Akan Datang!

Sunday, April 10, 2011

Berakhirnya Alang Rentak Seribu


Sekarang jam 12.42 tgh malam, selesai menyental muka yang penuh dengan make-up. Tq kepada Sobri yang menyental nyental muka aku menjadi sehensem penjahat kampung paling glemer gitu. Alang Rentak Seribu akhirnya sampai kepada penamat. Tepat 9 malam 9 April 2011, tirai Alang Rentak Seribu dibuka buat kedua kalinya, menandakan penamatnya kepada latihan di Bilik Seni Lakon Universiti Pendidikan Sultan Idris selama 3 bulan. Latihan yang memang terlalu memenatkan. Sesuatu yang telah bermula dari sebuah keazaman, impian dan cita cita untuk naik ke pentas Panggung Budaya buat kali kedua dan juga keinginan untuk memetik dua tiga hiris cebisan pengalaman dalam dunia teater sebelum aku berangkat menjadi seorang cikgu Mei ini (praktikum 14 minggu)!

'Join untuk ketahui pengalaman kelas teater sebenar!'. One of my friend yang terlalu taksub dan mengabdikan diri kepada dunia teater, Wani pernah berkata sebegitu kepada aku. Sebelum ini, aku hanya berlakon kecil kecilan dalam Pulang, sebuah karyanya yang tidak menang tetapi merangkul Pelakon Pembantu Terbaik (Syazril Ashraf). Pengalaman yang kecil tetapi aku rasa ianya satu peluang yang cukup baik untuk aku mulakan. Wani sudah sediakan satu titik dalam hidup aku yang cukup selesa untuk aku tekan dan sambungkan tanpa henti sehingga satu masa kelak.

Tasbih ini adalah antara kenangan paling berharga untuk aku kenangkan. Hadiah dari Mekah dari En. Suhardi buat semua krew yang terlibat!

Zahari, itu watak aku semasa aku dicasting bersama Syazril Ashraf, Wanie dan Abang Azri. Aku cuba untuk membawakan watak tersebut tetapi aku tersungkur juga sebab assignment dan juga beberapa hal yang rasanya perlu diambil kisah lebih berat daripada Alang Rentak Seribu. Ya, selepas hampir 3 bulan berlatih sebagai Zahari, aku beritahu tentang pengunduran aku dari watak itu kerana kekangan asignment dan masa. Dalam jarak masa 2 minggu ke tarikh persembahan, pemberitahuan itu mmg sesuatu yang memedihkan buat aku. Aku masih ingat malam itu, bagaimana aku menghampakan En. Suhardi dengan pengunduran aku sebagai Zahari. Aku dapat tahu, malam itu mereka berlatih sehingga pukul 1 pagi. Rasa bersalah! Tetapi aku rasa ada yang memahami. Alhamdulillah, En. Suhardi berikan aku untuk watak minor, tanpa nama.. sebagai krew biasa untuk menyerikan pentas. Tak ada dialog, cuma reaksi saja diperlukan. Rasanya, pengunduran aku sebagai Zahari nampak ada bisa apabila Abang Amir yang menggantikan aku nampak lebih bertenaga, bersemangat dan kreatif!

Al-fatihah!

Aku hampir malas untuk menyertai krew Alang Rentak Seribu. Latihannya terlalu kerap. Ternyata bekerja untuk produksi ini bukan pekerjaan main main. Terlalu beretika, dan memang teruk. Setiap malam aku kena aturkan kehidupan aku dengan masukkan agenda Alang Rentak Seribu. Disebabkan teater ini juga, aku tak balik kampung. Tetapi, shhhh.. sebab teater ini jugak aku gunakan sebagai reason untuk skip discussion dan beberapa event yang aku tak berminat... wahahaha. Namun, aku belajar banyak perkara dari krew produksi yang datang dari pelbagai kos, pelbagai latar budaya, latar masa, latar zaman, latar karakter, latar tempat, latar bahasa dan apa saja yang melatar latar. Jika dahulu, di Kerana Bunga bersama En. Zul, aku berkampung di Bilik Koir, kini aku bersama krew baru di Bilik Lakon. Kira walaupun aku bukan student Fakulti Seni Muzik dan Persembahan, aku dah jemu keluar masuk Fakulti tu. Dahla jauh! Semua selok belok aku dah tau (konon! ehe)

