Prometheus adalah sebuah filem terbaru Ridley Scott. Ini adalah filem yang mengembalikan pengarah Gladiator ini ke trek asal yang pernah mempopularkannya suatu ketika dulu, sains fiksyen. Jom, dari Wikipedia, inilah 10 trivia menarik tentang Prometheus.
1. Filem ini berlatar belakangkan lewat abad ke 21 yang mana pada masa itu, sebuah kapal bernama Prometheus telah mengikut jejak bintang. Apa yang mereka temui adalah beberapa tamadun purba Bumi. Dikala itu, mereka mencari asal usul manusia tetapi malangnya mereka menjumpai satu ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan manusia.
2. Produksi ini bermula sebagai sebuah sekuel kepada francais filem Alien pada awal tahun 2000. James Cameroon, pengarah Avatar bersama Ridley Scott membina idea untuk filem ini yang akan menjadi prekuel kepada filem tahun 1979 arahan Ridley Scott, Alien. Malangnya, projek ini diketepikan untuk memberi laluan kepada filem Alien vs. Predator. Kerja kerja untuk membuat filem ini bermula semula pada tahun 2009.
3. Disyot dalam 3D, filem ini menelan belanja sekitar $120-130 million untuk kos penggambaran. Kebanyakan penggambarannya dijalankan di set yang dibina dan juga beberapa lokasi di England, Iceland, Spain dan Scotland.
4. Filem ini pada asalnya akan dinamakan Paradise, tetapi pada January 2011, filem ini diberi nama Prometheus. Paradise?? Erk…
5. Jon Spaihts diberi peluang untuk menulis skrip dan draf cerita filem ini. Dia mengambil masa selama 3 minggu setengah untuk siapkan draf pertamanya. Draft tersebut yang terdiri dari 20 helaian outline yang terperinci diserahkan kepada penerbit pada Hari Krismas tahun 2009. Tak sampai 12 jam, Ridley Scott memulangkan semula skrip untuk rombakan semula. Maka, si penulis skrip terpaksalah menyambut Hari Krismasnya dengan membuat rombakan jalan cerita. Kesian…
6. Kerja filem ini terinspirasi oleh Chariots of the God? Tulisan Erich von Daniken. Ianya berkenaan teori astronaut purba yang menceritakan yang kehidupan manusia dicipta oleh alien. Ooo…
7. Garaj untuk set kapal Prometheus ini dibina di Pinewood Studios di England. 11 minggu digunakan untuk membina dan mereka segala macam detail yang ada dalam kapal tersebut.
8. Footage pertama filem Prometheus mula ditunjukkan kepada khalayak umum pada Julai 21, 2011 di San Diego Comic-Con International.
9. Tayangan perdana Prometheus telah diadakan pada 21 May 2012 di Empire Cinema di Leicester Square, London.
10. Filem ini menerima ulasan yang positif dari pengulas. Di Rotten Tomatoes, 77% reviews menyatakan filem ini memang terbaik. Malah, wartawan Hollywood Reporters menyatakan visualnya memang menakjubkan.
Korang bagaimana? Sudah bersedia untuk Prometheus? Jika ya, alaminya di sini.
1 comment:
mmm dh tgk.mmg best.patut la nmpak Alien mase last2 tu.so ni kire asal usul Alien lah nie yer.... :) terbaik lah
Post a Comment