Ini pun filem yang bagus. Bukan termengah mengah untuk bercerita. Dramanya, lawaknya dan romantiknya cukup sifat. Gaya olahannya bagus dan tidak menyelitkan sesuatu yang tidak penting untuk dimainkan. Aku tak sangka pula Bikers Kental adalah filem yang agak bagus dari garapannya. Mulanya, aku ingat filem ni filem biasa biasa yang suam suam je. Oh, bukan filem tipikal Zizan Razak juga ya filem ni.
Poster filem ni klasik! Macam zaman Sembilu tak pun zaman Pasrah dulu. Aku ingat pak buat poster filem ni malas ke apa? Walaupun nak buat macam poster dulu dulu punya, tapi edit letak gambar tu kasi elok la brader. Ni nampak macam potong dengan gunting pastu ambik tampal je. Nampak sangat untuk first impression sebelum tonton, filem ni sudah gagal. Nasib baik filemnya ok dan agak bagik.
Dari Helmi Yusof, Bikers Kental tidak mempunyai komedi yang biasa. Alah, lagipun ini bukan kisah mat rempit. Dan komedinya pun bukanlah terhegeh hegeh nak paksa orang gelak. Mengetengahkan bikers motor besar, Bikers Kental berjaya jauhkan tipikal filem motor Malaysia. Dengan Zizan Razak sebagai pendukung watak utama, ianya lebih menarik.
Aku nampak Zizan dikawal agak baik oleh Helmi Yusof. Lakonannya tidak terkeluar pagar sehinggakan lawaknya hilang. Zizan nampak berjaya memberikan emosi pada satu satu saat tertentu, dan pada satu satu masa yang lain membuatkan kita rasa nak ketawa. Dan campuran ini bagus untuk memberikan perasaan simpati dari hati penonton untuk watak Bidin Al Zaifa. Lu hebatlah, Zizan!
Cerita filem ini padat. Ada subplot yang kononnya gangster, tapi tidaklah gangster mana. Pendek kata, gangster gaya komedi. Aku salute watak Bront dan Sufian Mohamed walaupun mereka tidak diberikan ruang dan masa untuk bercerita dengan lebih besar apa yang mereka sebenarnya mahu. Penulisannya menghilangkan sisi dua watak ini yang rasanya patut dibesarkan sedikit lagi untuk menjelaskan perkara perkara yang sepatutnya.
Walaupun aku rasakan bagus ceritanya, babak menunggang motor besar yang terlalu lama, pada scene awal geng Awie itu ke Krabi amatlah tidak menarik untuk dipanjangkan tanpa ada satu cerita yang sedang berlaku. Aku nampak motor tu dok bergerak dan terus bergerak, tapi insiden apa yang nak jadi aku tak nampak. Alangkah lebih baik jika masa ini diberikan sedikit kepada watak dua mamat siam yang dok kejar Bidin tu, kan?
Saiya Sukhaporn memang ‘nakal’. Dengan nama yang punya double meaning itu, Bikers Kental ada elemen dewasa yang mencuit. Agak janggal bagi yang tidak selesa dengan lawak lawak sebegini, tetapi pada aku, aku rasa inilah Bikers sebenar benarnya. Tahniah untuk Zizan atas persembahannya yang baik dari segi dramanya, lawaknya dan juga romantiknya.
Kurang menyukai ending filem ni. Filem ni ada aksi kejar mengejar yang pada aku dah sepadan dengan filem Thai. Bandingan dengan filem luar ini menunjukkan yang kualiti aksi final kejar mengejar filem ni nampak terbaik. Malangnya, semakin filem ni nak habis, aku nampak penulisan ceritanya terabai. Aku nampak ceritanya yang tadi tenang sudah mula menjadi terkejar kejar nak sampai penghujung. Patutnya rilekslah brader, habiskan pelan pelan. Nanti tercekik!
Honestly, Bikers Kental memang drama, emosi dan komedi. Ianya cerita yang ada unsur pengajaran yang bagus. Dan paling pentingnya, filem ni tak ada visual Malaysia yang cliché. Pada aku, filem ni bagus pada awalnya. Garapannya tenang. Malangnya, semakin ke penghujung, filem ni macam aku kata tadilah, terkejar kejar sehingga ada point yang dibuat sambil lewa. Tapi, itu semua tidak menghalang aku untuk berkata, Bikers Kental sebuah idea yang fresh dan segar!
3.5/5
1 comment:
Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama mencuri
Haha, kelakar cerita ni =)
Post a Comment