Ngeri
Penulis: Gina Yap Lai Yoong
Penerbit: Fixi
beli novel di sini
beli novel di sini
Karya Gina Yap Lai Yoong ini menepati ciri ciri thriller slasher yang aku mahu. Bagaimana penulis ini membina settingnya yang realistik dan juga sesuai dengan jalan cerita menjadikan Ngeri antara karya slasher yang agak hebat. Pada aku, persembahan Ngeri itu sendiri sudah luar biasa. Ianya mengingatkan aku kepada format Salmon Fishing in The Yemen tulisan Paul Torday.
Dalam novel tu, penceritaan adalah menggunakan dokumen.
Dalam Ngeri, penggunaan emel untuk menunjukkan kesinambungan antara satu insiden ke insiden yang lain menghilangkan rasa bosan dan membentuk satu jalan cerita yang agak pantas dan cemas. Dengan penulisan sebegini, ianya berjaya membentuk sisi baru genre thriller. Amat suka!i
Watak Samuel diletakkan sebagai ‘deception’ yang digunakan untuk memutar belitkan cerita. Yang bestnya, penulis meletakkan satu cerita yang nampak lurus, terutama apabila sampai kepada babak pengakuan Samuel, yang mana berjaya membina satu penipuan pada jalan ceritanya. Pembaca ditipu dan kemudiannya berjaya digemparkan dengan satu twist baru pada hujung helaian terakhir novel ini.
Kegilaan ini memang buatkan ngeri gila babas punya best! Ending yang berjaya memberikan kejutan yang sempurna. Dengan penulisan yang agak simple dan senang difahami, Ngeri memang mewujudkan John Kramer versi Malaysia. Red herring yang diberikan memang sempurna. Cerita ni tentang pelajar filem nak ke Hollywood. Sebenarnya, Hollywood tu dah dibawa ke sini.
4/5
No comments:
Post a Comment