(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)
Tampil dengan outfit sopan meskipun tiada 'babak' baju terlondeh serta kelakuan-kelakuan menghairahkan di atas pentas, pun begitu J.Lo yang tetap nampak seksi sukses menghiburkan kira-kira 8,000 penonton. Biarpun hujan turun tanpa henti sejak beberapa jam sebelum konsert bermula tapi tidak mematahkan semangat peminat untuk membanjiri segenap stadium. Memulakan persembahan jam 9.10 malam, J.Lo menghangatkan suasana dengan deretan 15 lagu dari zaman Jenny From The Block hinggalah album terkini dengan lagu seperti Get Right, Love Don't Cost A Thing, I'm Into You, Waiting For Tonight, Let's Get Loud, All I Have, Run The World dan Papi .
Beraksi penuh bertenaga dengan memperlihatkan aksi tarian cukup ligat bersama vokal yang mantap, ibu kepada dua cahaya membuktikan dia selayaknya bergelar penghibur sejati. Dengan penata cahaya menakjubkan, props yang sangat dinamik serta sistem bunyi cukup baik, lantas boleh dikata konsert ini antara konsert 'outdoor' terbaik 2012.
(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)
Daripada muzik rancak di tukar mood sentimental bilamana J.Lo ajak peminat bercerita tentang cinta,
"Okay, mari kita redakan sedikit suasana, kita jadikan juga malam ini malam penuh romantik. Apa kata, mari kita bercerita tentang cinta. Okay, cinta itu subjeknya memang besar. Tapi apakata kita kembali ke album pertama saya. Lagu ini juga yang membuatkan saya di kenali di serata dunia", kata J.Lo lalu didendangkan lagu If You Had My Love versi akustik bersambung medley I'm Real dan Ain't It Funny.
Ya memang. Satu jam pertama perjalanan konsert Dance Again Live in Malaysia 2012, segalanya nampak selamat. Peminat sangat terhibur dan J.Lo bertambah-tambah teruja mahu terus menghibur.
Bagaimanapun 30 minit terakhir, atmosfera stadium merdeka bertambah panas membara apabila bekas a begitu yakin malah 'berani' tampil dengan bodysuit kombinasi rona hitam dan warna kulit juga legging lace lalu meneruskan persembahan dengan lagu On The Floor. Habis saja lagu, diva yang pernah dirai sebagai wanita paling cantik di dunia ini berdiri di tengah-tengah pentas memerhati segenap arena sambil tergelak besar dan membiarkan penonton menatap sepuas-puas tubuh seksinya itu - J.Lo memang 'nakal'.
(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)
Menamatkan konsert sekitar jam 10.30 malam, tampil dengan baju keenam - bodysuit yang dilitupi seequin, J.Lo tinggalkan peminat Malaysia dengan lagu I Wanna Dance.
(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)
Konsert tersebut turut disaksikan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar termasuk beberapa kelibat para kerabat. Juga VIP antaranya Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Y.B Dato' Mukhriz Mahathir, Menteri Perlancongan Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen. Turut juga kelihatan para selebriti seperti Hans Isaac yang datang bersama Neelofa, Amy Search bersama anaknya Nabila Huda, Fazley Zainal dan Dafi.
Sementara itu, sebelum merentasi benua Asia, penghibur berusia 43 tahun itu melancarkan siri jelajah konsertnya pada 14 Jun lalu, dan ia dimulakan di Republik Panama kemudian menjelajah ke sekitar Amerika Latin serta Brazil. Manakala Kuala Lumpur dipilih sebagai destinasi ketiga di antara 44 lokasi lain selepas mengunjungi Manila dan Jakarta. Konsert J.Lo Dance Again World Tour 2012 dijadual berakhir pada 18 Disember di Australia. Siri jelajah itu diadakan sempena rangka promosi album kompilasi pertamanya edaran Epic Records berjudul Dance Again The Hits.
Lagi foto Jennifer Lopez Dance Again Live in Malaysia 2012
(klik gambar untuk saiz yang lebih besar)
Kredit gambar: cipotredz
Artikel asal dari: MalaysianDigest.com
kat madonna ni tah da tunjuk ape tah
ReplyDeletebodoh punya menteri, perabih duit aje untuk kongset macam ni, sudahlah membazir, seksa rakyat dengan cukai pulak tu, ni minyak naik 0.20 sen ni , nak bayar kongset macam ni lagi lah tu -_- , jika kutip untuk menyerang us dan kafir israel boleh tahan kira
ReplyDelete