Akan Datang!

Saturday, June 28, 2014

Review: Transformers - Age of Extinction

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Michael Bay
Pelakon | Mark Wahlberg, Peter Cullen, Nicola Peltz, Jack Reynor

No soul! Itulah yang terjadi pada filem yang aku rasakan antara filem yang ditunggu tunggu untuk tahun ini di tayang di depan mata. Filem arahan Michael Bay ini, tidak berjaya memberikan apa yang pengarah ini beri pada filem pertama yang ditayang 2007 dulu. Malah, dengan Revenge of the Fallen yang aku kira satu satunya filem yang ada soul paling gaban bagi siri ini, maka bermulalah kejatuhan Transformers melalui Dark of the Moon, dan seterusnya melalui Age of Extinction, grafnya jatuh lagi. 

Let me get this clear, Transformers keempat ini di tangan Michael Bay tidak ada apa apa improvement. Malah lebih tepat lagi, Michael Bay tidak pernah faham apakah itu ‘reboot’. Apa yang pengarah ini sajikan, melalui tulisan lakon layar Ehren Kruger, Age of Extinction seperti sebuah tulisan yang hilang arah dalam keadaan sedaya upayanya cuba untuk memberikan ‘new face’ kepada siri ini yang sudah mulai ‘mati’ di Dark of the Moon. 

Maka, apa yang anda bakal lihat alah generasi baru Autobot yang entah apa apa, lebih human-look-alike yang sangat tidak menggambarkan ‘robot’ itu sendiri. Jauh benar improvisasi yang diberikan atas nama bikin semula. Malah, kegagalan pertama yang aku nampak ialah Autobot yang tidak ada apa apa. Kosong tanpa kekuatan yang dititikberat pada karakternya! Semuanya tidak ada kekuatan yang menjadikan setiap karakter Autobot dipuja seperti karakter2 filem sebelumnya. 

Lakon layar filem ni longgar. Usah bandingkan dengan filem filem Transformers terdahulu, ianya tetap sama. Namun, apa yang Michael Bay sajikan pada filem ni tidak ada sekelumit improvement. Apa yang ada ialah sebuah lakonlayar yang sangat tidak ada jiwa, lebih teruk dari Dark of the Moon. Terumbang ambing antara tiga cerita yang tidak diimbangkan dengan baik, Age of Extinction sangat membosankan dari segi ceritanya. 

Malah, melalui garapan muzik yang pada aku sangatlah tidak membantu, Age of Extinction mempunyai pelengkap yang tidak melengkapkan. Disebalik visual yang pada aku menakjubkan, Steve Jablonsky dan Imagine Dragons tidak mampu mengulangi kekuatan skor muzik filem Transformers terdahulu. Apa jadah kalau pertarungannya cantik dan hebat tapi disulam dengan muzik yang tidak kena dengan jiwa visual. Rasa sesak! Sesak dan sukar bernafas! 

Dari segi visual efek, ianya masih tak dapat menandingi kehebatan visual efek filem Dark of the Moon. Kelihatan pengarah cuba untuk meniru, atau sekadar mereka semula beberapa visual efek yang gempak namun tidak mampu sampai ke level yang sempurna. Malah, beberapa babak kelihatan tidak kemas pada penataan kesan khas sekaligus mencacatkan beberapa saat filem ini. 

Bay tidak mampu memberikan apa apa yang baru. Apa yang ada dalam Age of Extinction hanyalah apa yang pernah anda lihat dalam filem Transformers terdahulu. Jika anda peminat tegar Transformers dan menghafal babak babak ikonik filem filem ini, anda pasti sedar yang beberapa babak filem ni hanyalah ‘reboot’ beberapa babak filem Transformers terdahulu yang di improvekan situasinya. Malah, plotnya, jika anda perasan, mirip Dark of the Moon yang disatukan dengan Revenge of the Fallen! 

Battle kat China tu nampak tersepit. Tidak mampu memberi ruang untuk melihat meganya battle seperti di Egypt dan Chicago. Hampa! 

