klik untuk lebih besar |
Pertamakali merasa buku tulisan Faisal Tehrani ini membuka mata. Penulis ini lantang bertegas dalam apa yang dia mahu tegaskan tetapi pada masa yang sama tidak meninggalkan kehendak hiburan jenaka yang menjadi alat untuk memeriahkan kata katanya. Manikam Kalbu, yang mana ialah Pemenang Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP sangat jenaka, menyindir dan juga penuh dengan keseriusan yang tidak terlihat.
Faisal Tehrani berkata tentang aurat. Dan dalam buku ini, kisahnya berkisar tentang bagaimana fesyen kita sebagai bangsa Melayu yang dikhabarkan melalui watak wataknya ialah bercelaru. Tersirat melalui cerita kisah hidup Ziryab dan sebuah lagi cerita manira dan Manikam Kalbu yang berbentuk hikayat, Faisal Tehrani mengkritik adab dan cara berpakaian Melayu yang klasik. Menarik.
klik untuk lebih besar |
Menyukai bagaimana selangseli dua cerita dari dua zaman, dengan dua gaya yang berbeza yang dipersembahkan. Kisah manikam kalbu yang diceritakan melalui manira seekor kucing memang sangat comel, jenaka dan juga klasik. Walaupun nampak menghampiri prosa klasik, penulis hanya meminjam gaya dan tidak memudaratkan pembaca untuk menafsir ayat dan kata. Gayanya cun dan cantik.
Memang buku ni sebuah kritikan dan bahan santai yang sangat memberi info dan hiburan. Faisal Tehrani berjaya membuka mata tentang aurat dan kisah pakaian yang sebati dengan jiwa Melayu. Jiwa Manikam Kalbu ibarat masakan pedas yang tidak terasa kalau dilihat selapis. Dan pada aku, buku ini ialah sebuah komedi sindiran yang sangat menarik apabila dua gaya penulisan digabungkan untuk menjelaskan kecelaruan budaya yang mahu diceritakan.
4/5