Pertama sekalilah, apabila bercakap tentang sesuatu filem, yang terlintas pertamanya, apa sebenarnya Seram Sejuk ni nak tonjolkan? Adakah ianya sebuah filem biasa yang memang tak layak dimodalkan untuk dibayar? Perkara penting, dari dua perkataan Seram Sejuk itu, apakah bisa ditangkap sinopsisnya. Pada aku, ah, semua amatlah tidak mampu untuk dijawab dengan jelas. Seram Sejuk itu apa motifnya? Dan kenapa ianya dinamakan Seram Sejuk, sedangkan kisahnya tidak bermotifkan kepada frasa ‘seram sejuk’ yang disebut Angah Raja Lawak beberapa kali dalam filem ini.
Dari baris baris di atas, jelas, aku ingin sampaikan Seram Sejuk adalah sebuah filem yang ditulis oleh anonymous yang dikenali sebagai PANEL MIG yang meminjam beberapa sifat filem MIG terdahulu. Tak ada apa pun yang spesel. Mungkin pada binaan komedinya, memang boleh mengundang tawa, tetapi keseluruhannya, tak ada apa apa pun yang menarik. Jelas dilihat adanya pengaruh Ngangkung ataupun Nongkrong dalam gaya komedi, walaupun aku pasti, penerbit akan menafikannya.
kesilapan dalam filem ini:
Menjadi filem ketiga (rasanya) dimana hantu hantu diberi sifat kemanusiaan dengan disumbat dialog dan juga tingkahlaku, Seram Sejuk memang kisah hantu yang memang tak seram mana pun. Plot yang mendatar dan juga tidak diketahui kepentingannya dan layanan samarata terhadap plot nampaknya menghilangkan motif sebenar cerita ini. Justeru, persoalan yang aku ingin utarakan, disebabkan filem ini berakhir dengan adegan bomoh gila masukkan hantu dalam cd, justeru apa kaitan babak zaman purba di awal filem?
Berakhir dengan sebuah pengakhiran cliché, dan juga of course ada ayat ayat jampi yang meloyakan anak tekak, memang ini sebuah filem biasa MIG. Abaikan saja tetapi apa yang aku ingin katakan, jika dimulakan dengan pembaharuan (babak zaman purba tu rasanya memang luar biasa), tetapi tidak digabungjalinkan dengan sempurna, makanya filem ini sudah cacat walaupun komedinya masih dinikmati.
Bagaimana penulisan filem ini tiba tiba mempersembahkan kata kata si hantu yang berbunyi ‘100 tahun hamba menanti kalung itu, kamu yang dapat pulak’ memang memaut pelbagai persoalan. Apa sebenarnya kuasa kalung itu sehinggakan adanya sumpahan? Dan kenapa tiba tiba saja si hantu berkata Angah itu adalah jelmaan kekasihnya dalam satu adegan? Dan kenapa hantu tu menghantui manusia manusia jika motifnya hanya nak jaga kalung?
Apapun begitu, sesuatu yang jelas digambarkan di sini hanyalah kisah bagaimana tiga orang lelaki dalam produksi tersebut cuba untuk memikat seorang pekerja wanita.
Apapun, salutasi untuk Angah walaupun persembahannya biasa biasa. Malah, Sabri Yunus walaupun sedikit tenggelam cuba untuk berkomedi walaupun kadangkala masih kurang dinikmati. Tetapi, aku rasakan komedi Eddy Afro memang benda yang seronok untuk dinikmati. Lagaknya bersahaja. Bagus.
Keseluruhannya, Seram Sejuk sebuah lagi filem tangkap muat. Jujurnya, cerita ini layak untuk ditonton percuma daripada dibayar. Cerita mampu diagak dan tidak ada spesel pun dalam kisah ini. Cedok sana cedok sini maka jadilah Seram Sejuk. Apapun, filem ini memang sebuah pelayaran yang menyeronokkan dengan komedinya. Cuma kisahnya, terlalu biasa dan bukan bertaraf filem.
1 comment:
sebab tuh CP tak ada rasa minat nak tengok pown , lebih baik tgk time dah tayang kat tv , hehehe ~
Post a Comment