Pertamanya, aku menonton World War Z atas harapan yang ianya tidak akan menghampakan. Aku mengharapkan satu perasaan menonton zombie yang jauh lebih baik dari filem filem zombie dulu. Dan of coz lah filem ni jauh lebih baik dari Zombiejaya kan? Ehe. Itu ekspetasi aku. Melalui trailernya sudah aku jangka yang filem ini akan jadi bagus. Pendek kata, boleh menarik penonton yang bukan fan tegar zombie untuk meminati zombie.
Saat filem bermula, aku rasa ya, objektif untuk menarik bukan peminat zombie tegar berjaya. Bersama Gerry dan seluruh keluarganya, penonton akan dibawa ke persembahan survival family ni yang pada aku amat bagus persembahannya. Dan pada masa ini, aku nampak visualnya memang bagus. Bukan apa, zombie kali ini bukan pada kuantiti yang sedikit. Dengan CGI yang bagus, permulaan filem ini merangsang saraf.
Dan ya, persembahannya makin lama makin bagus. Itu aku suka. Dari semasa ke semasa, walaupun aku rasa elemen zombie sedikit hilang apabila elemen kekeluargaan diutamakan buat sementara, ianya masih menarik. Dan semuanya cukup sifat dalam mempersembahkan zombie versi baru. Terpegun dan terpesona dengan gaya persembahannya.
Oh, kemuncaknya! Pasti pada insiden di tembok Israel. Walaupun aku nampak ada sedikit elemen anti agama yang nampak jelas dan mempunyai ‘double meaning’, aku rasakan ianya adalah kemuncak kepada kesemua persembahan. Dan sememangnya aku agak kurang selesa sebab aku faham apa yang cuba disampaikan. Paparan seorang muslimah menyanyi2 bersama dengan penganut Yahudi agak pelik. Yakin ianya ada makna tertentu.
Namun, jom tutup sebelah mata sebentar. Berhibur walaupun korang akan tahu siapa sebenarnya zombie yang berada di sebalik tembok Israel itu. Palestinian? Mungkin. Siapa lagi bukan! Tetapi, dalam konteks ini, apa yang disampaikan dalam insiden di Israel ini amatlah bagus. Visualnya amatlah unik dalam mempersembahkan zombie. Zombie CGI digunakan habis maksima untuk memberikan kekuatan zombie yang tidak terbatas hebatnya. Dan di sinilah World War Z sampai ke kemuncaknya.
Malangnya, selepas itu, World War Z nampaknya sudah jadi malas untuk membawa roh zombie baru yang dimulakannya. Selepas itu, tiada lagi faktor ekstra yang boleh dikagumi. Mark Foster yang sebelum ini pernah mengarahkan Quantum of Solace ini hanya memberikan persembahan zombie biasa macam korang saksikan dalam filem filem yang ada perkataan ‘of the Dead’ dulu dulu tu.
Amat mengecewakan apabila roh ‘perang zombie’ itu lesap macam tu je selepas insiden tembok besar Israel. Watak Gerry dikecilkan peranannya sekaligus tidak membesarkan plot ‘perang dunia zombie’ yang digembar gemburkan. Gerry pula tidak diberikan bayang tentera dan pada aku, backgroundnya yang dilukis dalam filem ini terabai begitu saja. Kosong.
Aku tidak menyatakan filem ini membosankan. Filem ni ada momen yang menyentap. Ada few moments seramnya menjadi. Kejutannya juga agak bagus. Terutama pada babak insiden New York. Malah, dengan CGI yang digunakan, filem ni memberikan persepsi baru kepada filem zombie. Namun, pada akulah, tidak seharusnya meletakkan harapan yang tinggi kepada plotnya yang hanya biasa biasa saja.
Beza World War Z dengan filem zombie lain ialah filem ni lebih universal. Dari Amerika, filem ni bergerak ke Korea dan kemudiannya ke Israel. Kawasan peng’zombie’an ini berjaya dipaparkan. Malangnya, sedikit menghampakan apabila pengakhiran filem ini nampak kecil dan tidak cukup kuasa. Namun, untuk berhibur bersama komedinya dan kualiti ciptaan zombienya bolehlah. Ada yang bagus ada yang tak. Sedang sedang saja.
Apa yang aku nak kata akhirnya, World War Z hanyalah filem biasa. Walaupun CGInya dan kualiti zombienya lebih advance dari zombie dulu dulu, plotnya menenggelamkan kemegahan yang aku nak. Plot yang tidak menggambarakan ‘perang dunia’ amatlah tidak menarik. Macam aku kata tadi, pendapat lain lain. Pada aku, World War Z semangat zombie baru yang terperangkap dalam percubaan untuk menjadi yang luar biasa dalam golongannya.
3/5
7 comments:
dowg ckp je pasal zombie..pdahal dowg buat pasal yakjut wa makjut
Terima kasih infonya. Baru rasa nk tengok tp bila bacanya terasa hampa kecewa.
baru je tadi nak tengok tw.. tp cm boring je.. ble bce en3 ni hehehe sinopsis ringkas... trus tak jadi tengok layan cartoon lg baguis !!
btw en3 bgus.
kalau teruk malas lah aku nak tengok tunggu tv keluarkan je nanti
Tak banyak rasanya yg boleh kita espect dari filem2 zombie ni.. Sewajarnya jalan cerita boleh dibaca dari awal..
kalau camtu aku tak mo tgk la...
tak jadi nak tengoklah kalau macam tu...
Post a Comment