Saturday, November 27, 2010

2 Alam: Sengsara Si Transgender

Kecuaian dalam filem 2 Alam, bagi yang tonton anda boleh klik! yang belum, ini bakal spoilkan anda!
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/04/2-alam-2010.html

---------------------------------<>---------------------------------

Review ini tidak ditaja oleh sesiapa, ini adalah review aku sendiri selepas menonton filem ini pada 26 November 2010 di TGV KLCC bersama...
2 pasangan kekasih
5 orang geng2 colleague
seorang loner
sorang mamat india (kawan aku)

soalan... berapakah penonton yang menonton tayangan filem ini pada 26November 2010 di TGV KLCC?

ok... teruskan dengan review :-)
---------------------------------------

Menonton filem 2 Alam seumpama menonton video ‘ sajak kematian’ dalam versi yang lebih indah. Ternyata filem ini menginsafkan buat siapa saja yang boleh mendalami azab siksa neraka saat bumi tak mahu menerima jasad. First impression aku meleset jauh. Pada pandangan sang penonton lain, mungkin 2 Alam hanya kekal sebagai filem yang hanya mampu membuat punggung mereka panas dan mahu bergerak keluar dari panggung selepas hampir 10 minit tayangan. Bagi aku, semua itu tidak terjadi kerana ada juga babak yang boleh menyentuh emosi diri aku. Antaranya:

Satu, permulaan kisah ini memaparkan jiwa ibu yang terseksa kerana melihat anaknya yang berdosa mati tanpa sempat bertaubat. Ini satu perkara yang menyentuh emosi aku. Aspek sinematografi yang menambah jiwa dalam babak tak sampai seminit ini berkesan.

Kedua, babak talkin yang dibacakan ustaz (Aaron Aziz) begitu menyebakkan dada. Serius aku teresak-esak (jiwa kecik). Di situ ada mesej utama filem ni.

Ketiga, saat muzik didiamkan seketika.. tiada bunyi dari mana mana (hanya bunyi menguap orang sebelah) ketika ibu kepada Amy/Adam berdoa memohon jasad Amy diterima untuk dikuburkan, ada emosi yang berjaya disampaikan di situ dengan baik.

Keempat, ketika Amy meratap dosanya selepas dirogol. Diadun musik ‘Andai Ku Tahu’ nyanyian semula Ramli Sarip, babak ini juga beremosi. Mengajak manusia menginsafi bahawa mati itu datang bila bila masa. Ikan emas yang mati saat Amy membunuh diri adalah ironi yang kecil namun memberi justifikasi besar bahawa apa saja dalam dunia ni pasti akan menemui mati.

Kelima, babak mandi mayat yang memang satu babak berani. Cukup berani untuk bermain dengan sesuatu yang memang sesuai untuk membawa kata-kata 'solatlah sebelum kamu disolatkan' dalam versi berbeza...

Keenam, babak flashback dari mata ustaz (Aaron Aziz) sewaktu dia mengimamkan jenazah Amy di masjid begitu menyentuh hati. Buat aku terfikir bagaimana dunia kita ni sementara jer. Bagaimana dunia ini yang dahulunya masa kecil mak bapak kita tanamkan dengan agama, kemudiannya bila besar terus buat dosa. Perubahan yang mungkin kita tak sedar, tetapi itu realiti.

Ternyata, filem target 40 juta ni bukanlah filem yang kosong. Ianya bermesej dan juga mempunyai matlamat untuk direalisasikan. Mungkin ramai yang tidak nampak matlamat filem ini. Mungkin juga, ramai yang tidak mahu untuk menilai filem ini kita semua sebenarnya sama seperti Amy/Adam yang melakukan pelbagai dosa. Buat pondan/mak nyah dan lain-lain yang berada dalam kancah haram, filem ini mungkin dipandang ringan. Buat un’solat’erz (orang tak solat/non-muslim), filem ini juga hanya akan dikatakan ‘boring’. Maybe, bagi siapa saja yang mahu menyelami jiwa dan lumrah kehidupan yang akan berakhir dengan kematian, 2 Alam terbaik dan lebih berjiwa.

Bergerak dalam dua landasan berbeza, plot 2 Alam adalah seperti huruf V. Dua plot (yang diarahkan dua pengarah), berada pada landasan yang berbeza (walaupun berdasarkan synopsis, plot Amy bermaksiat boleh dianggap sebagai flashback kepada plot Amy ingin dikuburkan. Kisah bermula dengan berita kematian seseorang yang membuatkan seorang ibu menangis teresak-esak. Kemudian, dari masa ke semasa, penonton akan dibawa ke satu proses mengkafankan si mati yang dijayakan dengan sudut kamera yang cantik. Indah sungguh gambaran kematian, wujud keinsafan di sini. Kemudian, plot kedua (flashback) berselang seli dengan proses mengkuburkan Amy. Dalam masa ini, semakin lama filem bergerak, plot satu dan plot dua makin bercantum. Amy akhirnya didedahkan sebagai lelaki yang menukar jantina.

Dalam erti kata lain, synopsisnya bolehlah diceritakan sebegini. Amy, seorang transgender yang murtad dan melakukan dosa besar membunuh diri apabila dirinya yang asalnya seorang lelaki didedahkan apabila boyfriendnya membuat report polis selepas Amy dirogol. Akibat penyesalan dan malu, Amy membunuh diri. Kematian Amy yang memang banyak dosa akhirnya diuji dengan pelbagai kesusahan sepanjang proses mengkafankan dirinya. Akibat bumi tidak dapat menerima jasad Amy (kubur sempit selepas berkali-kali diluaskan), jasad Amy akhirnya dikuburkan di satu semak samun di tepi jalan.

Plotnya mudah. Simple macam tengok drama Rashid Sibir. Namun, Dr. Rozmey cuba membawa plot yang cliché dengan orang melayu dan muslim ini ke satu stage yang berbeza, iaitu filem. Semestinya filem sebegini sudah biasa dilihat dalam drama tv. Kisah jasad tak diterima bumi, azab seksa pada mayat dan pelbagai musibah hasil dari perbuatan dosa si mati sudah banyak dipertontonkan di tv. Namun, membandingkan karya ini dengan produksi tv, karya ini nampak lebih dramatik. Serious aku cukup menggilai kerja kamera filem ini. Babak yang menarik dipaparkan penuh indah. Bermain dengan pergerakan kamera yang perlahan, kerja kamera berjaya menambah mood (bagi sesetengah orang, pergerakan kamera dan suntingan yang perlahan memboringkan) filem ini.

Susunan babak nampak lewah. Mungkin itu faktor yang membuatkan orang terus panas punggung dan terus cabut lari (bagi kapel2, inilah masa untuk bercumbu mahupun tidur di bahu pasangan). Permulaan filem ini adalah begini:

Semestinya pada awal filem, muka Dr. Rozmey muncul (aku gelak masa ni.. ahaha). Filem kemudiannya menunjukkan ibu Amy yang terkejut dengan kematian seseorang. Ditinggalkan klu di sini (tapi berdasarkan synopsis, penonton boleh agak). Kemudiannya, filem ini diteruskan dengan madah-madah peringatan, tentang pilihan hidup, dan buah fikiran Dr. Rozmey sendiri mungkin (buat aku rasa ini filem Dr. Fadzilah Khamsah yang buat). Kemudiannya, filem ini diteruskan dengan kredit. Dalam bahagian kredit, diselang seli lagu nyanyian Amy (Search), Salam Terakhir yang juga diselangseli dengan video persiapan untuk mengkafankan jenazah (visual high-class cantik). Selepas itu, barulah wujud babak-babak berdialog yang menjadikan ianya sebuah filem, bukan lagi slideshow dalam kuliah universiti. Beberapa minit sebelum filem tamat, ditunjukkan babak ibu Amy sedang berbual melalui telefon meminta supaya tidak mengubah kejadian tuhan. Amy menjawab kepada ibunya bahawa dia bukan lagi Adam, tetapi Amy. Filem tamat.

Babak 15 minit awal sudahlah menjengkelkan. Sekarang aku tahu kenapa 15 minit sudah membuatkan orang boring, lepas itu ditambah dengan beberapa bahagian yang diulang-ulang sehinggakan nampak jelas pengulangannya. Ada pula beberapa babak begitu lewah dan tak perlu ada. Itu juga satu lagi kelemahan filem ini. Namun, ulang babak yang banyak ni banyak di’back-up’ oleh sinematografi adegan Aaron Aziz yang lebih berkesan dari flashback kisah Amy (kisah Amy banyak adegan katil dan ‘oyeah oyeah’ yang merangsang emosi lelaki).

Lagi faktor yang melemahkan penonton untuk memberikan 40juta kepada Dr. Rozmey adalah pelakon yang kurang mantap. Ew.. plez.. Dr. Rozmey, gantikan watak pakwe Amy tu dengan orang lain. Dia tu tau ‘oyeah oyeah.. ah ah... your so beautiful babe... let’s go to h.a.v.en... oyeah.. so seksi’ jer.. lakonannya teruk. Lebih baik lagi adegan Kuswadinata berkonfrontasi dengan penggali kubur (Lando Nawawi) yang ada banyak perkataan ‘telur’ digunakan sebagai komedi (adegan ni lawak, sebab aku pun ada ‘telur’.. haha).

Berbaki dengan lakonan Aaron Aziz yang memang membantu. Imej 2 Alam diselamatkan juga dengan lakonan beberapa insan lain yang kebanyakan dari plot yang dilakonkan Aaron Aziz (Amy dikafankan). Dalam plot kisah hidup Amy, hanya watak Amy sahaja yang terbaik. Aku menyukai in-depth feeling Suhaillah Salam yang menjadi sehinggakan perasaan dirinya yang kecewa dan malu dengan pendedahan reality dirinya dirasai penonton. Tapi, rasanya, 70% adalah kelemahan, dan 30% saja kekuatan.

Keseluruhannya, 2 Alam tak seimbang. Dua pengarah yang bekerja menyatukan dua plot cerita sebenarnya tidak berada dalam satu kepala. Jelas terpampang bahawa dua plot ini begitu jauh bezanya dari aspek arah lakon karakter. Gaya Ed Zarith dan Hairie Othman jauh berbeza. Malah dua pengarah ini tak patut duduk dalam satu kerusi.

2 Alam tidak seimbang jika dilihat secara keseluruhannya. Dengan gaya dua pengarah yang berlainan kepala otak, 2 Alam macam jongkang jongket yang dimainkan dua orang kanak-kanak berbeza gender. Kejap mood ok kejap tak ok (kejap naik kejap turun). Malah, dengan dialog yang terlalu teruk (ayat biasa macam tengok sketsa waktu kem pengakap), kerosakan filem ini bermula daripada skrip itu sendiri.

Musik Edrie Hashim sebenarnya baik. Aku suka melody violin dalam versi instrumental Salam Terakhir yang begitu melodious. Namun, penggunaan lagu Amy Seach yang asalnya nyanyian Sudirman itu berulangkali mendesak telinga untuk mahukan lagu lain untuk diselaputkan atas kanvas filem ini. Namun, pada saat akhir barulah kanvas filem ini ditukar corak lagu dengan memasukkan lagu Ramli Sarip, Andai Ku Tahu dalam satu babak yang tepat.

Keseluruhannya, 2 Alam taklah begitu teruk. Mungkin reviewers banyak yang terasa hati sebab ianya memang menyentuh dunia ‘orang tak sembahyang/selalu lupa solat/selalu buat maksiat/selalu hiburkan diri untuk hiburan/selalu mahu hiburan dengan gelak tawa/dan apa lagilah’. Mungkin target 40juta tak akan dicapai. Namun, aku yakin bahawa motivator dan juga company yang buat kursus motivasi akan menayangkan filem ini sebagai peringatan di kem kem motivasi/ceramah perdana dan juga lain lain.

Dr. Rozmey, walaupun 40juta (target tahap bangga dan bongkak) tak dapat diraih, filem ini ada mesej. Tolonglah, kalau nak buat filem lagi, cari pelakon yang lebih baik dari yang tau ber’oyeah oyeah’, cari juga penulis skrip yang tidak selalu menulis di dalam buku skripnya adegan ‘katil dan asmara dalam kamar mandi’ dan cari juga pengarah yang baik. 2 Alam boleh dikomersialkan, namun cara dan gayanya tidak berupaya untuk menarik penonton yang kebanyakannya sukar untuk menghadapi fakta bahawa kematian itu adalah pasti dan setiap dosa di dunia pasti akan dibalas. - OPM

mesej: 4/5
plot: 3/5
lakonan: 2/5
keseluruhan: 2.5 /5

p/s: 2 Alam lebih baik dari American Pie, lucah dan berilmiah...

29 comments:

Vamp Mary said...

