Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Pierre Coffin, Chris Renaud
Pelakon (suara) | Steve Carell, Kristen Wiig, Benjamin Bratt (klik untuk senarai penuh pelakon)
Aku tak rasa Despicable Me 2 filem yang hebat. Pada aku, plotnya terlalu meriah dan mungkin itu menyebabkan aku kurang suka. Ianya nampak seperti mahu selit itu ini sedaya mungkin tanpa ada satu alasan munasabah serta apa unsure jahat-baik yang jelas. Gru nampaknya tidak berjaya memberikan persembahan seperti yang pertama. Aku bukan tidak suka filem ni, cuma apabila minions bermaharaja lela, nampaknya semua karakter lain perlu undur diri.
Ya, minion adalah sihir kuat filem ni. Penonton mengharapkan mereka. Dan walaupun mereka itu hanyalah picisan, penonton mahukan mereka. Dan masalahnya di sini, yang berceritanya ialah Gru. Dan apabila Gru terpinggir dengan tidak sengaja disebabkan penonton menyerlahkan watak kuning kecil ini lebih dari watak utama, maka ceritanya tidak jelas. Ceritanya tidak diendahkan sangat. Dan pada aku, itu satu kegagalan.
Let say lah, kalau Gru itu diperkemaskan, dan minion itu betul betul dipindah ke dalam ceritanya yang tunggal (akan datang 2015), itu mungkin wajar. Kesian kepada Gru dan watak watak yang mahu bercerita yang tenggelam. Apa yang Pierre Coffin dan Chris Renaud bagi sangat jelas mahu menonjolkan minion sahaja lebih dari ceritanya. Maksud aku, Gru bukan karakter yang orang suka. Aku sendiri tak nampak Gru sebagai watak yang bermain dengan hebat.
Pada awal filem ni diumum pun, aku sendiri tak dapat gambaran bagaimana Gru itu mahu dibesarkan selepas Vector selesai dalam filem pertama. Aku mengharapkan akan lahir villain baru yang bercerita seperti cerita awal. Namun, semua itu tiada. Cerita yang sangat pergi sana sini, mahu memenuhkan semua sudut tanpa ada perkiraan mana satu yang utama sangat aku kurang sukai. Membosankan!
Plot Gru dengan Lucy sangat predictable, cliché dan sangat kurang. Malah, bagaimana El Macho dihidupkan sebagai villain Gru yang baru sangat tidak menarik. Cinta Margo sangat sia sia dan nampak dibikin untuk menyendat cerita. So, tak ada yang menarik. Wow, and this film sangat box office? Dan aku sangat rasakan yang minion adalah aura untuk itu. Tak lebih dari itu. Only minion.
Dan bagus sangatlah bila minion akhirnya mendapat movienya sendiri. Sebab lawak mereka menjadi pojaan ramai. Kasihan Gru yang mencipta dia sudah dipinggirkan. Apapun, aku rasakan pengalaman penontonan sangat biasa. Tak boring. Cuma ada sekali sekala ketawa dan kadangkala rasa annoying. Bila annoying tu wujud, aku rasa perkara itu tak patut wujud untuk sebuah filem box office. Come on, ceritanya should be better than this!
Overall, Despicable Me 2 teruk pada plot. Worst animated film! Namun, tahniah untuk minion yang menjadi penyelamat. Tanpa mereka, no one will watch Gru anymore. Pada aku, Despicable Me 2 tidak sepatutnya ada. Apa yang patut ada ialah filem tentang minion itu pada tarikh filem ni ditayangkan. Nampak tak aku banyak sebut tentang minion berapa banyak? Sebab apa tau? Sebab mereka ialah karakter yang patutnya bercerita dan bukannya Gru lagi.
2/5
Aku rasa okay je. Bukan sebab minion walaupun jalan cerita kurang menarik berbanding cerita yang pertama. Cerita ni, Siri kedua ni aku tengok sebab watak Agnes masih ada. Hahaha.
ReplyDeleteWell, even it was predictabled, percintaan mereka, ianya selaras dengan kehendak Agnes yang inginkan ibu di samping. Means, dalam worst, penyelarasan tetap kena ada umtuk diseimbangkan worst itu.
Overall, 1/5.
hmmmm... ok la kot... tp mcm kurang jugak ek..
ReplyDeleteTak pernah lagi tgk cerita nih tp drpd review nih, bunyinya mcm teruk sgt je ceritanya~ Tapi memang betul pun kadang2 pelik gak siapa watak utama cerita nih minion ke gru ._.
ReplyDeletesebab utama aku tengok cite ni ada Agnes dengan minion.... yang watak lain xada pun xapa... huhuhu....
ReplyDelete