Akan Datang!

Sunday, March 13, 2011

Review: Hikayat Merong Mahawangsa

Menyusuri sejarah Merong Mahawangsa dalam satu adaptasi filem sebenarnya adalah sesuatu yang sukar digambarkan. Walaupun aku bukan pembaca manuskrip sejarah Kedah Tua ini, aku dapat rasakan bahawa menterjemah teks kuno ini bukan sesuatu yang mudah. Hikayat Merong Mahawangsa adalah epik! Sebelum ini, pelbagai desas desus kehebatan filem termahal KRU ini berlegar sana sini. Impak dan kesan filem ini terhadap penonton pelbagai lapisan amat berbeza dan pada aku, huraian ini dari perspektif aku sebagai penonton yang berkesempatan menonton karya Yusry Abdul Halim ini tanggal 12 March 2011 di Hall 12 GSC Mid Valley jam 4.25ptg bersama Ain Fathihah (AJK pengangkutan untuk program 'bersama peminat' ini), dan Athirah (kenalan baru dari UKM).

Ini 26 movie mistake/kesalahan kontinuiti/trivia menarik dari filem ini:
http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/04/hikayat-merong-mahawangsa-2011.html

Review

First impression, sebelum ini aku memang mempunyai keterujaan tahap maksima untuk menonton filem spesies ini di pawagam. Apatah lagi karya Puteri Gunung Ledang yang pada aku sebelum ini tidak menepati kemahuan aku sebagai genre epic dan lagenda, aku mengharapkan Hikayat Merong Mahawangsa mampu memberikan kepuasan maksima melebihi karya epik PGL. Harapan aku, moga Hikayat Merong Mahawangsa mampu membuktikan genre epic bukan satu kerja sia sia dan mampu untuk kaut keuntungan dan menarik penonton ke panggung wayang. Aku harap penantian filem ini sejak dari tahun lepas tidak juga sia sia. Mengharap juga perubahan baru dalam industri kita.

Pertarungan Merong Mahawangsa di Goa

Ya, selepas selesai menonton, kesimpulan yang mampu aku buat adalah filem ini memang filem wajib tonton. It's a must see... Aku sedar bahawa 2011 adalah zaman kebangkitan filem Malaysia (yang berkejar mendapat gelaran box-office) dan Hikayat Merong Mahawangsa adalah satu title yang tidak boleh ditinggalkan untuk ditonton. Garapan Yusry Abdul Halim kali ini terlalu merah pekat kengeriannya, penuh reality dan kisah epik yang belum pernah diterjemahkan dalam mana mana filem Malaysia. Rasanya, ini adalah filem seumpamanya yang menterjemahkan manuskrip kuno ke dalam lakon layar. Filem ini, bagi yang menjangkakannya terlalu tidak berbaloi, aku saran untuk tonton dulu, dan review sendiri!

Hikayat Merong Mahawangsa semestinya berkisar tentang Merong Mahawangsa. Secara kasarnya, kisah bermula apabila dua empayar (Rom dan China) mahu menyatukan putera dan puterinya atas dasar hubungan diplomatik. Untuk lebih adil, mereka bakal bertemu di kawasan terpencil untuk menjalankan upacara perkahwinan. Merong Mahawangsa dari Goa (Stephen Rahman-hughes) dipilih sebagai penunjuk arah apabila 2 kapal Rom tenggelam dalam ribut dalam perlayaran. Malangnya, disebabkan puteri Cina yang tidak mahu berkahwin atas dasar paksa, dia melarikan diri dan diculik orang kuat puak Geruda, Kamawas (Khir Rahman). Pertempuran berlaku dan Merong mesti menyelamatkan puteri Cina dan membantu menyatukan dua kampung yang berpecah belah.

Marcus (Gavin Stenhouse) dalam satu babak Hikayat Merong Mahawangsa

Dari aspek plot, kisah ini memang punya alunan yang cukup hebat dan menarik. Walaupun aku tidak membaca hikayat asal, nukilan versi filem ini cukup aksi, cukup epik, cukup komedinya, aksinya (lagi?!) juga dan romantikanya. Kisah ini, yang menggunakan imbas kembali dan penceritaan orang ketiga sebagai teknik penceritaan pada aku memuaskan. Rasanya itu satu satunya cara untuk mengecilkan hikayat berjela ke dalam satu filem yang durasinya kurang 2 jam. Sebenarnya terlalu banyak subplot yang membentuk complete set of Merong Mahawangsa. Kisah pembunuhan ibu Merong, kisah cinta Embok, kisah Geruda dan berbagai lagi. Ada juga beberapa tahap dimana kisahnya pada aku terlalu besar tetapi nampaknya dilupakan. Contohnya, ibu Merong, Lang (Umie Aida) dibunuh Taji (ketua Geruda), dan kita mengharapkan pembalasan akan tiba. Malangnya, Kemawas dibunuh atas dasar merogol Embok, dan Taji pula tiada pembalasan kerana membunuh Lang(walaupun Taji mati pada akhirnya tetapi bukan dibunuh Merong atas dasar kejahatannya membunuh Lang).

