Membosan dan cukup mendukacitakan! Ajiboy tak mampu menyajikan apa apa pun yang menarik dan sempurna melainkan sepinggan kebosanan dan juga perasaan untuk menongkat dagu menggunakan penumbuk. Kelemahan ceritanya, dan juga semua perkara yang sudah biasa disaksikan dalam filem filem MIG disumbat sumbat sehingga kembung lalu pecah sebelum penonton sedar. Adoi, memalukan malah menjengkelkan. Kesemuanya serba tak kena!
Zalif Sidek sebagai Mat Saja dan Epi Raja Lawak memberikan lawak yang paling teruk! Serius semua lawak lawaknya tak jadi, dan aku juga rasakan gabungan dua orang ini tidak betul dan tidak kena. Aku perasan, chemistry yang tidak pun mampu buat aku tersenyum. Tolak Angah kerana dia ada perkara berbeza yang nanti akan aku ceritakan.
Ok, nak bicara pasal plot! Waduh waduh, semuanya tidak menarik langsung. Apakah yang penting mahu diceritakan tentang Ajiboy sedangkan akhirnya in the end semuanya menjurus kepada bapak Ajiboy? Entah kenapa aku rasakan suntikan pemain utama, iaitu Ajiboy nampak tidak kena kerana sekali sekala ditenggelami oleh plot bapak dia dan juga kisah cinta orang dewasa. Justeru, bila fikirkan balik, kalau dibuang kisah cinta dan hanya berkisar tentang dua orang mamat malas tu berlawan dengan Ajiboy, adakah ianya lebih sempoi?
Aku nampak, filem ini lebih mensasarkan penonton kanak kanak dan juga orang dewasa yang mahu bersantai. Watak Mat Saja dan Chumi diperbodohkan sebodoh bodohnya sekaligus mengingatkan aku kepada filem filem Home Alone. Ah, malah, kesemua idea dan juga perkara perkara yang berlaku dalam file mini mungkin terinspirasi dari filem itu. Malangnya, inspirasi itu nampaknya tidak dijayakan dengan sebaik mungkin.
Malah, skrip nampak biasa dan tidak mampu memberikan perasaan saat menonton. Nak feel romantic pun tak ada, nak tergelak, lagilah tak ada. Nak bertanya apa yang disampaikan filem ini, lagilah blur. Selalunya, bukankah kisah kanak kanak vs orang dewasa ini bertitik tolak dari satu isu? Mana isunya? Mana perkara yang mampu membawa perasaan kepada penonton? Oh, dengan hanya babak akhir yang boleh dikira romantiklah jugak, tak mampu untuk menyelimut kebosanan sepanjang filem.
Namun, dengan filem ini, aku rasakan Ismail Bob Hashim menguji penggunaan steady cam dengan cara yang berbeza. Dan ianya member nafas baru dalam syot syot filem MIG. Dari Budak Pailang, Ajiboy dan mungkin filem filem MIG seterusnya, nampaknya akan berlaku perubahan dalam visual visual filem MIG. Tahniah! Tetapi la kan, kalau gambar je cute cantik montok molek, cerita macam bangang pun tak guna juga dol!
Malang sungguh filem ini mempromosikan taman tema A Famosa tetapi ianya tidak sedikit pun membawakan perasaan ingin ke situ. Seperti mana Zoo yang mempromosikan Zoo negara, nampaknya kerjasama kali ini boleh lah dikatakan agak gempak berbanding dulu. Tetapi, macam aku kata tadi lah, kalau cerita tak gebu tak boleh rasa puas jugak!
Tetap dengan pendirian bahawa filem ini kosong walaupun aku rasakan Angah Raja Lawak nampak sudah mencuba sisi baru lakonannya dan aku kira menjadi. Cuma dengan kelemahan skrip mungkin, ianya tidak mampu untuk menonjolkan Angah secara lebih cantik dan kemas. Tetapi, aku akui Angah boleh melontarkan feeling romantic dengan baik, jika ada penulisan yang sempurna. Terpulanglah kepada korang nak menonton ke tak.
2/5
huuuu kesian... apakan daya.
ReplyDeletetak ada idea dh kot.
hoi2 , biaq la kt dia.. kalot ag nihh.. try buat tgok.. gheyau trus. huk3
ReplyDeleteciter hasil dri filem MIG memang rugi kalau tngok di wayang.. rugi duit je..filem bnyk kluar tapi.. tapi smua KOSONG!
ReplyDelete