Lakonan Mark Wahlberg, Nicola Peltz dan Jack Reynor tidak blend in. Tidak ada keserasian. Tidak ada sesuatu untuk memberikan emosi yang seharusnya. Aku patut rasakan sesuatu tentang hubungan ayah-anak seperti mana aku tonton dalam Transformers terdahulu. Namun, apa yang aku liihat hanyalah sekumpulan watak yang mengembara mengikut kehendak cerita dan diakhirnya tiada apa apa point. Pointless! 

Running time yang panjang menjadikan filem ni tidak mampu memberikan kekuatan dalam segi skrip, lakonan dan arahan. Mungkin next time, Bay perlu selayaknya membikin Transformers dan bukan Bay-formers. 

Pada aku, Transformers: Age of Extinction adalah kegagalan paling abadi untuk filem Transformers. Walaupun kepujian harus diberikan pada visual efek dan juga letupan maha besar yang ditampilkan, kekurangan pada arahan, skrip dan segala gala yang diberitahu tadi menyebabkan aku rasa Transformers perlu beralih tangan. Bay perlu angkat kaki sebentar dan lihat jika Transformers lebih indah kalau berada di tangan pengarah lain. Malangnya, ianya takkan terjadi, sebab filem Transformers seterusnya akan datang tahun 2016 nanti dari pengarah yang sama. 

2.5/5

Sunday, June 22, 2014

Esklusif: Perlukah Babak Bogel Dalam Filem 'The Raid 2'?

Kehadiran The Raid 2 dalam bentuk DVD/ Bluray dan juga download percuma secara haram yang berleluasa mengembalikan kembali semangat filem ni yang terhalang dek pengharamannya di Malaysia suatu masa dahulu. Menonton filem ni, aku rasakan pengharamannya wajar disebabkan keganasannya yang melampau dan juga keberaniannya untuk aksi yang sangat dewasa. Nampaknya filem Indonesia sudah berhubung dengan dunia. Dan kita masih di sini.

Cuma dalam kebanggaan rakyat Indonesia menerima filem yang sangat internasional ini di mata dunia, aku sebenarnya kurang selesa kerana penampilan filem ni sangat internasional hingga menghilangkan asal usul filem Nusantara yang seharusnya licin dari sebarang kelucahan melampau. Dalam filem The Raid 2, babak bogel kelihatan pada satu saat. Seorang perempuan bogel yang keluar dari sebuah kawasan rakaman filem lucah dengan mengenakan sex toy dan mendedahkan dada antara sajian filem ni yang aku rasakan agak keterlaluan

sebuah scene bogel dari The Raid 2 yang agak keterlaluan (klik utk gambar tanpa sensor)

Review: The Raid 2 a.k.a Berandal

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Gareth Evan
Pelakon | Iko Uwais, Arifin Putra, Julie Estelle
Gareth Evan nampaknya menjadikan filem ni Titanic saganya tersendiri dengan menjadikan durasinya antara yang terpanjang aku pernah tonton. Menghadap filem aksi brutal ini selama 2 jam 30 minit sebenarnya ibarat berada di satu pusat penyembelihan, melihat penuh darah di lantai dan tangan penyembelih, dan pada masa yang sama, design tempat itu sangat menarik seperti sebuah hotel. Bau busuknya hilang, namun terganti dengan hiburan ganas di depan mata. 

Melihat Iko Uwais beraksi kali ini tidak akan merasakan yang pelakon ni masih lagi keras dan kaku dalam lakonannya. Walaupun aku rasakan ada babak babak jiwa/emosi yang agak kurang meyakinkan, Iko Uwais nampaknya cuba tackle keseluruhannya dengan jaya. Dan emosi campur seni bela diri menghasilkan satu lagi level baru pelakon Indonesia ini yang terus meyakinkan peminat filem martial art untuk up kepada sebuah persembahan lebih luar kotak, kebrutalan! 

