Akan Datang!

Thursday, November 10, 2011

Review: Abu Ya Part II: Kesesatan Melangkaui Batasan

Terlebih dahulu, elok kiranya kalau aku perbetulkan banyak kemarahan yang tertulis di SNEAK PEEK: ABUYA. Pertamanya, buat murid murid Abuya yang ternaik angin ekoran filem ini, diharap janganlah bertendang sebab filem ini bukanlah mengenai bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad yang meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center suatu ketika dahulu. Filem ini diinspirasikan daripada beberapa insiden, dan Abuya bukanlah Abuya tetapi Abu Ya.

Baca respon Imran Ismail terhadap review filemnya di sini:
APA KATA IMRAN ISMAIL TENTANG FILEMNYA

Siapa Abu Ya dalam filem ini? Ianya adalah singkatan kepada pembawa ajaran sesat di kampung Bukit Lalang, Abu Zakaria. Jadi jangan gado gado lagi tau!

adegan ini tiada dalam filem, sudah dipotong LPF rasanya..

Berkesempatan menonton Abu Ya: Part 2 ataupun lebih dikenali sebagai Abu Ya, sebuah filem arahan Imran Haji Ismail. Pengarah pernah menulis skrip filem 2 Alam dan kini berada di kerusi pengarah untuk filem ini.

Keseluruhannya, filem ini mengecewakan. Aku tidak mengharapkan filem ini seperti satu permata. Harapan aku hanyalah hendak menyaksikan filem ini seperti menonton kaca yang berkilau. Malangnya, filem ini hanya sampai tahap batu yang keras, tajam tetapi tidak mampu melukakan hati mahupun menyentap penonton-penonton.

Jujurnya aku rasakan arahan Imran Haji Ismail ini amatlah teruk. Jika dibandingkan skrip garapannya, aku rasa filem 2 Alam lebih baik daripada kisah Abu Ya ini. Kisah kali ini kosong, tidak ada motif yang jelas bagi babak babak, juga mesejnya bercelaru. Malah, dengan barisan pelakon yang seksi, cukup setakat untuk ‘keraskan batang’ sekejap sebelum layu, tenggelam dalam kebosanan kisah Si Abu Ya yang kosong.

Faizal Hussein sbg Abu Ya a.k.a Abu Zakaria

Ya, aku cakap betul! Filem ini memang tidak menerima sentuhan yang cukup untuk menggambarkan mesejnya. Garapannya terlalu melebihkan subplot yang mengiurkan (kisah isteri Abu Ya yang gersang) juga lebih kepada emosi Suhaila Salam, isteri pertama Abu Ya. Sub plot yang timbul entah dari mana tetapi tanpa hujung pangkal juga memberikan filem ini kekucar kaciran yang ya’ amat!

Pertamanya, aku persoalkan kerelevenan adegan Yang Kasim yang mengajak dua orang pemuda bergaduh di kedai makan. Kerelevenan adegan ini tak jelas! Sampah!.

Adegan ni pun dipotong... jangan fantasi lebeyh2!

Keduanya, aku persoalkan kerelevenan adegan isteri Abu Ya berfantasi sebab gersang tak diberi ‘makan’ oleh Abu Ya sampai seluar dalamnya terlondeh di kaki. Aku akui mungkin itu cara yang baik untuk menjerat penonton mendapatkan tontonan wajib sebab hak esklusif sebagai penonton 18 tahun ke atas, tetapi relevenkah adegan itu terlalu lama?

Ketiganya, aku akui ajaran Abu Ya direka untuk menunjukkan ajaran sesat. Tetapi aku rasa, ajaran sebegini yang sampai menjilat jilat lantai yang dipijak Abu Ya, minum air kaki Abu Ya, itu terlalu melebih. Kalau skripnya dikuatkan dengan memperjelaskan bagaimana Abu Ya memesongkan akidah umat Islam melalui dialog, itu bukankah lebih bermesej?

Suhaila Salam dalam role orang baik, comey gak!

Maaf kalau krew atau pengarah membaca ini. Pada aku, aku lihat Abu Ya pada asalnya menurut apa yang dikatakan melalui temubualnya di Selamat Pagi Malaysia, filem ini bertujuan untuk memberi mesej tentang kesesatan. Malangnya, filem ini sendiri sudah tersesat dan terarah kepada memberikan penonton persembahan ‘keras batang’ yang hanya cukup untuk dilabel sebagai filem yang sudah memperbodohkan penonton.

