Baik Giler!’, semua kisah ini terjadi. Mengarut!
2/5
No comments:
Post a Comment