Movie Mistakes

Saturday, October 26, 2013

Review: Odd Thomas

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Stephen Sommers
Pelakon | Anton Yelchin, Ashley Sommers, Leonor Varela (klik untuk senarai penuh pelakon)

Pengarah The Mummy dan GI Joe ini mungkin mahu beralih angin. Dia mungkin mahu ikut jejak langkah Michael Bay yang tiba tiba membikin filem murahnya yang sangat nampak mahal. Hmm.. mungkin juga! Maka dengan itu, Sommers datang dengan filem yang nampak sangat kecil pada setiap sudut, Odd Thomas. Kenapa aku kata kecil? Sebab filem ni sangat tenggelam pada promosinya. Lihat saja Wiki, lihat saja Imdb, maklumatnya sedikit. Tidak seperti filem filem lain Hollywood. 

Benar kata orang, jangan hakimi buku melalui kulitnya. Menonton Odd Thomas sangat memberikan perasaan yang lain macam. Kita dibawa menyusuri sisi sisi baru filem The Six Sense. Dan kita juga dibawa berjalan ke taman tema roh dan takdir cara berbeza tidak seperti apa yang dipapar Final Destination. Campuran dua filem tu membentuk Odd Thomas. Namun, jangan salahkan Sommers. Ini idea novel asalnya yang ditulis oleh Dean Koont. 

Berdasarkan buku pertama siri Odd Thomas itu, Sommers menyusuri jiwa seorang lelaki yang mampu melihat roh yang sudah mati. Dia menerima takdir itu dan menjadi penghubung kebenaran melalui seorang anggota polis. Odd Thomas ni macam satu perantara yang sangat cantik binaannya. Kita tidak ditakutkan dengan karakter itu tetapi dibawa berdamping bersama mengikut perjalanan sisi manusia pelik ini. 

Perjalanan filem Odd Thomas seperti novella. Which is the best way dalam nak potray feeling Odd Thomas yang sentiasa bermain dengan fikiran. Kita dibawa berjalan dengan kisah cinta lelaki pelik ini dengan Penny, yang mana bertindak sebagai ejen emosi untuk filem ni. Cinta, seram, takdir dan misteri menjadikan Odd Thomas perjalanan yang sangat menghiburkan. Stephen Sommers berjaya menjanjikan kejutan yang sangat baik di hujung filem. Feeling sedih dan jiwa Odd Thomas itu dilakar sangat dalam sehingga aku rasakan bahangnya. Perasaan simpati berjaya wujud dalam kisah cintanya. 

Namun, sebagai filem yang sangat bermasalah dari segi marketing (dua tahun tidak ditayang sebab financial problem), filem ni sangat melemahkan syahwat bagi yang mahukan nafsu dalam visual efeknya. Filem ni sangat cincai dalam efek visual yang nampak terlalu dilebih lebihkan dalam masa yang tidak sesuai. Adegan Odd chop timun, dan bakar roti, serta few scene tentang makhluk neraka itu sangat gagal visualnya. Namun, letupan akhir filem ni hebat! 

Anton Yelchin memberikan lakonan yang sangat baik. Penonton berjaya dimainkan, dan besatu, serta bersamanya dalam merungkai misteri. Setiap connection dalam misteri dirungkai sikit demi sedikit dengan baik dan jaya. Willem Dafoe sangat membantu memberikan gred A bagi filem ni. Dan oh ya, Arnold Vosloo yang muncul sebagai cameo sangat mengingatkan aku kepada filem Sommers terdahulu, The Mummy. 

Stephen Sommers nampaknya perlu kawal efek. Filem simple buat cara simplelah! Pada cerita, aku akui Sommers sangat ohsem dalam membentuk emosi. Dan Odd Thomas sangat ‘odd’. Filem yang berjaya membuai penonton dan menunjukkan yang Sommers tidak memerlukan efek dan cerita yang besar dan mega untuk menunjukkan yang dia adalah pengarah yang berwibawa. Filem kecil yang hebat selepas lama bergelumang dengan filem big-bufget! 

4/5

Review: The Heat

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Paul Feig
Pelakon | Sandra Bullock, Mellisa McCarthy (klik untuk senarai penuh pelakon)

Aku tak tertarik dengan The Heat. Serius aku takkan tonton sebab aku tengok ceritanya sangat biasa. Bukan apa, cerita polis FBI blab la bla dan komedinya yang mungkin sangat biasa dan boring bukan aku punya minat. Namun, sebaliknya berlaku. Ia ada Sandra Bullock! Ah, sangat lama untuk dia muncul semula. Tambah pula, minah yang pernah berlakon dalam The Blind Side (2009) ini bergandingan dengan Mellisa McCarthy! Ah, awesome duo! 

Pengarah Bridesmaids, Paul Feig menangani filem ni dengan sangat brilliant Thanks to Katie Dippold yang menulis lakonlayar yang sangat jaya. Benar tekaan aku, filem ni ada plot yang sangat biasa dan boleh dijangka. Larkin memang tak boleh diteka. Itu memang misteri yang mengikut tradisi biasa. Sembunyi habis habis tanpa any clue, dan kemudiannya show the villain up in the end untuk satu kejutan. Itu biasa. 

Tapi, kebiasaan itu, dengan segala plot yang ada mesej kekeluargaannya yang sangat jelas dan terang, The Heat ada pelakon yang mantap. Gabungan Bullock dan McCarthy sangat meyakinkan. Malah, mereka yang digambarkan memiliki dua sifat berbeza sangat mengundang tawa. Kelakar dengan segala tindak tanduk membuatkan cerita yang biasa diabaikan. Aku focus kepada lawaknya dan pada masa yang sama berjalan mengikut cerita ke hujung. Walaupun biasa, ianya menyeronokkan! 

Pada aku, Sandra Bullock nampak seperti perlukan sokongan. Dan apa yang aku nampak, si gemuk yang berlakon Identity Thief ini berjaya mencuri hati penonton dengan perangainya yang agak ‘kotor’. Merelakan diri untuk dibuli, Sandra Bullock nampaknya sangat bergantung kepada pelakon gemuk ini untuk membentuk kelakar yang nyata. Ya, Bullock disokong McCarthy, dan it’s working. 

Permulaan cerita ni sangat biasa. Macam aku cakap tadi, bila Sandra Bullock sebagai Sarah Ashburn tu muncul, lawaknya kurang menyerlah. Tapi, aku suka dia. Still wataknya tidak jauh dari apa yang dia lakonkan dalam Miss Congeniality. Mungkin si Deppold dan Feid mahu unsur bodoh bodoh jelita itu muncul semula dalam filemnya. Mahu jadikan macam Miss Congeniality semula agaknya. Malangnya, Sandra Bullock tidak hidup jika dia berseorangan. 

Pertemuan Sarah Ashburn dan Shannon Mullins akan menjanjikan roller coaster laugh yang sangat best! (those who hate drama won’t agree with this, kan?) Di sinilah ceritanya membesar dengan jiwa persahabatan yang sangat menjadi. Persahabatan dan kekeluargaan, elemen itu menjanjikan keistimewaan bagi filem ni. McCarthy sangat real dalam persembahannya dan The Heat memberikan kepanasan mulut untuk korang ketawa dan merasa emosi yang diberikan. 