Aku akui, pada awal filem ini (babak Abu Ya memijak dua pengikutnya sebab nak basuh tangan) adalah antara yang telah mengikat aku untuk terus menonton. Malah, adegan Abu Ya yang meminta isteri Siamnya melayannya juga antara yang menarik (suka perbualannya, seksi!). Tetapi, lama kelamaan, filem ini nampak seperti sudah hilang kawalan. Makin lama makin bosan walaupun aku akui skor muziknya gempak (walaupun aku nak ketawa pasal skor muzik yang digunakan semasa adegan isteri Abu Ya buat nasi kangkang tu memang tak kena langsung!)

Lagu skor adegan nasi kangkang ni tak sesuai langsung.

Ada perkara perkara bodoh yang aku rasa tak wajar ataupun memerlukan penjelasan lagi nih. Aku senaraikan di bawah!

Pertamanya, aku rasa filem ini cuba untuk mewujudkan satu tanda tanya dengan memberikan karakter lakonan Yus Raja Lawak hanya satu dialog. Tetapi, apa kewajarannya? Dipaparkan Abu Ya mengintai pergerakan watak Yus ini di tepi pagar balai, namun, akhirnya watak Yus ini (yang tak diketahui namanya) tidak muncul2 di finale!

Keduanya, paling kelakar dan bodoh adalah watak pegawai interpol! Come onlah! Ini filem, cari la pelakon yang berbakat. Dah sah sah kau tengok dia belakon macam sampah, kau masih go on jugak? Cacat lagi la filem ni!

Isteri isteri Abu Ya!

Ketiganya, bagaimana Abu Ya mampu untuk menimbulkan cas api selepas meludah juga tidak kuat penjelasannya. Adakah Abu Ya ini ada ilmu iblis, atau sekadar seorang penipuan. Satu lagi, kau bawa watak ala ala Sai Baba, yang lagilah merosakkan filem ini!

Keempatnya, penceritaan siapa sebenarnya Abu Ya (satu melalui penjelasan semasa interpol datang ke rumah orang kampung, satu lagi melalui dialog watak Rubiah). Aku nak tekankan bagaimana penjelasan oleh seorang pelakon extra pangkat pak cik itu adalah sesuatu yang amat bodoh! Come on, penjelasan itu amat penting tetapi disebabkan penyampaiannya ke laut, memang babak tu macam sampah! Carila pelakon yang berupaya untuk menjelaskan siapa Abu Ya dengan sempurna....

Kelimanya, adegan perang di akhir filem bukan tahap filem. Apa kau buat ni wahai pengarah! Perang apanya kalau berlawan pun macam apa je. Perang dengan siapa kau tak state kan. Kenapa Abu Ya nak bina markas itu pun tak jelas! Paling bengap, tetiba je kau cakap ada orang belot? Siapa belot? Kalau ada orang belot, kenapa kau buat adegan Abu Ya lawan dengan pasukan bertopeng?

Adegan emosi Suhailla Salam!

Pada aku, adegan akhir filem ini memang sampah! Aku rasa, adegan adik Abu Ya tembak isteri gersang yang nasi kangkangkan Abu Ya itu ada emosi, tetapi adegan lawan di akhir filem ini sekali lagi aku cakap, SAMPAH!. Apa motifnya yang Si Abu Ya berjalan ke arah kamera lepas pose maut depan kamera macam superhero power rangers? Siapa sebenarnya yang mereka lawan? Senapang siapa yang menembak pasukan tentera Abu Ya? Tak jelas. Mana watak Yus ataupun polis ataupun pegawai agama yang berbincang di balai tadi? Apa relevennya orang agama dok bersembang kat balai polis tadi?

Pada aku, sebagai sebuah filem ajaran sesat yang bertujuan mendidik, filem ini perlu ada sisi jahatnya (kisah Abu Ya) dan sisi baiknya (kisah pembanteras ajaran sesat) yang diseimbangkan. Lihat bagaimana filem indonesia, Mengaku Rasul membikin idea ajaran sesat yang relevan dan tidak terlalu seksual. Filem tersebut menjadi dan mesejnya sampai. Filem mengaku Rasul ada 50% sisi baik (yang memperjelaskan kesesatan Rasul Palsu untuk tidak memesongkan penonton) dan 50% sisi jahat (yang menunjukkan bagaimana Rasul Palsu menyesatkan penganut Islam. Filem Abu Ya 99% sisi jahat. 1% je sisi baik!

Antara babak ketaksuban terhadap Abu Ya!