Sedikit fakta menarik. Menurut hikayat asal (sempat merobek lubang google mencari apa sebenarnya jentayu dan geruda dalam hikayat asal), geruda dan jentayu sebenarnya adalah jenis burung. Burung Jentayu merupakan burung sakti yang cantik dan membawa unsur air (rujukan). Ini adalah asas kenapa kapal yang dibina Merong Mahawangsa dinamakan ‘jentayu’. Geruda pula, juga adalah sejenis burung yang sifatnya gagah dan berbangga dengan kehebatannya dan ingin mengaut segala kekayaan dunia untuk dirinya (rujukan). Dari sini, penterjemahan Geruda sebagai burung nampak terlalu mitos dan tidak logik (mungkin juga kos CGI bakal melambung!), maka diwujudkan Geruda itu dalam perlambangan puak laut (lanun) yang dengki dan mahu daulat Geruda dihormati kerajaan Rom dan Cina. Namun, sedar atau tidak, akan ada burung Geruda akan terbang membuat cameo setiap kali tentera Geruda menyerang. Perlambangan ini sesuatu yang menarik dalam menterjemahkan mitos kepada penonton zaman baru.

Dari perlambangan Geruda (yang asalnya burung) sebagai puak jahat dan Jentayu (juga burung) sebagai kapal Merong Mahawangsa, dapat dilihat bahawa filem ini adalah versi logik Merong Mahawangsa yang sebenarnya tidak boleh dibandingkan dengan karya asal. Walaupun karakter Geruda dalam filem adalah berbeza dari hikayat, ia dihampirkan supaya menyerupai mitos dengan pembentukan karakternya. Jelas dalam filem ini disebut bahawa semasa Geruda bakal menyerang, halilintar akan sabung menyabung, dan ombak akan beralun (rujukan) seperti mana dalam hikayat. Bijak! I like!

Cinta Embok (Umi Nazeera) dan Merong, plotnya terlalu kecil...

Merong Mahawangsa milik Stephen Rahman Hughes. Sebagai pelakon utama, aku rasa lakonannya ok, gagah dan bagi wanita sememangnya tubuh sasanya menjadi pojaan!, dan keseluruhannya sesuai sebagai Merong Mahawangsa. Menyukai Umi Nazeera sebagai Embok (walaupun aku mengharapkan kisah Embok dan Merong dipanjangkan sedikit kisahnya) juga Kamawas (Khir Rahman yang memang terbaik), aku juga mengagumi Dato Rahim Razali sebagai Kesum yang begitu luar biasa make-upnya (walaupun kadangkala kelakar, bukan apa, belum pernah melihatnya dalam rupa sebegitu sebelum ini) . Keseluruhannya, pelakon utama memang baik mutu lakonannya. Malangnya, pelakon extra yang buat hal. Aku cukup tak puas hati apabila dalam babak pertempuran pelakon utama tengah sedap belawan dengan feelingnya kat depan, dan kat belakang (background) pula, pelakon extra belakon macam kayu. Main lawan pedang pun macam main lawan budak budak. Huh! Spoil..

Pelaburan KRU untuk skor muzik filem ini memang tak sia sia. Walaupun aku berpendapat (sebagai penonton yang kosong ilmu muzik), ada beberapa babak yang mana muzik arrangementnya nampak janggal. Tetapi, abaikanlah!. Apa yang penting, hiasan penting filem ini terbaik. Babak aksi nampak mantap dengan susunan skor yang cukup menarik. Aku suka sangat babak di pelabuhan sewaktu Embok mahu lepaskan Merong untuk menyerang Geruda. Muziknya terlalu extravaganza seolah olah aku menonton filem Hollywood. Feeling Embok yang tidak mahu melepaskan Merong pergi menyerang Geruda aku dapat serap. Malah, adegan Merong memberi semangat kepada bala tenteranya juga aku dapat tangkap feelnya. Malangnya, aku rasa ada sesuatu yang kosong semasa Merong Mahawangsa menggunakan cermin untuk membakar sampan Geruda. Terlalu sunyi! Tanpa muzik yang sesuai, aku tak dapat moodnya!

CGI, itu adalah antara perkara penting yang menjadikan filem ini wajib tonton! Filem yang menggunakan berjuta (mungkin) CGI ini nampaknya begitu teliti. Namun, kadangkala ada beberapa babak nampak serabut dan tak kemas. Rasanya biasalah, sebagai permulaan untuk genre sebegini, boleh dimaafkan. Editing pula kadangkala terlalu berhati hati. Cinematografi pun ok. Set pula nampak besar. Suka sangat set pertarungan akhir. Tetapi entah kenapa, ada kala macam something yang tak cukup dengan suasana filem ini. Aku rasa kawasan Geruda terlalu kecil gambarannya, malah dua kampung yang bergaduh itu pun terlalu kecil gambarannya. Terlalu bermain dengan close-up syot. Masih berhati hati!. Apapun, suka sangat gambaran mayat mayat bergelimpangan di persisir pantai saat pertamakali Geruda menyerang. Menyeramkan bagi aku! Kengerian yang tidak pernah aku nampak dalam filem Malaysia.

Ini adalah filem Malaysia yang aku cukup kagum dengan koreografi aksinya. Ini yang aku mahu! Seni pergaduhan yang memang terlalu aku tunggu tunggu. Menyukai adegan pertarungan Kamawas dan Merong Mahawangsa (pembalasan untuk Embok), juga pertarungan awal filem (babak pengenalan Merong di Goa), juga adegan pertarungan pertamakali Geruda menyerang. Koreografi pertarungan menampakkan filem ini memang epik. Keseluruhannya, babak pertarungan memang mantap.

Kemawas, antara persembahan terbaik Khir Rahman

Apa yang positifnya tentang filem ini, ianya adalah sejarah kita (Kedah Tua, kebanggaan sebab aku berjiran dengan Kedah). Satu karya agung yang rasanya penterjemahannya cukup kreatif. Hikayat Merong Mahawangsa satu fiksyen dan bukanlah menjelaskan keseluruhan hikayat. Kehebatan filemini adalah permainan plot yang tidak cliché dan fresh. Menyaksikan tentera Rom dalam karya Malaysia seolah olah menonton filem Hollywood dari Malaysia. Dialognya terlalu berima (walaupun tidaklah terlalu klasik) dan menjadikannya terlalu bermadah (satu keistimewaan juga apabila tiga bahasa bergabung dalam satu filem) . Tetapi, usah dikhuatirkan, Merong Mahawangsa bukan untuk pengkajian, tetapi untuk tontonan hiburan.

Negatif, bukan semua filem perfect dan aku mengenal pasti beberapa part yang nampak terlalu berserabut. Contohnya, babak akhir (sebelum Merong membunuh Taji), ada sesuatu yang tak kena di situ apabila tentera Rom nampaknya memegang pedang tumpul (yang jelas sangat ketumpulannya) dan seperti yang aku katakana tadi, pelakon extra yang lawan pedang tetapi tak bersungguh sungguh. Malah, adegan puteri cina beritahu bahawa tangkal Kamawas sudah tidak ada di badannya (yang mana tidak kebal lagi) nampak terlalu skema dalam persembahan, dan mengundang tawa. Namun, aspek ini boleh diperbaiki pada masa hadapan. Malah, sewaktu tentera Geruda cuba menumbangkan menara apabila Merong naik ke atasnya juga ada benda yang tak kena. Mana mungkin kerana satu menara kayu saja yang jatuh, semua askar bergelimpangan. Huh!

Oh, ya! Secara jujurnya, ini adalah filem yang pertama kali menitik beratkan kredit di akhir filem. Aku terpukau dan terpesona bagaimana setiap pelakon diperkenalkan. Menarik. Aku terlalu ingin menonton kredit sebegini lagi, semacam menonton filem Hollywood. Terima kasih untuk usaha yang cukup baik ini. Aku menyukai Merong Mahawangsa dari awal munculnya logo KRU Studios sehingga munculnya lagu Sedetik Lebih di akhir filem.

On the whole, Hikayat Merong Mahawangsa is a must see epic! Jenguk dan tonton, nilailah sendiri. Satu kenikmatan luar jangkaan kerana filem ini sebenarnya membuatkan dahaga penonton (macam aku) hilang sedikit apabila kelainannya berjaya memenuhkan panggung dalam 3 hari tayangan. Apapun, Hikayat Merong Mahawangsa adalah filem yang cukup rencah, cukup aksi (walaupun mahu lagi banyak) dan percubaan yang baik dalam genre sebegini. Hikayat Merong Mahawangsa adalah milik Malaysia, dan aku berbangga sebagai rakyatnya.

