Movie Mistakes

Monday, October 31, 2011

Sneak Peek: The Adventure of Tintin


The Adventures of Tintin: The Secret of Unicorn adalah sebuah filem image capture (ala ala Polar Express, Beowulf) arahan Steven Spielberg dan diterbitkan oleh Peter Jackson melalui tulisan Steven Moffat, Wdgar Wright dan Joe Cornish. Kisah ini diadaptasi daripada komik asal, The Crab with the Golden Claws (1941), The Secret of the Unicorn (1943), dan Red Rackham's Treasure (1944).


Menggunakan WETA Digital, tulang belakang animasi The Lord of the Ring, plot filem ini berkisar bagaimana Tintin yang telah membeli model kapal antik Unicorn diburu kerana rahsia kapal antik tersebut. Jamie Bell, Andy Serkis, Simon Pegg, Daniel Craig serta Nick Frost antara yang terlibat dalam filem ini.

sempena tayangannya di Malaysia 10 November 2011, OPM memberikan anda
PELUANG UNTUK BERCUTI DI BALI 4D/3N SERTA PELUANG MEMENANGI Canon EOS 1100D DSLR SERTA BARANG KHAS TINTIN

Sunday, October 30, 2011

Iklan 'Berani' Deodorant AXE


Khabar menyatakan iklan ini sudah diharamkan di Afrika kerana menyentuh sensitiviti agama Kristian. Iklan ini memaparkan bagaimana malaikat di langit jatuh ke bumi kerana terpesona dengan lelaki yang memakai deodorant AXE. Rasanya iklan ini akan mengalami nasib yang sama di Malaysia. Jadi, kalau nk wat iklan, fikir fikirkanlah baik buruk penerimaannya.

Sebagai hiburan santai, jom tonton the making of Axe Excite TV ini:

Saturday, October 29, 2011

Review: Ra.One

Ra.One dikhabarkan menjadi filem termahal dari kilang Bollywood. Dengan kehebatannya yang digembar gemburkan, juga kehadiran penyanyi Akon dalam menyumbangkan suara dalam beberapa lagu filem ini, Ra.One punya satu promosi yang bijak. Tarikh tayangannya cocok, Deepavali!. Berkesempatan menonton filem pertama Shah Rukh Khan bagi tahun 2011 ini, sebelum menyusulnya Don 2 pada tanggal Natal hujung tahun ini. Berpeluang menonton filem termahal ini di GSC MidValley jam 1.15pm, 29 Oktober 2011 di Hall 9.

intai filem ini di sini:

Keseluruhannya, Ra.One tidak mengecewakan. Karya coretan Anubhav Sinha (mula mengenali karyanya sejak Dus dan juga Tathastu) nampaknya tidaklah terlalu gelap seperti Dus, dan juga cubaan memberikan cemas yang gagal dalam Tathastu. Ra.One work very well dengan adunan CGI juga sudut fiksyen pengarahannya.

Ra.One adalah filem superhero. Superhero setelah munculnya Endhiran The Robot juga Krrish sebelum ini. Ra.One bukan setapak melangkah dari filem filem tersebut. Ra.One jauh melangkah, dengan pelaburan berani mati, Ra.One memang sebuah filem superhero terhebat. Aku akui, sebagai peminat filem hindi!

Shah Rukh Khan sebagai G.One.

Pada aku, Ra.One ada sudut positif dan negatifnya. Walaupun aku rasakan filem ini sebuah masala fiksyen sains paling sempurna Bollywood, ada sedikit kekecewaan juga kegembiraan dalam menonton filem ini.

Satunya, sedikit kecewa apabila trek Dildara terlalu pendek dan tidak seperti yang diharapkan. Namun, menyaksikan kembalinya Shekar untuk mengalunkan lagu tersebut (walaupun hanya miming) cukup untuk memberikan mud. Ra.One tanpa Shekar memang kaku! Yala, Ra.One kan robot!

Keduanya, aku gembira sebab Akon join venture untuk filem ini. Chammak Challo memang international dan gempak. Tetapi serius x bleh blah, suara Akon memang tak match langsung dengan Shah Rukh Khan! Geli gelak dalam hati, sambil tersenyum bergembira dengar lagu ini.

Ketiganya, tergamam seketika menyaksikan bagaimana terminal keretapi Mumbai runtuh gara gara dua watak jahat ini. Terbaik dalam sejarah perfileman, tak pernah lagi filem Bollywood cuba untuk meruntuhkan monument sejarah untuk filem, walaupun ianya sekadar kesan khas.

Kemunculan Chitti the Robo memang mengundang senyuman. Ternyata tribute ini sebenarnya juga satu tarikan buat peminat filem Tamil juga Telegu. Sebabnya, file mini didubbing dalam 3 bahasa (hindi, tamil dan telugu. Itu yang keempat. - tonton kemunculan khas Rajini di sini

Babak aksi di stesen keretapi memang the best!

Kelimanya, pre final battle, di stesen keretapi nampak jelas cuba untuk menunjukkan bollywood mampu buat lebih baik dari Endhiran The Robot. Malangnya, walaupun adegan ini memang lagi gempak dari Endhiran, adegan G.One berlari di dinding keretapi nampaknya gagal! Endhiran berlari di dinding keretapi nampak lebih real.

(Anubhav Sinha, pengarah filem ini menafikan adegan tersebut ditiru Endhiran, menurut temubual di sini, katanya dia cuba untuk lari dari masalah tersebut dengan menonton Endhiran dan cuba membentuk aksi yang berbeza daripada Endhiran. menurutnya, mana mana filem ada babak sebegitu.)

Direka oleh Robert Kurtzman, orang kuat disebalik pembikinan kesan solekan khas Hollywood, G-One dan Ra.One nampak simple dan tak ada identity. Serius sejak mula lagi kita tidak boleh menidakkan yang G-One itu adalah idea yang terhasil dari Iron Man. Perhatikan saja HART yang mirip ‘jantung’ Stark!. Malah, syarikat pengeluar game filem ini juga mirip gaya Stark Industries, tetapi gaya Hindi. Tak original tetapi ideanya diolah menarik.... itu yang keenam kot.

Ketujuhnya, emosi Shekar dan Prateek nampak belum sempat naik dah habis. Jiwa bapa yang menyayangi anaknya kurang sampai. Namun, elemen kekeluargaan masih jelas. Sebuah filem hindi yang masih mengekalkan elemen utama ini walaupun ideanya jauh ke hadapan.

