Movie Mistakes

Monday, February 24, 2014

Review: Balistik

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Silver
Pelakon | Rosyam Noor, Adiputra, Rita Rudaini

Aku ingatkan dalam zaman millennia yang dah melangkau lebih 10 tahun ini, akan berlaku perubahan pada adegan letupan filem kita. Tipikal seperti usaha filem Gerak Khas yang dulu dulu sangat laris, filem ni masih lagi tak mampu untuk memberikan kereta yang boleh menampakkan yang kita sedang berada di 2014. Nampak seperti sebuah usaha untuk membina adegan letupan, namun dengan keadaan yang sangat terdesak, maka kereta2 murah sahaja diletupkan. 

Tak mengapalah. Sekurang kurangnya, Balistik mendefinisikan tajuknya dengan cara dan gaya. Kita ada letupan yang agak banyak walaupun kadangkala sengaja diletupkan tanpa jiwa ceritanya. Kita juga disajikan dengan adegan tembak menembak yang aku rasakan sangat stylista dan cinematic. Silver nampaknya tidak meminta Rosyam Nor untuk menembak sesuka hati tetapi menekankan gaya dan juga visual. 

Itu mungkin kehebatan filem ini yang aku rasakan ada untuk dilihat. Silver yang dah lama tak hadir dengan filem mula tarik perhatian sepertimana apa yang dia buat dulu dulu. Teringat zaman Silver popular dengan filem pembunuh misteri yang sangat popular dicetak rompak pada zaman filem VCD. Aku menggemarinya sebab filem filemnya itu selayaknya ada di layar dan bukannya di tv. 

Rosyam Nor mungkin penarik yang baik selepas kemunculannya dalam KL Gangster 2 memberikan perspektif baru dalam gaya lakonannya. Namun, jujurnya aku cakap yang lakonannya tidak begitu semantap Tai Long. Satu, aku rasakan jiwa Saga tidak begitu kena dengan pelakon ini. Saat dibinanya watak ibu Rosyam, aku rasakan pelakon ini mahu tahu yang dia masih muda. Agak janggal apabila pelakon ini berbual dengan ibunya. 

Plotnya juga mungkin aku boleh katakan ok walaupun aku rasakan ceritanya lebih kepada drama daripada beraksi. Salina dan Saga tidak timbul dan sekadar meratakan cerita yang tidak seharusnya kosong. Rita Rudaini dan Rosyam sekadar berbual namun tidak mengisi emosi mereka sebagai sebuah konflik yang harus ada untuk membentuk balistik. 

Walaupun aksi tembak menembak di bangunan lama nampak sangat lesu, Silver nampak membina final confrontation dengan jaya. Walaupun apa yang berlaku sepanjang filem nampak kadangkala lesu dan pucat, adegan akhir dicipta dengan jaya. Namun, dengan keinginan Silver untuk membawa masuk style ala ala adegan Mission Impossible 2 dalam filem ni, maka terjadilah kecantikan visual yang tak kena pada tempatnya. 

Ya, kadangkala Silver mementingkan visual sehinggakan apa yang dilakukan si pelakon yang bercerita hanya dilakukan untuk visual dan bukannya untuk cerita. Dan sebab itulah, aku rasakan ada beberapa perkara bodoh yang telah dilakonkan sebagai memenuhi tuntutan kecantikan visual. Adegan Rosyam Noor tembak cermin kaca tidak ada motif! Adegan Inspektor Nizam berhenti kereta sebab budak kat tengah jalan nampak tak logik sedangkan mak dia dah ada di tepi. Inspektor tu boleh je tunggu kat dalam kereta untuk terus kejar Rosyam! 

Sebagai produk Malaysia daripada pengarah bukan Melayu, Balistik mungkin berjaya memasukkan unsur filem Cina ke dalam produk ini. Maka, dengan kekuatan dan bantuan semangat 1 Malaysialah filem ni berjaya. Sebuah filem yang mahu menjadi berbeza, dan sememangnya aku nampak perbezaan yang diberi. Cuma, dalam cuba membuat kekuatannya tersendiri, Balistik kadangkala celaru antara kehendak visual dan cerita. 

3/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS