Akan Datang!

Friday, June 17, 2011

Review: Penungu Istana

Aku sebenarnya bergembira dengan kerancakan industry perfileman Malaysia yang makin mengadunkan formula formula baru Barat dan juga Asia. Genre baru mula terbelah belah berpecah membentuk bunga bunga baru, sekaligus memberikan ‘oksigen’ baru kepada penonton. Aku suka cambahan idea ‘lost tape’ dan juga genre kamera amatur yang semakin digilai Hollywood. Penyerapannya dalam karya tempatan nampaknya sudah menjadi fenomena. Penunggu Istana adalah filem pertama yang memulakan genre ini dalam peniruan gaya filem Paranormal Activity (rasanya la..).


Kesimpulannya, filem ini menjadi. Kerjanya tidak teliti namun satu percubaan yang bagus. Pada pandangan aku, filem ini tidak berjaya untuk memberikan kisah seram yang begitu paranormal. Namun, sebagai permulaan, Penunggu Istana sebuah karya seni yang begitu nampak senang untuk dibikin, jika anda ada kekuatan mental dan cambahan idea yang mantap! Oh ya, juga berbekalkan handycam yang nampaknya makin murah murah murah dan murah!

kelibat krew filem yang sedang bersembunyi kelihatan:
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/06/penunggu-istana-2011.html

Penunggu Istana mencatat pelbagai kisah kontroversinya tersendiri. Bermula dari campur tangan pihak Istana Billah sendiri, Penunggu Istana cuba bangun dari genre yang pada aku masih nampak seperti Gred B. Malangnya, Penunggu Istana tidak memberi kepuasan maksima. Permainannya berhati hati sehinggakan filem ini cukup hanya sekadar memberikan sebuah diari, tidak lebih daripada itu.



Permulaan Penunggu Istana nampak santai dan tenang. Kemunculan Uncle Seekers sebagai permulaan sekaligus cuba untuk mewujudkan keyakinan bahawa ‘filem’ ini sebenarnya bukan ‘filem’ berjaya menarik penonton ke dalam dunia tersebut. Namun, rasanya ramai penonton sedar bahawa karakter Uncle Seekers itu sendiri nampak seperti satu lakonan dan tidak natural. Namun, abaikan kerana Uncle Seekers bukan faktor utama yang menjanjikan keseraman.

Jadi keseramannya dimana? Penunggu Istana cuba bermain dengan kamera yang statik. Satu cobaan idea asal yang patut dikreditkan kepada Paranormal Activity sebenarnya kerana telah berjaya mencipta fenomena ini. Namun, sedar atau tak, sudah ada filem Malaysia yang memulakan filem sebegini. Tak silap aku, filem tersebut adalah lakonan Adlin Aman Ramli, sebuah filem Chinese hasil karya anak muda tempatan yang menggunakan video fotage CCTV beberapa tahun dahulu. Tak ingat title lah!

Keseramannya dimana? Sekali lagi aku bertanya. Aku mencari seram filem ini, dan bukannya jeritan yang begitu histeria tetapi tidak langsung menghisteriakan aku. Namun, bukan aku katakan bahawa filem ini tidak berjaya memberi impak seram. Cuma bagi yang belum menonton, filem ini juga ada moment seram yang berjaya menyeramkan penonton yang mana aku sendiri tak terfikir adegan tersebut boleh terlaksana dengan jayanya.


Babak kelibat penunggu istana yang muncul seketika di depan Sara nampak menyeramkan. Serius, itu satu satunya babak yang berjaya menyentap hati aku. Sesekali aku repeat babak tersebut dan ianya memang menyeramkan. Babak tuala wanita Fira yang terbakar nampak jelas menggunakan cut and combine malah adegan asap yang muncul selepas dedaun pintu tertutup sendiri juga nampak jelas menggunakan teknik yang sama. Penipuan sebenarnya terbongkar, tetapi memang filem ini tetap menghiburkan.

Lakonan yang kadangkala overacting sebenarnya membuktikan filem ini memang sebuah filem. Namun, aturan babak yang menarik memberikan satu kelancaran plot. Aku suka idea ini. Namun, permainan pertukaran babak ke babak yang menggunakan fade in dan fade out nampak menghancurkan mood aku. Aku lebih menyukai kejutan melalui pertukaran babak ke babak yang lebih pantas.

Keseluruhannya, aku lebih menyukai fenomena Seru. Penunggu Istana sebenarnya satu percubaan yang baik. Cuba untuk menghidupkan satu ‘fakta’ yang kononnya ‘hantu di Istana Billah itu wujud’ mungkin tidak berjaya, namun sebagai sebuah ‘Paranormal Activity’ pertama Malaysia, mungkin pembikin filem lain boleh ambil iktibar dan mencari idea baru untuk filem nafas sebegini.

2/5

2 comments:

Unknown said...

x sabaq nk tgk nie

Izzat Yusof said...

cite macam best mula2..sebab buat aku tertanya2..tapi ade kantoi satu part dah wat cite ni jadi kelakar..lol~

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...