Shekar (Shah Rukh Khan) adalah seorang bapa yang cuba untuk mengambil hati anaknya. Siapa Shekar? Dia adalah pereka permainan komputer. Hubungan Shekar dan Prateek (Armaan Verma), si komputer genius kurang ngam sebab masing masing ada pendapat berbeza. Prateek mahukan ayahnya membina sebuah permainan yang mana si jahatnya memang sukar dikalahkan. Hati si ayah yang selalu mempertahankan prinsip yang 'baik selalu menang' akhirnya mengalah. Demi cintakan anaknya, Shekar bersama team membina pernainan Ra.One.

trailer filem Ra.One

Siapa Ra.One? Ra.One adalah karakter jahat yang paling kuat dan sukar dikalahkan. Ia diciptakan dengan kepandaian buatan terhebat yang membuatkannya boleh berfikir sendiri. Diciptakan juga si baik, G.One untuk melawan Ra.One. Ditakdirkan si anak ini bermain game ini dan kemahirannya hampir berjaya mengalahkan Ra.One. Ra.One mula membina ego. Ra.One sudah menjadi diluar kawalan. Kepandaian buatannya mula berfikir secara sendiri.

Ra.One keluar dari permainan ke dunia manusia (melalui teknologi pemindahan gelombang yang dijelaskan pada awal filem), untuk mencari Lucifier, nama samaran Prateek, Dalam pencarian, ayah Prateek terbunuh. Dunia huru hara. Apa lagi, G.One dibawa keluar Prateek dari dunia maya untuk mengalahkan Ra.One. Seterusnya, sebuah cat and mouse game, dengan aksi yang cukup mengujakan. Aksi aksi yang luar biasa dengan kesan khas yang cukup hebat! Jujurnya, aku tidak menyangkakan kisahnya adalah sebegitu sebab sepatutnya hero terbina dari dunia manusia dan bukannya dunia maya.

Overall, plotnya biasa. Simple dan senang difahami. Mudah dihadam kanak kanak sehingga dewasa. Pendek kata, ianya universal.

Dibikin dengan visual efek yang memang astounding, Ra.One memang dibikin dengan cermat dan teliti. Kesan khas nampak teliti, khususnya karakter Ra.One digital pada awal filem. Aksi cemas juga hebat dan memang banyak kos. Paling best adalah babak tren merempuh dinding stesen keretapi sehinggakan bahagian hadapan stesen runtuh. Babak paling buat aku tergamam sebentar.

Kareena dalam persembahan Chammka Challonya..

Chammak Challo trek yang cukup hebat. Walaupun suara Akon tak masuk langsung dengan Shah Rukh Khan, boleh la layan santai2. Paling top adalah Dildara. My fevret song dari filem ni. Lagu yang cukup romantika menyentuh jiwa. Vishal Shekar compose trek dengan baik.

MTV
Chammak Challo

Dildara

Shah Rukh Khan sekali lagi membuktikan yang dia adalah king of Khan. Lakonannya hebat. Dengan gandingan Kareena Kapoor di sisi, juga Arjun Rampal sebagai antagonisnya, filem ini punya chemistry yang cukup sifat. Armaan Verma si cilik yang menyerlah dan hebat lakonannya. Barisan penampilan khas dari Rajinikanth ke Priyanka Chopra, Sanjay Dutt dan beberapa lagi nama membentuk mega hit!.

Finale, Ra.One dibikin dengan keberanian. Bagaimana beraninya king Khan ini mempertaruhkan wang kompaninya dengan menyumbang modal termahal dalam sejarah filem Bollywood untuk filem ini membuktikan keazaaman untuk memberikan sesuatu perubahan kepada industry Bollywood.

Filem yang dikhabarkan paling kompleks ini juga (perhatikan di bahagian kredit filem, anda akan kagum dengan gaya kerja mereka) memberikan satu sudut pandang yang baru. Namewee, kau salah! Orang India sekarang bukan ada di belakang pokok, malah mereka jauh berada di depan pokok! Jauh untuk berfikir! Salutation untuk filem terhebat Deepavali ini. Dengar khabar pembukaannya juga tertinggi untuk tayangan perayaan Deepavali di india. Tahniah.

4.5/5

Thursday, October 27, 2011

Sneak Peek: Misteri Jalan Lama

Daripada penerbit Hantu Kak Limah dan pengarah filem terbaik Festival Filem Malaysia ke 22, Misteri Jalan Lama akan berada di pawagam 24 November 2011. Sinopsisnya, Misteri Jalan Lama mengisahkan sebuah kisah yang menakjubkan tentang dua dunia berbeza, namun berlandaskan kasih sayang.

Dua beradik, Indra dan Ilya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian ayah mereka, Iskandar. Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long. Hidupnya kini diburu gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh ‘seseorang’ ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Iskandar juga sangat sayangkan Ilya. Ini jugalah yang menjadi punca ketidakpuasan hati Indra, lalu membawa diri jauh daripada keluarga.

Que Haidar sebagai Ilya, alahai... macam masked raider je..

Wow... merah darah si Hans Isaac nih!

ni sape ek?.. Vanida Imran kah?!

Pada hari kematian Iskandar, buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Indra diminta membawa Ilya pulang, kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama.


Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki ‘dunia lain’. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan. Apakah akan terjadi kepada mereka berdua ? siapakah sebenarnya sebneranya mereka ? apakah yang terdapat di jalan lama tersebut ? (sumber - sinemamalaysia.com)

Tuesday, October 25, 2011

(Movie Mistakes) Captain America: The First Avenger


Captain America adalah chapter terakhir kot rasanya sebelum sampainya The Avenger tahun 2012 nanti. Jom tengok kesilapan minor yang dikesan dalam filem ini. Apapun, filem ni taklah best sangat. Biasa biasa saja.

Kesilapan pun minor2 je.. saje nk bikin gempak je entry ni... ehe3

OPM Di Wikipedia!


skrol dan skrol...


Terima kasih untuk penulis Wikipedia ini yang menggunakan blog Orang Perlis Menulis sebagai rujukan untuk artikel Wikipedianya.

Sunday, October 23, 2011

(18+) Kononnya Seronoklah Jadi Pondan!

PEMBERITAHUAN:
ENTRY INI MENGANDUNGI UNSUR LUCAH, PEMBACA DINASIHATKAN MEMBACA ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI.



"Dan saya juga tidak akan sesekali bersoal akan agama kerana saya masih lagi jauh tersesat daripada ajaran agama. Terus terang saya katakan saya telah bersalah pada agama islam"

"Tujuan saya mewujudkan blog ini hanya untuk berkongsi pengalaman saya kepada anda mengenai dunia pondan yang kini dianggap sebagai dunia kegelapan. Walaupun begitu, masih ada kebaikan di sebaliknya"

Itu adalah antara petikan dan screen capture daripada salah satu post blog dari sebuah blog pondan yang begitu berfikiran terbuka. Sudah terang terang dia tahu bahawa dia tersesat. Sudahlah senang senang saja dia tulis bahawa dia tahu dia sudah bersalah pada agama Islam. Mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang blog si pondan ini. Aku sendiri tidak akan meletakkan hyperlink untuk anda semua ke blog pondan ini.

Bagi sesiapa yang berkesempatan membuka Facebook Geng Blogger, mahupun beberapa Facebook Ping Group yang lain, anda mungkin akan sedar kehadiran blogger bernama Syah ini yang telah berani ping entrynya. Syah mengaku dirinya sudah rebah dan sudah menjadi pondan sepenuhnya, walaupun dia lelaki dari segi luaran, dia sudah memiliki hampir 90% naluri wanita.

Post Jika Saya Besarkan Buah Dada, first impression, dan gambar si lelaki ini memakai bikini di kedai bra memang geli kot. Malah siap ada gambar snap sendiri di dalam tandas dengan berpakaian perempuan lagik. Seyes, kalau pompuan tu lain hal... haha.. Come on la, lelaki pondan pakai bra perempuan, nafsu luar biasa nih... apapun, tak perlulah aku cerita panjang. Cuma pesanan aku, kaum kaum sebegini, kalau nk berblog pun janganlah cerita hal dalam kain korang. Jadilah apa yang korang nak jadi, kami x mau tau k.

Beberapa blog postnya aku capture. kalau korang nak baca blognya, pergi sendiri k. Aku tak letak hyperlink coz entahlah. No komen. Aku tidak menyalahkan dirinya. Terpulanglah kepadanya jika dia mahu jadi apa. Persoalannya, wajarkah blognya itu? Orang normal rasa mual, bukannya buat diri si pondan tu dihormati, dibenci lagi adalah.

Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa (maksudnya): “Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki.” (Riwayat al-Bukhari).

Review: Raya Tak Jadi

Apa yang korang boleh harapkan kalau nama pengarah itu Razak Mohaideen? Sudah tentulah, pada aku jawapannya adalah bosan dan cliché. Cliché ini nampak selalu sangat di bibir aku kalau bercerita tentang filem. Kali ini, bercerita pot pet tentang filem Razak Mohaideen terbaru yang sempat aku tonton, Raya Tak Jadi. Ai, raya dah lepas, bolehkah wujud lagi mud raya? Memanglah boleh sebab raya Aidiladha belum lepas lagi kan? Ha3.

kesilapan dalam filem Raya Tak Jadi:

Raya Tak Jadi pada aku ada peningkatan. Jika filemnya tahun lepas sekadar mempunyai plot yang mendatar (rujuk review sini), filem terbaru Razak ini nampaknya ada peningkatan. Walaupun identity komedi cara Razak itu memang ada dan tidak dapat dipisahkan, itu tak mengapa. Abaikan.


Razak kali ini nampaknya cuba untuk membawa pemikiran luar tabii. Pemikiran bagaimana akan jadi jika sesuatu yang diluar batasan kita terjadi, sekaligus memberikan satu kesan yang besar terhadap sesuatu peristiwa. Dalam kisah Raya Tak Jadi, apa yang aku katakan adalah tentang bagaimana idea penculikan pengisytihar raya mampu untuk melambatkan raya. Kenapa?

Kenapa? Itu bakal menjadi sinopsisnya. Kisahnya berkisar tentang adik beradik Shuib (Saiful Apek) dan Bob (Johan Raja Lawak). Ditakdirkan si Shuib tertukar teksi semasa melarikan diri daripada kedai mamak semasa serbuan sebab tak puasa. Awal cerita, dikisahkan bagaimana seorang tauke cina cuba untuk merancang penculikan pengisytihar raya dengan bantuan dua kuncu bodohnya. Apa yang tidak diketahui Shuib, tertukarnya teksi tadi bakal membawa satu kejutan; dia membawa bersama pengisytihar raya yang diculik bersamanya!



Ideanya memang luar tabii. Pada aku, mana mungkin raya akan dapat dilambatkan walaupun pengisytiharnya diculik, atau meninggal. Itu memang takkan mungkin terjadi.

Apa yang cuba disampaikan, mesejnya sampai. Tetapi, malangnya endingnya yang memang meluat giler sebab asyik asyik kembar seiras bla bla bla. Come on, tak ada reason lain yang lagi kuat untuk ending filem ni?! Huh, frust di situ ya…


Komedi Johan memang fresh. Maksima namun ada juga kadangkala nampak annoying. Namun, keseluruhannya, Johan bolehlah menjadi pengganti Apek suatu hari nanti. Apek biasa biasa saja. Aku rasa bahawa lawak Johan sudah menenggelamkan komedi Apek dalam filem ini. Namun, gabungan baru dan lama ini memang menjadikan komedi filem ini boombastik dalam aspek komedinya.

Keseluruhannya, Raya Tak Jadi punya komedi yang cukup hebat. Menyukai Johan dalam rolenya. Walaupun pada aku watak jahat tersangatlah bodoh dan memang nampak tak jahat juga tak nampak pun komedinya, itu sudut filem yang mengecewakan. Raya Tak Jadi boleh dikatakan sederhana dan satu lagi cliché Razak yang cuba membawa pembaharuan kononnya. Malangnya, it just a normal komedi movie. Tak lebih dari itu.

2.5/5

Saturday, October 22, 2011

Review: Rakht Charitra 1 & 2

Rakht Charitra adalah filem 2010 dari Ram Gopal Varma yang dihasilkan dalam tiga versi, Hindi dan Tamil dan Telegu. Vivek Oberoi di barisan pelakon utama bersama Surya. Pada aku, filem ini memang paling cruel dan berdarah pernah aku tonton untuk filem hindi. Lukisan Ram kali ini memang begitu ganas dan kejam. Filem biografi yang detail dan real!

Review:


Tuesday, October 18, 2011

Review: Nasi Lemak 2.0

Nasi Lemak 2.0 hadir ke pawagam dengan pelbagai spekulasi dan kontroversi. Rata rata mempertikaikan kehebatan Namewee membawa 1Malaysianya dalam file mini. Dek kerana kisah lampau yang diketahui ramai, filem ini nampaknya tidak mampu untuk bertahan di pawagam. Sungguh malang untuk filem ini kerana mengalami nasib ini. Pada aku, filem ini ada identiti tersendiri. Berdiri sebagai sebuah filem yang digaul rata segala etnik, filem ini nampak seperti satu penyatuan, walaupun pemberatannya lebih kepada masyarakat Cina.


Dibikin dengan duit pelaburan dan tidak pakai sikit pun dana kerajaan, filem ini bukanlah teruk. Tidaklah ia terlalu berat mengkritik. Namewee nampaknya berani untuk memberi kiasan dengan cara yang cukup bijak. Aku lihat beberapa isu yang popular berjaya dijadikan satu sindiran yang memang membuatkan orang ketawa, jika penonton tersebut tahu untuk menghubung kait dengan dunia sebenar.

Apa yang filem ini cuba sampaikan pada aku adalah realiti Malaysia. Pada pandangan aku, Namewee cuba menyampaikan bahawa pencampuran kaum secara sihat sebenarnya sukar untuk dilihat sebab semua kaum menjaga identiti kaum masing masing. Ya loh, dalam filem ini pun Cina dipaparkan masih taksub dengan China.

Curry Neh nyanyian Namewee dan Karen Kong, kelakar kot!

Pada aku, dari sudut hiburannya, Nasi Lemak 2.0 berjaya memberikan komedi komiknya yang cukup bijak. Pada aku, babak babak kelakar dalam filem ini berjaya ditangani dengan cukup menarik. Dengan kehadiran Afdlin Shauki juga Adibah Noor, filem yang turut memperlihatkan David Arumugam ini memberikan suasana 1Malaysia yang jarang dilihat dalam filem lain.

Ya, Nasi Lemak 2.0 hampir 70% menggunakan bahasa Cina. Namun, pada aku, it still menunjukkan sebuah realiti masyarakat kita, jika kita tahu menilai.

Rasa Sayang 2.0 by Namewee

Kiasan yang cukup menarik diterjemahkan dalam filem ini adalah skandal video seks. Itu aku faham, Satu lagi, selepas kredit tamat, dipaparkan jsuga bagaimana seorang rakan Huang tidak dapat menerima skrol sebab belum bayar hutang dengan tok gurunya. Mengingatkan aku kepada sesuatu, tersenyum saja. Oh ya, dalam filem ini, gengster adalah Melayu, bukan seperti yang selalu kita lihat yang mana gengster adalah Cina.

Lupakan kisah hitam apa yang dilakukan pengarah ini dahulu. Pada aku, pandang ke depan dan lihat hasil karya ini. Nilai sendiri. Bukannya aku menyebelahi Namewee, namun Nasi Lemak 2.0 nampak seperti satu lagi luahan hatinya tentang Malaysia, dalam satu cara yang lebih lembut dan rasanya mampu untuk membuatkan kita berfikir. Gembira dengar filem ini akan dibawa ke luar negara.

trailer filem Nasi Lemak 2.0

'Lagi lagi orang Cina. Hey, baik kamu semua balik ke negeri China!'. Aku suka ayat ni. Ha3. Ok, cukup!

Semuanya isu yang dipaparkan ada kebenarannya, cuma kita sebenarnya menidakkan realiti itu ini. Aku tafsirkan filem ini cuba untuk menyampaikan bahawa tak pencampuran budaya itu sebenarnya penting dalam kehidupan di Malaysia. Signifikannya Nasi Lemak itu dengan semua budaya di Malaysia membentuk satu penyatuan. Semua orang makan nasi lemak. Tapi segelintir masih tidak dapat menerima penyatuan ini. Apapun, Nasi Lemak 2.0 memang menarik sebagai filem komedi dengan kiasan sinisnya yang cukup lapisan. Mungkin kalau orang yang tidak tahu isu hanya akan memandang filem ini sebagai filem komedi, tetapi masih melucukan.


Efek yang digunakan dalam filem ini cukup hebat. Walaupun dengan skala yang sederhana, penggunaannya kena pada tempat. Sekadar membandingkan filem Hikayat Merong Mahawangsa dengan filem ini, kedua duanya mampu berdiri sama tinggi. Syabas, Namewee! Skor muzik paling best. Paling menyukai gubahan lagu pasal kari, lagu cina versi tamil, juga beberapa lagu dalam filem ini walaupun liriknya nampak keras dan tegas. Tetapi aku akui, ya, itu memang betul!

movie mistakes filem ini:

Pada aku, filem ini bukan seperti filem komersial biasa. Ramuannya cukup untuk menunjukkan mesejnya. Elemen Nasi Lemak 2.0 memang sinis tetapi masih mampu untuk dijadikan bahan hiburan. Namewee, nampaknya seperti sudah memahami hidup berbilang kaum di Malaysia. Filem ini memang menghiburkan, dengan Rasa Sayang 2.0 yang cukup sedap didengar, filem ini memang mesti tonton. Itu pun kalau anda tidak ada dendam lama dengan Namewee. Forget the pass la! Maaf memaafkan tu kan amalan baik.

4.5/5

Saturday, October 15, 2011

Review: Real Steel

Shawn Levy selaku pengarah filem ini telah mempersembahkan terjemahan karya Richard Matthesoon ini dalam warna yang cukup hebat. Real Steel mempunyai ciri dan rupa sebuah filem yang bermesej, juga filem aksi popcorn yang sesuai untuk tontonan suka suka ataupun apa saja objektifnya. Filem ini ada kekuatan sama ada untuk mendidik, ataupun menghiburkan siapa siapa yang menontonnya. Berkesempatan menonton Real Steel di LFS Selayang 11.45 pagi di Hall 2, filem ini mampu untuk membuat kita tersenyum, bergembira juga berduka dalam menghayati plot yang disajikan.

Atom menundukkan Zeus... mungkinkah?

Bila kita tonton filem ini, sudah tentu kita tidak dapat menidakkan bahawa filem ini mirip kepada filem aksi Transformers. Dari persembahan trailernya juga, sudah pasti kita mengharapkan satu kelainan, dan bukannya another Transformers movie. Dan ya, anda dapat! Filem ini bukan adaptasi fiksyen sains tersebut.

Iya, memanglah. Kalau mirip pun anda patut tahu kenapa. Sebabnya, Steven Spielberg bertindak selaku produser eksekutif untuk filem ini dan juga Transformers. Don Murphy (penerbit Transformers) bertindak sebagai penerbit filem ini bersama Robert Zemeckis (pengarah Polar Express dan Mars Needs Mom). Barisan nama hebat bukan?

intai preview filem di sini:

Diinspirasikan daripada short story tulisan Richard Mattheson tahun 1956, STEEL yang disiarkan dalam Fantasy & Science Fiction terbitan May 1956, Real Steel dipersembahkan dengan olahan yang cukup hebat. Bayangkan bagaimana inspirasi tahun 50an ini mendapat sentuhan dunia futuristik logik daripada penulisnya John Gatins, Dan Gilroy dan Jeremy Leven. Real Steel memang sebuah olahan yang cukup hebat.

Evangeline Lilly sebagai Bailey

Oh ya, untuk informasi santai, karya Richard Mattheson ini juga pernah diterjemah menjadi satu siri The Twilight Zone dengan tajuk Steel yang disiarkan di stesen tv Amerika taun 1963.

Santai santai juga, Richard Mattheson adalah penulis novel I Am Legend yang mana difilemkan dengan title yang sama lakonan Will Smilth.

Pada pandangan aku, menonton filem ini mengingatkan aku kepada filem WARRIOR (review di sini). Ia juga sebuah filem boxing. Warrior dan Real Steel ada ciri yang sama, it is a boxing movie. Apa yang bezanya, Warrior is real human fight, dan Real Steel is steel fight.

Filem ini bermula dengan rentak yang sederhana. Pada aku, secara personalnya aku kurang menyukai permulaan sebegini. Suntikan awal yang nampak kurang memberikan kesan kepada aku. Ini membuatkan aku sedikit bosan pada awal filem. Tetapi, akhirnya aku akur, filem ini mula meningkat sedikit demi sedikit dan akhirnya bergerak pantas menuju baki baki akhir filem. Dengan suntikan emosi yang cukup hebat, filem ini memang filem hebat. Pada aku, aku tarik balik kata kata aku pada awal tadi, because in the end, this film is a must watch!

Real Steel mengisahkan persaudaraan sebenarnya. Disebalik kisah futuristik filem ini, ia sebenarnya hanyalah kisah tentang kasih sayang seorang ayah dan anak yang renggang tetapi akhirnya bergabung untuk memberikan kekuatan kepada robot mereka, Atom.

Charlie, obses untuk kejayaan.

Atom adalah robot generasi kedua. Dikatakan bahawa robot generasi ini, yang lebih meniru aksi manusia hanya digunakan sebagai punching beg untuk robot generasi baru pada zaman itu. Kisah bermula apabila Charlie Kenton (Hugh Jackman) terpaksa menjaga anaknya yang dahulu dijaga oleh kakak isterinya, Max Kenton (Dakota Goyo). Charlie seorang bekas peninju yang obses mendapatkan wang dan terburu buru dalam melakukan sesuatu. Max, anaknya pula pandai merancang.

Dipaparkan dalam dua perlawanan awal, Max kalah pertarungan apabila dua robotnya kalah walaupun ianya terhebat dalam dunia. Maka, hadirlah Atom, robot buruk yang dijumpai dalam satu insiden. Robot inilah, akan memberikan perjalanan adventure kisah yang cukup menarik kerana dua karakter ayah anak ini akan bersatu untuk sebuah kemenangan menentang Zeus, robot Jepun yang digelar Raja Segala Robot.

Atom pada aku dapat aku sifatkan sebagai satu watak yang mengubah dua karakter ini. Atom, walaupun tiada emosi, gayanya mampu untuk buat korang tersenyum. Percayalah!

Paparan kekeluargaan, hubungan ayah anak.

Pada aku tema filem ini cukup simple. Kisahnya hanya berkisar tentang ego lelaki dan bagaimana seorang dewasa tidak mampu untuk menyerahkan takdir bahawa anaknya lebih bijak untuk merancang sesuatu. Carlie dan Max ada keistimewaan tersendiri, tetapi masing masing ada kelemahan. Atom hanya akan menjadi robot terhebat hanya dengan bantuan mereka berdua.

Dakota Goyo memberikan persembahan yang cukup baik. Lakonannya seolah olah Real Steel ini adalah persembahan terbitan Walt Disney yang lebih fokus kepada penonton cilik dan nasihat untuk remaja. Walaupun filem ini mungkin nampak ganas, mesejnya jelas. Hugh Jackman pun ok. Evangeline Lilly pun ok. Keseluruhannya, filem ini milik Hugh Jackman, Dakota Goyo dan Atom.

Babak babak perlawanan di WRB Championship begitu menarik. CGInya begitu hebat ditambah dengan sorakan yang cukup memberikan impak. Final battle between Zeus dan Atom antara yang cukup menarik. Malangnya, beberapa aksi yang dipotong menjadi ringkas pada aku nampak mengurangkan mood. Rasa satu ketidakpuasan apabila hanya dipaparkan pusingan 1 dan 5 sahaja. Pusingan 2 dan 4 dipaparkan secara ringkas.

Apa akan terjadi kepada Tak dan Farra... masih menjadi tanda tanya...

Mungkin ada yang bertanya, apa akan jadi kepada Tak Mashido (Karl Yune) dan Farra Lemkova (Olga Fonda) yang geram giler apabila robot Atom cikai itu hampir untuk menjatuhkan Zeus raja segala robot. Beberapa plot nampaknya tergantung dan menimbulkan tanda tanya. Kenapa Farra Lemkova hendak membeli Atom dengan harga yang mahal? Siapa Atom ini sebenarnya? Plotnya terlalu kecil kerana ini hanyalah permulaan filem ini. Persahabatan Charlie dan Max adalah main pointnya.

IMDB (Internet Movie Database) melaporkan bahawa sequelnya akan direlease 2014. Ia mungkin menjawab segala persoalan ini.

Muzik filem ini garapan Dany Elfman berjaya menyuntik semangat. Dengan barisan hip hoppers terkenal seperti Eminem, Bad Meets Evil, juga Timbaland dan lain lain, ianya memang mantap!

Teringat tentang The Zoo, satu kawasan fighting robot dimana Atom mula menunjukkan bisanya. Bagi aku, paparan zoo yang dijadikan kawasan fighting low class menunjukkan bagaimana imaginasi penulis yang menggambarkan sesuatu keinginan baru masyarakat. Mungkinkah zaman akan datang, Zoo Negara pun akan jadi medan fighting robot? Jikalau Real Steel ini realiti. Haha... Terfikir juga haiwan macam singa, gajah, ular dan buaya tu diorang lepaskan kat mana tu kalau zoo dah jadi kawasan terbiar untuk kawasan fighting robot low class.


Keseluruhannya, Real Steel adalah sebuah sci-fi drama aksi yang memang boleh membuatkan korang tersenyum, bergembira dan bersedih dalam emosi yang diberikan. Percayalah bahawa Real Steel adalah bukan sebuah filem aksi popcorn biasa kerana suntikan mesejnya membuatkan filem ini berbisa. Kehebatan Atom, dan hubungan ayah anak dalam filem ini adalah sebuah paparan fiksyen tetapi ianya adalah suatu pengajaran juga mesej berguna untuk kita. Filem ini seolah olah berkata, kelemahan boleh dihilangkan jika kita bersatu. Sebuah kisah hubungan kekeluargaan mesti tonton.

4.5/5

Wednesday, October 12, 2011

Sneak Peek: The Avengers



The Avengers, bakal menggabungkan kesemua superhero Marvel dalam satu filem. Daripada semua filem terbitan Marvel sebelum ini, semua akan bergabung menentang satu kejahatan. Dibawah The Avenger diketuai Nick Furry, ianya memang sebuah filem arahan Joss Whedon yang mesti ditonton peminat superhero MARVEL. Jom, saksikan trailer official pertama filem ini.

Review: Bini Biniku Gangster

Bini Biniku Gangster nampak macam termasuk dalam filem gedik yang banyak dikeluarkan MIG sekarang. Gedik yang romantik, ok jugak. Tapi kalau gedik sampai mual, aduh geli aku nak tonton. Tapi akhirnya taklah sampai aku tak tonton langsung. Keseluruhannya, Bini Biniku Gangster marks another stage untuk Cina David Teo. Aku nampak, dia ni bukan orang yang begitu senang patah semangat. Kekuatannya cukup untuk menangkis segala tohmahan kualiti filemnya yang macam cencaluk. Genre lebih kurang, kisah lebih kurang tetapi bagaimana filem filemnya masih diterima ramai?