Aku suka cara kau ulas filem ini. Tahniah. :)

F.Aminurrashidd said...

cara ko komen jenis neutral, puji ade, kutuk pun banyak. hahaha..

well tunggu masuk tv jer laa..

mumumeow said...

wlaupun blum tgk lgi movie ni tpi..tgk trailer dy pun sy dh bley puji cara pnggunaan kamera tu...
x mcm filem2 len yg statik jer kamera dy untuk 1 babak...

zaL_cdpx said...

memang ! aku SOKONG sangat !
org zaman skrg nie xsuka dtegur akan kesalahan atau maksiat yg diorg dh lakukan ! bnda nie PEDOMAN dan akan terjadi kalau korg xtaubat nasuha !
2jer !
aku suka cara dorg tp aku lom tgk r ! wlaupun kutipan 40juta tu xtrcapai, semangat nk sedarkan org tu dikira ibadah tu ! ALLAH pasti akan bg ganjaran d akhirat

Sofia Aimd said...

de link nak download cite ni tak? nak tgok gak pe yg org duk kutuk2 pasal filem ni! ;)

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

sofia aimd - belum ade g.. linknya hanyalah kenderaan awam dari tempat awak ke panggung wayang... buat masa sekarang.. ehe

Sofia Aimd said...

hahaha. tu susah cketla~ coz tengah exam! hehe.

HAZWAN17 said...

nice review....
msg yang nak disampaikan tu penting

shada wentz said...

hehehe.. bgus2. kalau dr rozmey bce ni, mst dia suka :)

Gen Fujita said...

Good review. Secara peribadi, pada pendapat aku filem ni mungkin suffered daripada pre-judgement dan imej first impression yang negatif. Masalahnya bukan sebab filem tu sendiri, tapi lebih kepada teknik marketing yang salah. Lama dulu pun sebelum filem ni keluar dah ada kontroversi, isu bogel dan sebagainya. Bila sebelum keluar lagi dah buat masalah, mungkin ramai yang meluat nak tengok, walau sebaik mana filem tu sekalipun.

ain fathihah said...

haha. bagus review hang. cepat pi letak link blog hg kt FB dR rozmey

ASSOYFINGER67 said...

buat filem 2x5...lagi baik huhu

Shiela Latif said...

bila baca ulasa ni rasa teringin lak nak tengok filem 2 alam nie...mandangkan hero pojaan ada berlakon Aaron Aziz...hukhuk

tapi tunggu kuar kat TV jer lah...muehehehe

Orange said...

melihat dari kepelbagaian sudut tanpa menghentam satu-satu pihak..i laik..

good review anyway.

Fathiah Farid said...

huu...pendapat yang baik, rasa tertarik untuk menonton cerita tu lepas baca entri ni.

prince kais said...

weldone..~~
seorng pengulas yg baik~~
klau la org kt lua sana brfikiran mcm kaw!!

Black Winter said...

Akhirnya aku dengar jugak komen yg positif pasal filem nih...
Huhuhu...

h A n Y S said...

ulasan filem yg lengkap! even panjang melebar, tapi tak bosan bila baca, malah makin teruja. *2 thumbs up*
:)

HZQH said...

nice review :) penyampaian berkesan !!

linawanie said...

nice review..xpenah tgk pn lagi, tp dah kawan2 cakap citer ni xbest dh xnak nengok...

+miss humairah+ said...

komen +ve yg pertame dgr pasal filem neh~
^^

apih el nino said...

tak sabar nak tengok Kongsi dan KL Gengster tahun depan.

The Nurul said...

wow..nice review.

Nadd said...

hahaha..
adegan 'oyeah..oyeahh'

good review, terhibur bace. :)

Mizz Dayana said...

pengulas filem yang bagos bagi filem dr rambut cendawan. eh eh. bukan dr rozmey la. hehheh

saiazuan said...

bca review da wt aq rsa x kecewa klu x g tgk

Aku_Insan said...

salam ziarah..
nice,,
tapi tak dapat tengok filem ni coz dok jauh skarang hehe
btw,,asyik dgr org kutuk je,,hmm,,kesian plak penerbitnya

Tok Esah said...

bagus ulasan.. tapi still tunggu dlm tV nanti

tulipsufie said...

byk2 review 2alam yg aku bc dr blog...review dr blog ko yg aku tgk secara natural tak emosi..blh kategori "adil" melihat dr mata hati..bkn review dr pandangan mata semata-mata..hehehe