Akan Datang!

Thursday, November 3, 2011

Review: The Adventures of Tintin

Berkesempatan menonton tayangan perdana The Adventure of Tintin, sebuah filem Spielberg adaptasi karya klasik Herge. Terima kasih untuk Churpchup kerana memberi peluang ini kat aku untuk menjadi sebahagian daripada yang pertama menonton filem ini seminggu lebih awal daripada tarikh tayangan rasmi. It is my second movie premier tetapi pertama kalinya menghadiri tayangan perdana filem dalam versi 3D! Berbaloi tuh!

trailer dan poster filem:

Dah lama agaknya Spielberg hilang dari mengarah filem filem sebegini. Malah sepanjang aku tahu, adventure ala ala filem ini pernah dicoret dalam siri siri Indiana Jonesnya. Ya, dari yang pertama Raiders of the Lost Ark (1981) sehingga yang terkini The Kingdom of the Crystal Skull (2008), penonton sudah tahu bagaimana filem Indiana Jones ini punya babak aksi yang ada identity tersendiri. Kesinambungan aksi aksinya adalah satu trademark dalam siri ini.

karakter komedi, Tompson the twin

2011, Spielberg rasanya sekali lagi mahu memberikan penjenamanaan baru kepada tradisi aksi adventure Indiana Jones. Maka lahirlah The Adventure of Tintin versi motion capture hastily teknologi WETA yang digunakan dalam filem hebat seperti King Kong dan The Lord of The Ring.

Adventura Tintin mirip kisah adventure Indiana Jones. Ya, aku akui bahawa Tintin adalah suatu karakter yang berbeza dengan karakter rekaan Indiana edisi 90an dulu. Namun, bagaimana adventurenya dilakar, juga lakaran plotnya masih ada bekas ala ala Indiana Jones. Tidak, ianya bukan satu peniruan, ianya adalah trademark Spielberg!

Pada aku, The Adventure of Tintin bukan satu lagi next evolusi 3D. Orang sudah mula mengenali teknik motion capture yang cantik dan unik. Filem ini menggunakan teknik itu. Andy Serkis, Daniel Craig dan beberapa pelakon lagi digubah menjadi watak animasi selepas mereka dirakam dalam aksi sebenar. Pada aku, filem sebegini memang menarik kalau ditonton dalam 3D, dan ya aku tonton ia dalam3D dan memang puas. Tetapi, speselnya filem ini ialah bagaimana Spielberg bermain dengan 3D melalui gaya pengarahannya.

Tintin dan Sakharine

Tintin dalam misi pertamanya ini akan membawa penonton ke satu pengembaraan membongkar sejarah kapal Unicorn. Semuanya bermula apabila Tintin tidak sengaja membeli model kapal Unicorn di pasar. Rentetan peristiwa mula berlaku dan akhirnya membawa Tintin ke satu pengembaraan bersama Captain Haddock si pelupa dan gila arak serta villain yang punya motif tersembunyi, Sakharine.

Plotnya, pada aku bermula pantas. Apa yang aku lihat, Spielberg tidak mahu melewat lewatkan kisah adventurenya dengan pengenalan yang berjela. Jadi, filem ini masa tayangannya padat dengan adventure around the world yang tidak akan buat korang tertido.

Aksi aksinya juga korang akan perasan yang ianya mirip gaya aksi aksi dalam filem Indiana Jones. Aksi yang tidak terlalu kejam, kadangkala boleh mengundang tawa semuanya adalah identity filem ini, juga identity Spielberg.

adventure Haddock dan Tintin!

Keseluruhannya, The Adventure of Tintin adalah sebuah filem yang punya plot biasa. Adventura sana sini yang mungkin menghiburkan tetapi dengan identity lama Spielberg. Namun, Spielberg cuba untuk memperbaharui identitinya melakar filem aksi adventure dengan penggunaan animasi, dan ia ianya satu pembaharuan dan komikalnya lebih menjadi.

Apapun, pendapat aku setelah menonton tayangan ini di Hall 11, Mid Valley jam 9.30malam pada 2 November 2011, ianya tidak mengecewakan. Spielberg sekali lagi memberikan satu lagi karakter yang akan kita ingat kerana persembahannya. Mungkin The Adventure of Tintin akan menjadi klasik seperti klasiknya Indiana Jones pada zaman kita mungkin dalam 10 atau 20 taun akan datang.

The Adventure of Tintin akan menemui penonton di pawagam Malaysia pada 10 November 2011!
3.5/5

5 comments:

rebellion said...

waa, tahniah sebab terpilih untuk tayangan perdana ni, churp2 lagi tu..huhu, aku biler la nak berkesempatan.

Filem ni pun nampak menarik, boleh try cari tiket wayang ni...hehe

atiqah~ said...

cam bez..hehe ^^~

Unknown said...

tahniah.....kena tgk wayang nie..mcm best jer

♥ Izni ♥ said...

bestnye dpt tgk tin2 hehe
iz dtg cni ya

Unknown said...

baru jugak tgk cerita nie...
ade buat post kat blog jugak..memang best!

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...