Seperti biasa, pastinya Feid menyelitkan unsur kekeluargaan. Dan itulah yang menjadi balancing yang baik diantara komedi ketawa dan juga emosi sebak sedih yang ditonjolkan. Justeru, apa yang diberikan memberikan momentum mesej yang sempurna dan membuatkan kita berfikir tentang cerita hidup sendiri. Lawak lawak juga, ada kehidupan yang disampaikan. Itu yang aku suka tentang filem ni. Tidak kosong dan berlucah ikut suka. 

The Heat macam filem buddy cop biasa. Kalau korang pernah tonton filem Hollywood Homicide (seach Google sndri ya), korang akan perasan yang paternnya sama. Bukan plot sama, Cuma the plot is just a tipikal Hollywood movie. Filem mahal yang murah pada ceritanya. Namun, dalam kebiasaan plotnya, komedinya sangat bagus. Thanks to McCarthy yang sangat menyokong Bullock untuk hidup. Fun, laughable dan maybe korang akan rasa friendship yang ditonjolkan. 

4/5

Thursday, October 24, 2013

Review: Despicable Me 2

Tahun Terbit | 2013 
Pengarah | Pierre Coffin, Chris Renaud 
Pelakon (suara) | Steve Carell, Kristen Wiig, Benjamin Bratt (klik untuk senarai penuh pelakon

Aku tak rasa Despicable Me 2 filem yang hebat. Pada aku, plotnya terlalu meriah dan mungkin itu menyebabkan aku kurang suka. Ianya nampak seperti mahu selit itu ini sedaya mungkin tanpa ada satu alasan munasabah serta apa unsure jahat-baik yang jelas. Gru nampaknya tidak berjaya memberikan persembahan seperti yang pertama. Aku bukan tidak suka filem ni, cuma apabila minions bermaharaja lela, nampaknya semua karakter lain perlu undur diri. 

Ya, minion adalah sihir kuat filem ni. Penonton mengharapkan mereka. Dan walaupun mereka itu hanyalah picisan, penonton mahukan mereka. Dan masalahnya di sini, yang berceritanya ialah Gru. Dan apabila Gru terpinggir dengan tidak sengaja disebabkan penonton menyerlahkan watak kuning kecil ini lebih dari watak utama, maka ceritanya tidak jelas. Ceritanya tidak diendahkan sangat. Dan pada aku, itu satu kegagalan. 

Let say lah, kalau Gru itu diperkemaskan, dan minion itu betul betul dipindah ke dalam ceritanya yang tunggal (akan datang 2015), itu mungkin wajar. Kesian kepada Gru dan watak watak yang mahu bercerita yang tenggelam. Apa yang Pierre Coffin dan Chris Renaud bagi sangat jelas mahu menonjolkan minion sahaja lebih dari ceritanya. Maksud aku, Gru bukan karakter yang orang suka. Aku sendiri tak nampak Gru sebagai watak yang bermain dengan hebat. 

Pada awal filem ni diumum pun, aku sendiri tak dapat gambaran bagaimana Gru itu mahu dibesarkan selepas Vector selesai dalam filem pertama. Aku mengharapkan akan lahir villain baru yang bercerita seperti cerita awal. Namun, semua itu tiada. Cerita yang sangat pergi sana sini, mahu memenuhkan semua sudut tanpa ada perkiraan mana satu yang utama sangat aku kurang sukai. Membosankan! 

Plot Gru dengan Lucy sangat predictable, cliché dan sangat kurang. Malah, bagaimana El Macho dihidupkan sebagai villain Gru yang baru sangat tidak menarik. Cinta Margo sangat sia sia dan nampak dibikin untuk menyendat cerita. So, tak ada yang menarik. Wow, and this film sangat box office? Dan aku sangat rasakan yang minion adalah aura untuk itu. Tak lebih dari itu. Only minion. 

Dan bagus sangatlah bila minion akhirnya mendapat movienya sendiri. Sebab lawak mereka menjadi pojaan ramai. Kasihan Gru yang mencipta dia sudah dipinggirkan. Apapun, aku rasakan pengalaman penontonan sangat biasa. Tak boring. Cuma ada sekali sekala ketawa dan kadangkala rasa annoying. Bila annoying tu wujud, aku rasa perkara itu tak patut wujud untuk sebuah filem box office. Come on, ceritanya should be better than this! 

Overall, Despicable Me 2 teruk pada plot. Worst animated film! Namun, tahniah untuk minion yang menjadi penyelamat. Tanpa mereka, no one will watch Gru anymore. Pada aku, Despicable Me 2 tidak sepatutnya ada. Apa yang patut ada ialah filem tentang minion itu pada tarikh filem ni ditayangkan. Nampak tak aku banyak sebut tentang minion berapa banyak? Sebab apa tau? Sebab mereka ialah karakter yang patutnya bercerita dan bukannya Gru lagi. 

2/5

Tuesday, October 22, 2013

Review: Psiko Pencuri Hati

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Nam Ron
Pelakon | Bront Palarae, Sharifah Amani, Sein Ruffedge (klik untuk senarai penuh pelakon)

Bila aku nampak konfrontasi Sidi dan Man, sebenarnya aku merasakan aku sebenarnya sudah dapat h meneka semua ini tentang apa. Semuanya macam sudah gagal apabila ya, aku punya agakan yang Man ni hanyalah imaginary friend si Sidi benar. Gotcha! Memang sangat sangat dapat meneka apabila melihat tingkah Man dan Sidi yang dibikin dengan jelas dan terperinci untuk menyembunyikan rahsia hubungan mereka. 

Tetapi, rupanya aku silap. Psiko Pencuri Hati pergi lebih dari tu. Dengan karakter yang aku kira hanya ada enam, tak termasuk all the victims, filem ni punya ‘perah otak’ yang giler babi terbaik! Bagaimana ceritanya bermain dalam karakter yang sedikit, dan pada masa yang sama cuba untuk menjelaskan apa itu ‘psiko’ adalah perkara yang sangat menarik untuk disaksikan. Tahniah mungkin untuk idea Amin Shakib yang digubal semula Namron dan Ayam Fared dengan sempurna.

Psiko Pencuri Hati tidak bergerak macam filem thrill biasa. Tak ada tarikan untuk kejutan macam filem misteri biasa. Nam Ron menyembunyikan semuanya dalam drama yang diberi. Membuang semua jawapan di awal filem dan memberikan persoalan yang bertalu talu muncul. Dan menariknya, semua persoalan secara peribadi, menarik untuk ditunggu untuk dijawab. Dan in the end, semuanya aku faham, psikopath ada di mana mana. Cuma level ke’psycho’an itu saja berbeza. 

Filemnya agak senyap, dan mungkin membosankan kadangkala. Sebab filem ni bukanlah kosong dan suka suki diberikan kepada penonton. Nam Ron sangat detail dalam segala benda. In fact, bagaimana dia bermain dengan visual, dan menggambarkan sempit dan kecilnya pulau yang didiami enam karakter kita ini sangatlah aku kagumi. Arahannya yang tenang memberikan peluang untuk setiap karakter develop dengan baik. 

Permainan Bront Palarae mengejutkan. Wataknya menyimpan tanda tanya yang bagus, tetapi malangnya aku dapat meneka siapa dia. Dan Khai, aku expect him untuk jadi suspect. Dan once again, ya, seperti yang aku harapkan. Tetapi, ianya still menarik untuk melihat semua permainan kesemua karakter. Dan aku suka semuanya. Lakonan sangat real dan berjaya menyembunyikan misteri sehinggalah selepas kredit awal.

Malah, dengan visual yang agak meyakinkan, aku jamin even filem ni tak box office, filem ni pasti ada tempat di hati orang yang faham. Psiko Pencuri Hati memang sangat Hollywood-style. Filem ni berjaya blend in psikopath dengan nature yang sangat baik. Bila klip selepas kredit awal berjaya membuatkan aku berfikir dua tiga kali tentang the whole filem, aku rasa itu terbaik. Sebab, pada aku, filem thrill yang baik akan menyebabkan penonton ‘memegang’ filem tu even filem tu dah habis. 

Sangat menjadi. Predictable, but not really predictable. Itu pada aku. Pada orang lain entahlah. Aku puji gaya arahannya. Aku puji skripnya yang sangat detail. Malah, aku puji karakternya yang sangat sedikit tetapi berjaya bermain dengan baik untuk menimbulkan tanda tanya. This film mungkin akan buat korang sendiri jadi ‘psiko’ sebab apa yang aku faham, dalam setiap jiwa manusia, sifat psiko itu sentiasa ada. Cuma yang membezakan antara manusia adalah bagaimana kita handle sifat psiko kita. Ohsem muvi! 

4/5

Review: Dampak

Tahun terbit | 2013
Pengarah | Lai Yok Lung
Pelakon | Aaron Aziz, Farid Kamil, Intan Ladyana, Juliana Evans (klik untuk senarai penuh pelakon)

Mungkin filem ni (the idea) muncul setelah melihat elemen elemen spesel filem gangster top Malaysia diaplikasikan dengan jaya. Yalah, kisah adik beradik, jiwa keluarga dan cantuman elemen aksi dan drama adalah pelengkap sempurna untuk sebuah filem box office. Itu yang ditunjukkan oleh KL Gangster! Dan setelah beberapa tahun tak ada siapa pun yang berani memasukkan kekeluargaan dalam filem gangster, Dampak cuba mengulang perkara itu. 

Dan apa yang diharapkan sudah pasti keputusan yang sama. Box-office dan juga dikenali. Dampak mahukan itu. Dan itu yang aku nampak. Aksi yang hampir mendekati filem asia lain ada dalam filem ni. Aksi aksi yang menunjukkan koreografi aksi bukan satu perkara yang main main, itu ada. Dan itu sewajarnya satu perkara yang harus dibanggakan. Dampak sangat bervisi dalam aspek itu. Aksi Idrus dan Giran menembak dari kereta, itu ohsem! 

Malangnya, Dampak masih menunjukkan yang kita masih perlukan lebih untuk semua itu. Aksinya sangat baik. Namun, plotnya nampak sangat sesak dan tidak difokuskan dengan baik. Itu satu satunya kelemahan yang ketara. Aku menunggu untuk satu kejutan yang boleh buat aku puji melambung filem ni. Namun, apabila filem ni semakin lama semakin menurun sebelum naik semula di finale, aku hanya rasakan filem ni masih perlu lebih kekemasan. 

Bukan kekemasan saja, infact, aku rasakan ceritanya, the basic idea, dimana geng berlima itu boleh datang ke KL sangat longgar. Aku hairan kenapa Idrus terus terpikir untuk cari orang yang toreh muka ‘ayah’nya dengan satu perancangan yang too simple dan tidak memberi peluang untuk penonton mendapat info yang lebih jelas tentang semua itu. 

Aku sendiri tak faham apa yang Botak tu nak sehingga dia kucar kacirkan pakatan adik beradik ni. Apa konflik Lang dan Long dengan Botak 30 tahun dulu? Dan jika Botak sudah jadi samseng 30 tahun dulu, dia sepatutnya lebih tua dari apa yang dipaparkan. Dan bagaimana Botak ni boleh jadi budak suruhan dan tetiba dia rupanya kepala kepada semua ‘game’ ini? Ah, confusing. Sangat pening. Kejutan tu bagus. Tapi, rasanya kena trim lebih lagi untuk kemaskan. 

Malah, keadaan makin bertambah penat dan tenat apabila setiap karakter yakni Idrus, Giran, Hana, Qyra dan Afran mendapat plotnya yang tersendiri. Bertingkah tingkah sana sini, Qira tidur dengan Giran, Afran yang memberontak, Qyra yang jatuh hati dengan Idrus, dan konflik cinta Idrus sangat menyesakkan. Malah, ada ruang yang lebih besar untuk ‘thrill’ dan menjawab smua kisah lampau berlaku dalam misi ‘revenge’ jika semua itu dikecilkan. Kalau ceritanya sebesar ini, aku rasa better jadi drama tv. 

Walaupun ceritanya sesak dan longgar, aku merasakan penghujung cerita ini menarik. Kejutan siapa Tiger Lang dan juga Botak amat baik. Dan itulah yang mendukacitakan. Dah ada penamat yang baik, tetapi apa yang ada di awal dan di tengahnya tidak digabung dengan sempurna. Karakter sudah ada karakteristik hebat, namun semuanya nampak sia sia. Mungkin terlalu menjelaskan ‘dampak’ itu sendiri melemahkan isu revenge yang dicerita. 

Di aspek lakonan, aku rasakan Yank Kassim antara karakter yang sangat baik dan membuatkan aku teruja. Dibantu dengan koreografi aksi yang amat baik, dia nampak seperti Sammo Hung Malaysia. Dialog yang meyakinkan memberikan karakternya satu sisi lakonan yang agak baik dan kemas. Sekaligus, apa yang berlaku di penamat cerita banyak dibantu oleh pertarungan mamat ini dan Aaron Aziz. Even aksi dan lakonannya sedikit, dia antara yang wajar diberi perhatian. 

Aku mengharap Dampak menjanjikan lebih dari trailer. Trailer promosinya cun. Macam filem cina (of course lah sebab produksinya pun sama kan). Malangnya, macam filem Melayu biasa, ianya tidak dapat memuaskan aku. Hanya yang bagus ialah visual dan editing yang sangat top notch serta aksi yang sangat bervisi. Dampak tidak gagal. Ianya cuma cacat. Sudah ada idea, visi yang sempurna namun tidak dijayakan dengan berkesan. Itu saja. Oh, Intan Ladyana dan Juliana Evans sangat hot! 

3/5

Saturday, October 19, 2013

Novel: Norwegian Wood (Haruki Murakami)


Norwegian Wood
Penulis: Haruki Murakami
Penerbit: Vintage

Buku novel ini klasik. Ditulis pada tahun 1987 dan dikatakan menjadi pujaan muda mudi di Jepun. Tulisan Haruki Murakami ini yang lebih berani mengetengahkan seksualiti sebagai satu unsur utama dalam sebuah percintaan yang sangat simple. Pada aku, reading this book is awesome. Ada naik turun yang sangat menghiburkan. Sekarang aku paham kenapa novel ini menjadi pujaan hati muda mudi di Negara matahari terbit itu.

Norwegian Wood sebenarnya adalah translasi yang merujuk kepada satu title lagu The Beatle. Apa yang simboliknya lagu itu dengan ceritanya aku kurang ambil tahu. Yang pasti, Haruki Murakami menyelitkan beberapa unsur literature Barat yang dibaca oleh watak yang mana mungkin dengan niat memperkenalkan karya Barat itu kepada Timur. Namun, apa yang penting ialah ceritanya yang sangat menarik.

Ceritanya berkisar tentang Toru Watanabe, yang mana menjadi narrator untuk keseluruhan novel. Watak yang dikenali sebagai Watanabe sahaja ini digambarkan sebagai pelajar yang ambil major drama tanpa dia sendiri tahu sebab apa dia ambil. Dia digambarkan menyukai karya Barat seperti The Great Gatsby. Ini kisah dirinya, dan kisah percintaanya antara dua gadis berbeza karakter, Naoko dan Midori.

Novel ni bukan love story biasa. Ada unsur seksualiti yang sangat besar dan beberapa adegan seksual / ranjang antara rakan dengan rakan, tidur dan lepak laki perempuan serumah yang sangat banyak. I don’t think that buku ni sesuai untuk youth yang belum matang. Tapi, pada aku, elemen elemen itu bukan perkara utama yang menjadi perhatian. Ianya nilai tambah untuk menggambarkan suasana masyarakat muda ketika itu untuk kita nilaikan.

Pada aku, penulisan Haruki Murakami yang santai membuatkan aku kadangkala ketawa, dan kadangkala merasa apa yang Watanabe rasa. Cerita tentang arah tuju yang tak tentu dan antara memilih jalan mana untuk hidup, novel ni membuatkan kita rasa yang hidup ini sukar jika kita memilih untuk tidak memilih. Thumbs up untuk novel klasik ini.

4/5

Thursday, October 17, 2013

Review: Inferno

Tahun terbit | 2013
Pengarah | Pang Brothers
Pelakon | Ching Wan Lau,   Louis Koo, Angelica Lee (klik untuk senarai penuh pelakon)

Pang Brothers nampaknya cuba memberikan impian mereka untuk membina sebuah filem bencana yang mungkin boleh menarik penonton untuk menangis, cemas dan bersedih dalam kisah yang diberikan. Hadirnya Inferno sebagai sebuah filem bencana sangat bagus. Walaupun tidak melihat ceritanya, filem sebegini mampu mengukur sejauh mana pembikin mampu untuk membawa watak yang direka ke dalam kisah takdir yang ditentukan ‘tuhan’ yang direka, yakni bencana.

Inferno cuba mengikut tradisi The Tower (2012), namun filem filem ni cuba untuk jadi lebih realistik. Tidak seperti The Tower yang lebih menunjukkan yang kemegahan itu boleh menjatuhkan seseorang, Inferno cuba mengangkat cerita adik beradik. Mungkin elemen ini mampu untuk mendekatkan penonton dengan reality dan juga kehidupan. Dan ya, walaupun aku rasakan ada sedikit kekurangan dengan emosi abang adik yang ditonjol, elemen itu bagus.

Bercerita tentang ceritanya, Inferno bermula dengan sangat baik. Namun, permulaannya sangat pantas sehinggakan penulisannya melupakan pengenalan watak watak yang kecil. Akibatnya, muncul watak watak yang tidak diketahui asal usul dan punca yang mula mengikut adventure yang disediakan. Atas nama mangsa yang terperangkap, Pang Brothers nampaknya mahu penonton menerima mereka seperti itu. Kosong tanpa identity, tapi mampu mengisi ruang cerita.

Pada aku, itu sangat tidak berapa menarik perhatian aku. Aku rasa itulah kelemahan yang sangat ketara untuk filem ni. Bagi aku yang kurang tonton cerita Chinese, pengenalan sebegini macam mengejut sangat. Watak tauke berlian contohnya ada konflik yang bagus. Namun, tenggelam begitu saja menjadi satu cerita pendek yang tak ada kaitan apa apa dengan cerita lain. Malah, chemical yang berada di ruang kosong itu nampak sangat hanya direka sebagai pemula aksi letupan dan bukannya penggerak cerita.

Aku juga hairan dengan setup watak lakonan Loius Khoo yang mana digambarkan sebagai seorang pereka alat pemadam kebakaran. Sepanjang filem, aku tak nampak pun pelbagai alat kebakaran yang direkanya digunakan. At least, ada dua tiga scene yang cuba menunjukkan device rekaannya pun dah cukup. Yang ada dalam filem ni hanyalah satu saja scene menunjukkan bebola habuk yang direkanya yang gagal memadam kebakaran dalam masa yang lama.

Itu satu perkara yang sangat menduka citakan. Juga Aku harap penyatuan pelbagai watak yang dari pelbagai latar belakang ini mampu membentuk satu pasukan untuk adventure melepaskan diri yang ada jiwa, rasa dan juga kejutan. Malangnya, mereka hanyalah sekerdil kerdil manusia yang terperangkap yang tidak mampu melakukan apa apa. Konflik yang aku nantikan antara watak utama tak berjaya. Dah nak naik, tetiba saja turun balik. Tak sampai.

Apa yang menarik tentang Inferno adalah visi Pang Brothers memberikan visual api yang sangat besar. Visual api membakar menakjubkan. Malah, pengarah duo ini tak lupa memberikan satu dua scene slow mo yang menakjubkan dan memukau. Malah, efek filem ni walaupun beberapa tempat nampak sederhana, tetapi ada satu dua scene yang boleh dibanggakan.

Inferno bukan filem yang baik dari segi emosinya. Semangat karakternya hilang apabila setiap karakter hanya menurut perintah dan tiada konflik besar berlaku. Tapi, filem ni taklah membosankan. Inferno ada scene menyelamat yang baik seperti scene menyelamat guna kren yang sangat gempak dan memberi gayat. Sebuah filem bencana yang biasa walaupun semangat Pang Brothers dilihat agak tinggi dalam menghasilkan filem ini.

3/5

Review: Bencinta

Tahun terbit | 2013
Pengarah | Eyra Rahman
Pelakon | Farid Kamil, Nora Danish, Zalif Sidek (klik untuk senarai penuh pelakon)

Filem ketiga Eyra Rahman (sebelum ni dia buat Aku Terima Nikahnya dan Dua Kalimah) ni memang ada keberaniannya tersendiri. Aku tak tahu benar atau tidak, tapi berdasarkan keseluruhannya, aku nampak yang 3/4 cerita ini memang mirip filem Enough, sebuah filem Hollywood yang memegang konsep ‘wanita bangkit menentang penindasam’ yang diterbitkan suatu ketika dulu. Melihat dari sudut positif, adaptasi ada satu kebaikan. Ianya membuatkan kita membandingkan mana satu lebih baik, dan bagaimana idea itu diterjemah dalam suasana kita. 

Jujurnya, aku rasakan Bencinta keliru. Sangat keliru seperti tajuknya yang menggabungkan Benci dan Cinta itu. Eyra dan juga panel skrip MIG tidak melakukan tapisan dan juga adaptasi yang bagus dalam menghasilkan filem ni. Walaupun tema filem asal berbentuk universal dan wajar untuk adaptasi, ada satu perkara yang telah tertinggal iaitu perihal suasana dan agama yang tersuntik dalam persekitaran perkahwinan kita. 

Dalam filem Bencinta ini, Fatia yang dilakonkan Nora Danish digambarkan lembik dan lemah. Watak Fatia yang lemah ini mewakili semangat wanita yang asalnya sebegitu. Namun, tersiratnya, sifat lemah lembut itu bukanlah satu perkara yang perlu diambil kesempatan oleh lelaki. Maka, dalam cerita ini, digambarkan satu darjah kepanasan amarah perempuan yang mampu melakukan apa saja sehingga mampu membelasah si jantan sampai mampu meminta maaf semula kepada si perempuan. 

