Akan Datang!

Friday, May 24, 2013

Review: Fast & Furious 6

Sebagai plot middle filem untuk langkau dari set sebelum Tokyo Drift ke set selepas, Furious 6 tidaklah mempunyai cerita yang besar. Apa yang aku nampak, Justin Lin ‘membesarkan’ aksi aksi lebih daripada ceritanya tersendiri. Tiada babak yang membosankan, itu pasti. Tetapi, kehilangan cerita yang baik mungkin antara kekurangan Furious 6. Namun, kesemuanya itu boleh dilupakan saat aksi bergerak babak demi babak sehingga korang terlopong! 

Ok, macam mana aku nak cakap ya. Honestly, aku memang suka filem ni. Sebagai filem popcorn movie, Furious 6 memang memberikan aksi tanpa henti. Malah, membandingkan filem ni dengan filem sebelumnya, filem ni lebih mampat dengan aksi. Selang beberapa minit sahaja diberikan untuk babak berbual yang membentuk koneksi antara babak aksi pertama dengan seterusnya. Jiwa ‘Italian Job + fast car’ kuasa dua memang diisi mampat! 

Namun, disebabkan aksi itu sendiri menjadi keutamaan, Furious 6 hilang penceritaannya. Entahlah, aku rasakan yang penceritaannya hanyalah ‘bridge’ yang hanya dibina hanya untuk membentuk aksi. Maksud aku, mungkin aksinya dibina dahulu dan kemudiannya dialog dialog tu diisi kemudian untuk bentuk jalan cerita dari aksi ke aksi. Dan apa yang menjadi satu faktor utama dalam filem ini ialah membentuk kesinambungan terakhir untuk dibawa ke Furious 7 yang akan diset selepas event Tokyo Drift. 

Nampaknya, menonton filem ni adalah macam tonton sambungan wayar yang sedang dicocok ke sana dan hujung satu lagi ke sini. Plotnya tidak lurus seperti Furios 5 ataupun 4 yang lebih merujuk kepada satu motif. Furious 6 lebih terarah kepada banyak konflik yang sebenarnya dibawa masuk oleh watak Hobbs. Dalam itu, Dom dengan Letty, satu kisah hubungan dipaparkan. Justin Lin juga tak lupa untuk membina sisi utama Tokyo Drift dalam amaun yang kecil sebagai kontinuiti. 

Mengharapkan Furious 6 sebagai sebuah filem street racing macam dulu dulu, ianya sangat mengecewakan. Furious 6 ialah robbery yang di’upgrade’ dengan pelbagai variasi aksi yang berunsurkan kereta. Itu yang istimewanya. Justin Lin bersama kru2nya pasti pikir habis limit untuk membentuk aksi yang sangat membina keterujaan. Saksikan adegan ‘they got a tank’ dan rasai adrenalin tertinggi filem tersebut! 

Walaupun Justin nampaknya melupakan sisi cerita dengan mementingkan aspek aksi. Filem ni menjadi untuk sebuah filem aksi. Walaupun aku mengharapkan emosi yang lebih untuk sisi Dom dan Letty dan mengharapkan konflik Letty itu diperkemaskan lagi, aku rasakan dengan niat untuk meberi aksi, Justin Lin membiarkan penonton tidak beremosi tentang dua watak utama ini. Apa yang aku nampak, Justin seolah olah hanya nak bawa balik Letty masuk dalam team tanpa binaan yang lebih baik. 

Pada aku, selalunya filem filem Fast & Furious dulu dalam lingkungan 1 jam 30 minit saja. Kali ini, Furious 6 menambah menjadi 2 jam lebih. Oleh itu, korang akan berpeluang melihat Owen Shaw yang sekejap keluar masuk dan juga novel punya babak yang hanya diletak untuk memanjangkan cerita. Justin Lin mengisi komedi melalui Roman. Roman diberi sisi baru yang mungkin memberikan factor x sempurna untuk filem ni. 

Pastikan anda tahu yang ‘orang besar’ filem ni sudah bersedia untuk berubah. Sebab apa, street racing theme dah tak relevant mungkin. Sebab kutipan lebih tinggi dalam filem robbery itulah menyebabkan tema ini diubah dan filem ni cuba terbaik untuk mencantum point point yang layak untuk membina sebuah siri.  Dan sebab itu, filem ini bukanlah bercerita, tetapi membina apa yang tertinggal. Padahal aku rasa filem ni dulu tak pernah pun difikir nak buat sampai 7, kalau tidak pasti Tokyo Drift akan diterbitkan tahun 2013 sebelum Furious 7. 

Ok, bagi peminat fast car, aku rasa dalam filem ni bukanlah jenis menunjuk model model kereta lagi. Ini filem robbery dan cat and mouse yang lain dari yang lain. Pada aku, jangan tengok ceritanya sebab ceritanya tak ada apa apa. Aku rasa ianya hanyalah pembentuk atau pelengkap dunia Dom sahaja dan tidak lebih dari itu. Menonton aksi aksinya adalah kepuasan adrenalin yang hebat. Aksi demi aksi yang non stop adalah kepuasan terbaik filem ni. Walaupun logikal scene kapal terbang akhir agak meragukan (panjang benoo trek kapal terbang tu), aksi yang dipaparkan agak 'popcorn' giler!

Oh ya, pastikan jangan bangun dan tunggu kemunculan sekejap watak Ian Shaw, lakonan Jason Statham yang akan menjadi plot baru untuk filem ini yang seterusnya! Pasti gempak bila Jason Statham jadi villain kan? Dan apabila James Wan, orang berdarah Malaysia ini mengarah, mungkinkah akan penuh darah macam filem Saw? Entahlah. 

4/5

3 comments:

Syuk Ry said...
This comment has been removed by the author.
Firdaus Simbolon said...

kenape tak bahas juga soalan tentang Joe Taslim?

Eintan Nurfuzie said...

mmm.. mmg peminat cete ni.. dari 1 - 5.. 6 je yg x bekesempatan nk tgk

http://www.nurfuzie.com/2013/05/header-tiba-tiba-tak-boleh-jadi.html

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...