Karipap-Karipap Cinta, sebuah novel best-seller Nazri M Annuar bakal menemui penonton sempena Hari Raya tahun ini. Nantikan kisah komedi best banget ini yang bakal ditayangkan di pawagam 31 Ogos 2011. Dibintangi Gambit Saifullah, Melia Aimellia, Emman Manan dan juga barisan artis lain.
Sinopsis:
Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi.Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil foto tempat-tempat yang kelihatan seram dan mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan mempunyai hantu. Dia jatuh hati pada Sarah,yang bekerja sebagai Kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi terpaksa diselamtkan oleh Sarah dengan kemahiran seni silatnya. Ali mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah.
Dalam usaha unutk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong yang dia juga adalah pelajar kelulusan dari Al-Azhar. Sementara itu, bos Ali, Datuk Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato Zidan. Dia mendapat dokumen sulit mengenai skandal Dato Zidan dan ingin menerbitkannya melalui akhbar politik beliau.Ali terkejut apabila dapat tahu bahawa ayah Sarah pernah bekerja dengan Dato Zidan dan memang terlibat dalam skandal tersebut.Setelah ketahui keinginan Bosnya itu, Ali ingin menebus dosa dengan mencuri dokumen-dokumen tersebut dari pejabatnya. Dengan bantuan empat sekawan beliau dapat pecah masuk ke rumah Bosnya dan mencuri dokumen tersebut. Adakah hajat Ali untuk memikat sarah terkabul dengan kecurian itu? Atau adakah Ali akan bersifat jujur dengan memberitahu perkara sebenar? Dapatkan jawapannya di panggung kelak.
sumber:
http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Karipap_Karipap_Cinta_1050

5 comments:
karipap2 cinta ni daripada novel kan?
org kata bagus citer tu... :)
Saya dah baca novelnya :D Best!
erm..ingatkan pasal cinta karipap...
tjuk mcm cita lwk....mcm menarik ja, ho3~
tajuk dia best, novel dia pun lawak, heroin dia lawa, hero dia ...............
no komen
terbaru -------> http://ariffcantabile.blogspot.com/2011/06/jalani-hidup-ini.html
Post a Comment