Itu sama saja dengan apa yang berlaku dalam Enough. Apa yang berbezanya, dalam Bencinta, Eyra dan Panel Skrip MIG ini menghias lembut mengikut cara tipikal MIG untuk menghilangkan suasana peniruan itu. Tiru tak tiru belakang kira. Apa yang aku ambil kisah ialah bagaimanakah peniruan itu sesuai dalam konteks persekitaran kita (macam aku kata awal tadi). 

Bencinta nampak seperti idea yang berkecamuk. Pada aku, plotnya sangat tidak relevan dan tidak diadaptasi dengan meyakinkan dan bertenaga. Jika salah tafsir dek penonton, Bencinta boleh dilabel sebagai filem yang mengajak si isteri yang teraniaya untuk bertarung habis habisan untuk menunjukkan mereka kuat dan tidak harus dijadikan alat tumbuk menumbuk. 

Kenapa Fatia tidak berusaha untuk mendapat cerai dahulu sebelum dia buat semuanya sendirian? Itu persoalan besar. Kenapa Fatia memilih untuk lari dan Faizal pula tanpa apa apa sebab musabab besar mencari Fatia macam Fatia ni penting giler (macam dia curi sesuatu yang berharga)? Banyak lagi persoalan yang buat aku tertanya tanya, filem ni dibikin dengan semangat ingin membikin filem, atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Berkecamuk dalam segala isi isi perutnya. 

Aku lebih selesa dengan ceritanya jika Fatia itu meminta pertolongan pejabat agama, atau orang agama. Then, orang agama ni digambarkan sebagai terlalu membela lelaki. Dan mesej feminism itu jelas dan menjadi kekuatan untuk Fatia meneruskan perhatiannya untuk membalas dendam terhadap Faizal dengan sendiri. Itu lebih meyakinkan. Namun, semua itu tidak ada. Jelas, filem ni terlalu membawa aura Hollywood dalam filem asal sehingga lupa membangunkan cerita mengikut acuan negara kita. 

Malah, aku sendiri tak faham kenapa Faizal terlalu berkeras tidak membenarkan Fatia masuk ke bilik kerjanya. Ada scene Fatia berada di ruang bawah bila dia buka peti besi dan terjumpa gambar kandid. Oh, itu ke ruang kerja? Err.. settingnya tak macam ruang kerja pun. Dan yang paling pelik, kenapa Faizal tak lock peti besi. Adakah Faizal anggap Fatia begitu bodoh sehingga dia akan turut arahan suaminya semberono? Oh, sangat lemah binaan babak dalam filem ni.

Di sebalik dialog yang amat biasa dan rakan rakan Fatia yang sangat ringan dan kosong, filem ni jelas memaparkan kekuatan wanita. Lakonan Nora Danish terbaik! Mungkin itu sebab utama filem ni menjadi sebegitu. Eyra melalui filem sebelumnya memang memegang kuat tema itu. Namun, antara Aku Terima Nikahnya dan juga Bencinta, aku rasakan adaptasi The Vow itu lebih bagus daripada ini. Mungkin lepas ni Eyra boleh tampil dengan filem berjiwa wanita yang lebih original, dan lebih dekat dengan budaya kita. 

2.5/5

Tuesday, October 15, 2013

Review: Monster University

Tahun | 2013
Pengarah | Dan Scanlon
Pelakon suara | Billy Crystal, John Goodman, Steve Buscemi (klik untuk senarai penuh pelakon)

Prekuel kepada filem laris tahun 2001 ini pada aku tak ada yang betul betul bisa pada ceritanya. Mungkin Monster University ditujukan kepada penonton yang mahukan keseronokan dalam pada masa yang sama mengutip mesej tipikal Disney (persahabatan, kejujuran bla bla bla). Menonton filem ni tidaklah bosan, cuma sebagai penonton yang lebih dewasa, aku rasakan filem ni hanyalah wajar ditonton sebagai pelengkap sebab aku sudah menonton Monster Inc. ketika aku berada di tingkatan satu pada masa itu.

Monster Inc bergerak dengan prekuelnya yang cun. Yang mana, pada aku, memberikan ruang untuk penonton merasa satu sisi yang berbeza dua karakter yang dibina, Mike dan Sulley. Dalam filem ni, Mike dan Sulley dibina tanpa ada satu persahabatan, yakni unsur utama Monster Inc. Sekaligus, ini memberikan permulaan yang baru, dan oh ya, satu peluang untuk penulisnya melakar satu kisah tanpa ada kesukaran untuk menyambungkan dengan Monster Inc.

Malah, jika anda menonton filem ni, korang akan sedar yang Monster University sebenarnya hanyalah satu plot yang tidak pun mewujudkan Monster Inc. Dalam filem ni, Mike dan Sulley tidak masuk university dan kemudian selepas itu mereka ditawarkan bekerja di Monster Inc.! Oh, itu sangat tidak terduga. Dan pada akhirnya, aku hanya mampu lihat yang filem ni seperti bermain dengan ceritanya tersendiri, dan hanya kredit akhir yang menyambung semuanya.

Dan tidaklah aku kecewa dengan semua tu. In fact, aku rasakan apa yang disajikan ada isi dan mesej. Utamanya ialah itu! Isi dan mesej. Dan dengan ceritanya yang agak kosong dan diperbesarkan tanpa satu arah tuju, Monster University mampu bawa aku untuk ketawa, tersenyum dan juga bergembira dengan dua karakter ini. Cuma, di akhirnya, aku tidak harapkan yang ceritanya macam itu. Just some story tentang game yang Mike dan Sulley join?

Aku percaya, ceritanya boleh jadi lebih baik dari sekadar hanya nak bercerita tentang game, yang mana aku faham, semuanya berkaitan dengan kerjasama, dan juga percaya yang diri kita sendiri boleh buat apa yang orang lain boleh buat. Jika ada penjelasan yang lebih banyak berkait dengan Monster Inc (2001), itu lebih baik. Malah, aku tidak nampak persahabatan Mike dan Sulley yang jelas. Mereka bermain dan ya, in the end mereka menjadi karakter sempurna.

Pada visualnya, aku rasakan Monster University lebih realistic berbanding filem pertamanya. Itu memang tak dapat dinafikan. Mike dan Sulley lebih hebat dari dulu. Dengan movement yang sangat realistic dan juga permainan warna yang menarik, Monster University mungkin antara peningkatan yang sangat baik untuk siri ini.

Memandangkan prekuel ni sangat lama untuk diterbitkan, dah dapat agak yang ia hanyalah cara untuk Disney nak buat comeback. Tak ada apa yang best melainkan hiburan tipikal Disney. Walaupun begitu, ianya tetap menghiburkan. Pada aku, pengajarannya adalah perkara asas yang menjadikan filem ini laris semasa ia ditayangkan. Oh, dan satu lagi, mungkin juga kerana ramai yang menonton Monster Inc. mahu merasa apa pengalaman menonton prekuel apa diri penonton itu sudah dewasa.

