Movie Mistakes

Friday, February 14, 2014

Review: Thor - The Dark World

Tahun Terbit | 2013
Pengarah | Alan Taylor
Pelakon | Chris Hemsworth, Natalie Portman, Tom Hiddleston (klik untuk senarai penuh pelakon)

Thor: The Dark World ini memang berbeza dari filem pertama yang lebih nampak macam terlalu simple dan tidak ada gahnya yang tersendiri. Apa yang filem ni bagi sebenarnya adalah the true beginning untuk karakter ini. Thor nampak gah dicampur pula dengan plot The Avengers yang bertingkah menjadikan filem Marvel yang berlaku selepas event Avengers ini antara filem yang punya fasa kelakar yang agak baik. 

Ya, Thor: The Dark World diberi nafas yang agak segar dan lebih sinikal. Aku sepanjang menonton kadangkala rasa seperti sedang tonton Scary Movie versi Marvel. Permainan lawaknya kadangkala melebih lebih sehingga kelakar itu nampak naik melebihi apa yang mahu diceritakan. Namun, walaupun kelakar itu sepatutnya berada di sisi ceritanya, penonjolan sisi ini mungkin menjadikan filem ni antara yang thor-baek! 

Dari segi plotnya, aku rasakan filem ni tak ada apa yang best. Aku bukannya fan Marvel, dan sekadar menonton hanyalah kerana memenuhi tuntutan untuk melihat Marvel universe berkembang. Plotnya itu pada aaku tidak menjanjikan apa apa yang baru. Namun, apa yang mungkin menarik mungkin melihat bagaimana Loki dan Thor bergabung, walaupun aku rasakan ianya terlalu sedikit dan tidak dikuatkan dengan lebih lagi. 

Aku tahu yang kematian Loki itu satu twist yang sangat baik dan sempurna. Namun, apabila kegagalan untuk aku rasa twist itu muncul sebab hubungan abang adik yang sangat terlalu kurang jelas dan tidak nampak, ianya hanyalah berada di situ sebagai cerita. 

Apapun, apa yang baik dan patut disaksikan ialah bagaimana filem kali ini menampilkan Asgard yang lebih luas dan menarik. Ditambah pula dengan music Brian Tyler yang banyak membantu memberikan gahnya yang tersendiri, Thor: The Dark World ada visual yang meyakinkan bersama muziknya yang membantu. 

Dari segi lakonan pulak, aku masih rasakan filem ni punya permainan yang sangat sederhana. Yes, aku percaya Loki masih menjadi watak yang sangat dikagumi. Malah, watak watak yang lain juga mungkin sedang membangun dengan cara mereka tersendiri. Malangnya, mungkin secara peribadi, aku rasakan aku masih belum nampak the real Chris Hemsworth yang mana aku lebih jelas kekuatannya dalam filem Rush! 

Malah, battle akhir agak kurang menyegat. Betul betul kelihatan seperti melihat sebuah scene yang dibina untuk memenuhi kehendak cerita. Dan disebabkan itu jugalah, plotnya hilang sengat sekali sekala. Nasib baik juga komedi yang dibina, walaupun agak melebih kadangkala, membantu filem ni untuk kekal dalam treknya tersendiri. 

Totally, sederhana. Aku suka filem ni sebab satu, komedinya. Pada plotnya, aku masih rasa elemn novella yang kurang menyenangkan aku sebab keinginan aku untuk lihat something yang lebih dari itu. Aku akui Thor: The Dark World lebih baik dari filem yang pertama. Namun, untuk menjadi filem yang lebih sempurna dalam ceritanya, filem ni masih tidak sampai ke tahap itu, secara peribadilah. 

3/5

1 comment:

  1. best cerita ni... mmg tunggu dia kuar lepas Thor yg 1st dlu... huhu

    www.ateefhatifa.my

    ReplyDelete

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS