Kalau mak mak bapak yang pernah hidup zaman tv hitam putih dulu, pastinya The Three Stooges menjadi salah satu tv show yang amat dikenali. Pastinya, pada zaman sekarang, jenama 3 beradik kelakar ini sudah pun berakhir. Tetapi, nama mereka tetap diingati sehingga sekarang. Dengan kisah kisah pendek dan lawak slapstick yang keterlaluan, kisah The Three Stooges memang lawak. Itu versi hitam putih. Versi baru 2012 ni bagaimana pula ya?
Dengan percubaan untuk menghidupkan kembali popularity The Three Stooges, Bobby Farrelly dan Peter Farelly (pengarah Shallow Hall lakonan Jack Black) mengembalikan nafas komedi zaman hitam putih ini. Percubaan yang pada aku diletakkan dengan plot yang terlalu mudah tetapi difokuskan kepada komedi cliché Three Stooges adalah strategi untuk filem ini. Berjaya atau tidak, nah, keseluruhannya filem ini tidaklah akan menggembirakan anda.
The Three Stooges amatlah lesu pada awal filem. Walaupun percubaan untuk membawa kelakar itu ada, namun gandingan Three Stooges nampaknya tidak dapat untuk mengembalikan plot yang cuba disampaikan. Plot dan komedi tidak diseimbangkan dan kelakarnya, walaupun ada yang menjadi dirasakan amat melebih lebih dan berulang ulang. Mungkin Three Stooges dalam versi short filem lebih hebat berbanding durasi panjang sebegini.
Berdiri sebagai sebuah komedi slapstick, pastinya banyak perkara yang unexplainable dalam filem ni. Dengan biarawati suara lelakinya, dengan pistol kencingnya. Ianya memang hah, pening kepala den! Kreativiti yang klasik!. Malah, wajah biarawati yang tak berubah ubah dari zaman The Three Stooges kecik sampai besar tu, itu… macam… hmmm..
Plot pembunuhan yang simple dan biasa nampaknya ditangani dengan komedi yang sederhana. Dengan hanya mengharapkan 3 pak lawak ini saja untuk menghasilkan komedi, filem ini tidak bervariasi. Tetapi, walaupun tidaklah bervariasi, masih ada idea idea kelakar terhasil dari The Three Stooges yang berjaya mengundang tawa.
Moe, Larry dan Curly keluar mencari wang untuk membantu rumah anak yatim mereka. Namun, mereka akhirnya terlibat dalam satu plot pembunuhan yang menyebabkan kesemuanya kacau bilau. Moe pula terpisah dari Larry dan Curly selepas satu insiden dan telah tidak sengajanya membintangi sebuah reality tv program. Berjaya atau tidak mereka bertiga membantu rumah anak yatim mereka?
Apapun, dengan plot dan drama yang agak mendatar pada awal filem, aku rasakan enjin agak lambat untuk dipanaskan. Namun apa pun, berbaloi jugak untuk ditunggu kerana apa yang berlaku selepas itu adalah siri siri kejadian kelakar yang tidak masuk akal, tetapi berjaya mengeletek urat ketawa. Walaupun aku rasakan filem ini nampak ‘murahan’, tetapi sebagai sebuah filem komedi ketawa biasa, ianya bolehlah tahan. The Three Stooges bakal berada di pawagam Malaysia 9 Ogos 2012.
2.5/5
No comments:
Post a Comment