Ini post ke empat juga merangkap post terakhir untuk hari ini (esok ada lagi). Seperti sedia maklum, keputusan STPM sudah pun keluar. Adik aku yang ambik STPM nampaknya resultnya biasa biasa la, tetapi hope yang terbaiklah untuk diorang. Tengah jalan2 dalam FB, ternampaklah pulak gambar gambar dalam Facebook SMK Tengku Suleiman, sekolah aku waktu aku Tingkatan 6. Jadi, aku nak perkenalkan cikgu cikgu aku masa aku Form 6. Sebahagian jer, ada lagi yang tak masuk gambar...
Dimulakan dengan cikgu ni. Yang dok tengok keputusan exam macam Hitler nak bom Rusia (rujuk video ini) namanya Encik Wabdi Ahmad. Beliau merangkap pengetua sekolah ini. Seorang yang nampak serius dan serius. Dulu, before dia menjadi Pengetua di SMK Tengku Suleiman, dia jadi Pengetua di SMK Abi, juga sekolah aku semasa Form 1 hingga Form 5 (rujuk entry ini).
Seterusnya, yang botak tu, bukan bapak aku. Yang tu kitorang panggil Cikgu Syukri. Cikgu Geografi yang very lawak. Speselnya cikgu ni aku nak gtau korang, dia tak pernah bawak buku datang kelas. Ilmu semua ada dalam kepala dia. Tabik spring r... tapi time kelas dia memang best. Serius... bab nota, senang je, g beli buku nota Geografi kat kedai, baca sendiri. Memang ala lecturer la cikgu ni.
Yang ni pulak, kitorang panggil Cikgu Yah. Ni cikgu paling ditakuti dikalangan pelajar tingkatan 6 masa zaman aku. Serius, kerja sekolah smua kena siap. Kalau tak, nahas kapal terbang kalau cikgu ni marah. Mengajar subjek Bahasa Melayu. Tapi, bestnya, cikgu ni even garang, kadang kadang leh jadi member2. Itu specialnya cikgu Yah. Paling best, kalau kelas dengan cikgu ni, nota tak payah skema skema, cukup sekadar tulis atas kertas A4. Fuh, save duit beli buku!
Hah, ini merangkap orang paling penting dalam Tingkatan 6. Namanya Cikgu Azizan. Merangkap segala kepala unit Tingkatan 6. Ketua segala ketua dan bagi kelas kitorang, dia ni adalah Cikgu Sejarah yang spotting. Apa yang speselnya cikgu ni, semua notanya difotostat dan kita baca jer. Memang sejarah fun r ditangan cikgu ni.
Ini cikgu Ekonomi aku. Cikgu Goh kitorang panggil. Cikgu paling marvelous dan cantik dalam masa dan zaman kitorang. Apa yang speselnya cikgu ni, dia memang sabar. Sorang yang memang x henti henti explain even aku susah benar nak paham subjek ekonomi. Apapun, memang aku tabik dengan ketabahan cikgu ni menggembeling tenaga mengajar kitorang (aku hampir gagal Ekonomi, nasib baik subjek Sejarah membantu).
Yang ni pulak, cikgu Pengajian Am. Cikgu Shafri. Serius aku cakap, pengajian Am ni memang sakit sungguh bagi aku yang tak berapa ambil kisah hal pentadbiran negara ni. Tapi, syukur selamat jugaklah.
gambar courtesy of SMK Tengku Suleiman Facebook Group (gambar semasa keputusan STPM 2010 diumumkan)
1 comment:
Salam, ade dop no hp cikgu azizan?btw,i was 2003/04 batch...:)
Post a Comment