3.5/5

Monday, October 14, 2013

Review: White House Down

Tahun | 2013
Pengarah | Roland Emmerich
Pelakon | Channing Tatum, Jamie Foxx (klik untuk senarai penuh pelakon)

Tahun ni ada insiden seperti tahun lepas, dua movie yang ceritanya berkongsi idea. Tahun lepas, cerita Snow White diterbitkan dua kali. Satu dalam sisi keseronokan, dan satu lagi lebih kepada sisi kehitaman. Dua filem itu masing masing ada nilai tersendiri. Tahun ini, cerita perihal nak bomb White House pula dibikin dua kali. Aku sendiri tidak paham kenapa hal ini jadi lagi. Adakah Antoine Fuqua dan Roland Emerich bertaruh duit sambil minum kopi untuk tengok mana filem diorang lagi meletup? 

Selepas menonton dua dua filem aku dapati yang dua filem ni ada isi dan cara masing masing. Jadi, tidak membandingkan dua filem ni mungkin tidak munasabah sebab filem filem ni ditayang tahun yang sama. Olympus Has Fallen telah ditonton terlebih dahulu, dan aku merasa filem ini berjaya mengembalikan kehebatan aksi padat zaman 90an. Ceritanya lebih simple. Dan sebagai peminat aksi, aku suka. Fight! Fight! Fight! Selepas menonton White House Down, entah kenapa hati aku lebih dekat dengan filem ini. Pemenang di jiwa, Roland Emmerich! (sambil sorak giler babi punya seronok!) 

Aku tak nafikan yang Olympus Has Fallen sudah menawan hati aku. Dengan Morgan Freeman, dan Gerald Butler sebagai watak utama, itu ohsem. White House Down pula menampilkan Jamie Foxx dan Channing Tatum. Itu lagi ohsem. Kenapa? Sebab Roland Emmerich lebih mendekati keadaan Amarika sekarang yang mempunyai presiden kulit hitam. Dan dengan hal itu, ianya sangat dekat dengan latar masa yang segar bugar serta isi isunya yang lebih dekat time framenya. 

Jom kita tolak tepi sebantar Olympus Has Fallen, kita tengok White House Down. Pada mulanya, aku rasa White House Down agak lambat untuk bermula. Cale dan Emily nampak sangat slow, mungkin sebab mengingatkan permulaan Olympus Has Fallen yang lebih pantas. Namun, aku rasakan Roland Emmerich ada cara dan dia tahu apa dia mahu. Dan benar, aku rasakan Roland lebih hebat dan berani dalam bercerita isu politik buatannya dengan bergaya. 

Walaupun filem Roland kali ini tidak mempunyai kemusnahan yang besar, Roland meletakkan drama dalam usaha dia untuk menaikkan martabat President USA. Ya, aku nampak ini ialah filem pertama yang meletakkan Presiden USA sebagai penggerak aksi which is for me, kalau lah aku rakyat Amerika, aku akan salute dengan keperwiraan president yang sanggup buat apa saja dan cuba sedaya upaya. Itu adalah sisi pancing yang berjaya kait seluruh dunia untuk percaya yang President USA itu hebat, ohsem, kuat dan bukannya hanya tahu bercakap arah! Bravo! 

Dramanya mungkin berjela, ya, kita just letakkan filem ni sebagai drama aksi ok. Kalau nak full action, jom tonton Olympus Has Fallen. Dan dalam setiap dramanya, Roland bercakap sinis tentang negara mereka sendiri. Dan apa yang ada dalam White House Down lebih berat daripada persembahan Fuqua. Dan untuk meringankan yang berat itulah, aksi Channing Tatum dimasukkan. Clever! Oh ya, dan tambahan cerita hubungan anak bapa yang sedikit ketinggalan dalam mengejar akhir filem nampaknya menyulam mesej dan tidak membiarkan filem ni tamat sia sia. 

Patriotisme yang aku jarang nampak dalam filem Amarika! Itu antara kebijakan White House Down lagi. Saat Emily mengambil bendera di dalam oval room presiden, dan melarikan diri keluar, dalam keadaan visual yang slow-mo, patriotism, semangat bangga semuanya wujud. Malangnya, aku bukan Amarikan yang harus ada semangat itu. Oh, alangkah bestnya kalau Emily sedang memegang bendera Malaysia. 

Roland memilih untuk membesarkan setting, yang mana apabila anda lihat filem ni, korang akan lihat the whole USA. Semua tempat berkepentingan dalam negara itu yang mana ditunjukkan untuk menipu dunia (sebab kita tahu, hanya orang bodoh sahaja akan tunjuk tempat keselamatan mereka secara terang terangan) ditunjukkan. Dan White House Down adalah propaganda lagi, untuk buat seluruh dunia percaya yang begitulah sebenarnya isi rumah White House. 

Oh, propaganda atau apa, aku suka filem ni. Olympus Has Fallen pun aku suka. Kalau nak cerita bab aksi, Fuqua lebih hebat. Kalau nak cerita tentang plot, propaganda, mesej, dan suasana yang lebih pekat dengan drama, White House Down adalah yang tepat untuk filem yang berkongsi idea ‘jom pakat letup White House’ ini. Semangat Roland dan Fuqua sebenarnya sama, nak tunjukkan yang Amerika tu the most secured nation in the world! Kan? (sambil kenyit mata kat Roland dan Fuqua yang duduk semeja dalam mimpi aku).

4/5

Tuesday, October 8, 2013

Review: Tanda Putera

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Datin Paduka Shuhaimi Baba
Pelakon | Zizan Nin, Rusdi Ramli, Che Kem, Faizah Elai (klik untuk senarai penuh pelakon)

Awie suntik jiwa. Lagaknya macam apa yang Misha Omar lakukan dalam cerita pontianak sundal dari pengarah sama. Jiwa ala ala Celine Dion dalam Titanic ini sebenarnya antara perkara yang Shuhaimi Baba guna untuk bawa jiwa penonton meresap dalam filemnya.Lagu tema antara perkara penting untuk membuatkan sesebuah filem diingati. Orang ingat Embun melalui Aqasha. Orang akan ingat Tanda Putera melalui Awie! 

Tanda Putera ialah sebuah kontroversi yang berjaya keluar dari ditahan, dipenjara, dan ditutup. Dan apa yang hadir sebagai sebuah kontroversi pada aku bukanlah kontroversi mana pun. Pada kaca mata aku, taklah kontroversi mana pun. Pada aku, paparan itu kalau ianya benar, apa salahnya jika dibuka, ditayang dan dibiarkan penonton menilai. Sikap mempolitikkan semua perkara membunuh filem ni pada auranya, namun sisa yang ada masih bisa dihayati. 

Pada aku, bila aku tahu itu sebuah kisah benar, apa yang aku harapkan ialah satu. Persembahan karakternya betul betul membawa kita ke dalam situasi yang sedang diceritakan. Lihat bagaimana persembahan Michelle Yeoh dalam The Lady, malah persembahan Josh Brolin dalam W, dan pelbagai lagi. Pelakonnya boleh ingatkan kita kepada watak sebenar. Seolah olah melihat si yang sebenar berada dalam filem itu. 

Tanda Putera ada Rusdi Ramlee dan Zizan Nin, which for me, kurang berkesan pada aku. Bukan maksudnya mereka tidak deliver watak dengan sempurna. Mungkin aku kurang nampak TAR dan Tun Dr. Ismail dalam diri mereka. Zizan Nin tidak berjaya membawa simpati kepada sebuah watak patriotik. Dia mati sebagai Zizan Nin dan bukan watak yang dibawanya. 

