Akan Datang!

Sunday, October 2, 2011

Review: Karipap Karipap Cinta

Karipap karipap Cinta. Terlebih dahulu, aku ingin menyatakan bahawa sejak aku membaca novelnya karya Nazri M. Anuar, aku akui gaya cerita ini memang romantik biasa tetapi penerapannya berbeza. Sentuhan ala ala parody dan juga penulisannya yang santai membuatkan aku habis membaca buku ini dalam masa tak sampai seminggu (sebagai bukan fan tegar novel, seminggu tu kira paling short lah untuk aku baca novel). Kedengaran Othman Hafsham mahu ambil cerita ini sebagai filemnya yang terbaru. Pengarah Soalnya Siapa itu nampaknya tahu kekuatan cerita ini. Maka penantian pun bermula.

Bad Rasta, kelainan yang tak menjadi...

Menanti dan terus menanti, Raya hari tu malang sungguh tak berkesempatan menonton di pawagam. Mahu kegilaan dibuatnya tetapi apakan daya, menunggu lagi. Desas desus kedengaran bahawa Hantu Bonceng sudah memancung Karipap karipap Cinta, pecah remuk terkoyak hingga inti intinya sudah lagi tidak kelihatan. Karipap karipap Cinta menjadi antara filem termurah dalam kutipan dan memaksanya untuk hanya mengutip kutipan yang hambar, sekaligus menandakan filem ini menemui masa untuk menutup warung.

Berkesempatan menonton Karipap karipap Cinta akhirnya. Keseluhannya, gaya Othman Hafsham begitu santai. Aku akui sejak dari pembikinan filem romantika Afdlin Shauki dan Erra Fazira itu dulu, gaya romantik filem Hafsham begitu berhati hati. Gayanya berjaya menimbulkan rasa, I mean feeling romantik. Mengharapkan objektif yang sama tercapai semasa menonton Karipap Karipap Cinta, malangnya berakhir dengan berkata ‘novel lagi baik kot dari filem’.

Siapa Pak Syakir?

Dimana silapnya KKC. Ianya memang sebuah novel yang terlaris. Anak anak muda berpusu-pusu membeli novel ini (tambahan sekarang novel ini sudah ada cover yang meletakkan poster filem, dan dengan harga yang sama, korang akan dapat poster filem jugak) sebelum filem dibuat. Tetapi, masuk saja ke panggung, filem ini tenggelam, hilang dalam rempitan Ahmad Idham membawa boncengan hantu tipikalnya.

Untuk trailer dan sinopsisnya, di sini

Aku akui, kesombongan dan keangkuhan Gambit itu memang faktor besar. Sebagai Ali yang cukup berperanan penting dalam KKC, Gambit sudah menconteng arang. Malang sungguh pelakon ini. Seriusnya, aku nampak rentak Gambit dalam KKC tidak sehebat mana. Karakternya nampak lurus yang hanya dibuat buat sedangkan Ali versi novel, lebih ‘cute’ dari versi filem.

Sarah, itu watak yang begitu hebat. Dari dialah semua kisah karipap ini bermula. Kerana dia, Ali mula jadi gila. Ramai orang menyatakan bahawa Sarah versi filem lebih kearah menghina Sarah versi asal. Diwar warkan Sarah versi novel lebih jelas perwatakan Al-Azharnya berbanding versi filem. Pada aku, penterjemahan Hafsham terhadap watak ini mungkin boleh aku sifatkan berani. Satu sudut positifnya, Hafsham cuba untuk berkata, ‘Sarah bukanlah minat untuk menjadi ustazah’. Apa yang ingin disampaikan mungkin begini; Sarah bukan orang yang hipokrit, jiwa moden katakan. Sedangkan ibunya juga tidak bertudung litup, peranan bapanya nampaknya walaupun dilabel Yoga sebagai ‘alim dan warak’ tidak pernah menasihati anaknya juga isterinya.

Melia Aimellia, biasa biasa saja.

Ayat yang mudah dalam menjelaskan perenggan di atas, ini adalah reality yang memang terjadi pada zaman sekarang.

Keseluruhannya, meniru bulat bulan cerita asal dari novel memang memberikan kesan buruk kepada filem ini. Ada sesetengah part yang buat aku annoying giler, especially part Ali bermonolog sendirian. Paling jelas ke’anoyying’an adalah monolog Ali semasa dia kejar pencuri yang samun beg Sarah. Memang monolog itu wujud cantik dalam novel, tapi bila difilemkan, ianya tak menjadi. Yang cantik di tulisan tak semestinya cantik dalam visual.

Karakter Bad Rasta yang hidupnya di jalanan, juga Uncle Wong yang suka melepak di bawah flat Ali, nampaknya tidak kena untuk diadaptasi. Sebaiknya watak ini lebih baik dibuang, menjadikan filem ini lebih bagus (pandangan aku saja).

Ali, Arman dan Sarah... dalam satu misi pembongkaran

Cerita Karipap Karipap Cinta bukanlah bosan sangat. Walaupun pergerakannya kadangkala mendatar, filem ini masih boleh ditonton lagi. Bagi yang membaca novelnya, sudah pasti mahu melihat ayat demi ayat ditukarkan kepada visual. Pada aku, lebih baik karya ini di tangan Hafsham daripada di tangan Idham. Hafsham menangani filem ini dengan gayanya yang simple dan jelas. Dialongnya tidak tercungap cungap, satu persatu jelas dan mudah difahami. Gayanya memang gaya professional. Kelemahannya berasal dari mana? Jawapannya, dari penterjemahan itu sendiri.

Melia Aimellia nampak kaku pada sesetengah bahagian. Namun, lakonannya masih boleh diterima sebagai Sarah. Gambit Saifullah, ah jauhnya penafsiran di otak aku terhadap watak ini. Rasanya Ali versi novel lebih nerd dan membuatkan aku tersenyum (terutamanya jika baca novel part Ali first time berfacebook dengan Sarah). Bad Rasta, nampak outcast. Tak ada dalam filem pun takpe kot.

Paling best dalam filem ini ialah watak Razali Bunari. Watak lakonan Eman Manan ini memang aku akui persembahan terbaik pelakon ini. Lama tidak menonton lakonannya, Eman Manan memang sudah memberikan persembahan terbaik.

Babak meriah yang gedik, but best... haha

To Gambit, ini memang balasan dan akibat dari kesombongannya. Rasanya filem ini mungkin mampu menghampiri jutaan jika orang ramai tak terkesan dengan kata katanya di laman twitter. Nasihat untuk pelakon, kami penonton2 dan blogger ada kuasa untuk menaikkan dan menjatuhkan.

movie mistakes filem KARIPAP KARIPAP CINTA:

Keseluruhannya, filem ini memang penterjemahan novel terlaris yang tidak berjaya disebabkan beberapa sebab. Satu, pelakon sudah buat hal. Kedua, skrip yang terlalu mengikut novel. Dan ketiga, Sarah sudah diboikot (mungkin). Karipap Karipap Cinta sebuah drama yang sebenarnya mengajar tentang usaha untuk mendapatkan sesuatu. Bukan sebuah kisah cinta biasa, tetapi apakan daya, tidak mampu untuk menjadi kisah cinta luar biasa, seperti yang dicanang dahulu. Karipap Karipap cinta taklah rangup sangat dalam versi filem, tapi bolehlah kalau nak dimakan sambil sambilan.

3/5

4 comments:

Anonymous said...

first tak suka cinta
second tak suka gambit!
third kesian dengan filem ni disebabkan adanya gambit.(ehh bunyi sungguh anti gambit jew~he2.mas bukan peminat or hatters dia..just tak suka kebiadapan n cara lakonan macam bajet hencemm..he2)

sarah diboikot?kenapa ye?

mama aini said...

dulu mama adalah peminat gambit..suka tgk dia dlm awan dania3..syg kontroversi yg diciptanya..tlh mengubah takdir hidupnya..hu2x..sebenarnya dia berbakat..

Kazman / Sue said...

Memang citer ni kena bungkus dengan citer hantu bonceng...

Yang pasti aku layan Astro first jee... heee3x... tak larat nak bawak anak binik ramai2x kat pawagam....

Unknown said...

betul..sebab si gambit bangang tu filem ni tak laku..

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...