En. Suhardi, selaku pengarah Alang Rentak Seribu

Antara krew lakonan produksi

Foundation - ape tu? Aku rasa aku kenal foundation tu adalah sejenis barang make-up. Siyes aku bukan orang yang suka dimake-up. Bila diorang cakap, 'nanti sebelum pakai make-up, kena pakai foundation dulu', aku terpinga pinga. Faktanya, aku tak pernah tahu apa benda tu dan bagaimana nak pakai (sila gelak). Tapi sebab dipaksa, maka aku pon duduk la (padahal syok giler ni nak kena make-up! hahaha) untuk dimake-up. Maka, lesson yang aku belajar semasa dua hari pementasan ialah bagaimana aku hendak pakai foundation sendiri. Haha.. nanti dah tau dah macamne nak pakai. Thank you juga kepada Sobri yang menyerlahkan keanggunan aku dan krew krew lain sepanjang dua hari. Sudah hampir dua bulan gak aku tak potong rambut, orang cakap rambut aku dah serabut, tapi lepas make-up rasanya aku hensem kot, bak kata si 'Kajol', aku ini Rosyam Nor... haha.. watak extra pun kena gaya sakan!

Ew, nak buka box ni pun aku tanya orang tau.. haha

muka ganaz... bagi aku yang malas, inilah masa aku nak bergaya sakan.. haha

Seminggu sebelum pementasan, drill latihan memang mampat. Nasiblah pertukaran watak aku kepada extra biasa tanpa dialog buatkan aku leh skip beberapa siri latihan. Aku datang kembali kepada latihan teater 3 hari sebelum pementasan selepas hampir seminggu skip atas pelbagai aktiviti program major. Tersentuh gak bila En. Suhardi sempat bertanya kepada aku samada aku boleh catch up atau tak. Aku ingat aku dah diketepikan sebab pengunduran mengejut yang aku telah lakukan. Rasa terharu jugak kepad group krew filem yang sudi tunjuk ajar aku sebab aku skip banyak latihan di saat akhir dan perubahan demi perubahan aku dah ketinggalan.

Malik sedang dimake-up

Mak Dara join make-up artist

Aku gembira dan berterima kasih atas sokongan krew Cicit Mak Dara yang membeli tiket pada malam reunion haritu. Terima kasih kepada semua! Adik adik yang bakal menyambung legasi teater Fakulti Bahasa dan Komunikasi, moga Alang Rentak Seribu memberi seribu satu ilmu dan idea untuk diluahkan pada Festival Teater akan datang. Walaupun geng TESL aku tak datang, tak mengapalah.. aku paham kesibukan diorang. Cukup sekadar adik adik Cicit Mak Dara aku memberi sokongan, sudah memadai.

Nama kampung yang krew filem nak masuk ni, Kampung Banana

Sekitar set, selepas persembahan dan sebelum set dicuci hapus

Set Alang Rentak Seribu memang massive. Teringat bagaimana Perempuan Itu Bernama Barabah dipentaskan. Binaan set Kampung Banana terlalu besar skalanya. Sape yang taknak join duduk atas pentas jadi extra kalau set begitu meriah macam ni, timah oooooi!

Aku tutup karangan berjela ini, sempena rewind back minit minit yang baru tadi aku rasa seperti mimpi paling indah. Aku berterima kasih sangat sangat kepada Wani yang invite aku join krew produksi ini. Terima kasih juga buat En. Suhardi, juga Cik Lina dan krew krew lain. Alang Rentak Seribu menjadi my happy ending untuk semester 6 aku. Bagi yang hanya menunggu untuk menonton di youtube dan blog, rasanya belum tentu lagi aku dapat videonya. Namun, akan diusahakan. Tetapi serius, pengalaman menonton di belakang tirai selama dua semester berturut turut memberikan aku pelbagai pengalaman menarik. Tak perlu aku ceritakan semua kisah belakang tabir produksi karya Syed Alwi ni. Biar ia tertanam dalam dalam hati krew krew jer. Aku akhiri recap ini dengan ucapkan tahniah kepada Che Wan, staf Pusat Kokurikulum UPSI yang membawakan watak Alang dengan berkesan. Dulu kenal dia di kaunter Pusat Kokurikulum sebab nak minta sign, dan sah kertas kerja je.. dan sekarang dah jadi kawan. Sekian! - tulisan tamat jam 1.59 pagi..

No comments:

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...