4.5/5

19 comments:

Scha Putra said...

ulasan yang mampu mempengaruhi lebih rmai org menonton filem ini..terbaekk..
p/s: Hikayat Sumpahan Mahsuri di blog saya..jgn jtinggalan =)

ain fathihah fhm said...

1.lemah kat skrip. agak kecewa sbb bahasa melayu yg Amir Hafizi & Yusri guna, BM biasa yg cuma beritma saja. sepatutnya ketengahkn lebih byk bahasa melayu klasik. kita ada byk perkataan melayu klasik yg indah tp dh dilupakan. mgkin skrip x dirujuk pada sasterawan dlu kot
2.watak umi aida walaupn seco'et, bg impak pd keseluruhan jalan cerita.kiranya sepanjang cerita, merong tercari2 maksud pantun ibu dia. masa last bru terjawab. best.

3.shoot msa babak perang nampak bersepah n terabur taugeh.
4.watak umi nazeera berkesan. bleh rsa la dendam kesumat n kemarahan n emosi dia.
5.watak Merong mgkin terlalu berat utk dilakonkn Stephen Rahman. tp dah sebab malaysia xdak pelakon ...yg badan sasa mcm dia kn, kena la amik jugak. haha

‎6. puteri china, putera rom n panglima cina tu, mcm xberi kesan pd perjalanan cerita ja.
7.haa lg satu. watak Kemawas lg menonjol dr Merong. love Khir Rahman.

Qistina Filzah said...

teruja nk tgk filem nie :)

ismiaisha said...

tiba2 rasa nak tengok jugak~ :)

Kechik Itu Comel said...

dh tgk mse tayangan first day lg..huhuhu..

excited n best la..

siap buat entry lagi..huhu

http://jarijemariemas.blogspot.com/2011/03/5-bintang-untuk-filem-ini.html

emieysandra said...

yes, teruja nk tgk citer ni..klu tgk d pwagam, lagi terasa bestnyer..tp kne tgu abis cuti dulu la ;)

Mr Daha said...

Wow~ Review yang hebat.. Tak tgk lagi citer ni.. dapat rating 4.5/5, mesti best ni. ha3.

bee2312 said...

sangat teruja apa bila membaca review cerita ini...tak sabar nk tgk. walaupun setiap filem pasti ada kelemahan, namun bukan senang nk buat citer epik.thumbs up buat yusry..tq sbb buat review pasal cite ni..buat sy makin tak sabar...

Ryan Aeyzu said...

dah nengok filem ni.. mmg terbaaek as expectation.. even not perfect but memang besh la.. wajib tonton kali ke-2.. :)

cik chocomint said...

choco dah tengok filem ni..mmg terbaik! sape yang belum g tgk..g tgk la..worth watching :)

shino said...

yes da tgk. mmg berkesan ke dalam sanubari :)

Nur Fatiha Azaim said...

best sgt! sesuai utk garapan generasi muda zaman kini :)
ulasan yg cukup menarik. syabas!

"eKiN NiKiSyA iShAK" said...

menarik..
yup!! semestinye wajib tonton.. saye suke!!!

Nelya said...

alaa..tak sempat2 nak pi tengok citer nih..ntah sempat ke tak nak tgk..huhuu

Cerah Jeff said...

fuh,lotih bace,panjang n EPIC!
huhu
nice,kalo pawagam ade kat kelantan,aq da g tengok for da 2nd times,huhu

Shopaholic_Sinful said...

thanks for the thorough comments about the movie.. :D

mR. aRroganT said...

lakonan watak utama(stephen) kaku sgt.. janggal...

Anonymous said...

Sedih..martabat Melayu di rendah2kan. India Goa kata kapal Merong 'if u can call it a ship' walhal kapal2 Melayu dulu cukup gah!
Pakaian dalam 'Queen of Langkasuka'(Filem Thai) lebih menepati pakaian sebenar...songket.
Baca blog ni utk mengetahui cerita sebenar HMMwangsa;
http://hmm-asal.blogspot.com

Ms and Mr Red Ribbon said...

good review... whether it's good or bad... you've wrote well :)

Review: Kingsman 2 - The Golden Circle (2017)

Tahun Terbit | 2017 Pengarah | Matthew Vaughn Pelakon | Colin Firth, Taron Egerton, Julianne Moore, Halle Berry Tak banyak filem ...