Rusdi Ramlee pula macam escalator. Aku nampak Rusdi Ramlee pada awal hingga akhir, tapi bila dia mati, dia mati sebagai watak TAR. Sempurna bila dia berjaya sentap jiwa aku untuk rasa tentang pemergiannya. Malah, koneksi persahabatannya dengan Tun Dr. Ismail dipegang kukuh sekaligus membawakan jiwa persahabatan, pergolakan dan juga kisah patriotism ke tahap paling tinggi untuk filem ni. Rusdi Ramlee berjaya pada aku apabila aku berharap filem ni belum habis saat dia minta baiki sekolah (adegan akhir). 

Apapun, nak cari pelakon yang boleh deliver setiap watak benar sangat susah. Apatah lagi, nak cari pelakon yang boleh, apabila dimake up, menjadi semirip watak sebenar. Usaha Shuhaimi dan produksi sangat aku bangga. Tabik dengan persembahan watak Mahathir. Aku ketawa kecil melihat wataknya. Mirip dan berjaya. Ada beberapa watak yang aku rasa feeling yang sama, tetapi aku tak ingat karakter karakternya. 

Tanda Putera menggunakan teknologi yang digunakan KRU dalam 29 Februari. Pada aku, apa yang KRU Studios buat untuk menaikkan Tanda Putera banyak membantu untuk membangkitkan suasana. Namun, dalam kemewahan efek dan suasana yang direka menggunakan teknologi, aku rasakan antara kelemahan ketara ialah paparan lorong di KL yang sangat menampakkan ke’studio’an. Even efek sudah ditambah untuk menampakkan reality, malangnya kebenaran terbuka jua. Babak lorong, yang mana banyak memaparkan komunis membunuh ketua polis sangat unrealistik. Permainan cahayanya gagal menampakkan yang ruang tersebut berada di sebuah lorong. Gagal di situ sahaja. Yang lain baik! 

Gaya Shuhaimi aku kagumi. Setiap momen penting dimasukkan ke dalam filem secara berselang seli. Sekaligus, Tanda Putera berjaya membawakan momen penting sejarah dengan jaya. Malah, apabila Shuhaimi memasukkan visual real footage yang sangat rare pada aku, itu menambahkan aura patriotik dan mengajak penonton untuk kembali bercerita tentang dua watak ketua negara itu. Penceritaannya serius, sangat tepat untuk sebuah filem patrotik. 

Sebagai sebuah filem patriotik, Tanda Putera bukan sahaja melakarkan sejarah negara di layar, ianya juga menambah perasa persahabatan yang jarang kita lihat paparannya pada watak watak orang atasan negara. Elemen persahabatan Tun Dr. Ismail dan TAR adalah keunikan Tanda Putera yang membezakannya dengan 1957: Hati Malaya. Gagal atau tidak filem ni di mata rakyat, itu belakang kira. Apa yang penting, Tanda Putera adalah filem patriotik yang ada semangat dari pengarahnya untuk meyakinkan yang sejarah itu wujud untuk kita hayati. 

4/5

Friday, October 4, 2013

Review: KL Gangster 2

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Syamsul Yusof
Pelakon | Aaron Aziz, Zizan Razak, Adiputra (klik untuk senarai penuh pelakon)

Dua tahun pembikinan, pembaziran wang berjuta juta, dan campur baur visi dan misi seorang waris pengarah ternama akhirnya membentuk KL Gangster 2. Filem prekuel yang menjadi kesinambungan kepada filem terlaris 2010 ini ada dua kali ganda semua isi. KL Gangster 2 ada adrenalin rush yang sangat hebat. Kesemuanya demi memberikan yang terbaik untuk penonton KL Gangster. Tabik spring untuk sebuah usaha gigih yang menjadi. Filem ni ada sengat! 

Menerusi KL Gangster 2, Syamsul Yusof akhirnya berjaya lari dari skeptikalnya pandangan penonton terhadap filem Malaysia. Dia sudah menunjukkan yang director Malaysia mampu untuk membuat sesuatu yang out of box jika masa yang diberi cukup, visi dan misinya jelas, dan kemampuan serta keupayaan dipercayai. Syamsul nampaknya memberikan degup nafas habis tinggi sekaligus tidak membenarkan penonton untuk terus meng’hina’ karya Melayu ketika sedang menonton. 

KL Gangster 2 ada momen yang sangat baik. Penonton akan ketawa di saat filem ni mahukan itu. Penonton akan terpegun di saat filem ni mahukan itu. Penonton akan terus pasang telinga sepanjang filem sebab bahasa cina+melayu yang digunakan sangat memerlukan pendengaran yang jelas. Aku juga bergantung pada subtitle untuk few sentences yang sukar untuk aku dengar dengan jelas. 

Overall, cerita KL Gangster 2, jujurnya tidak bertindak sebagai sekuel yang benar benar sekuel. Permulaannya yang terus menyuntik adrelin tidak memberikan kita untuk kenal betul dengan watak dan perwatakan. Mungkin penulisan filem ni menggalakkan para penonton untuk faham perwatakan melalui filem pertamanya. Filem yang bergerak sebagai prekuel pada cerita nampak seperti sekuel dalam penerangan wataknya. Sekaligus, ini memberikan peluang untuk penonton rasa isi paling penting filem ni iaitu aksinya. 
Melalui filem ni, aksi aksi dalam filem ni menjangkau imaginasi. Ternyata, dengan bajet yang besar, KL Gangster 2 berjaya memberikan aksi yang benar benar dirasakan seperti menonton sebuah filem luar negara. Sebuah kontena dijauhkan, dua kereta diletupkan, malah sebuah kereta polis diterbalikkan. Lagi gempak, kereta juga dijatuhkan dari parking atas bumbung! Malah, Samsul memberikan fighting scene yang sangat baik. Adegan Malik dan Jai lawan Tai Long antara fighting scene paling panjang dan giler babi best! Terbaik dengan sekuen tembak tembak yang ohsem dan gila punya kepuasan. 

Syamsul Yusof di posisi Shark bukan lagi kanak kanak kecil lagi. Lakonannya sangat bertambah baik sekaligus membentuk sisi Shark yang sangat awesome. Walaupun Aaron Aziz sebagaiy Malik dan Zizan yang menyerlah, Shark nampak lebih baik dari filem pertama. Dan yang paling gangster antara gangster, of couselah Rosyam Nor sebagai Tai Long. Watak ini satu sengat yang sangat kuat bisanya. Aku puji paparan kekejaman Tai Long. Gempak! 

Visual KL Gangster 2 sangat internasional. Pembukaannya yang mana dilatari dengan voice over Malik sangat menaikkan bulu roma. Aku rasa aku bukan tonton sebuah filem Malaysia, tetapi sebuah filem buatan luar yang sangat kemas editingnya, dan paling penting, paling gempak muziknya. Muzik latar yang sangat membantu, editing yang gempak, serta pembukaan dan penutup yang bagus memberikan KL Gangster 2 filem gangster yang sangat berbeza. 

Sisi negatif, keterujaan Syamsul untuk memberi aksi menyebabkan aksinya sedikit kurang kemas. Jag air yang nampak sangat dilekat pada meja hanya untuk dipecahkan sangat potong stim! Beberapa kontinuiti problem dikesan juga. Malah, tindakan Syamsul yang memberikan ruang untuk aksi berlaku sebelum babak tersebut benar benar established membuatkan penonton terkejar kejar untuk ambil emosi. Aku kurang suka itu terjadi ketika babak samseng datang kacau mak Malik. Tak sampai berapa minit babak tersebut dah bergaduh. Terlalu pantas. 

