Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Stephen Sommers
Pelakon | Anton Yelchin, Ashley Sommers, Leonor Varela (klik untuk senarai penuh pelakon)
Pengarah The Mummy dan GI Joe ini mungkin mahu beralih angin. Dia mungkin mahu ikut jejak langkah Michael Bay yang tiba tiba membikin filem murahnya yang sangat nampak mahal. Hmm.. mungkin juga! Maka dengan itu, Sommers datang dengan filem yang nampak sangat kecil pada setiap sudut, Odd Thomas. Kenapa aku kata kecil? Sebab filem ni sangat tenggelam pada promosinya. Lihat saja Wiki, lihat saja Imdb, maklumatnya sedikit. Tidak seperti filem filem lain Hollywood.
Benar kata orang, jangan hakimi buku melalui kulitnya. Menonton Odd Thomas sangat memberikan perasaan yang lain macam. Kita dibawa menyusuri sisi sisi baru filem The Six Sense. Dan kita juga dibawa berjalan ke taman tema roh dan takdir cara berbeza tidak seperti apa yang dipapar Final Destination. Campuran dua filem tu membentuk Odd Thomas. Namun, jangan salahkan Sommers. Ini idea novel asalnya yang ditulis oleh Dean Koont.
Berdasarkan buku pertama siri Odd Thomas itu, Sommers menyusuri jiwa seorang lelaki yang mampu melihat roh yang sudah mati. Dia menerima takdir itu dan menjadi penghubung kebenaran melalui seorang anggota polis. Odd Thomas ni macam satu perantara yang sangat cantik binaannya. Kita tidak ditakutkan dengan karakter itu tetapi dibawa berdamping bersama mengikut perjalanan sisi manusia pelik ini.
Perjalanan filem Odd Thomas seperti novella. Which is the best way dalam nak potray feeling Odd Thomas yang sentiasa bermain dengan fikiran. Kita dibawa berjalan dengan kisah cinta lelaki pelik ini dengan Penny, yang mana bertindak sebagai ejen emosi untuk filem ni. Cinta, seram, takdir dan misteri menjadikan Odd Thomas perjalanan yang sangat menghiburkan. Stephen Sommers berjaya menjanjikan kejutan yang sangat baik di hujung filem. Feeling sedih dan jiwa Odd Thomas itu dilakar sangat dalam sehingga aku rasakan bahangnya. Perasaan simpati berjaya wujud dalam kisah cintanya.
Namun, sebagai filem yang sangat bermasalah dari segi marketing (dua tahun tidak ditayang sebab financial problem), filem ni sangat melemahkan syahwat bagi yang mahukan nafsu dalam visual efeknya. Filem ni sangat cincai dalam efek visual yang nampak terlalu dilebih lebihkan dalam masa yang tidak sesuai. Adegan Odd chop timun, dan bakar roti, serta few scene tentang makhluk neraka itu sangat gagal visualnya. Namun, letupan akhir filem ni hebat!
Anton Yelchin memberikan lakonan yang sangat baik. Penonton berjaya dimainkan, dan besatu, serta bersamanya dalam merungkai misteri. Setiap connection dalam misteri dirungkai sikit demi sedikit dengan baik dan jaya. Willem Dafoe sangat membantu memberikan gred A bagi filem ni. Dan oh ya, Arnold Vosloo yang muncul sebagai cameo sangat mengingatkan aku kepada filem Sommers terdahulu, The Mummy.
Stephen Sommers nampaknya perlu kawal efek. Filem simple buat cara simplelah! Pada cerita, aku akui Sommers sangat ohsem dalam membentuk emosi. Dan Odd Thomas sangat ‘odd’. Filem yang berjaya membuai penonton dan menunjukkan yang Sommers tidak memerlukan efek dan cerita yang besar dan mega untuk menunjukkan yang dia adalah pengarah yang berwibawa. Filem kecil yang hebat selepas lama bergelumang dengan filem big-bufget!
4/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS