Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Eyra Rahman
Pelakon | Fezrul Khan, Intan Ladyana, Zain Hamid (klik untuk senarai penuh pelakon)
Pengarah yang sentiasa hadir dengan filem yang lebih membincangkan persoalan wanita, cinta dan kehidupan ini nampaknya terjatuh jauh apabila menghasilkan Bencinta. Filem yang terlalu mencari car originality dari adaptasi itu gagal menjadikan isu yang dibangkitkan sesuai dengan apa yang dipaparkan. Eyra Rahman nampaknya tak putus asa lalu tampil dengan filem bergenre sama, Aku Pilih Kamu. Dalam fikiran aku ada satu soalan, adakah ini akan menaikkan semula graf pengarah ini?
Menjadi pengarah wanita dalam kelompok pengarah di MIG itu sendiri menjadikan pengarah ini mampu membina identitinya sendiri. Di setiap filemnya, tak kira dari Dua Kalimah sehinggalah aku pilih kamu, masyarakat dan isu sosial menjadi perbincangan. Aku Pilih Kamu menjadi taruhan apabila ianya mendekatkan filem pengarah ini kepada unsur cinta yang kuat serta tambah campur konflik setiap karakter untuk mengembangkan cerita.
Pada aku, cerita Qesya dalam filem ni meyakinkan. Sekaligus, apa yang terjatuh dalam Bencinta berjaya diangkat naik dengan filem ni. Nampak benar yang pengarah ni ada kekuatan tetapi, apa yang melemahkan ialah bagaimana penghasilan skrip dan ceritanya. Walaupun Aku Pilih Kamu sebuah filem yang biasa bercakap tentang cinta dan konflik cliché, aku rasa penghayatannya lebih baik.
Aku Pilih Kamu menyingkap soal kahwin janji, cinta perkahwinan dan juga persoalan tentang hati. Walaupun pada awalnya nampak ianya macam nak jadi tipikal love triangle, filem ni nampak macam cepat cepat padamkan Iskandar daripada disalah ertikan sebagai watak yang jahat. Dan apa yang korang nampak hanyalah bagaimana Alif cuba untuk mencari titik sentuhan supaya Qesya jatuh hati dalam hubungan yang dirancang keluaga itu.
Permulaannya meyakinkan. Pada aku, dengan filemnya yang tidak tergesa gesa, ditambah pula dengan lakonan Fezrul dalam dialog dialog yang sangat menjadi, ianya sangat memenuhkan jiwa romantik filem ni. Malah, aku suka bagaimana Qesya dan Alif itu digerakkan sehinggalah ketinggian paling tinggi, yakni Qesya jatuh hati pada Alif. Ianya menjadi.
Tetapi, apabila titik itu sudah tercapai, aku rasa filem ni semakin lama semakin tidak segah awal. Aku nampak rahsia Alif itu nampak dilengah lengahkan. Namun, keseluruhannya, plotnya boleh aku gambarkan dengan tiga kata. Satu, drama. Dua, romantik. Tiga, tipikal.
Aku Pilih Kamu sebenarnya bawa cerita yang sangat biasa. Macam korang tonton kat tv. Cuma dalam perbincangan cinta yang menjadi lambakan tu, Eyra sebegitu berani membawa cerita romantik yang agak berat dan betul2 perlukan kesabaran ini ke wayang. Dan dalam lambakan itu juga, Aku Pilih Kamu sebenarnya berada pada aras filem cinta yang biasa dan sama sahaja dengan kualiti drama tv.
Namun begitu, kualiti visualnya sangat baiklah dalam konteks filem MIG. Eyra menjauhkan dunia metropolitan dan membawakan flora hijau yang menggambarkan ketenangan filem ni. Itu mungkin satu kekuatan filem ni yang boleh dipuji.
Pada aku, filem ni menebus maruah kegagalan filem Bencinta. Dengan pertaruhan filem yang sedikit simple dan biasa, Aku Pilih Kamu boleh layan. Tambahan pula, apabila Azhan Rani pula berada dalam filem ni, ianya sedikit sebanyak mengurangkan perasaan pelakon ‘recycle’ yang menjadi kebiasaan MIG. Sebuah drama biasa, namun kualiti emosinya sangat menjadi kekuatan dan pelengkap sempurna filem ketiga Eyra ini.
3.5/5
1 comment:
Citer bencinta best lah,xkurang pape pun
Post a Comment