Apapun, melihat pada lakonan, aku akui Faizal Hussein hanya mampu untuk memberikan satu emosi sahaja dalam filem ini. Adakah Abu Ya ni emosi ‘batu’? Jue Aziz, Yang Kasim dan lain lain biasa biasa saja. Pada aku, dialog filem ini yang membantutkan lakonan mereka. Suhaila Salam, aku terkejut sebab role dia sebagai isteri yang taat dan baik. Mengejutkan tetapi tak mengecewakan!

review filem 2 ALAM, juga buah tangan IMRAN:

Benda yang mengejutkan lagi, dengan keterukan filem ini akan ada lagikah sekuel untuk filem Abu Ya ini (berdasarkan perkataan BERSAMBUNG... yang tertera di kredit akhir filem)? Jika berani ambil risiko, sambungannya diharap dapat menjelaskan beberapa titik titik yang kabur dan perlu dijelaskan lebih mendalam. Dan, pastikan skripnya lebih baik dari yang pertama.

Last sekali, aku nak puji sikit tentang sinematografi dalam filem ini. Aku jujurnya suka pergerakan yang perlahan dan berseni sebegini. Adegan yang cantik aku rasa adalah semasa konfrontasi Yang Kasim dan Suhailla Salam di tangga rumah. Aku jujurnya juga menyukai adegan awal, semasa bini Siam Abu Ya berbual di tangga rumah. Cantik!


Keseluruhannya, filem ini amatlah mengecewakan. 2 Alam aku rasa lebih baik garapannya walaupun ramai tak suka Dr. Rozmey. Abu Ya bukanlah sebuah filem bermesej, tetapi kalau sesape nak kasi stim ke, boleh la pergi. Banyak adegan bekemban tau dalam filem ni! Baik pergi tonton! Tapi kalau yang hendakkan mesej di sebalik filem ini, abaikanlah. Tunggu je di Astro First ataupun beli DVD cetak rompak je.

Maaf en. Imran Haji Ismail, aku sebagai penonton yang telah membayar Rm9 untuk menonton filem ini di Hall 2, BIG Cinemas Alor Star Mall jam 3.45ptg hari pertama tayangan 10 November 2011 merasakan filem ini amatlah mengecewakan untuk menyampaikan keburukan ajaran sesat. Gagal!

1.5/5

14 comments:

Hans Hanis said...

laaaaaaaaaaaaa.....asal tak cakap nak tgok dkt big cinemas alor setar mall...kalau tak leh jumpa...aku tgok filem nih waktu pagi...

PerangFilem said...

filem ini penuh kekaburan.
tiada jalan cerita.

Maira Quee said...

hebatla review nie...filem sekarng mcm xde motif je..gamaknye dah xde idea sgat la tu tp nk jugak buat filem..orang buat filem die pon nk buat tp sekadar hasilkan sampah yg berkualiti je buat ape...gd entry..

PerangFilem said...

pegi blog Imran ni... bayak lagi filem menyusul. apa kata anda?

http://imranhajiismail.blogspot.com/2011/04/baby-pride-in-name-of-fight.html

Ujang9897 said...

mak ai...review dia teruk gila..hahaha


kaw kaw.., pengarah baca ni menangis..tp elok gak kalau dia baca...


bagus teguran mcm ni, tp kalau guna penggunaan bahasa yg ok mesti ramai pandang..eh silap..baca

En iLHAM said...

erk..huhu. tengok die punye the making of pun ntah pape
rupenye movie pun same
aish..nasib baik tak pg tgk lagi kat wayang

Unknown said...

Good one...mempertaruhkan aksi censored dalam filem semata mata mahu mendapatkan jumlah penonton yang ramai memang keji...

Penonton sekarang sudah pandai menilai plot cerita, pengarah pula masih memperbodohkan diri kerana ingat penonton masih bodoh~

(o.O)

Lutfi Azmi said...

habis blake kne potong.. hahahah

nurhamizatulzullraooh said...

review yang dibuat cuba memberitahu filem ni macam tak jelas mesejnya apa yang cuba nak disampaikan?saya jadi tak faham dan keliru nasib baik saya belum lagi tengok filem ni panggung pun tak pernah jejak :( kalau nak tengok pun hanya kat youtube kalau ada masalah lagilah tak boleh tengok biasalah internet katakan ada tersekat-sekat

Anonymous said...

tak faham dengan filem2 malaysia yang semakin galak memaparkan adengan 18sx
???

C i k P i p i T e m b a m said...

huuu baru plan nk p tgok.. nasib baik dh cter awl2 , hahaha.. xjadi tgok.. tggu cd pirate jek :P

saipul said...

1 info yang bagus, tq

.::: Princess MOMOY :::. said...

Filem malaysia nak tiru filem indonesia dah ke
asyik nak buat shot 18sx je

ceh..
ingatkan banyak ttgk kesesatan dan pegajaran tapi ttg benda lain yang banyak
bte, review bro mantap la

Unknown said...

mantap gler review ni..
mmg mnangis kalau produksi baca..
terbaik.... :)

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...