Movie Mistakes

Saturday, February 1, 2014

Review: Paku

Tahun | 2013
Pengarah | P Ramesh
Pelakon | Aishah Ilias, Johan Asari

Apalagi yang Paku mahu tonjolkan selain sebuah imaginasi gabungan tiga nama yang datangnya dari sejarahnya yang berbeza? Kita ada sutradara India yang sebenarnya memberikan sentuhan yang menjauhkan dari sebuah tipikal Malay-wood. Kita ada penulis skrip yang datangnya dari seberang yang mungkin mampu segarkan jiwa tipikal Malay-wood. Kita juga ada pelakon pelakon yang diyakini mampu menghujahkan apa yang paku mahu sampaikan. Tapi, soalnya di sini, adakah gabungan ini menjadi? 

Jawapan aku, Paku masih terperangkap dalam sebuah penjara filem Malaysia. Usaha untuk membawakan kisah pontianak ini tidak ada arah tuju, tidak mengeluarkan apa yang harus dikeluarkan dan tidak menerima tempias pembikinan yang disertai gabungan gabungan negara berlainan itu. Yakin pada awalnya yang Paku lebih baik dari Paku Pontianak. Namun, in the end, aku terpaksa akur yang Paku sudah tersungkur lebih awal dari jangkaan sebenar. 

Kita disajikan dengan watak Fahmi yang sangat menyumpah seranahkan kematian dan tuhan. Dan dari cerita itulah terbentuk sebuah cerita yang mahu diceritakan. Johan Ashaari pula mungkin boleh aku katakana meyakinkan dalam masa pertama filem. Namun, semakin filem bergerak ke penghujung, pelakon ini nampaknya masih belum dapat naik dan terus naik untuk bawa Fahmi ke dalam sebuah konflik cinta pontianak yang aku harapkan. 

Malah, bukan sahaja Johan Ashaari yang menjadi masalah utama. Cerita itu sendiri sebenarnya sudah lari dari trek sebenar apabila ceritanya mula memasukkan tipikal babak Melayu yang akhirnya menjadikan kisah cinta Fahmi dan isterinya hilang arah. Aku sendiri tak tahu apa sebenarnya idea eternal love yang mahu ditonjolkan apabila semangat filem ni sudah mula hilang sejak Khalil masuk membawa ceritanya yang tersendiri. 

Apa yang aku nak katakan, walaupun ideanya dikatakan datang dari seberang, tak ada apa apa yang istimewa pasal Paku. Mungkin apa yang lebih berani paparannya hanyalah adegan seks yang sederhana erotik serta adegan mantera yang mungkin aku simpulkan sebagai non-gedik dan non-meluat! 

Selebihnya, aku rasakan Paku ada visual yang meyakinkan. Malah, adegan Rima di Highland Tower itu sendiri antara visual meyakinkan dan thorbaik walaupun penceritaan adegan itu nampak sambil lewa. Selain itu, Azad Jasmin mungkin antara fokus yang harus dilihat kerana lakonannya sangat memberikan suasana yang agak jauh dari lakonan kebiasaannya. Psstt.. aku suka part dia bisik ‘fuck!’ dalam bilik bos tu! 

Tambah tolak campur darab bahagi, Paku gagal. Lebih terarah kepada sebuah kisah yang tak ada arah tuju. Cerita yang pendek sengaja dipanjangkan dengan babak yang agak biasa dan tidak ditangani dengan berkesan. Tidak berjaya meyakinkan kekuatan ceritanya tetapi Paku membuatkan aku rasa kagum pada visualnya. Namun, macam biasa aku kata, dua dua elemen harus sama aras dan sama waras, kalau satu gila, takkan jadi sempurna! 

3/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS