Bila dapat tahu yang filem ini adalah sebuah filem cinta serius, memang pada pandangan aku, filem ini memang membosankan. Dengan barisan filem Ahmad Idham yang sudah meletakkan namanya dalam pengarah yang sudah mula tampil dengan idea membosankan walaupun sesetengahnya fresh, filem ini tidak mendapat expectation yang tinggi dari aku. Berharap sekadar mampu untuk menghalang supaya aku tak menguap sampai penghujung cerita sahaja.
movie mistakes:
Selepas menonton filem ini, aku rasakan Gerimis Mengundang bukanlah membosankan. Filem cinta romantik yang serius tanpa ada watak komedi yang menghiasi ini agak baik dari segi romantikanya. Walaupun tidaklah aku rasakan filem ini filem terbaik dari si pengarah ini, namun sekurang kurangnya Gerimis Mengundang telah berjaya mengundang mesejnya yang tersendiri.
Bagi yang inginkan komedi, sememangnya ini bukan filem komedi romantik untuk anda. Ini adalah sebuah cerita cinta dan mesejnya yang tersendiri, walaupun mesejnya biasa biasa saja. Mungkin tak semua akan seronok menghayati detik cinta watak justeru buat penonton sebegini, melabelkan filem ini membosankan.
Gerimis Mengundang pada aku bukanlah cerita agungnya cinta. Pada aku, perkara yang penting untuk membina sebuah cinta agung mestilah sepertimana Puteri Gunung Ledang, juga filem filem hindi seperti Dilwale Dulhaniya Le Jayenge dan lain lain. Dalam sebuah cinta agung, halangan mestinya kuat dan membuatkan penonton cuba untuk menolak perasaan mereka untuk membantu menyatukan dua jiwa. Gerimis Mengundang tidak ada hal itu.
Beberapa adegan nampak seperti lewah dan tidaklah diperlukan untuk membina cerita dari hidupnya si Zamani. Pada aku, adegan Zamani membawa Mikha berjumpa orang tua angkatnya itu nampak seperti sebuah kisah yang terabai. Walaupun ya, aku rasakan adegan itu cuba menunjukkan budaya masyarakat Sabah, aku rasa ianya tidaklah cukup simboliknya. Mungkin ada cara lain yang lebih baik untuk mengukir budaya mereka dalam filem.
Olivia Lubis semestinya cantik. Lakonanya yang agak baik walaupun digandingkan dengan Zamani, si Kamal Adli yang nampak tak stabil dari lakonannya. Pada awal filem, aku nampak watak Zamani diperkenalkan dengan egonya apabila dia nyaris dilanggar jet ski Mikha. Ego lelakinya itu melarat sehingga Zamani bawa Mikha dan ibu bapanya menghadiri satu meeting.
Apa yang aku lihat di sini, ego Zamani pada aku lebih terserlah kepada bencinya Zamani terhadap Mikha, seolah olah mereka pernah kenal suatu ketika dulu. Padahal, Mikha dan Zamani baru saja dipertemukan selepas insiden. Jadi, imbangan dari dua jalan, jalan hidup Zamani dan jalan hidup Mikha tidak dipertemukan dengan baik (pandangan peribadi). Iyalah, bagaimana dengan hanya maaf dari Mikha, Zamani terus jatuh cinta. Nampak cepat dan tidak dapat dimengerti faktor x kenapa Mikha sayang Zamani dan sebaliknya.
Apapun, selepas terabainya permulaan itu, sekali lagi tragiknya filem tragik ini terserlah. Tragik di sini bererti kelemahan halangan yang diterima Zamani untuk mendapatkan Mikha. Bilamana watak tunang si Mikha muncul, aku rasakan this is a great moment untuk gelar filem ini sebuah cinta agung. Aku mengharapkan si tunang itu menjadi watak jahat yang menghalang cinta mereka. Alih alih, semuanya berbalik kepada emosi Zamani. Watak tunangnya si Mikha melepaskan Mikha begitu saja? Ah, di mana kejahatan cintanya?
Walaupun aku rasakan Zamani dan Mikha bukanlah pasangan yang cocok dalam filem ini, tak mengapalah. Asalkan ceritanya ada dan mampu membawa apa yang mahu dibawa, ok sajalah. Gerimis Mengundang bukan karya agung walaupun ceritanya membunuh satu karakter utama untuk menyuntik sedih di hati penonton. Sebuah kisah gerimis di hati Zamani yang mengundang persoalan tentang apa sebenarnya cinta...
3/5
1 comment:
kamal adli yg berlakon..
Post a Comment