Pada aku, KL Gangster 2 ada kepuasan adrenalin yang sangat tinggi. Elemen yang paling penting dan membuatkan filem ini berjaya sudah tentunya elemen kekeluargaan yang sangat kental. Malik dan Jai memberikan persembahan yang sangat bagus untuk menarik penonton terbuai dengan mesej kekeluargaan yang disampaikan. Mixture aksi, sedih, mesej dan kehidupan adalah campuran yang sangat gempak untuk filem ni. 

Aku teruja dengan filem ni. Kurang lebih, filem ni sempurna sebagai sebuah filem Malaysia. Bergenre aksi, KL Gangster 2 antara filem aksi yang mungkin akan diingati untuk masa yang lama kerana pertama, disebabkan apa yang Syamsul berikan dan yang kedua, kontroversi bocornya filem ni. Apa yang Syamsul Yusof letakkan dalam filem ni ialah semangatnya untuk membuktikan yang filem Malaysia boleh pergi jauh. KL Gangster 2 best sebagai ‘popcorn movie’. Terbaik selamanya, sebuah filem Malaysia yang sempurna! Kalau orang luar tonton maa, wa tarak malu lah sama ini filem! 

Syamsul Yusof sudah membuktikan dan dia adalah "Michael Bay Malaysia". Penonton sukakan arahannya walaupun masih ada aura bapanya dalam arahannya (tak macam adiknya yang sangat jauh bezanya gaya pengarahannya). Rasanya, sudah tiba masanya untuk bawa KL Gangster ke hadapan. Mungkin boleh buka peluang untuk para peminat KL Gangster untuk pitch idea bagaimana filem ni boleh dibawa ke depan tanpa menghilangkan momentum filem asal, kan?

4.8/5

Wednesday, October 2, 2013

Mr. Bean Peluk Islam Satu Penipuan?

Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai 'Mr Bean' memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial. Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com . Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad. Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com. Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English. Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya. - 2 Oktober, 2013. - sumber

Mr Bean Peluk Islam hanyalah satu trik pemilik web israellycool.com untuk menarik trafik ke blognya. Ini jelas di dalam artikelnya No, We Do Not Believe Rowan Atkinson Converted To Islam (Updated). Jadi, tak perlu nak heboh2 ok. :-)

SHARE entry ni supaya orang muslim tidak bergembira atas satu permainan penipuan israel. 

Tuesday, October 1, 2013

Review: Lagenda Budak Hostel

Tahun | 2013
Pengarah | Ismail Bob Hashim
Pelakon | Along Ezendi, Along Cham, Nora Danish (klik untuk senarai penuh pelakon)

Filem pasal budak budak hostel ni bermula dengan baik. Pada aku, ceritanya ada impak yang tersendiri. Ada memori dan fiksyen yang bercampur dan menjadikannya sebuah filem imaginasi pengalaman budak hostel yang penuh komedi dan jug meriah. Put dan Kodan lakonan Along Ezendy dan Along Cham memang membangkitkan ceritanya. Justeru, Lagenda Budak Hostel antara filem MIG yang perlu direspek dalam ramuan komedinya yang sedap. 

First half filem ni meriah. Itu aku suka. Walaupun apa yang berlaku antara Aaron, Put, Kodan dan Seroja nampak bukanlah seperti berpijak di bumi nyata, lakonannya meyakinkan. Menyukai komedi Put dan Kodan yang sangat clever. Tahniah kepada si penulis skrip yang memikirkan idea idea gila dalam membentuk jiwa Put dan Kodan yang sangat gempak. 

Malangnya, apa yang aku lihat, semakin filem ni bergerak ke tengah, aku nampak filem ni seperti tak ada rasa mahu naik satu tangga. Mungkin first halfnya (sebelum Put dan Kodan join pilihanraya) agak baik, namun semakin filem ni menuju ke penghujung, Put dan Kodan sudah semakin lemah dan tidak bertenaga. Dua watak ini berjalan dan terus berjalan dengan tingkahlaku yang sama dan berulang ulang dan menyebabkan wataknya semakin menjengkelkan. 

Disebabkan itu, Lagenda Budak Setan punya dua bahagian yang tidak diratakan sama licin. Itu sangat mengecewakan sedangkan apa yang berlaku pada separuh masa filem sudah mampu meyakinkan dua watak ini mampu membawa penonton ke dalam sebuah cerita yang dijaja lagenda di sebuah hostel sekolah. Aku tidak menyangkakan yang ending filem ni sangat tidak meyakinkan sehinggakan ianya lari jauh dari sebuah idea budak sekolah. Ending yang sia sia! 

Watak lakonan Epy Raja Lawak dan Eddy Apro sangat bagus. Sangat membantu. Malang sungguh, dua watak ini ditinggalkan tanpa apa apa twist yang mengenengahkan dua budak hostel ini. Pada aku, watak Shahrizal, mamat yang nak bersaing rebut jawatan tu sangat sia sia. Lebih baik jika Kilat menggantikan. Mungkin sedikit emosi dan juga permainan lebih baik jika setiap watak tidak hanya membawa komedi, tetapi saling membantu untuk menggerakkan filem. Buat apa letak watak yang hanya muncul dengan niat untuk dimatikan. Kan? 

Namun, walaupun agak menurun ceritanya apabila semakin mendekati penamat, aku respek idea filem ni. Lagenda Budak Hostel berani bercerita dengan memberikan babak babak yang sangat ohsem untuk sebuah filem budak sekolah. Adegan komedi sangat bijak. Malah, adegannya sangat teratur dan tidak tergesa gesa. Itu sangat bagus. 

Tabik untuk Along Ezendi dan Along Cham yang sangat memberikan persembahan yang terbaik. Malang juga apabila Pekin Ibrahim disiasiakan. Lakonan lawaknya (pada awal filem) sangat menjadi. Dia antara yang membantu untuk menunjukkan yang Lagenda Budak Hostel bukan guna pelakon recycle MIG. Namun, tindakan membuangnya keluar dari permainan menyebabkan semua pelakon yang beraksi dalam filem ni layak digelar pelakon ‘recycle’. 

Arahan Ismail Bob Hashim bagi filem ni memberikan sebuah filem budak hostel yang sangat cute. Ceritanya tidak berfokus kepada suasana yang besar. Itu bagus. Tapi, bila adegan akhirnya cuba membentuk sebuah lagi ‘Budak Pailang’, aku rasakan Lagenda Budak Hostel rosak. Aku tahu, adegan itu mahu tunjuk yang Put dan Kodan tu tak kuat mana pun. Aku faham. Tapi, aku lebih selesa jika final scene itu stil berlaku di sekitar sekolah / hostel. 

Dengan adegan akhir yang mengecewakan, Lagenda Budak Hostel ada komedi yang agak baik dan tidak mengecewakan pada separuh masa yang pertama. Tindakan untuk hanya terus berjalan dengan rentak yang sama sehingga ke penamat cerita membuatkan filem ni makin lama makin lesu. Bermula dengan baik, berakhir dengan errr.. buruk. Namun, untuk sebuah kenangan dan juga imaginasi pengalaman budak hostel, filem ni antara filem budak hostel yang termeriah aku pernah tonton. 

3/5