Movie Mistakes

Thursday, December 29, 2011

10 Filem Paling Diingati Tahun 2011

2011 bakal berakhir. OPM dari tulisan asal Wahiduzzaman di MstarOnline bertarikh 29 Disember 2011 memberikan 10 filem paling diingati pada tahun ini kala kontroversinya, kutipannya juga kisahnya. 

Arahan: Osman Ali 
Tayangan: 1 Disember 2011 
Kutipan: RM11.05 juta dan masih ditayangkan ...

Filem cinta dan air mata ini mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mencatat jumlah kutipan luar biasa dan sekaligus mengungguli carta kutipan tertinggi filem Melayu setakat ini. Menariknya, filem yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Fauziah Ashari ini turut mengundang kontroversi apabila penulis tersebut mendakwa tidak mendapat royalti yang setimpal. Kejayaan filem ini di pawagam membuktikan bahawa selera penonton kita tidak hanya terbatas pada filem seram seperti yang sering didakwa oleh segelintir penerbit sebelum ini. 

Arahan: Khir Rahman 
Tayangan: 24 Mac 2011 
Kutipan: RM570,000 

Asal namanya Raja Azmi, memang tidak sah jika tiada kontroversi dikaitkan dengan penerbit dan penulis popular ini. Walaupun ... Dalam Botol tidak menyerlah di pawagam, setidak-tidaknya filem ini berjaya memberikan impak ketika ia ditayangkan pada Mac lalu. Filem ini dilihat membuka dimensi baru pada penghasilan filem tempatan apabila Raja Azmi dengan beraninya mengetengahkan tema lelaki transeksual yang julung kali buat filem Melayu sehingga mengundang pelbagai reaksi. Antara isu panas yang timbul termasuklah jumlah kutipan sebenar filem ini yang ditimbulkan oleh Raja Azmi apabila pelakon utamanya Arja Lee yang berbogel berdepan tindakan tatatertib kerana masih menuntut di Universiti Sains Malaysia. Filem itu turut mendapat respons meluas daripada media di seluruh dunia termasuk New York Times Online, penyertaan di pelbagai anugerah termasuk festival filem gay iaitu Festival Filem Q di Jakarta, Indonesia dan peminggiran filem itu di FFM24 kerana temanya walaupun ia memaparkan lakonan dan mesej yang baik. 

Arahan: Yusry Abdul Halim 
Tayangan: 10 Mac 2011 
Kutipan: RM6.5 juta 

Filem ini meninggalkan impak tersendiri pada kalendar perfileman 2011. Ia boleh dianggap sebagai karya epik yang membanggakan kerana bukan sahaja pembikinannya digarap seakan sebuah filem epik antarabangsa, malah turut dinobatkan sebagai filem terbaik di FFM24. Dengan terhasilnya HMM, penerbitnya KRU Studios telah membuktikan bahawa dengan kesungguhan dan kreativiti yang tinggi, keterbatasan modal dan teknologi mampu diatasi untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti. Ia juga membawa anjakan pada perfileman Melayu apabila mendapat pengedaran terbanyak di luar negara dan beberapa festival penting. Walaupun kutipannya mencecah RM6.5 juta tetapi ia masih tidak cukup untuk mengatasi kos penerbitan yang mencecah RM8 juta itu. 

Arahan: Farid Kamil 
Tayangan: 12 Mei 2011 
Kutipan: RM8.09 juta 

Filem terbitan Metrowealth (MIG) ini memberikan kesan tersendiri pada dunia filem kita. Pertama,sebelum tayangan umumnya, ia sudah dicanang-canang sebagai sebuah filem aksi komedi yang luar biasa namun ramai yang kecewa selepas menonton kerana ia disifatkan tidak segah mana. Bahkan, penerbitnya David Teo juga meletakkan sasaran kutipan yang tinggi iaitu RM12 juta tetapi ia gagal dicapai ekoran persaingan sengit filem-filem tempatan dan antarabangsa yang silih berganti. Malah, filem ini juga dikecam oleh Pekida kerana seakan mempersendakan perkara sulit berkenaan pertubuhan berkenaan. Pun begitu, Kongsi boleh berbangga kerana aktor utamanya Shaheizy Sam diangkat sebagai pelakon lelaki terbaik di FFM24 menerusi watak Tumulak itu. 

Arahan: Ahmad Idham 
Tayangan: 31 Ogos 2011 
Kutipan: RM8.53 juta 

Filem yang ditayangkan pada musim perayaan Aidilfitri lalu ini turut tidak terkecuali daripada tempias kontroversi. Ia menjadi semakin panas apabila dialog dalam salah sebuah babak yang melibatkan pelakon utamanya Zizan Razak telah dikecam oleh banyak pihak kerana dilihat seakan mempersendakan Nabi Muhammad. Kronologi kes tersebut bermula apabila dialog yang dilontarkan oleh Zizan seolah-olah menyamakan Rasulullah dengan syaitan sehingga mengundang campur tangan pihak berkuasa, jabatan agama dan paling panas apabila ia melibatkan parti politik PAS. Kontroversi filem itu bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan cara yang baik akhirnya. 

Arahan: Syamsul Yusof 
Tayangan: 9 Jun 2011 
Kutipan: RM11.74 juta 

Filem kelima arahan pengarah muda Syamsul Yusof ini mencipta dua impak pada industri. Pertama, apabila rekod kutipannya sebanyak RM11.74 juta telah melonjakkan KL Gangstermenjadi filem Melayu yang mendapat kutipan tertinggi setakat ini. Pencapaian itu bukan sahaja mencipta fenomena dan penanda aras baru pada kutipan filem Melayu, malah kejayaan filem Syamsul itu turut mengatasi fenomena sama yang pernah dilakukan oleh bapanya juga penerbit filem Datuk Yusof Haslam menerusi Sembilu 2 dengan kutipan RM6.1j (1995). Kejayaan membanggakan itu bukan sahaja baik untuk pemangkin kerancakan filem termpatan, malah ia membuktikan keutuhan legasi anak beranak ini dalam menghasilkan filem-filem yang digemari oleh masyarakat. Namun, filem yang dibintangi oleh Syamsul, Aaron Aziz dan Adi Putra ini turut terkena tempias ‘panas’ apabila berdepan kecaman daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) yang mendakwa filem itu mempersenda dan mendedahkan beberapa perkara sulit berkenaan pertubuhan berkenaan. Kontroversi itu akhirnya memaksa Yusof Haslam mengadakan pertemuan dengan pertubuhan itu bagi menyelesaikan perselisihan faham yang timbul. 

Arahan: Kabir Bhatia 
Tayangan: 19 Mei 2011 
Kutipan: RM4.93 juta 

Kemunculan NKTM sememangnya memberikan impak kepada para peminat filem Melayu. Selepas kejayaan rating luar biasa yang dicatatkan oleh drama bersirinya di TV3 sebelum ini, tayangan filem yang dibintangi Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Tiz Zaqyah ini cukup dinantikan oleh peminat siri itu. Sayangnya, penantian itu tidak diterjemahkan dengan jayanya seperti ramalan banyak pihak apabila NKTM sekadar mengutip RM4.93 juta walaupun ia hangat diperkatakan sebelum itu. Mungkin kerana plot filemnya yang terhad dan rumit atau persaingan dengan filem-filem tempatan lain ketika ia ditayangkan telah membantutkan peluang filem ini meraih kutipan yang lebih besar. 

Arahan: Prof Madya A Razak Mohaideen 
Tayangan: 17 Mac 2011 
Kutipan: RM200,000 

Sambutan dingin daripada penonton terhadap filem yang berkisar tentang misteri pertandingan ratu cantik ini seakan membuktikan bahawa filem-filem arahan A Razak Mohaideen boleh ditolak oleh penonton jika tidak kena dengan formulanya. Filem ini tidak terkecuali daripada tempias kontroversi salah seorang pelakonnya Nur Eina Azman didakwa telah mengeluarkan kenyataan dan membuat fitnah terhadap penerbit filem Abdul Latiff Mohaideen kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pelakon iaitu Bkay Nair. Susulan itu, pihak produksi Line Clear Motion Pictures telah menghantar notis peguam yang menuntut agar Eina membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya itu dan dia digugurkan daripada senarai pelakon. 

Arahan: C.L. Hor dan Jumaatun Azmi 
Tayangan: 27 Januari 2011 
Kutipan: RM800,000 

Filem aksi ini menyaksikan percubaan sulung aktres Nanu Baharudin sebagai penerbit bersama. Walaupun diterbitkan dengan kos produksi yang tinggi iaitu RM2.5j kerana aplikasi imej janaan berkomputer (CGI), ia gagal membawa pulangan apabila sekadar mengutip tidak sampai RM1 juta. Barisan pelakon yang mantap iaitu Adi Putra dan Zulhuzaimy selain trailer filem yang memikat tidak mampu yang akhirnya kecundang di pawagam. Malah, kontroversi yang melanda iaitu apabila Nanu didakwa melakonkan babak cium dan tampil seksi yang keterlaluan dalam filem itu juga gagal melonjakkan keterujaan penonton untuk memberikan peluang kepada filem ini. 

Arahan: Namewee 
Tayangan: 8 September 2011 
Kutipan: RM7 juta 

Dengan kos penerbitan kurang daripada RM1 juta, produksi filem ini boleh berbangga apabila Nasi Lemak 2.0 berjaya memikat penonton segenap kaum untuk bertandang ke pawagam. Walaupun ia terlebih dahulu disensasikan oleh isu hangat yang melibatkan pengarah dan pelakonnya Namewee yang mempersendakan lagu kebangsaan, Negaraku, isu tersebut dilihat membantu dalam menarik perhatian masyarakat untuk menonton filem ini. Tanpa publisiti yang meluas, filem yang membariskan Adibah Noor dan Datuk David Arumugam ini turut berdepan kecaman umum yang meminta ia diharamkan. Namun, kontroversi itu sedikit pun tidak menjejaskan filem ini apabila meraih kutipan RM7 juta.

2012 akan memberikan lebih variasi dalam dunia filem tempatan. Pelbagai filem masih menanti tayangan, dan  kita tunggu dan lihat.

Tuesday, December 27, 2011

Review: Don 2

Don 2006, filem remake kepada filem ikonik Amitabh Bachchan nampaknya berjaya. Mana mungkin kuasa Khan tidak mampu untuk menyalut kuasa Bachchan dalam filem 2006 itu. Farhan Akhtar, selaku pengarah memberikan salutan kepada plotlinenya dengan lebih style juga dialog yang lebih kuat sehinggakan mampu dihafal, jika anda peminat setia Don. Don (2006) sudah memberikan twistnya tersendiri. Iya, Don sebenarnya tak mati. Dan … ceritanya bermula… sekali lagi. 


2011, akhirnya penantian selepas dikhabarkan bahawa Don bakal menerima sekuelnya, yang mana bukanlah remake sebab filem Don versi klasik menamatkan karakter Don itu sendiri. Farhan Akhtar menyatakan bahawa Don 2 bakal memberikan plot twist yang mana dihasilkan oleh peminat karakter antagonist ini. 

Don 2 muncul dengan sekali lagi memberikan visual yang tak pernah dipaparkan dalam mana mana filem Bollywood. Seni cinematografinya memang Hollywood style. Malah, sebagai seorang Malaysia, portrayal penjara Malaysia juga pejabat Interpol (yang mana entah la wujud ke tak dalam dunia sebenar) memang tak pernah dicuba pengarah tempatan. Lihat saja bagaimana Bollywood memanipulasi penjara Malaysia, dan menjadikannya sebuah penjara ala Hollywood dan fresh look. 


Jika Don pertama menjalani pengambaran di Malaysia. Siri kedua akhirnya membawa Don ke Zurich, dimana Don (selepas berjaya melepaskan diri dari penjara Malaysia) ingin mengambil currency plate. Don bekerjasama dengan si jahat, Vardhan (Boman Irani) untuk menjayakan misinya. Namun, anda mesti tahu, orang jahat berkomplot dengan orang jahat mesti akan ada twist! 

Aku menyukai first half filem ini. Adegan bagaimana Don melepaskan diri dari penjara cukup slick dan menarik. It just like watching Hollywood movie. Done. A great move! 


But, jangan terlalu mengharap first half punya aksi yang cukup untuk memberikan anda sorakan. Ketahuilah bahawa drama filem ini terlalu banyak dimampatkan di fasa pertama filem. Dan, ya… sedikit membosankan. Tetapi, mungkin kemunculan khas Hrithik Roshan di fasa pertama, ada tarikan tersendiri. 

Second half of this filem memang sebuah bahagian yang cukup tegang. Ianya sudah menjadi seperti sebuah misi mustahil yang kononnya cuba dilakukan oleh si jahat bijak, Don. Iya, di sini, Farhan nampaknya sudah memberikan beberapa gerakan plot yang nampak seperti dipengaruhi oleh beberapa filem Hollywood. Yes, Don hijacking a building. Dan, ianya bukan sebuah idea yang pernah kita tonton. 


Keseluruhannya, durasi filem ini iyalah memang standard. 2 jam 30 minit nampaknya tidak berapa memberikan kejutan dan drama yang intense. Ra. One dalam 2 jam 30 minit mampu memberikan kita element yang pelbagai, tetapi Don, gagal. Ada beberapa gangguan dalam filem ini yang nampaknya menghilangkan mood itu sendiri. 

Pertamanya, aku perhatikan olahan kedua ini seolah olah mahu member tahu kehidupan Don itu sendiri. Yang mana dalam Don pertama, ianya bukan sebegitu. Don pertama dalam 2 jam 30 minitnya punya isi yang jelas dan twist yang sesuai. Don 2, tidak mampu untuk memberikan itu walaupun twistnya pada akhir filem, adalah trademark yang berjaya. 


Keduanya, di saat Don akhirnya menjadi baik buat seketika untuk menangkap Vardhan yang mengganas, aku rasa di situlah kelemahannya. Yes, I know yang inaya adalah satu trick untuk twistkan cerita, tetapi too much dialogue menjadikannya bosan. 

Overall, Don 2 dari aspek aksi memang luar biasa. Aku menyukai gerak aksi dan lagak ngeri dalam filem ini. Amazing. 


