Pengakhiran saga cinta vampire lawan werewolf ini ada nafas baru. Sebegitu luas nampaknya penulisan Melissa Rosenberg cuba beralih 360 darjah sekaligus menjadikan Breaking Dawn bukan satu fajar yang biasa daripada siri Twilight sebelumnya. Di kiri kanannya terdapat pelbagai timbunan rangka rangka baru yang menguatkan dan melebihkan pengakhiran ini seperti sebuah parti perpisahan selama lamanya antara Isabella Swan dan juga peminat. Di mata aku, Twilight Saga Breaking Dawn Part 2 adalah pengakhiran yang sempurna.
Penutup yang berjaya mengkonklusikan kesemua perkara yang ingin diceritakan. Semuanya digerakkan dengan jayanya dengan penulisan yang agak fresh dan tidak terlalu serius seperti dulu. Part 2 ini nampaknya cuba untuk menarik para anti Twilight fan yang hanya mengingat filem ini sebagai sebuah filem cinta pelik yang tak ada gunanya. Dan, semua yang dijana, termasuk dialog yang agak baik dan sempurna berjaya membuatkan sesiapa yang tidak pernah menonton siri Twilight sebelum ini pergi cadi DVD tonton semula.
Permulaan filem ini yang bermula sejurus selepas apa yang terjadi dalam Part 1 memungkinkan para penonton perlu mendapatkan pakar pakar Twilight semasa berada di dalam panggung. Hanya yang menonton Part 1 akan dapat mengenalpasti apa yang terjadi semasa permulaan cerita. Kenapa Bella memburu seperti haiwan? Dan apa yang telah terjadi antara Bella, Edward dan juga Jacob kesemuanya dihuraikan dalam filem sebelumnya. Filem ini, tidak ada lagi pergaduhan dua puak. Ianya lebih menjurus kepada cerita Pontianak sahaja.
Dari sini, jelas Stephanie Meyer sebenarnya menerapkan romantika sekaligus menyuntik semangat kerjasama dan penyatuan. Kesemuanya diadun dengan sempurna dengan Bella tidak lagi dijadikan ‘baby manja’ seperti dalam filem sebelumnya. Main tarik tali antara Edward dan Jacob dilepaskan apabila kesemua cerita akhir ini menjurus kepada anak abadi milik Bella yang diburu oleh Volturi. Sekaligus, plotnya nampak baru dan segar.
Semuanya, bagi aku yang hanya menonton filem dan tidak membaca novelnya. Pengakhiran filem ini cukup menyentuh hati. Cinta abadi, setia, dan juga penghormatan Jacob dan Edward dan kisah cinta agung mereka akhirnya berakhir. Dengan lagu A Thousand Years nyanyian Christina Perri yang diadun dengan paparan kesemua watak watak dari filem pertama Twilight, aku rasakan ianya kenangan yang cukup sukar untuk dilepaskan. Sudah 5 tahun francise Twilight diterbitkan, jatuh bangun plotnya, semuanya ditampal sebagai kenangan di akhir cerita. Mengasyikkan!
Breaking Dawn Part 2 juga ada improvement dari segi visualnya. Visual dalam filem terakhir ini dititikberatkan dengan segala aspek diberi keutamaan. Visualnya aku rasakan lebih menakjubkan berbanding filem sebelum ini. Sekaligus, sebagai sebuah filem terakhir dalam saga ini, ianya seperti hadiah untuk para peminat yang sudah menonton dari awal hingga akhir.
Malah, filem ini rasanya antara filem paling ngeri dalam siri Twilight. Rasanya lebih lima kali adegan putus kepala dipaparkan secara terang terangan. Mungkin agak tidak sesuai ditonton oleh budak budak. Jadi, ibu bapa perlu berjaga jagalah.
Ada satu perkara lah aku nak kata sebagai peminat filem. Aku rasakan Stephanie Meyer ni mungkin peminat filem X Men kot! Bukan apa, segala superpower pontianak aku macam tak boleh terimalah. Its like watching a superhero movie. Tapi tak apalah. Mungkin itu yang dia inginkan. Selain tu, mungkin Stephanie Meyer banyak terpengaruh filem ganas kot dalam menulis cerita ni sebab banyak adegan putus kepala yang melampau ditunjukkan dalam filem ni. Malah, pontianak datang dari India, Amazon dan seluruh pelusuk dunia tu macam.. errr...
Apapun, bersedia untuk twist pengakhirannya yang membuatkan anda berasa lega. Ada sebab dimana anda perlu lega setelah filem ini membuatkan anda rasa kehilangan sesuatu pada near end film. Twistnya yang cukup baik bagi menggambarkan kesemua Twilight bukan hanya bercakap tentang cinta. Ianya sebuah jiwa reality yang diadaptasi dan penonton perlu fikirkan sendiri apa yang Stephanie Meyer cuba sampaikan.
Parti perpisahan penonton yang menyebakkan, menyedihkan juga pada masa yang sama mengembirakan. Twilight Breaking Dawn Part 2 adalah konklusi yang bakal diingati selamanya. Penonton kisah cinta Edward, Bella dan Jacob akhirnya mampu tidur lena. Pengakhiran yang memuaskan. Mungkin ada yang berharap kisah ini bisa disambung lagi. Aku antaranya yang berharap.
I love you for a thousand more....
4/5
yup. sy dh tgk juga filem nie.
ReplyDeletewaaa....nak tgk gak...
ReplyDeletetp ade baby...susah bwk msk wayang..tggu astro first la kot nmpknyer..huhu
ha'ah..rasanya dia patut sambung dengan kisah perjalanan hidup Renessmee dengan Jacob plak lepas ni..
ReplyDeleteI suka ending filem, tapi kawan I tak suka ending begini.
ReplyDelete