Pada aku, Bini Biniku Gangster ideanya biasa saja. It just macam filem Kongsi, ataupun apa saja filem Kongsi gelap lain, komik komedi tetapi kali ini karakternya difokuskan kepada Kak Yong. Kak Yong ini ibarat watak utama kita yang penting, walaupun Shaheizy Sam itu member twist yang pada aku tak berapa berjaya, malah memberi kebosanan.

Aku puji koreografi aksi filem ini. Intan Ladyana beraksi dalam pergaduhan, masih banyak yang perlu diperbaiki. Tetapi, gasak menggasak dari pelakon Yana Shamsudin, ada kualiti. Lakonannya rasanya lebih baik daripada Intan Ladyana. Suka lakonan Yana Shamsudin. Antara yang terbaik dalam persembahannya.


Bagi yang tidak mengetahui, filem ini sebenarnya adalah hasil tulisan Yana Shamsudin sendiri, yang memegang watak Manja bersama dengan Fadzil Zahari. Yana nampaknya bijak untuk menekankan komiknya komedinya. Komedinya nampak keterlaluan dan masih menjadi. Tidak memualkan dalam erti kata lain. Namun, pada aku jujurnya keintiman Herry dan Manja yang aku sifatkan terlebih, memualkan. Yes, it is a portrayal of a husband-wife life but, argh aku tak mampu nak telan.

Pada aku, Bini Biniku Gangster adalah satu improvement dari Ismail Hashim. Pengarah Ngangkung ini makin ada peningkatan dari segi kualiti pengarahannya.


Pada aku, paling tak bleh blah adalah banyaknya movie mistakes dalam fakta dan juga kelemahan dari segi solekan. Yang ini boleh tengok dengan klik link kat bawah:


Filem ini dah berikan apa yang aku mahu. Scoring filem ini hebat. Ada peningkatan dan bukannya scoring yang main hentam. Malah, dengan aksi koreografi yang menarik.



Bini Biniku Gangster memang santai. Pada aku, boleh la juga aku sifatkan filem ni best. Walaupun bukanlah yang terbaik, sebab ideanya macam satu urutan dari filem lain (sebab kemunculan watak utama Kongsi, yang entah apa perkaitannya – atau hanya sekadar satu imej kelakar sahaja tanpa apa apa kaitan). Bini Biniku Gangster memberikan persembahan Shaheizy Sam yang paling kosong, macam extra je aku tengok si jantan nih. Namun, stil ada kepuasan.
4/5

Tuesday, October 11, 2011

Review: Vedi

Bila bercakap pasal industry filem India, ada dua bahagian yang besar, satu industry filem Tamil, dan satu lagi industry Bollywood. Hari ni aku berkesempatan untuk menonton sebuah filem Tamil, sebuah filem aksi yang nampaknya cukup berjaya memberikan keterujaan. Vedi, itu tajuknya. Berkesempatan menonton di pawagam tanggal 11 Oktober 2011. Keseluruhannya, walaupun subtitle filem ini sekejap ada sekejap tak ada (thanks to Ken Carlson yang sudi menterjemah some part yang xde subtitle), energy filem Prabhu Deva ini masih boleh dirasai.

Gandingan Sameera dan Vishal

Ada beberapa perkara yang membuatkan filem yang direkemen oleh member india aku, Ken Carson menarik minat aku. Pertamanya, lelaki bernama Prabhu Deva ini adalah seorang yang famous dalam Bollywood dan jugak filem Tamil. Prabhu Deva aku kenali sebagai seorang koreografer yang memang pergerakannya memang tangkas dan sharp. Keduanya, sebab adanya aktress Bollywood, Sameera Reddy. Malah, barisan pelakon bolly yang aku kenal dalam filem ini termasuk Sophie Choudry dan Sayaji Shinde.

Sameera Reddy ini antara favourite aktress jugaklah kalau filem filem Bollywood. Berkenan sejak menontonnya dalam filem Musafir arahan Sanjay Gupta dalam 2004. Latest appearancenya dalam filem Bollywood, Red Alert tak berapa best dan mendukacitakan.

review ini boleh didapati di:

Tapi, ada satu fakta yang aku tahu selepas aku mengoogle tentang filem ini di internet. Filem ini sebenarnya adalah remake filem Souryam, filem Telugu tahun 2008 yang hit.

Okeyh, keseluruhannya, jom bercakap pasal filem ini. Keseluruhannya, Vedi adalah sebuah filem yang fast track. The film is like a bullet train. Pantas untuk memberikan persembahan aksi tanpa henti yang memang best. Sehebat namanya, Vedi memang dipenuhi aksi yang memang ganas dan brutal. Sebuah kisah yang simple, namun aksi tu yang utama tuh!

Special appearance by Bollywood aktress, Sophie Choudry dalam item song

Secara kasarnya, Vedi mengisahkan Prabhakaran (Vishal) yang tidak diketahui identiti pada awal cerita. Hero kita ini dipaparkan dengan identiti yang samar samar dan mencari sesuatu di Calcutta. Semasa mencari rumah sewa, Prabhakaran akhirnya bertemu dengan Paro (Sameera Reddy dan juga Deepa (Poonam Kaur). Cinta berputik. Tetapi rahsia Prabhakaran tiada siapa yang tahu. Apa kaitannya Prabhakaran dengan Deepa, akan menjadikan perlajalanan cerita ini penuh dengan aksi. Siapa Prabhakaran sebenarnya?

Jujurnya, Vedi antara filem yang memang hebat. Serius, dalam penghasilan filem ini, aspek cinematografi memang terbaik. Puas hati dengan penghasilan babak aksi dan juga syot syot yang menggunakan slow motion untuk impak impak pergaduhan yang memang memukau. Prabhu Deva memang berjaya memberikan sesuatu yang terbaik untuk Vedi.

Sameera lebih kearah romantika filem , kepentingannya dalam plot utama terabai

Plotnya, pada aku terbaik. Pada awalnya, penonton akan diberikan dengan satu permulaan yang cukup memberikan teka teki. Kita akan lihat bagaimana kekuatan hero kita ini mampu membunuh kuncu penjahat kita hanya dengan menolak botol arak ke dalam mulutnya saat si penjahat meneguk air. Itu satu titik pengikat, masih ada misteri siapa sebenarnya Prabhakaran. Akhirnya, semua dijelaskan di saat sebelum interval. Di fasa kedua, flashback akan menjadi permainan cerita. Hanya diakhirnya saja, penonton akan dibawa kembali ke timeline asal, dimana terbentuknya final conflict. I like!

Vishal ada style. Aku suka lagaknya. Namun, sebagai penonton yang lebih tertarik untuk melihat Sameera Reddy menjadi antara yang mampu menyumbang kepada pergerakan cerita ini, di sini wujud kekecewaan. Sebabnya, watak Deepa itu sebenarnya lebih besar pemberatannya berbanding Paro yang hanya diberatkan ke bahagian cinta dan romance. Semua kisah cinta between Prabhakaran dan Paro lebih banyak berlaku di fasa sebelum interval dan hilang dalam kisah utama selepas itu (selepas interval).

Vivek yang klakar habis

Serius, benda yang lawak dalam filem ini adalah watak komikalnya lakonan Vivekananthan antara yang aku suka. Babak babak lawak yang paling aku faham dalam filem ni adalah semasa dia meniru gaya Rajhnikanth semasa nyanyi lagu Kadhal Anukkal. Yang buat aku gelak besar bukan apa, sebab aku pernah menonton Endhiran, so kaitan komedi itu aku dapat.

Dalam mengkategorikan filem ni, aku rasa, filem ini punya genre yang bercampur baur. Fasa pertama filem aku rasa pemberatannya lebih kepada filem romantik komedi. Dalam fasa kedua selepas interval, filem ini sudah mula berubah menjadi aksi thriller komedi yang pada aku lebih menarik dan tegang.

Sayaji Shinde sebagai Easwaramoorthy, nampak lebih ke arah karakter villain yang komedi, pada masa yang sama kejam.

trailer filem Vedi, arahan Prabhu Deva

Kalau nak bercerita pasal lagu dalam filem ini, aku katakan semua trek dalam filem ini sedap. Muzik Vijay Antony nampaknya lebih mendapat sentuhan Bollywood. Treknya lebih menekankan dance dan pop. Aku suka Ippadi Mazhai, trek Sameera dan Vishal yang musiknya sedap dan visualnya pun cantik. Hah, Enna Aachi pun sedap. Romantik, even aku tak paham pun lagu ni pasal apa. Bombay Ponnu, lebih terarah kepada Bollywood style punya lagu, menarik jugak. Kadhalikka, trek awal lebih terarah kepada pop. Sederhana menarik. Ichu Ichu biasa, tetapi visualnya kreatif ek.

Background musik memang terbaik. Keseluruhannya, department muzik memang membantu kehebatan filem ini.

Puas hati dengan filem ini

Pada aku, puas hati menonton Vedi. Satunya, heroinnya taklah mempunyai perut berlipat (pada aku, penontonan aku samaada filem Tamil atau Bollywood, pinggang aktres itu aspek utama yang menjadi perhatian). Sameera ok oklah pada penampilannya. Pada aku, Vedi tak seksi, tapi Sameera memang seksi dan cantik. Vedi dipenuhi aksi walaupun ceritanya simple dan senang. Sebuah filem yang menarik dari Prabhu Deva, untuk penonton yang menggemari aksi versi filem Tamil (tak kisah melayu cina india), jika anda tahu realiti filem aksi Tamil.

4/5

Monday, October 10, 2011

Tentang Buku: Steel and Other Stories

Hari tu aku g Kinokuniya, beli novel literature untuk assignment. Tajuknya Things Fall Apart by Chinua Achebe. Tapi, itu sampingan je. Sebenarnya before this, sebelum menonton filem Warrior hasil invitation ChurpChurp, aku sempat jenguk sudut movie tie-in Kinokuniya, kalau kalau ada movie menarik untuk dibaca dalam versi novel. Transformers: Dark of the Moon dah tonton dan ketidakhebatan filemnya tak menarik minat aku untuk baca versi novel. Satu sudut, terpampang The Three Musketeers. Cover pun cantik tapi last2 fikir dua tiga kali, maklumlah, cerita zaman Shakespeare bla bla bla.

Kali kedua aku datang, sebab nak beli buku Things Fall Apart, pasang niat nak beli satu novel English, sebab lama benar dah tak beli novel english untuk pleasure reading. Awal dulu terfikir nak beli The Three Musketeers, tapi akhirnya kali kedua aku datang, akhirnya aku terpikat dengan Real Steel versi antology, tulisan Richard Mattheson.


Sebenarnya, Real Steel yang ditayangkan di pawagam 13 Oktober 2011 ini adalah adaptasi dari cerpen tulisan penulis ini. Dalam buku STEEL AND OTHER STORIES ni, ada kompilasi short stories tulisan Richard Mattheson seperti:

(kisah yang menjadi inspirasi filem REAL STEEL)
TO FIT THE CRIME
THE WEDDING
THE CONQUEROR
DEAR DIARY
DESCENT
THE DOLL THAT DOES EVERYTHING
THE TRAVELER
WHEN DAY IS DUN
THE SPLENDID SOURCE
LEMMINGS
THE EDGE
A VISIT TO SANTA CLAUS
DR. MORTON'S FOLLY
THE WINDOW OF TIME

STEEL AND OTHER STORIES ada dalam dua versi. Satu versi compact, paper back yang lebih kecil saiznya, harga sekitar RM29. Ada satu lagi versi, versi besar sedikit, dengan kertas paper back yang lebih lembut dan tulang buku tak mudah patah. Yang ni harga mahal sikit, RM54.

Yang aku beli tu adalah versi RM54. Disebabkan buku Things Fall Apart tu aku beli sampai 4 bijik, dan di buku ini tertera potongan 20% untuk pembelian atas pembelian, maka harga buku ini jadi +-RM45. Okla tu, mahal sikit, tapi senang nak baca dan tulangnya tidak mudah patah sebab papernya lembut.

Saturday, October 8, 2011

(Movie Mistakes) Transformers 3: Dark Of The Moon


Ini antara filem yang mesti korang nantikan untuk dikaji. Setelah memerapkan segala result analisa, akhirnya aku lepaskan kesemua 32 movie mistakes filem Transformers 3: Dark of the Moon untuk tatapan pembaca.

Jadi apa lagi, jom baca 32 movie mistakes yang korang boleh nampak dalam filem ini dengan klik link di bawah:


Anda boleh baca review juga di sini:

juga trailer dan juga preview sebelum filem ditayangkan

Keseluruhannya, aku berpendapat filem ini memang terlalu banyak movie mistakesnya dan seriusly, untuk mendapatkan entry yang korang lihat di Goofspot itu, it takes 2 days untuk aku tonton filem ini. Puas hati untuk memberikan anda yang terbaik di Goofspot.

