Akan Datang!

Thursday, July 31, 2014

Review: Guardians of the Galaxy

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | James Gunn
Pelakon | Chris Patt, Zoe Saldana, Bradley Cooper, Dave Batista, Vin Diesel

Guardian of the Galaxy ni nampak seperti The Avengers. Cuma, apa yang jauh bezanya, setiap karakter dalam filem ni tidak datang dari filemnya tersendiri. Guardian of the Galaxy lengkap dengan history setiap karakter, cerita setiap karakter, sehinggalah penghubung kepada dunia Marvel yang sebelum ni dikisahkan dalam filem filem Marvel yang sudah keluar. Menambahkan citarasa, filem ni bercampur aduk dengan gaya Star Wars/ Star Trek dan sentuhan 80s yang menjadikan si finya rasa janggal. 

Sungguh, menyaksikan sebuah filem si fi bersuperhero sebegini memang mengingatkan kita kepada Star Trek mahupun Star Wars. Apa lagi tatkala Gomora itu sendiri sudah hijau bak The Hulk yang mengingatkan aku kepada watak Star Trek. Variasi karakter pelik alien pula tak ubah macam sebuah dunia asing yang sungguh tak terjangkau akal. Wah, besar sungguh dunia Marvel sekarang. Sudah menjangkau Bima Sakti! 

James Gunn yang sebelum ni menulis lakonlayar Scooby Doo (2002) dan mengarah beberapa filem dan tv series yang aku rasa kurang dikenali termasuk muvi separa lucah Movie 43 nampak cuba untuk meniru gaya Iron Man 3; cuba menjadikan sebuah filem superhero nampak unik dan pelik. Maka, terjadilah sebuah filem superhero si fi yang dipenuhi dengan lagu lagu 80an dan juga punch line lawak yang sangat berderet sehingga kadangkala menjengkelkan. 

Memang benar, aku akui kekuatan dan keunikan filem ni ada pada keberanian James Gunn menjadikan filem ni sebagai tribute kepada lagu lagu 80an termasuklah sedikit perbincangan tentang Footloose dan Kevin Bacon. Korang akan rasa agak pelik dan luar biasa bila lagu klasik berputar saat situasi dan environment filem ni tidak membenarkan lagu lagu sedemikian berkumandang. Dan sumpah, rasa kepelikan itu antara kekuatan! 

Malangnya, James Gunn dan Nicole Perman nampaknya terlalu banyak bermain dengan komedi sehinggakan keseriusan cerita ini hilang. Memang ya, kita perlukan punch line yang baik untuk sekali sekala tertawa, tapi kalau the whole film dipenuhi dengan babak babak yang cuba berkomedi, aku rasa Guardian of the Galaxy tidak lebih dari sekadar filem lawak yang bersituasi di angkasa. 

James Gunn gagal menekankan penceritaan sebenar yang harus ditekankan, contohnya cerita Peter Quill sendiri, Gamora, hubungan Groot dan Rocket, dan kisah silam Drax. Kita disajikan dengan terlalu banyak plot yang kecil kecil mungkin atas alasan mereka tidak sempat bercerita dalam filem mereka masing masing, dan apa yang korang lihat hanyalah karakter yang berlawak dari masa ke masa, tanpa ada keseriusan yang nyata. 

Terpulanglah peminat komik nak cakap apa, tapi bagi aku Guardian of the Galaxy lemah pada kekuatan ceritanya, cliché, tipikal Marvel dan melebih lebih dalam lawak seolah olah mahu jadikan karakter marvel ini sebagai clown di universe Marvel! Kurang suka. 

Guardian of the Galaxy juga menunjukkan yang Marvel sudah lemah dalam casting. Aku lihat, Guardian of the Galaxy tak ubah seperti sebuah reunion pelakon yang mana menyesakkan dan menyemakkan. Glen Close, Benicio Del Toro, antara pelakon pelakon yang aku rasa kurang sesuai dengan watak mereka, namun diberi peluang untuk beraksi. Namun, pada pandangan peribadi aku, mereka tidak layak untuk berada dalam dunia Marvel. 

James Gunn hanya menampilkan sebuah cerita yang simple dan tidak ada apa apa yang baru. Macam aku cakaplah, too much jokes sampai lupa matlamat cerita. Malah, jokes yang kadang kadang tak sampai nampak meloyakan dan membuatkan aku meluat. 

Aku harap hubungan Rocket dan Groot ditekankan dengan lebih dalam. Malah, Drax, lakonan Bautista yang agak mengejutkan mungkin harus ditekan dengan lebih dalam. Malangnya, sebab ada pelbagai plot yang nak diceritakan dalam satu filem, semua kisah kecil tu hanyalah ada sikit sikit sahaja tanpa dikuatkan dengan sempurna. 

Filem ni tak harus jadi sebuah filem badut angkasa Marvel! Ianya harus jadi sebuah filem yang membesarkan dunia Marvel dengan baik. Tapi, itulah, fikir fikir, inilah filem badut dari Marvel yang lawaknya overdose, tapi ceritanya biasa biasa. Juga disalut mesej untuk budak budak yang biasa. Kerjasama, persefahaman, bla bla bla. Pada aku, Guardian of the Galaxy entertaining dan tidaklah buruk. Cuma, aku tak rasa ada sesuatu yang baru dalam filem ni selain dari tipikal Marvel, dan keterujaan untuk menunggu babak pre dan post kredit. 

3/5

1 comment:

Anonymous said...

erm,, sye sye sbgai penggemar story of filem.., sama ada melayu atau inggeris,, ada part sye setuju,,dan sye xsetuju,, filem marvel semuanya ringan dan fit dengan aksi,, kebykn watak2 picisan seperti the collector ade tujuan dia,, dunia marvel mmg besar,, kena baca komiknya baru la paham turutan jalan cerita,, mmg byk cliche dlam filem ni,, tpi semuanya diberi nafas segar,, apa guna cerita kalau takde background music,, filem guardian ni sebagai pengenalan kepada cerita2 akan datang,,

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...