Tahun terbit | 2013
Pengarah | Eyra Rahman
Pelakon | Farid Kamil, Nora Danish, Zalif Sidek (klik untuk senarai penuh pelakon)
Filem ketiga Eyra Rahman (sebelum ni dia buat Aku Terima Nikahnya dan Dua Kalimah) ni memang ada keberaniannya tersendiri. Aku tak tahu benar atau tidak, tapi berdasarkan keseluruhannya, aku nampak yang 3/4 cerita ini memang mirip filem Enough, sebuah filem Hollywood yang memegang konsep ‘wanita bangkit menentang penindasam’ yang diterbitkan suatu ketika dulu. Melihat dari sudut positif, adaptasi ada satu kebaikan. Ianya membuatkan kita membandingkan mana satu lebih baik, dan bagaimana idea itu diterjemah dalam suasana kita.
Jujurnya, aku rasakan Bencinta keliru. Sangat keliru seperti tajuknya yang menggabungkan Benci dan Cinta itu. Eyra dan juga panel skrip MIG tidak melakukan tapisan dan juga adaptasi yang bagus dalam menghasilkan filem ni. Walaupun tema filem asal berbentuk universal dan wajar untuk adaptasi, ada satu perkara yang telah tertinggal iaitu perihal suasana dan agama yang tersuntik dalam persekitaran perkahwinan kita.
Dalam filem Bencinta ini, Fatia yang dilakonkan Nora Danish digambarkan lembik dan lemah. Watak Fatia yang lemah ini mewakili semangat wanita yang asalnya sebegitu. Namun, tersiratnya, sifat lemah lembut itu bukanlah satu perkara yang perlu diambil kesempatan oleh lelaki. Maka, dalam cerita ini, digambarkan satu darjah kepanasan amarah perempuan yang mampu melakukan apa saja sehingga mampu membelasah si jantan sampai mampu meminta maaf semula kepada si perempuan.
Itu sama saja dengan apa yang berlaku dalam Enough. Apa yang berbezanya, dalam Bencinta, Eyra dan Panel Skrip MIG ini menghias lembut mengikut cara tipikal MIG untuk menghilangkan suasana peniruan itu. Tiru tak tiru belakang kira. Apa yang aku ambil kisah ialah bagaimanakah peniruan itu sesuai dalam konteks persekitaran kita (macam aku kata awal tadi).
Bencinta nampak seperti idea yang berkecamuk. Pada aku, plotnya sangat tidak relevan dan tidak diadaptasi dengan meyakinkan dan bertenaga. Jika salah tafsir dek penonton, Bencinta boleh dilabel sebagai filem yang mengajak si isteri yang teraniaya untuk bertarung habis habisan untuk menunjukkan mereka kuat dan tidak harus dijadikan alat tumbuk menumbuk.
Kenapa Fatia tidak berusaha untuk mendapat cerai dahulu sebelum dia buat semuanya sendirian? Itu persoalan besar.
Kenapa Fatia memilih untuk lari dan Faizal pula tanpa apa apa sebab musabab besar mencari Fatia macam Fatia ni penting giler (macam dia curi sesuatu yang berharga)? Banyak lagi persoalan yang buat aku tertanya tanya, filem ni dibikin dengan semangat ingin membikin filem, atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Berkecamuk dalam segala isi isi perutnya.
Aku lebih selesa dengan ceritanya jika Fatia itu meminta pertolongan pejabat agama, atau orang agama. Then, orang agama ni digambarkan sebagai terlalu membela lelaki. Dan mesej feminism itu jelas dan menjadi kekuatan untuk Fatia meneruskan perhatiannya untuk membalas dendam terhadap Faizal dengan sendiri. Itu lebih meyakinkan. Namun, semua itu tidak ada. Jelas, filem ni terlalu membawa aura Hollywood dalam filem asal sehingga lupa membangunkan cerita mengikut acuan negara kita.
Malah, aku sendiri tak faham kenapa Faizal terlalu berkeras tidak membenarkan Fatia masuk ke bilik kerjanya. Ada scene Fatia berada di ruang bawah bila dia buka peti besi dan terjumpa gambar kandid. Oh, itu ke ruang kerja? Err.. settingnya tak macam ruang kerja pun. Dan yang paling pelik, kenapa Faizal tak lock peti besi. Adakah Faizal anggap Fatia begitu bodoh sehingga dia akan turut arahan suaminya semberono? Oh, sangat lemah binaan babak dalam filem ni.
Di sebalik dialog yang amat biasa dan rakan rakan Fatia yang sangat ringan dan kosong, filem ni jelas memaparkan kekuatan wanita. Lakonan Nora Danish terbaik! Mungkin itu sebab utama filem ni menjadi sebegitu. Eyra melalui filem sebelumnya memang memegang kuat tema itu. Namun, antara Aku Terima Nikahnya dan juga Bencinta, aku rasakan adaptasi The Vow itu lebih bagus daripada ini. Mungkin lepas ni Eyra boleh tampil dengan filem berjiwa wanita yang lebih original, dan lebih dekat dengan budaya kita.
2.5/5
mcm best je..tp x tengok lg cerita ni..:D appaun itulah ekkurangan filem ngra kita...nilai2 islam dibelakangkan...:D
ReplyDeleteKalau pernah tengok enough.. rasa rugi tengok bencinta..
ReplyDelete