Peribadinya, aku hanya tersenyum. Di akhir filem, aku hanya berkata ‘thanks, akhirnya si Farhan Akhtar tidak melihat Malaysia sebagai sebuah negara Chinese. Kenapa aku cakap begitu, perhatikan Don pertama, dimana muzik Chinese digunakan semasa Don dan Roma mendarat di sebuah kampung Melayu. Argh, nampak jelas Farhan tidak kenal budaya. Apapun, hal ini tidak muncul dalam filem ini. 

Dan, hah.. nasib baik ada Adiputra, which ok lah even lakonannya tak sampai seminit dan tiada dialog. Lebih baik tak ada dialog daripada ada dialog. 


Mengharapkan beberapa lagu muncul dalam filem ini. Malangnya, Zara Dil Ko Tham Lo hanyalah satu satunya lagu yang berdiri di dalam filem. Dushman Mera, my fevret hanya menghiasi kredit filem. Dan Yeh Hai Maya hanyalah menjadi background song. Uh, memang skripnya aku lihat tidak mampu untuk menyelitkan lagu. Oklah. 

Keseluruhannya, Don 2 memberikan twist yang menarik. Perhatikan babak last dan anda sedar yang Don membonceng motor kuasa tinggi yang nombor platenya tertulis DON 3. Mungkinkah akan ada sekuel ketiga untuk action flick ini? Itu sila tanya Farhan Akhtar. Sebuah filem robbery yang cukup hebat sebagai sebuah filem Bollywood. Don 2 menandakan satu lagi pendefinisian semula genre action-flick di Bollywood.

4/5

Sunday, December 25, 2011

Review: Mission Impossible - Ghost Protocol

Selepas Brian De Palma mengambil Mission Impossible pada tahun 2006, siri ini kemudiannya beralih ke tangan John Woo pada tahun 2000. J.J Abrams yang sewaktu itu popular dengan siri TV Alias menjadi pengarah siri ini pada tahun 2006. Sekarang, siri ke empat si Brad Bird mengambil alih. Dia adalah pengarah Ratatouille dan juga The Incredibles, kedua duanya dari Walt Disney dan sasarannya adalah kanak kanak. Mungkinkah Mission Impossible kali luar biasa dari dulu? 


Bird nampaknya seakan akan memberikan kita gambaran aksi di Burj Khalifa terlebih dahulu sebelum kita diperlihatkan dengan plot filem ini. Aku tak rasakan bahawa projeksi aksi di Burj Khalifa itu memuaskan. Berharap ianya lebih mega, walaupun adegannya dan stuntnya adalah real. I want more. 
Ghost Protocol nampaknya sebuah filem pengembaraan yang cukup hebat dari pemilihan lokasi. Dari Rusia ke India, Ethan Sekejap ke sana sini merantau menyelesaikan misteri. Dalam perjalanan kisah ini, aku rasakan filem ini sudah menjadi mirip Johnny English, walaupun Etahn Hawk itu bukanlah karakter yang lawak dan kelakar. 


Yes, a huge applause to Simon Pegg as Benji. Karakternya menjadikan Ghost Protocol filem yang tenang. Tak seperti siri ketiganya, yang lebih intense. Komedinya cukup sifat, kelakarnya kena tempat menjadikan Ghost Protocol sebuah filem Mission Impossible dalam kelompoknya tersendiri. 

Misi mustahil kali ini mengisahkan bagaimana Ethan dan kumpulannya cuba untuk menghentikan nuclear missile dari dilancarkan. IMF sudah dinafikan kewujudannya selepas pengeboman di Rusia sekaligus menyulitkan keadaan. Misi bermula dari Rusia, dan berakhir di India. 

Pada pandangan aku, aksi filem ini yang paling gempak pun adalah aksi aksi di Burj Khalifa. Rasanya, efek pengeboman Kremlin tu antara yang terbaik dalam filem ini. Teringat bagaimana Bollywood menggegarkan Stesen Mumbainya dalam Ra.One. 


Aksi aksi lain, aku rasakan J. J. Abrams lebih layak diberi pujian kerana membuatkan Ethan Hunt bergolak dengan jiwanya. Kembali mengingati Mission Impossible 3 dimana watak isteri Ethan diberikan peluang untuk wujud, aku rasakan filem tersebut punya aksi mantap dan ganas berbanding semua sirinya. Ghost Protokol punya aksi biasa. Tetapi, dengan efek, rasanya Mission Impossible punya bantuan untuk visual yang menarik. 

Dari sudut putihnya, tersirat disebalik cerita ini, aku rasakan isunya simple dan biasa biasa saja. Sekali lagi elemen terrorist diceritakan. Skopnya besar dan melibatkan dunia. Which is oklah kalau nak buat filem aksi.  


Dari sudut hitam, maaf sebab aku lihat filem ini nampaknya menggambarkan orang India kaya sebagai gila seks dan juga tahu berhibur. Yes, ianya portrayal negativism orang India. Dan, aku rasakan, dari watak Brij Nath lakonan Anil Kapoor, aku rasakan Bird nampaknya racism dan tidak memberikan ruang untuk orang Asia (dalam skop yang lebih besar) menyelamatkan dunia. 

Isu ini hanya kecil saja kalau filem ini dirujuk sebagai hiburan popcorn. Tetapi, jika kita fikirkan, dalam filem inilah satu satunya misi yang mana watak seorang India kaya diwujudkan. Lihat Mission Impossible 3 dimana Maggie Q diberikan watak yang stabil, which oklah. Sekurang kurangnya ianya menggambarkan dunia yang stabil, dan bukannya Amerika semata mata. 

Spoiler bagi yang belum menonton. Aku rasakan Anil Kapoor nampaknya memberikan portrayal seorang India gatal yang mana tidak dapat dijelaskan kejahatannya. Dari adegan Jane lempar Brij atas katil, kita akan lihat bagaimana Anil Kapoor tidak diberi peluang untuk meluahkan watak seriusnya. Dalam keadaan yang terdesak bila Jane meminta satu lokasi di India dari Brij, kita hanya dapat ketahuinya dari mulut Jane. Jelas nampaknya dialog penting ini tidak diberikan kepada Anil Kapoor atas dasar tertentu. 


Adakah Bird sedar yang ianya nampak seperti satu filem yang menggambarkan Amerika itu sendiri. Kaya pun si India, mereka kaya, tetapi mereka gatal. Amerika jelas nampaknya memperbodohkan orang India, dalam masa yang sama, kita bergelak ketawa. Terpulang untuk menilai.

Gambarannya, fikirkan sendiri. Keseluruhannya, Mission Impossible: Ghost Protocol nampaknya sebuah filem yang racism. Itu jika anda menilai di sebalik idea filem ini. Namun, dalam penontonan berobjektifkan hiburan, aku rasakan filem ini sesuai untuk seisi keluarga kerana dialognya simple dan santai, komedinya juga sesuai untuk segenap umur. Semuanya gara gara Simon Pegg yang kelakar. Brad Bird nampaknya memberikan Mission Impossible seperti filem Walt Disney, walaupun filem ini sepatutnya lebih ganas dari ini.  

4/5

Friday, December 23, 2011

Review: Sumpahan Puaka

Sumpahan Puaka nampak seperti cerita yang biasa. Malah terlalu biasa pada namanya. Nampak seperti ianya satu tajuk yang tandus dalam memberikan kekuatan. Tajuk yang lemah sangat untuk sebuah filem bergenre horror. Horror kah? Apakah sumpahan itu? Apa sebenarnya isi Sumpahan Puaka? Berkesempatan menonton Sumpahan Puaka yang diskripkan oleh M. Subhash dan arahan Suurya, dan ianya pengalaman yang wow! Filem ini tricky.


Aku menyukai plotnya yang mempunyai elemen fast forward backward yang menjadikan plotnya misterius dan sukar dijangka. M. Subhash nampaknya memberikan garapan filem ini sepertimana The Other juga yang terbarunya Dream House. Even dua filem ini taklah menyerupai plot line filem Sumpahan Puaka, tetapi ideanya nampak ada persamaan. It is a ghost story, tetapi kita tak pernah perasan yang kita sebenarnya menonton sebuah kehidupan ghost. 


Samsuddin, seorang pelukis yang bercadang untuk mencari ilham melukis mengembara ke kampung Sepat. Dia menyewa rumah Tijah dan akhirnya ketemu sama si Mak Jah, ibu Tijah yang misteri. Di sini, anda akan perasan bahawa karakter Mak Jah tidak ada dialog dengan Tijah dan ianya adalah satu tanda tanya. Apa dosa Tijah, siapa Tijah dan apakah sebenarnya Kampung Sepat, menjadi tunjang cerita. 


Filem ini mengungkap idea tentang kegelapan, ego, rasa benci, keinginan, juga nafsu. Dunia yang dibikin M. Subhash nampaknya luar biasa. Aku percaya dunia ini pada awalnya adalah sebuah elemen kampung setinggan yang dibina untuk memberikan ruang untuknya bercerita tentang masalah social, hubungan terlarang, kisah kehidupan dan hubungan Tijah dan ibunya. Tetapi, di akhir filem ini, ianya lebih daripada itu.  


Di sebalik isu yang utama, Sumpahan Puaka bercakap tentang kecelaruan. Ianya sebuah filem yang gila. Karakternya semuanya gila. Dan ianya sesuatu yang abnormal. Bagaimana dipaparkan seorang pesilat, juga manager kepada isterinya yang mana isterinya penyanyi kelab malam, juga kecurangan mereka. Juga bagaimana sepasang suami isteri, bermain dam hanya untuk menentukan siapa nak kutip baju. Pelik betul orang kampung Sepat nih. Tetapi, semua itu ada jawapannya. 


Sumpahan Puaka bercakap tentang Sudin itu sendiri. Dilemanya kerana terlepas berkata sumpah yang akhirnya memakan diri. Penipuan dengan binaan karakter di sekeliling kampung hanya satu permainan untuk mengaburi, satu hiburan, yang menyelitkan hanya subplot. 


Lakonan Imuda nampak santai. Talented jugak dia pegang role utama ek. Suka keseksian si Tijah. Dilema ketakutannya nampak tunggang langgang, which left us with one question; why?. Emosinya dan kadangkala ketakutannya, keberanian menggodanya. Wataknya nampak kotor dan menggelikan, walaupun sekali sekala seksilah jugak. But, sebenarnya semua itu ada penjelasannya jika anda menontonnya dan aku puas hatilah jugak. 

A great performance by Mak Jah (Maimun Mutalib) yang nampaknya berjaya memberikan twist cerita yang cukup hebat. Persembahan seram yang hebat selepas Al-hijab. 


Apapun, Sumpahan Puaka ada plot yang luar biasa. Permainannya nampak bercelaru dan pastinya memberikan teka teki yang sukar diramal. Ianya sebuah filem emosi yang kotor dengan visualnya yang gelap (paparan kawasan2 sempit sebuah perkampungan, dengan lumut, karat dan kotoran). Sebuah filem yang pada aku menarik kerana ideanya cukup fresh, dan persembahannya juga cukup menarik dan mengejutkan.

3.5/5

Sunday, December 18, 2011

Saida AF, Jefry Din, & Salima AF @ Pelancaran Tourism Perak 2012

Berkesempatan menonton persembahan Saida AF, Jefry Din dan Salima AF di Pesta Pelancongan Tanjung Malim di hadapan Kompleks Majlis Daerah Tanjung Malim pada Sabtu 17 Disember 2011. 


Persembahan dari Saida - Syurga Idaman




Persembahan dari Jefry Din - Siti Haida


Persembahan dari Salima - Khushiyaan Aur Gham


Persembahan dari Saida - Kalau Berpacaran

Thursday, December 15, 2011

Sneak Peek: 8 Jam



Pastinya semua peminat Shaheizy Sam menantikan 8 Jam bukan? Kalau pegi tonton filem GSC kat cinema GSC je pastinya dapat tonton trailer filem ini walaupun tarikh tayangannya belum diumumkan. Apapun, tontonlah trailernya dulu.



ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak -- kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut. Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak -- anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan -- rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus -- putus cuba untuk berkawan dengannya. Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya. Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut. Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco -- konco geng tersebut sering menghantui Alang. Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem '8 JAM'.

Filem 8 Jam akan berada di pawagam 5 Julai 2012,

Wednesday, December 14, 2011

Review: Aku Bukan Tomboy

Filem Syamsul Yusof antara filem yang cukup realistik. Dari filem aksinya, kepada filem horrornya dan kini romantikanya, aku rasakan filemnya adalah filem yang cukup hebat dari pembinaan skripnya juga dramanya. Penelitiannya cukup menarik, tak ubah seperti bapanya sendiri si Yusof Haslam suatu ketika dahulu. Tetapi, malangnya filem Syamsul Yusof sebenarnya gagal mencipta nama pada karakter Syamsul Yusof itu sendiri. Jujurnya, aku rasakan Syamsul Yusof tidak sedar lakonannya menghancurkan filemnya sendiri.

movie mistakes filem 

Di tangan pengarah ini, Aku Bukan Tomboy nampaknya menarik untuk disaksikan. Aku menyukai elemen cinta, darjat juga terperangkapnya si Farisha dalam hidup tomboy dan lesbiannya. Lesbian, aduh. Inilah part paling menggelikan dalam filem ini. Penakrifannya nampak terang sekaligus mewujudkan babak babak yang menggelikan tetapi hakikatnya, itulah reality.


Seperti yang aku katakan pada awal tadi, wataknya dalam filem apa punlah, ‘nya’ itu merjuk kepada Syamsul Yusof, aku rasakan itulah watak yang rasanya tak mampu untuk ditelan kerana ianya tak mampu dibawa dengan sempurna oleh ‘nya’. Dari KL Drift sehinggalah ke Aku Bukan Tomboy, aku rasakan Syamsul Yusof patut memberikan watak Burn itu kepada pelakon yang lebih ‘kepit’ dan ‘Mr. Bean’ darinya. Dalam erti kata lain, si Burn dalam filem ini bagaikan ombak rindu yang sekejap ada naik dan ada turunnya.

Tetapi, nasib baiklah si Farisha menjadi ‘hero’ pojaan dan sekaligus menyelamatkan keadaan. Dalam kehidupannya yang terperangkap, kisah kehidupannya yang naik turun sebenarnya adalah roller coaster yang menghiburkan untuk dihayati. Kehidupannya menjadi hiburan buat penonton untuk ketawa, bergembira juga bersedih pada skala kesian yang sempurna.


Si Farisha adalah portrayal si Shamsul Yusof yang cukup baik. Aku rasakan skrip asal Yusof Haslam ini yang sudah diolah oleh anaknya menjadikannya sempurna. Skripnya kena pada environment juga kehidupan realitinya. Ianya gah, menggelikan juga membuka pekung secara terhormat.

Aku salute kepada lakonan Scha Al Yahya yang cukup sempurna dalam memaparkan ke’Farisha’annya. Aku rasakan emosinya dengan cukup sempurna.

Aku rasakan hero filem ini layak diberikan kepada Shaheizy Sam, si Hariz yang kuat menangis walaupun penampilannya keras macam batu. Watak Hariz ini nampaknya sebuah penghidupan dunia Farisha yang menyempurnakan kisah kehidupan Farisha yang dikelilingi lesbian lesbian perasan jantan yang kononnya berlagak lesbian, tetapi taklah lesbian sangat pun.


Bercakap tentang lesbian lesbian filem ini (sorilah penggunaan lesbian itu terlalu banyak digunakan dalam filem ini), aku rasakan lesbian dalam filem ini tak ubah dari cerminan gangster KL Gangster, cuma ini dalam versi wanita. Lebih dekat lagi, tomboy. Dekat lagi, KL Gangster wanita. Cinta lesbian yang merebut si Farisha nampaknya reality paling muntah perut dalam filem ini. Aku rasakan reality itu terlalu dalam untuk diterima. Tetapi aku tak rasakan reality itu tak layak untuk difilemkan. Cuma… entah.


Plot Aku Bukan Tomboy berkisar tentang diari si Farisha yang tersepit dalam dunia fantasi keayuaannya, tetapi realitinya dia si tomboy yang digemari lesbian (juga tomboy). Realitinya, Farisha hanya luarnya nampak lelaki, tetapi dalamnya dia ayu. Si Fariz jatuh hati tetapi dalam diam saja dia jatuh hati. Si Burn masuk gelanggang sekaligus menjadikannya cinta tiga dimensi antara darjat pangkat juga pilihan hati.

Syamsul Yusof sudah memberikan paparan dunia bawah yang cukup baik. Kalau dulu si Gangster petaling street dia bawakan, kali ini, dia bawakan lagi watak tomboy yang lesbian, serta watak salesman yang selalu kita kutuk sebab selalu membuang masa kita, juga reality darjat cinta juga pilihan keluarga mirip filem Bolly. Oh ya, tak boleh la ia disamakan dengan filem Hindi, kerana isu cinta ini universal. Mana mana dunia yang ada industry filem pastinya ada filem berindentitikan cinta bukan.


Aku rasakan Aku Bukan Tomboy sebuah filem yang menghiburkan. Sebuah lagi roller coaster yang jelas dan terang. Hebatnya karya Aku Bukan Tomboy ini bukanlah pada lakonan Syamsul Yusof yang pada aku ‘gagal’ memberikan kepoyoannya. Hebatnya filem ini bukanlah pada reality yang ingin disampaikan. Aku rasakan filem ini patut ditonton kerana lakonan Scha Al Yahya yang cukup sempurna. Esak tangisnya, juga gaya gelaknya yang cute, juga penampilan dramanya yang cukup memukau… itu factor korang kena tonton filem ini.

3.5/5

Tuesday, December 13, 2011

Review: Osthe

“Menyaksikan DABANGG memang menarik. Plot lama dengan olahan baru yang cukup kreatif dari produksi ini menjadikan DABANGG filem bolly dengan format lama yang sesuai untuk penonton bolly masa kini.” Itu review aku berkenaan filem DABANGG tahun lepas. Dabangg antara filem Salman Khan yang box-office tahun lepas. Dengan kejayaan yang berpihak kepada Bollywood ini, maka industry filem Tamil akhirnya memilih untuk memberikan nafas baru untuk idea filem ini. Maka, dilakonkan oleh Silambarasan, maka hadirlah Osthe. Oh ya, review Dabangg di sini (klik)


Osthe adalah remake yang diarahkan oleh S Dharani penuh tanpa ada tokok tambah pada plot Dabangg . Jika siapa yang sudah menonton Dabangg, pastinya filem ini tidak memberikan satu kelainan. Plotnya sudah mampu dijangka. Tetapi, bagi aku yang sudah menonton Dabangg, apa motif aku menonton plot yang sama, tetapi dalam bahasa berbeza? Alkisah Osthe berkisar tentang Osti Velan, polis yang gatal gatal miang juga dihormati. Kisah ini berkisar tentang dilemanya sebagai abang kepada Balan, juga konflik besarnya dengan Boxer Daniel lakonan Sonu Sood.

Alasannya senang saja. Aku sudah biasa dengan remake jika kita bercakap tentang dunia filem India. Remake di India spesel. Kadangkala remake mampu melatop lebih daripada original, dan kadangkala remake itulah pelingkop filem original. Hadirnya aku menonton Osthe 13 Disember 2011 di pawagam Rawang berobjektifkan untuk membuat perbandingan, mampukah Osthe memberi saingan kepada idea asalnya, Dabangg.


Kesimpulan aku, aku rasakan Osthe tidak ada kuasa yang cukup untuk memberikan persembahan Dabangg versi Tamil. Aku rasakan Osthe tidak berjaya memberikan emosi yang sempurna sepertimana filem asalnya. Tetapi sebagai sebuah filem di tangan pengarah yang berbeza, Osthe masih ada point point yang mampu memberikan kelainan. Aku rasakan watak ‘Osthe’ Velan itu nampaknya lebih baik berbanding susuk Salman Khan. Walaupun Silambarasan tidaklah mempunyai six pack seperti si Salman Khan, aku lebih menyukai penampilan Silambarasan berbanding Salman Khan, walaupun rasanya Salman Khan layak dipuji dalam pertarungan buka baju di akhir filem.


Walaupun aku rasakan ‘Osthe’ Velan hebat pada gaya aksinya. Juga style. Aku rasakan emosi dari Silambarasan itu sendiri tidak mampu untuk sampai kepada penonton. Entahlah, aku rasakan babak ‘Osthe’ Velan di hospital pada masa ayahnya sakit itu lebih deep emosinya dalam versi Hindi. Silambarasan tidak mampu untuk memberikan emosi, sekaligus membuatkan filem ini hanyalah aksi aksi dan komedi komedi.


Nah, jika dalam filem Dabangg kita ada Rajjo lakonan Sonakshi Sinha, Osthe memberikan Neduvaali lakonan Richa Gangopadhyay. Neduvaali nampaknya ada chemistry walaupun aku masih merasakan portrayal kesengsaraan kehidupannya yang terpaksa menjaga bapanya yang mabuk lebih baik dalam versi Hindi.

In term of action, aku rasakan aksinya memang high class. Bila aku sebut high class, rasanya mesti dapat tahu bagaimana aksi filem Tamil dan Hindi bukan. Abaikan logika kerana filem ini lebih kepada hiburan.


Walaupun Tere Mast Mast Do Nain nyanyian Rahat Fateh Ali Khan telah mampu mencuri hati aku dalam filem Dabangg, ada juga beberapa lagu dalam filem ini rasanya cukup sedap dilayan. Malangnya bahagian lagu Tere Mast Mast Do Nain itu yang diganti dengan Unnale Unnale yang rasanya biasa biasalah.

But I like lagu Neduvaali, which portrays tarian Silambarasan yang cukup luar biasa. Juga komedinya yang memang menarik. Dengan kehadiran Mallika Sherawat, Kalasala Kalasala juga trek yang seksi dan hot!


Keseluruhannya, Oshte tak berjaya untuk memberikan magik Dabangg. Osthe rasanya kurang menyengat. Bakal diadaptasi sekali lagi ke dalam versi Telugu dengan tajuk Gabbar Singh yang bakal direlease 2012, idea Dabangg ini nampaknya bakal menempuh perjalanan baru tahun hadapan. Apapun, Osthe ada kuasanya tersendiri. Terutama pada aksinya yang nampaknya lebih klasik berbanding Dabangg yang mirip kepada copy cat aksi filem Jason Statham, Transporter!

2.5/5

Saturday, December 10, 2011

Kesan Khas Hollywood, Sebelum dan Selepas



Special effects adalah perkara biasa di Hollywood. Malah, kadangkala semasa kita menonton filem Hollywood, kita sendiri tidak mampu untuk membezakan antara kebenaran dan fantasi. Video di atas menyediakan tentang beberapa perkara ajaib yang Hollywood mampu lakukan. Insyallah suatu masa nanti, industri filem kita pun mampu lakukannya. Itupun jika penonton kita berfikiran terbuka. Oh ya, KRU sudah berjaya mencipta Metrofulusnya menggunakan gaya inilah. Itu hanya satu.

Tonton juga:

PEMBERITAHUAN!
Jika video sudah diremove, atau ada masalah untuk menonton, sila beritahu admin dengan segera.

Wednesday, December 7, 2011

Berakhirnya Demam 'Yana Yang Terlampau'

Beberapa minggu lalu, admin telah terjumpa beberapa keping gambar seorang pelajar yang tidak diketahui siapa. Hanya berdasarkan gambar tersebut, namanya hanyalah dikenali sebagai YANA. Admin mendapat reaksi negatif dan juga positif berkenaan gambar tersebut setelah gambar tersebut disiarkan di blog ini. Lama kelamaan, identiti YANA mulai terdedah kerana beberapa komen anonymous dan juga pelawat blog menyatakan bahawa mereka kenal YANA.

Identiti YANA makin lama makin terbongkar. Hari ini, tatkala admin membuka email, ada sebuah emel daripada seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai abang kepada YANA. Antara isi emel tersebut adalah seperti di bawah:



Jadinya, berikutan itu, sudah sampai masanya untuk admin membuang gambar si YANA ini dari blog Orang Perlis Menulis. Jadi, kepada keluarga YANA, admin selaku pengurus bola sepak pasukan Orang Perlis Menulis memohon maaf kerana menyiarkan gambar tersebut. Admin hanya melakukan apa yang wajar untuk blog ini. Namun, diingatkan bahawa gambar tersebut bukanlah milik admin yang asal. Admin memperoleh gambar tersebut di sebuah laman facebook anti pavilion.

Entry YANA yang terlampau mendapat view sebanyak lebih dari 800 dari laman ping busuk.org. Post tersebut juga telah berjaya menandingi gambar Zarinne Anjoulie di FHM. Dalam tak sampai 2 minggu, post tersebut telah berjaya menundukkan entry REVIEW filem ABUYA.

Sekian.

Monday, December 5, 2011

Review: Jalang


Pertamanya, bila aku menonton Jalang, aku rasakan filem ini tidaklah sejalang yang disangka. Filem ini bukanlah seksi mana dan bukanlah terlalu membogel sana sini. Rasanya filem ini cuma sebuah drama biasa dengan sedikit acuan seksual yang tersirat. Bukanlah filem ini sampai ke tahap adegan Jue Aziz yang gersang dalam Abuya tu. Berkesempatan menonton filem terbitan Imran Ismail ini, selepas sekian lamanya.

Filem tahun 2009 ini nampaknya bukanlah sebuah filem yang mempermainkan wanita. Aku lihat pendapat seorang blogger itu nampaknya tidak terpapar jelas dalam hal ini. Iya, memanglah si jalang itu adalah Maria si Yasmin Khanif. Tetapi, kejalangannya bukanlah sebuah kegembiraan. Ianya sebuah jalan yang cuba dijauhi, namun si dia masih tersepit dalam kancah jalang itu. Sekali masuk selamanya takkan dapat ditinggalkan

movie mistakes:

Jalang berkisar tentang central karakter kita, Maria (Yasmin Khanif) dan kehidupannya sebagai jalang. Di sini perlu dijelaskan bahawa jalang yang dimaksudkan, melalui pemerhatian aku bukanlah jalang sangat. Lagipun, bapa boyfriend Maria hanya berkata ‘kehidupan Maria tak ubah seperti jalang’. Jadinya, Maria bukan jalang. Cuma dia disamakan dengan kehidupan jalang. Jelas di sini, Maria hanyalah sekretari yang terperangkap dengan dunia tersebut.

Dipaparkan dengan watak lelaki yang pelbagai, dari datuk datuk sampai ke penyiasat psiko, Jalang pada aku ada idea yang baik. Aku sebenarnya suka dengan konsepnya tetapi malangnya ianya tak sampai. Aku suka bagaimana nukilan ini menggambarkan bagaimana lelaki lelaki ini cuba untuk mendampingi Maria (yang kononnya cantiklah) dengan pelbagai cara. Disebalik kehidupan mendampingi lelaki lelaki ini, Maria ada konfliknya tersendiri, kehidupan peribadi juga cintanya.

Jujurnya aku nampak apa yang cuba hendak disampaikan. Mari aku senaraikan apa yang aku rasa aku tahu apa yang ingin disampaikan, tetapi tak sampai:

Pertamanya, aku tahu bahawa filem ini cuba untuk memberikan portrayal keinsafan seorang jalang yang tidak dapat lari dari dosanya. Namun, portrayal ini nampaknya tenggelam kerana Maria itu sendiri tidak mampu untuk menunjukkan bibit keinsafan melalui karakternya. Karakternya mendatar dan emosinya tak stabil.

Keduanya, watak Adam lakonan Haire Othman paling menyampah. Walaupun aku rasa watak ini mampu untuk memberikan imbangan cinta dan pengharapan, juga simboliknya penantian untuk keinsafan si Maria, ianya tidak berjaya. Lakonan Haire nampaknya hanyalah skema dan paling mengarut adalah adegannya bermadah di tepi pantai, which is suck!

Ketiganya, adegan Yang Kasim psiko sampai nak rogol doctor itu nampaknya terlalu murahan. Nampak sangat si doctor terlalu keras, kaku dan juga macam malas jadi doctor. Reaksi semasa Yang Kasim merogolnya, ah… xde feeling langsung.


Yang Kasim memberikan lakonan psikonya which is good untuk menjadi penamat filem ini. Kejutan yang tak disangka dan well done lah, walaupun adegan psiko Yang Kasim di bilik doctor tu amatlah mengarut dan bukan taraf filem. But I like his energy! Mantap. Oh Yasmin Khanif. Bila aku tengok kau berlakon, aku ingatkan persembahanmu mengiurkan. Namun, tengok saja persembahanmu itu, terus gelak. Need to improve lah. Terlalu gedik sangat lakonanmu.

Satu perkara lagi, bila aku tonton lakonan Maria Farida dengan Ridzuan Hashim, terus teringat role mereka yang hampir sama dalam filem My Spy. Dalam My Spy, watak maria Farida juga menyiasat suaminya yang ada skandal. Kebetulan.

Overall, Jalang nampaknya tenggelam dalam garapan yang tidak berjaya diterjemahkan. Walaupun kejutan si Kuswadinata yang mengetahui anaknya bakal berkahwin dengan Maria itu berjaya memberikan salutation kepada skrip filem ini, filem ini masih tidak mampu untuk membawa nasihat itu dengan berjaya kerana lakonannya, skripnya juga persembahannya yang caca merba. Jalang bukanlah sebuah portrayal seksual, tetapi ianya sebuah filem keinsafan, jika ada yang tahu menilai.

1.5/5

Sunday, December 4, 2011

Review: Apa Tengok Tengok?


Bila aku pandang saja poster Apa Tengok Tengok? ni, ada beberapa soalan bermain di kepala. Satunya, apa yang aku tengok tengok? Adakah orang filem ini tak nak aku tengok filem ini sebab aku dok tengok gaya pelakonnya yang kena denda dan pakai baju pompuan tu? Persoalannya, di sini jelas tajuk filem ini sendiri sudah tidak mampu untuk membawa filem ini jauh ke hadapan dan sekaligus membuatkan aku tidak tertarik untuk menonton filem ini di pawagam.

Nah, hari ni aku gagahkan juga tonton filem Roy Krishnan yang huh. Agaknya adalah filem paling teruk dari segi garapannya. Negatifnya banyak. Tetapi, aku akui mesejnya ada.

movie mistakes:

Yeah, kononnya filem ini cuba untuk membawakan formality filem Hindustani yang nampaknya tidak menjadi. Ianya rebah tersungkur di atas pengarahannya sendiri yang tidak sedar bahawa pelakonnya adalah orang Malaysia, dan bukannya India. Apapun aku rasakan banyak sangat yang perlu diperbaiki dalam aspek lakonan. Namun, disebabkan filem ini kebanyakannya dibarisi pelakon baru, rasanya tahap lakonannya biasa biasa je.

Betul cakap beberapa orang blogger. Kata mereka, filem ini hanya layak untuk ditayangkan di kem PLKN ataupun kem motivasi je. Gaya penceritaannya tak komersial, kisahnya yang tunggang langgang dan tidak memfokus, terabai dan menenggelamkan feeling cerita. Iya aku nampak mesej mesejnya dalam setiap babak, tetapi kalau mesej itu datang di barisan kedua objektif filem ini alangkah bagusnya. Berhibur itu objektif pertama sebenarnya seseorang menonton wayang.

Mengerikan bila aku tengok implementasi muzikal filem ini. Ternyata dalam percubaan untuk menghasilkan item song (rujuk filem Bollywood untuk definisi jelas item song), ternyata ianya bukan budaya kita. Aku definasikan lagu terakhir filem ini adalah item song yang menarik, liriknya membina malangnya sinematografinya hancooor!. Lagu yang dinyanyikan Adriana di sekolah ‘menggerikan’.

Aku tak tahulah pengarahnya tahu aspek lakonan atau tidak. Aku juga tak tahulah jika skripwriternya ada ilmu untuk mewujudkan skrip yang baik. Kalau aku yang menulis, mungkin aku akui inilah hasilnya sebab aku tidak berpendidikan dalam hal ini.

Bukan apalah, pertamanya, aku lihat dialog dalam filem ini memanglah teramat kaku. Ya rabbi, mengucap aku dua tiga kali menonton kengerian ucapan dialog yang serupa pementasan drama kem pengakap nih. Ingat lagi bagaimana adegan cikgu Fadzilah menasihat cikgu disiplin tentang kekerasan. Cikgu disiplin kemudiannya datang ke kelas dan minta maaf. What the hell! Apa ni, lemah gila cikgu disiplin tu lepas dinasihat cikgu Fadzillah yang hanya cikgu biasa.

Malah, aku lihat pemberatan antara Penolong Kanan dan Pengetua itu nampaknya tidak ada pengkajian yang mantap. Lihat saja bagaimana si polis perasan macho semasa Joe menjadikan sekolah itu sebagai tahanan. Boleh pula polis halau pengetua dan biarkan penolong kanan berada dalam bilik soal siasat. Lepas itu, dipaparkan bahawa pengetua yang berhati baik, ikhlas, tulus dan mulus ini cuba untuk menyelamatkan anak muridnya dengan masuk ke bilik darjah sebelum ditembak. Epiknya pengorbanan pengetua ni.. kah3.

Keterukannya ditambah lagi dengan kemunculan Sathiya entah di fasa dekat hujung filem. Sathiya memberikan lakonannya sehabis baik tetapi masih tidak mampu untuk menyelamatkan keadaan. Ngeri jugak adegan pertandingan band tuh!


Huh, adegan bendera animasi tu memang nampak menunjukkan semangat. Bagaimana dipaparkan dua kumpulan yang bertelagah menyelamatkan bendera yang terlepas dari tiang dengan gahnya. Malangnya, CGinya terlalu lemah. Ngeri!

Apapun, filem ini punya plot yang membosankan dan dengan keterukan berganda, aku tak yakin filem ini mampu ditelan peserta PLKN mahupun peserta kem motivasi sekalipun. Apa Tengok Tengok? berakhir dengan rebahnya idea filem ini di tangan pengarah India ini. Ternyata Bollywood is Bollywood dan filem kita adalah filem kita. Jadinya, tak payah filkirlah pasal filem ni walaupun aku rasa Chomatt dan Iqbal memberikan persembahan yang oklah jugak.
1/5

Friday, December 2, 2011

Review: Ombak Rindu

Ombak Rindu. Sebelum aku menonton filem ini, aku mendengar banyak mulut merekomendasi buku ini untuk dibaca. Pada aku, aku rasa Ombak Rindu sudah tentu ada magiknya yang membuatkan ramai pembaca jatuh cinta. Maka, setelah filemnya hampir keluar, dan cover kulit bukunya dihiasi muka Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani, akhirnya aku memilih untuk membeli buku ini. Dibacanya belum. Jadi, review ini hanya hadir sebagai pandangan seorang penonton yang menonton karya agung ini dalam versi filem.


movie mistakes:


Di tangan Osman Ali, aku rasa Ombak Rindu masih ada gaya Hindustani Sharad Sharan. Entahlah. Aku lihat falsafah filem ini, iyalah walaupun ianya beradaptasi secara lahiriahnya daripada Fauziah Ashari’s Ombak Rindu, gaya persembahan filem ini nampak tegang dan cukup rencah tak ubah seperti formality filem cinta Bolly. Namun, aku rasakan garapannya memang nampak tajam dalam menyampaikan sifat cinta itu sendiri menjadikan penyampaiannya lain daripada kisah cinta Malaysia yang lain.

Kisah Ombak Rindu ternyata bukan satu kisah biasa yang terlalu luar biasa. Ianya rencah novel laris dan reality kenovelan itu jelas terlihat melalui pemaparan filem ini sendiri. Jauh di sudut hati, aku mengatakan bahawa filem ini memang filem tangisan air mata terhebat 2011!

Selepas menonton filem ini, aku rasa ada beberapa aspek yang cukup menarik untuk ditonton dalam filem ini walaupun anda bukan pembaca Ombak Rindu.



Pertamanya, filem ini bakal memberikan anda untuk menatap wajah pelakon air mata lelaki terbaru kita, Aaron Aziz. Aku tak pernah melihat bergenangannya air mata pelakon kacak ini dalam mana mana filem atau drama. Dan persembahannya dalam filem ini cukup memukau dengan dunia lelaki separa perfect bersulam kasanova yang cukup hebat!

Keduanya, aku menyukai gambaran Maya Karin. Seolah olah melihat satu pemaparan wanita yang cukup perfect tetapi naïf dalam kehidupan, ditindas kerana ketidakfahamannya dengan dunia. Kisah dilemma wanita yang cukup berat, ditangani dengan baik oleh Maya Karin.

Filem ini punya babak babak yang pasti membuatkan orang sebak (walaupun ada certain part membosankan). Sejauh mana kayu ukur kesebakan itu bergantung kepada penonton sendiri, tetapi aku sudah merasainya. Filem yang membuatkan aku sebak hanyalah Titanic, dan… Ombak Rindu is another tsunami of tears. Ketiganyalah. Mungkin aku ni lelaki hati basah kot....

Keempat, di tengah filem aku tertanya tanya, jika jalan ceritanya sudah terbuka dan endingnya sudah dapat diagak, bagaimana si Osman bakal menamatkan filem ini? Persoalan terjawab dan endingnya yang sederhana tetapi masih membuka peluang untuk menilai cinta dan kasih sayang, juga tentang hak cinta itu… ingat, redha dan pasrah itu berbeza.


Pada aku, menterjemah sebuah karya sebegini memanglah sukar. Walaupun aku tidak membaca novel ini, aku rasakan ada beberapa perkara yang nampaknya tidak ditangani dengan baik, tetapi rasanya sudah dicuba untuk diterjemah sebaik mungkin. Namun, perkara yang aku senaraikan ini masih lagi tidak menghalang anda untuk menonton filem ini.



Pertama, aku rasakan ada sesuatu yang tidak kena pada adegan Pak Dollah memberitahu siapa Hariz yang sebenarnya. Skop penjelasannya terlalu kecil dan muncul dalam keadaan yang seperti terdesak dan mengejut sekaligus tidak memberikan ruang untuk ‘catch up’. Aku rasakan babak tersebut tidak mampu untuk memberikan kejutan langsung tetapi cukup untuk mengikat fakta saja.

Keduanya, permainan fade in fade out yang terlalu banyak nampaknya mengganggu sangat sangat penontonan aku. Serius gaya ini cukup menarik kerana mungkin Osman cuba sehabis baik untuk menterjemah segala babak penting dalam novel, dan melalui fade in fade out inilah babak itu diikat dalam jangkamasa pendek 1 jam 45 minit… like skip and watch, then skip again and again…. Malangnya… tak berjaya (pada pandangan aku).

Ketiganya, aku rasakan lagu Ombak Rindu terlalu banyak diulang ulang sampai membosankan dan menjengkelkan. Tak ada lagu lain kah untuk diisi selain lagu itu?

Keempatnya, adegan awal dimana Izzah hampir dilanggar Hariz nampak serabut. Zoom in zoom out yang caca merba. Tetapi nasib baik part tu je yang caca merba. The rest of the film ok.


Pada aku, Ombak Rindu ada portrayal cinta yang cukup berbeza. Bagaimana watak Izzah itu sendiri digambarkan sebagai seorang yang cukup naïf dan terperangkap dalam satu dilemma yang cukup besar dalam hidupnya. Izzah aku lihat sebagai sisi seorang wanita yang cukup sempurna sifatnya. Taat dan setia, jujur dan sentiasa mengingati tuhan. Gambaran Izzah ini aku suka kerana karakter ini besar kerana mampu menundukkan ego ganas si Hariz.

Dalam realitinya, aku lihat Izzah ini mewakili wanita yang dianiaya cinta dan menuntut untuk difahami dan disanjungi. Sebuah pemikiran yang selayaknya diadaptasi dan difikirkan.

Kisah ini punya persoalan yang menuntut pemikiran yang dalam tentang beban seorang wanita yang dikahwini untuk hanya digelar perempuan simpanan. Sebuah persoalan tentang kesabaran untuk meruntuhkan ego lelaki serta pengharapan terhadap cinta yang tidak pernah berkesudahan.


Ah, kisah korporat dan segala adegan marah marah dan juga sensual itu adalah pelengkap filem ini. Lihat saja bagaimana Lagenda Budak Setan punya sentapan emosi yang cukup berbeza. Gayanya mirip Bollywood dan for Ombak Rindu, yeah … it works! Filem ini mampu untuk membuatkan anda masuk ke alam cinta Izzah Hariz juga sekitarnya.

Aku akui penterjemahan novel ini nampaknya sedikit janggal. Aku rasakan filem ini ada kekurangan dalam membina kejutan kejutan. Malah, dengan beberapa adegan dengan dialog skema, aku rasa filem ini tidak berapa sempurna. Tetapi itu hanya some part of it lah!


Aaron Aziz cukup menarik untuk dilihat. Wow, setelah menjalani kehidupan gangster, akhirnya si macho ini sudah masuk ke dunia jiwang. Dan aku menyukai lakonannya, terutama adegan melepaskan rindu di dalam bilik Pak Dollah yang mampu mengundang esakan. Kehebatan Aaron nampaknya tidak dapat disangkal walaupun si Rozmey sudah membuatkan dirinya ditertawa kerana filem 2 Alamnya.

Maya Karin serius nampak cantik dalam keadaannya bertudung. Menyukai karakternya yang lemah lembut dan naïf. Lisa Surihani sebagai Mila nampaknya sedikit kaku dan kurang memberikan impak. Antagonisnya si Lisa nampaknya kurang menjadi dan kekuatan cintanya nampak mirip ke arah psychopathic berbanding cinta yang bertepuk sebelah tangan. Walaupun Lisa kurang berjaya menangani karakter Mila tetapi, at least we can watch her in her new role.

Sinematografi is a top notch. Apa lagi yang team Sharad Sharan mampu berikan selain kenikmatan visualnya. Ianya suatu ciri istimewa filem ini yang jarang dilihat dalam filem Malaysia. Menyukai paparan sawah padi, juga muara sungai yang cukup indah.


Keseluruhannya, mungkin peminat Ombak Rindu tidak dapat menikmati keseluruhan cerita seperti novelnya. Tetapi, aku rasakan adaptasi ini mampu untuk membuatkan penonton masuk ke dalam dunia Hariz dan Izzah yang penuh konflik. Walaupun konfliknya cliché Hindi zaman 90an (persoalan pangkat darjat), rasanya ianya masih boleh dinikmati. Tidak hairanlah novelnya diulang cetak berkali kali. Untuk filem air mata penghujung 2011, filem ini direkomendasi untuk anda semua…

Cinta itu tak kejam, cuma manusia yang tak pandai menghargai cinta… Pengalaman menonton Ombak Rindu karya Osman Ali ini di Hall 12 jam 4.40 petang tanggal 1 Disember 2011 tidak berakhir dengan kekecewaan.

4.5/5