Akan Datang!

Wednesday, February 22, 2017

Review: Hacksaw Ridge

Tahun Terbit | 2017
Pengarah | Mel Gibson
Pelakon | Andrew Garfield, Teresa Palmer, Vince Vaughn

Untuk sesebuah filem perang hidup pada zaman penonton yang sudah lama dahagakan aksi semacam Saving Private Ryan, Mel Gibson nampaknya tahu apa yang dia harus lakukan. Walaupun dia pernah menolak dua kali semenjak kisah Diamond Doss ini mahu difilemkan oleh pelbagai pembikin, beradanya Hacksaw Ridge di tangan bekas pelakon Lethal Weapon ini tidak mendukacitakan.

Hacksaw Ridge mengubat kerinduan untuk menonton sebuah filem perang yang ada garam gula yang enak. Resepinya menarik walaupun ada cacat cela di satu dua tempat. Aku sudah lama tidak menonton filem perang. Bagi aku, sebuah filem perang yang ada emosi dan menarik untuk ditonton ialah Saving Private Ryan sahaja. Oh, Windtalker juga berada dalam list juga.

Filem ini menggabungkan pengalaman dua jam yang baik. Pada awalnya, filem ini memaparkan kisah pendirian Doss selepas dimasukkan ke kem. Di sini, bahagian penting untuk kita melihat bagaimana Doss dan kepercayaanya membawa kepada sesuatu yang tidak dijangkakan, yakni berperang tanpa menggunakan senjata. Keengganan Doss untuk memegang senjata memaparkan kuatnya prinsip agama yang dia pegang.

Bahagian kedua filem ini memaparkan aksi perang yang boleh tahan hebatnya. Dibantu dengan skor yang boleh dikatakan sederhana, Mel Gibson nampaknya tahu untuk menggunakan visual dan juga slow motion yang memberikan emosi dan jiwa kepada setiap babak perperangan. Menariknya, beberapa adegan perang yang ‘diHollywoodkan’ untuk memberikan elemen cinematic mengujakan. 

Andrew Garfield nampak macam Mr Bean yang tidak pandai untuk buat lawak. Mukanya memang jauh beza daripada lakonannya dalam The Amazing Spiderman. Lakonannya berjaya membuatkan aku rasa dan menyelami apa yang mahu dibawa. Lakonannya antara yang terbaik sepanjang kariernya.

Kadangkala, gerak bibir Andrew Garfield ni macam orang tua yang kebudak-budakan. Nampak macam dia terlalu lurus untuk sebuah watak bergelar Doss. Tak tahu kenapa Mel Gibson pilih dia. Mungkin juga dia mahu pelakon yang ada elemen pelakon Korea, dan juga drama swasta episode berjela-jela.

Namun, jika kita mahu meletakkan Hacksaw Ridge sebagai filem yang bagus dalam kesemua aspek, aku rasakan ianya tidak patut. Hacksaw memang bagus dalam memberikan emosi melalui watak Doss. Malah, filem ini bagus juga untuk memberikan babak sentimental dan juga pemikiran agama yang dianuti Doss. Namun begitu, ada beberapa elemen yang merendahkan Hacksaw Ridge untuk mendapat markah penuh dari aku.

Pertama, filem ini kelihatan seperti menggunakan efek CGI yang agak sederhana. Ada adegan CGI yang gagal ditangani dengan baik dan ianya merendahkan mutu visual filem ini. Paling jelas mengecewakan aku ialah bahagian letupan bawah tanah di akhir filem yang memang nampak fake dan gagal. CGI tahap The Expendables je dalam filem ni, tapi siap boleh masuk calon Oscar!

Keduanya, aku melihat permainan kamera kemas sangat. Mungkin secara peribadi, aku rasakan sebuah visual perang harus kacau bilau dan banyak visual yang cemas. Oh, jangan marah. Bay aku ialah peminat Bay. Namun, permainan kamera dalam filem ini yang nampak terlalu kemas dan statik kadangkala gagal untuk memberikan mood perang yang ohsem.

Namun, Mel Gibson berjaya memberikan visual keganasan perang dengan cara lain yang boleh dikatakan ok! Beberapa adegan yang dikhususkan untuk pengalaman cinematic menarik perhatian. Adegan Doss sepak bom, juga beberapa scene perang yang berjaya membuatkan aku kata wow, membalut kekecewaan.

Menonton Hacksaw Ridge macam menonton dua episod drama dalam satu filem. Kalau siapa tonton filem Hindustan, pasti akan terbiasa dengan format sebegini. Walaupun CGI dan permainan kameranya nampak tidak kena dengan apa yang aku nak, filem ni harus dipuji kerana ianya ada lakonan yang sangat bagus walaupun Andrew Garfield terlalu jambu.

Walaupun ianya tidak setanding dengan Saving Private Ryan yang lebih baik, Hacksaw Ridge tidak mengecewakan.

4/5

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...