Tidak berada dalam ruang lingkup kecil dan plot yang simple seperti filem yang pertama, The Raid 2 benar benar membesarkan dan mengagungkan sebuah masterpiece yang sudah mempesonakan dunia ini. Filem ni bangkit dengan jiwa Hollywoodnya yang sangat cult, tetapi tidak meninggalkan sisa Nusantara yang berada di sipi, menghias sisi sisi filem yang menjadikan ianya sebagai sebuah filem Indonesia yang sangat internasional. 

Brutalnya The Raid 2 aku rasa lebih hebat dari Ong Bak 3. Malah, aku rasakan, dalam melihat kepada filem seni bela diri yang ada, The Raid 2 antara filem seni bela diri yang berani untuk tunjuk semua aksi yang luar jangkauan dan sangat menjijikkan bagi yang tidak biasa dengan babak pembunuhan yang melampau. Justeru, aku rasakan selayaknya filem ni tiada di wayang Malaysia. 

Plot The Raid 2 dikembangkan. Namun, dalam pada aku menonton filem ni, aku merasakan apa yang berlaku pada awal filem, malah pada beberapa babak dalam filem ni banyak menunjukkan yang Gareth Evan melebihkan style daripada isinya. Beberapa babak nampak sangat panjang dan hanya kekal sebagai sebuah visual artistic dan gagal menyampaikan isi dan misi yang harus ada. Namun begitu, timbul tenggelam mood ini sebenarnya tidak jelas kelihatan kerana aksinya menjadi tumpuan. 

Kalau filem yang pertama, aksinya lebih melibatkan Iko Uwais sahaja, The Raid 2 sebenarnya membuka bakat bakat baru dalam filem seni bela diri. Aksi lebih besar, dengan keganasan yang lebih maha dasyat menjadikan filem ni sangat umph! Koreografi yang cantik, ditambah dengan aksi kejar mengejar yang mirip Hollywood menjadikan filem ni sangat sempurna dalam koreografi aksi. 

Gareth bijak menahan jiwa penonton dari merasa mual dan bosan dengan aksi aksi yang terlalu banyak. Suntingan yang cantik, dan beberapa babak aksi yang terhenti momentumnya tiba tiba membawa satu perasaan ‘nak lagi!’ dari masa ke masa. Malah, muzik yang agak berkesan menjadikan jiwa aksinya sangat baik dan terkesan. 

Jika ditanya, fighting scene mana paling best, aku rasakan semestinya babak akhir filem, walaupun jiwanya tidak segah jiwa Mad Dog punya fighting scene dalam The Raid. Malah, adegan car chase dan juga scene gaduh dalam selut dalam penjara tu pun antara scene yang sangat brutal, energetic dan sangat menarik! 

Mungkin bagi yang mengharapkan plotnya sesenang filem pertama, The Raid 2 bakal membosankan korang. Jangkakan sebuah cult yang sangat artistik, seperti menonton Quentin Tarantino! The Raid 2 tidak dapat dinafikan lagi antara filem terbrutal dari Indonesia! Untuk dewasa, hiburan mungkin menanti! Bagi teenagers aku rasakan filem ni seharusnya dijauhi! Kalau nak tonton, sila fikir fikirkan sendiri. Filem ni mengandungi sedikit nudity.... sekian.

4.5/5

Saturday, June 21, 2014

Novel: Cloud Atlas (David Mitchell)

klik untuk gambar besar

Novel ni dah dibikin filem oleh pengarah The Matrix. Cloud Atlas ialah novel tahun 2004 yang ditulis penulis David Mitchell. Pertama kali bagi aku untuk membaca penulisan novel ni kerana terpukau dengan filem yang digarap Watchowsky brothers. Maka, sesi membaca pun bermula. Dan ya, membaca buku ini ibarat seperti satu mesin masa yang membawa aku dari masa lalu, merentas ke masa sekarang dan seterusnya masa depan yang sangat menarik. 

Enam cerita pendek yang mana setiap satunya berkait antara satu sama lain dalam momen kecil cerita sebelumnya, Cloud Atlas amat menunjukkan gaya David Mitchell yang cuba memberikan enam cerita dalam enam cara penulisan yang berbeza. Setiap satunya memiliki rohnya yang tersendiri. Dan dari setiap roh itu, anda seolah olah merasakan seperti membaca novel yang mana enam tajuk dicombine jadi satu. 

klik untuk gambar besar
Antara yang menarik dan best ialah An Orison of Somni yang pada aku paling best sebab ianya futuristic. Namun, jika baca bab ini saja pun tak jadi jugak. Sebab apa yang berlaku dalam Orison of Somni ialah satu keadaan yang terjadi hasil dari kisah sebelumnya. Dan paling susah nak baca ialah Slosha’s Crossin sebab penulisannya yang agak sukar bagi aku. Nak kena telek satu satu wordnya untuk paham. 

So far, ianya novel yang cantik. Complicated sekali sekala. Enam cerita yang sangat rare dan memuaskan. Malah dalam penceritaannya ada revolusinya yang tersendiri. Brilliant dan juga bervisi, Cloud Atlas adalah novel science fiksyen yang sangat lain dari yang lain. 

3.5/5

Thursday, June 12, 2014

Review: 300 - Rise of an Empire

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Noam Murro
Pelakon | Sullivan Stapleton, Eva Green, Lena Headey

Apa yang Zack Snyder lakukan dalam filem 300 nampaknya seperti tidak wujud dalam filem ni. Filem Rise of an Empire kelihatan seperti sebuah filem yang cuba mengikuti tetapi pada dasarnya hilang taring, semangat dan ketulusan dalam persembahannya. Sekaligus, aku rasakan 300: Rise of an Empire hanyalah sebuah kisah yang memenuhi tuntutan untuk menyaksikan kembalinya Zack Snyder namun malangnya apabila dia tiada di kerusi pengarah, sangat mengecewakan. 

Jujurnya, menonton Rise of an Empire ialah tidak semeriah filem pertama. Malah, dari awal filem, korang akan sedar yang semangatnya tidak semeriah filem dahulu. Kita dibawa ke sebuah filem yang baru tetapi tidak ada sesuatu yang baru. Dengan visual efek yang cuba menjadi trademarknya yang tersendiri, Rise of an Empire gagal untuk memberikan magis filem pertama. Sebuah kejatuhan yang agak kurang memuaskan hati. 

Namun, kita rewind sikit, melihat kepada perkembangan plotnya. Rise of an Empire diset untuk berlaku sebelum dan ketika 300 pertama berlaku, dan selepas itu. Dalam tiga fasa masa, filem dan dunia yang dicipta pada filem pertama diluaskan. Dan itu sangat menarik kerana korang akan melihat bagaimana kebangkitan Xerxes dan juga kisah kisah yang tidak dikisahkan dalam filem yang pertama. 

Plotnya pada aku menarik. Walaupun aku sebenarnya berharap untuk melihat Sparta, aku rasakan apa yang dipersembahkan mungkin bagus untuk mengembangkan dunia 300 even aku rasa macam banyak sangat storytelling dan babak babak yang sedikit membosankan dengan persembahan yang biasa biasa. 

Efeknya mungkin seikhlas hati aku akui cantik. Memang nampak seperti filem pertama, namun tidak semeriah filem pertama. Visualnya tidak menjanjikan sesuatu yang agak mengagumkan. Cukup sekadar memberikan trademark 300 yang biasa. Aku agak kurang puas hati dengan efek darah yang kelihatan sangat menyerabutkan visual. Kelihatan seperti percubaan untuk membawa penonton masuk ke dalam dunia 300 yang dihiasi darah berakhir dengan kerimasan melampau. 

Eva Green adalah kegagalan yang paling tahap gaban dalam filem ni. Filem seperti ini, pada akulah, perlu seorang pelakon yang betul betul rough dan juga seductive. Namun, Eva Green hanyalah kelihatan seperti seorang pelakon jelita yang hanya menjadi pelakon yang tidak mampu untuk memberikan kekuatan sempurna atas watak Artemisia yang dia lakonkan. Tidak mampu untuk memberikan antagonis yang sempurna, aku sifatkan Eva Green adalah objek yang gagal. 

300: Rise of an Empire tidaklah menggambarkan kebangkitan malah kejatuhan. Kejatuhan sebuah ikon Zack Snyder yang seharusnya ditangani dengan lebih baik dari ni. Namun, bagi sebuah filem yang mengembangkan cerita 300 yang pertama, ianya ialah satu setup yang cantik untuk sekuel terbaru. Cuma harapnya, next time aku lebih selesa melihat Zack Snyder mengarah di kerusi pengarah dengan mencipta satu lagi ikon 300 yang lebih hebat dari yang pertama. 

Aku anggap saja 300: Rise of an Empire ni sebuah filem dari pengarah yang nak mencuba jadi Snyder tapi akhirnya tidak mampu melebihi apa yang sudah ditakdirkan. 

3/5

Tuesday, June 10, 2014

Review: The Lego Movie

Tahun Terbit | 2-14
Pengarah | Phil Lord & Christopher Miller
Pelakon | Chris Patt, Will Ferrell, Liam Neeson, Elizabeth Banks

Sebenarnya, secara peribadi, The Lego Movie ni aku mula tertarik selepas menyaksikan /menonton 4D cinema di Legoland, Nusajaya. So, aku agak tak sabar untuk menyambung Lego adventure melalui The Lego Movie lepas pulang. Namun, lama kelamaan, ketidak sabaran tu hilang macam kotoran yang melekat kat baju. Hilang dan terus tiada. Dan saat aku melihat title filem ni, hati aku tak tergerak untuk menonton, sebab first impression aku menyatakan ianya macam animasi Lego di tv. 

Dan walla, hari ni aku layan filem ni. Dan aku agak terkejut apabila hati aku, yang sudah kelam dengan semangat Lego itu kembali berkobar kobar (tuu dia) saat aku menonton. Ternyata The Lego Movie bukan sebuah filem Lego biasa yang ditonton dalam tv. Macam mana aku nak cakap ah? Hmm, senang cerita, ianya macam sebuah filem untuk kiddo tapi blend in sehinggakan orang dewasa pun mampu untuk bermain dalam filem ni. 

The Lego Movie tidak membiarkan cerita fantasinya berada di satu tahap dimana penonton fikir filem ni just for kid. Filem ni berjaya membawa kita ke satu tahap yang memberikan sesuatu perasaan ketika menontonnya. Kemunculan Will Ferrell dan kejutan yang berlaku pada hampir akhir filem membuktikan yang filem Lego ni cuba blend in antara dewasa dan kanak kanak. Dan hasilnya, sebuah filem yang mengarut tetapi hasilnya sangat mengujakan. 

Pada plotnya, The Lego Movie mengingatkan aku kepada Oz lakonan James Franco. Ceritanya sangat tipikal nampun persembahannya yang menjadikannya unik. Menyaksikan kreativiti diangkat dalam mempersembahkan dunia Lego menjadikan satu pengalaman yang lain dari yang lain. Di sinilah terletaknya kekuatan filem yang sangat menarik untuk dilihat. 

Aku tak nafikan filem ni sebenarnya tak lebih dari satu imaginasi dan permainan kanak kanak yang dipaparkan dalam bentuk filem yang mana akan terlihat plotnya yang entah pape dan sebagainya. Dan sebenarnya, filem ni tidak ada plot yang betul betul menjanjikan keseriusan berganda. Banyak bermain main dengan Lego dan karakter spoof yang diberikan itulah menjadikan The Lego Movie sebuah filem yang fun and enjoyful. 

Amat mengejutkan dan menarik sekali melihat Liam Neeson beraksi dalam pentas animasi. Suaranya yang serak serak tu nampak kelakar sekaligus menjadikan karakter Good Cop Bad Cop antara karakter yang paling aku suka even karakternya biasa biasa saja. 

Totally tidak menyangkakan yang The Lego Movie semeriah itu. Menonton filem ni memang tak kering gusi melihat dunia Lego dihasilkan melalui kreativiti pembikin. Pada aku, The Lego Movie bukan saja menarik kanak kanak untuk meminati Lego. Ianya sebuah filem yang digarap dengan isinya sendiri. Semangat permainan itu sendiri dan bagaimana Lego itu sebenarnya menyatukan hubungan antara ayah dan anak adalah mesej yang kelihatan. Selebihnya, hanyalah kelakar yang enjoyful! 

4/5

Monday, June 9, 2014

Review: Ia Wujud

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Dharma Aizat
Pelakon | Zakaria Zahid, Ahmad Syafiq, Muhd Arif Adam, Anam Azizan

Well, aku rasakan filem ni tidak mampu untuk menandingi kekuatan filem Highland Tower. Nah, nampaknya David Teo mampu berbangga dengan filem lost tapenya itu sebab kekuatan filem ni hanyalah seperti Penunggu Istana yang menjadi perintis genre lost tape suatu ketika dulu. Ia Wujud ialah sebuah filem yang biasa dan tidak ada kejutan melainkan sebuah persembahan lost tape biasa yang hanya menjadi hiburan. 

Aku, secara peribadi agak hilang mood apabila aku telah menonton Sniper, filem arahan Pierre Andre terlebih dahulu. Bila tonton Sniper, dan tonton filem ni, aku rasa moodnya hilang. So, dinasihatkan kepada bakal penonton, tolong jangan tonton Sniper jika korang mahu rasa seram dengan filem ni. Sebab apa? Sebab Sniper dan Ia Wujud dilakonkan di tempat sama, Mimaland. Malah, few scene dalam filem ni dilakonkan ditempat yang sama! 

Seram? Yeke seram? Hish, pada aku Ia Wujud bukanlah seseram mana. Filem ni banyak bermain dengan gelagat lima sahabat yang sangat biasa. Dibina betul betul sekadar sebuah idea cliché yang menukilkan sebuah seram yang biasa. Nampak jelas sebenarnya Ia Wujud adalah sebuah lagi Highland Tower. Tidak ada pembaharuan, tidak ada sesuatu yang nak dibangga. Melihat kepada Seru, suatu ketika dulu, Ia Wujud lebih jauh lagi untuk dibangga. 

Plot kelihatan dilengahkan. Tidak ada sesuatu misteri yang menarik untuk dibawa sebab sepanjang filem, korang akan nampak lima orang ni je. Permainan yang dimainkan sangat biasa dan tidak menjanjikan apa apa moment yang betul betul menaikkan seram. Kesudahan yang sudah dijangka tidak mampu memberikan Ia Wujud satu perasaan menonton filem seram yang betul betul memuaskan. 

Namun begitu, aku aku, moment seram di akhir filem, walaupun sekali sekala babak botol dan telur rebus terapung itu nampak kelakar, memang menjadi. Namun begitu, aku rasa, Ia Wujud masih tidak mampu untuk memberikan sebuah Highland Tower yang sempurna. Tambah pulak bila otak asyik fikir beberapa scene yang dilakonkan di tempat yang sama dalam filem Sniper. 

Gagal dari segi lakonan dan pembentukan karakter. Itu satu lagi kelemahan filem ni. Lakonan kelima limanya, ya mereka berlakon bagi mereka yang percaya ni betul betul, amat sederhana dan nampak benar lakonannya. Malah, pak cik yang ‘menjaga’ kawasan itu juga terlalu teruk lakonannya sehingga jelas menampakkan yang dia berlakon dan bukannya menjadi dirinya sendiri. 

Apapun, sebagai sebuah filem lost-tape, menggunakan Highland Tower sebagai satu cakuk untuk bergantung dalam membawa premis cerita sangat kurang aku suka. Aku lebih suka kalau filem ni berdiri atas kaki sendiri tanpa menyebut Highland Tower sebagai pembekal semangat seramnya. Sederhana, lambat menangkap, dan gagal untuk menjanjikan sesuatu yang lain dari yang lain. Tu je! 

3/5

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...