Movie Mistakes

Monday, October 14, 2013

Review: White House Down

Tahun | 2013
Pengarah | Roland Emmerich
Pelakon | Channing Tatum, Jamie Foxx (klik untuk senarai penuh pelakon)

Tahun ni ada insiden seperti tahun lepas, dua movie yang ceritanya berkongsi idea. Tahun lepas, cerita Snow White diterbitkan dua kali. Satu dalam sisi keseronokan, dan satu lagi lebih kepada sisi kehitaman. Dua filem itu masing masing ada nilai tersendiri. Tahun ini, cerita perihal nak bomb White House pula dibikin dua kali. Aku sendiri tidak paham kenapa hal ini jadi lagi. Adakah Antoine Fuqua dan Roland Emerich bertaruh duit sambil minum kopi untuk tengok mana filem diorang lagi meletup? 

Selepas menonton dua dua filem aku dapati yang dua filem ni ada isi dan cara masing masing. Jadi, tidak membandingkan dua filem ni mungkin tidak munasabah sebab filem filem ni ditayang tahun yang sama. Olympus Has Fallen telah ditonton terlebih dahulu, dan aku merasa filem ini berjaya mengembalikan kehebatan aksi padat zaman 90an. Ceritanya lebih simple. Dan sebagai peminat aksi, aku suka. Fight! Fight! Fight! Selepas menonton White House Down, entah kenapa hati aku lebih dekat dengan filem ini. Pemenang di jiwa, Roland Emmerich! (sambil sorak giler babi punya seronok!) 

Aku tak nafikan yang Olympus Has Fallen sudah menawan hati aku. Dengan Morgan Freeman, dan Gerald Butler sebagai watak utama, itu ohsem. White House Down pula menampilkan Jamie Foxx dan Channing Tatum. Itu lagi ohsem. Kenapa? Sebab Roland Emmerich lebih mendekati keadaan Amarika sekarang yang mempunyai presiden kulit hitam. Dan dengan hal itu, ianya sangat dekat dengan latar masa yang segar bugar serta isi isunya yang lebih dekat time framenya. 

Jom kita tolak tepi sebantar Olympus Has Fallen, kita tengok White House Down. Pada mulanya, aku rasa White House Down agak lambat untuk bermula. Cale dan Emily nampak sangat slow, mungkin sebab mengingatkan permulaan Olympus Has Fallen yang lebih pantas. Namun, aku rasakan Roland Emmerich ada cara dan dia tahu apa dia mahu. Dan benar, aku rasakan Roland lebih hebat dan berani dalam bercerita isu politik buatannya dengan bergaya. 

Walaupun filem Roland kali ini tidak mempunyai kemusnahan yang besar, Roland meletakkan drama dalam usaha dia untuk menaikkan martabat President USA. Ya, aku nampak ini ialah filem pertama yang meletakkan Presiden USA sebagai penggerak aksi which is for me, kalau lah aku rakyat Amerika, aku akan salute dengan keperwiraan president yang sanggup buat apa saja dan cuba sedaya upaya. Itu adalah sisi pancing yang berjaya kait seluruh dunia untuk percaya yang President USA itu hebat, ohsem, kuat dan bukannya hanya tahu bercakap arah! Bravo! 

Dramanya mungkin berjela, ya, kita just letakkan filem ni sebagai drama aksi ok. Kalau nak full action, jom tonton Olympus Has Fallen. Dan dalam setiap dramanya, Roland bercakap sinis tentang negara mereka sendiri. Dan apa yang ada dalam White House Down lebih berat daripada persembahan Fuqua. Dan untuk meringankan yang berat itulah, aksi Channing Tatum dimasukkan. Clever! Oh ya, dan tambahan cerita hubungan anak bapa yang sedikit ketinggalan dalam mengejar akhir filem nampaknya menyulam mesej dan tidak membiarkan filem ni tamat sia sia. 

Patriotisme yang aku jarang nampak dalam filem Amarika! Itu antara kebijakan White House Down lagi. Saat Emily mengambil bendera di dalam oval room presiden, dan melarikan diri keluar, dalam keadaan visual yang slow-mo, patriotism, semangat bangga semuanya wujud. Malangnya, aku bukan Amarikan yang harus ada semangat itu. Oh, alangkah bestnya kalau Emily sedang memegang bendera Malaysia. 

Roland memilih untuk membesarkan setting, yang mana apabila anda lihat filem ni, korang akan lihat the whole USA. Semua tempat berkepentingan dalam negara itu yang mana ditunjukkan untuk menipu dunia (sebab kita tahu, hanya orang bodoh sahaja akan tunjuk tempat keselamatan mereka secara terang terangan) ditunjukkan. Dan White House Down adalah propaganda lagi, untuk buat seluruh dunia percaya yang begitulah sebenarnya isi rumah White House. 

Oh, propaganda atau apa, aku suka filem ni. Olympus Has Fallen pun aku suka. Kalau nak cerita bab aksi, Fuqua lebih hebat. Kalau nak cerita tentang plot, propaganda, mesej, dan suasana yang lebih pekat dengan drama, White House Down adalah yang tepat untuk filem yang berkongsi idea ‘jom pakat letup White House’ ini. Semangat Roland dan Fuqua sebenarnya sama, nak tunjukkan yang Amerika tu the most secured nation in the world! Kan? (sambil kenyit mata kat Roland dan Fuqua yang duduk semeja dalam mimpi aku).

4/5

1 comment:

  1. aku suka yg ni lagi, olypus fallen tu mula2 ok, pastu makin kureng smpai cgi mase helikopter dtg serang white house pon mcm x siap

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS