Sitora Harimau Jadian
Penulis: P Ramlee
Penerbit: Fixi Retro
beli novel di sini
beli novel di sini
Si Tora Harimau Jadian memang buatkan aku bangga dengan P. Ramlee. Tulisan asal dari filem yang sudah hilang entah ke mana ini memang membuktikan yang P Ramlee sebenarnya hebat dalam menghasilkan karya karut + sains yang agak mendalam isinya dengan persembahan yang ringan dan santai. Pengalaman membaca tulisan ini menyimpul bahawa P. Ramlee amatlah hebat kerana idea ini memang tidak pernah dilihat dalam filem zaman itu.
Dr. Affendi memang aku amat akui punya sifat yang jauh dari akal fikiran. Dilihat sebagai satu hero yang cuba untuk menamatkan kepercayaan tahyul, bagaimana perkembangan watak ini memang cun. Ini yang membuatkan aku melekat membaca buku ni sampai tak boleh nak berhenti. Bukan apa, Dr. Affendi ini ibarat hero yang teraniaya kerana balasan dendam dan usahanya yang sentiasa dihalang.
Tok Dukun pula mungkin mewakili satu sisi benar masyarakat kita. Kepercayaan kepada tahyul dan sebagainya.
Tok Dukun juga macam aku tengok, digambarkan cuba sedaya upaya merampas kepercayaan yang sudah berpusing apabila Dr. Affendi datang. Perancangannya yang agak kemas dan menyukarkan dan mengaburkan pihak polis menunjukkan bahawa Tok Dukun bukan seorang yang boleh dianggap main main.
Overall, plotnya pantas. Aku tak perlu baca word by word untuk faham. Tetapi untuk bergerak dari babak ke babak, baca dialog dan beberapa kerat huraian tindakan dalam beberapa perenggan pun dah cukup. Garapan yang pantas dan insiden yang baru dari masa ke masa menyebabkan aku rasa naskah yang hilang ini sesuatu kerugian bagi kita semua.
P. Ramlee tidak memberatkan cinta Dr. Affendi dan Naemah. Itu yang baiknya. Cinta mereka hanya dijadikan sisi untuk menyuntik sedikit emosi di hujung hujung cerita. Apa yang aku nampak, wtak Mutalib memang sangat berat dan sinis memerli kepercayaan bomoh. Kuat sangat! Dengan bahasa yang berani, P Ramlee tidak ragu ragu menggunakan watak ini untuk membina sisi orang yang tidak percaya mistik.
Namun, watak Dr. Afendi pula dibina dengan satu perubahan. Memang Dr. Afendi memang tipikal Hollywood. Doktor yang mulanya tak percaya kemunculan harimau jadian beralih dan menjadi harimau jadian sendiri apabila dia sendiri disumpah. Dan, Dr. Afendi ini adalah peluang P Ramlee untuk bercerita yang mistik itu wujud dan tidak semua mistik itu karut dan bohong.
Bukan apa, idea yang diambil dari The Wolfman yang diadaptasi dan dijadikan satu kritikan budaya ini memang amat padat dengan seram dan luar biasanya. Jika manuskrip ini difilemkan kembali walaupun taklah sesempurna asal, ianya mungkin mengembalikan semula separuh naskah yang hilang ini untuk tatapan mata penonton yang sempat menonton filem ini yang dikhabarkan pernah ditayangkan sekali di RTM sebelum filemnya hilang begitu saja.
4.5/5
2 comments:
kat mana ek nak dapat novel ni?
kat sini: http://adf.ly/MHUaI
Post a Comment