Sunday, October 2, 2011

Review: Karipap Karipap Cinta

Karipap karipap Cinta. Terlebih dahulu, aku ingin menyatakan bahawa sejak aku membaca novelnya karya Nazri M. Anuar, aku akui gaya cerita ini memang romantik biasa tetapi penerapannya berbeza. Sentuhan ala ala parody dan juga penulisannya yang santai membuatkan aku habis membaca buku ini dalam masa tak sampai seminggu (sebagai bukan fan tegar novel, seminggu tu kira paling short lah untuk aku baca novel). Kedengaran Othman Hafsham mahu ambil cerita ini sebagai filemnya yang terbaru. Pengarah Soalnya Siapa itu nampaknya tahu kekuatan cerita ini. Maka penantian pun bermula.

Bad Rasta, kelainan yang tak menjadi...

Menanti dan terus menanti, Raya hari tu malang sungguh tak berkesempatan menonton di pawagam. Mahu kegilaan dibuatnya tetapi apakan daya, menunggu lagi. Desas desus kedengaran bahawa Hantu Bonceng sudah memancung Karipap karipap Cinta, pecah remuk terkoyak hingga inti intinya sudah lagi tidak kelihatan. Karipap karipap Cinta menjadi antara filem termurah dalam kutipan dan memaksanya untuk hanya mengutip kutipan yang hambar, sekaligus menandakan filem ini menemui masa untuk menutup warung.

Berkesempatan menonton Karipap karipap Cinta akhirnya. Keseluhannya, gaya Othman Hafsham begitu santai. Aku akui sejak dari pembikinan filem romantika Afdlin Shauki dan Erra Fazira itu dulu, gaya romantik filem Hafsham begitu berhati hati. Gayanya berjaya menimbulkan rasa, I mean feeling romantik. Mengharapkan objektif yang sama tercapai semasa menonton Karipap Karipap Cinta, malangnya berakhir dengan berkata ‘novel lagi baik kot dari filem’.

Siapa Pak Syakir?

Dimana silapnya KKC. Ianya memang sebuah novel yang terlaris. Anak anak muda berpusu-pusu membeli novel ini (tambahan sekarang novel ini sudah ada cover yang meletakkan poster filem, dan dengan harga yang sama, korang akan dapat poster filem jugak) sebelum filem dibuat. Tetapi, masuk saja ke panggung, filem ini tenggelam, hilang dalam rempitan Ahmad Idham membawa boncengan hantu tipikalnya.

Untuk trailer dan sinopsisnya, di sini

Aku akui, kesombongan dan keangkuhan Gambit itu memang faktor besar. Sebagai Ali yang cukup berperanan penting dalam KKC, Gambit sudah menconteng arang. Malang sungguh pelakon ini. Seriusnya, aku nampak rentak Gambit dalam KKC tidak sehebat mana. Karakternya nampak lurus yang hanya dibuat buat sedangkan Ali versi novel, lebih ‘cute’ dari versi filem.

Sarah, itu watak yang begitu hebat. Dari dialah semua kisah karipap ini bermula. Kerana dia, Ali mula jadi gila. Ramai orang menyatakan bahawa Sarah versi filem lebih kearah menghina Sarah versi asal. Diwar warkan Sarah versi novel lebih jelas perwatakan Al-Azharnya berbanding versi filem. Pada aku, penterjemahan Hafsham terhadap watak ini mungkin boleh aku sifatkan berani. Satu sudut positifnya, Hafsham cuba untuk berkata, ‘Sarah bukanlah minat untuk menjadi ustazah’. Apa yang ingin disampaikan mungkin begini; Sarah bukan orang yang hipokrit, jiwa moden katakan. Sedangkan ibunya juga tidak bertudung litup, peranan bapanya nampaknya walaupun dilabel Yoga sebagai ‘alim dan warak’ tidak pernah menasihati anaknya juga isterinya.

Melia Aimellia, biasa biasa saja.

Ayat yang mudah dalam menjelaskan perenggan di atas, ini adalah reality yang memang terjadi pada zaman sekarang.

Keseluruhannya, meniru bulat bulan cerita asal dari novel memang memberikan kesan buruk kepada filem ini. Ada sesetengah part yang buat aku annoying giler, especially part Ali bermonolog sendirian. Paling jelas ke’anoyying’an adalah monolog Ali semasa dia kejar pencuri yang samun beg Sarah. Memang monolog itu wujud cantik dalam novel, tapi bila difilemkan, ianya tak menjadi. Yang cantik di tulisan tak semestinya cantik dalam visual.

Karakter Bad Rasta yang hidupnya di jalanan, juga Uncle Wong yang suka melepak di bawah flat Ali, nampaknya tidak kena untuk diadaptasi. Sebaiknya watak ini lebih baik dibuang, menjadikan filem ini lebih bagus (pandangan aku saja).

Ali, Arman dan Sarah... dalam satu misi pembongkaran

Cerita Karipap Karipap Cinta bukanlah bosan sangat. Walaupun pergerakannya kadangkala mendatar, filem ini masih boleh ditonton lagi. Bagi yang membaca novelnya, sudah pasti mahu melihat ayat demi ayat ditukarkan kepada visual. Pada aku, lebih baik karya ini di tangan Hafsham daripada di tangan Idham. Hafsham menangani filem ini dengan gayanya yang simple dan jelas. Dialongnya tidak tercungap cungap, satu persatu jelas dan mudah difahami. Gayanya memang gaya professional. Kelemahannya berasal dari mana? Jawapannya, dari penterjemahan itu sendiri.

Melia Aimellia nampak kaku pada sesetengah bahagian. Namun, lakonannya masih boleh diterima sebagai Sarah. Gambit Saifullah, ah jauhnya penafsiran di otak aku terhadap watak ini. Rasanya Ali versi novel lebih nerd dan membuatkan aku tersenyum (terutamanya jika baca novel part Ali first time berfacebook dengan Sarah). Bad Rasta, nampak outcast. Tak ada dalam filem pun takpe kot.

Paling best dalam filem ini ialah watak Razali Bunari. Watak lakonan Eman Manan ini memang aku akui persembahan terbaik pelakon ini. Lama tidak menonton lakonannya, Eman Manan memang sudah memberikan persembahan terbaik.

Babak meriah yang gedik, but best... haha

To Gambit, ini memang balasan dan akibat dari kesombongannya. Rasanya filem ini mungkin mampu menghampiri jutaan jika orang ramai tak terkesan dengan kata katanya di laman twitter. Nasihat untuk pelakon, kami penonton2 dan blogger ada kuasa untuk menaikkan dan menjatuhkan.

movie mistakes filem KARIPAP KARIPAP CINTA:

Keseluruhannya, filem ini memang penterjemahan novel terlaris yang tidak berjaya disebabkan beberapa sebab. Satu, pelakon sudah buat hal. Kedua, skrip yang terlalu mengikut novel. Dan ketiga, Sarah sudah diboikot (mungkin). Karipap Karipap Cinta sebuah drama yang sebenarnya mengajar tentang usaha untuk mendapatkan sesuatu. Bukan sebuah kisah cinta biasa, tetapi apakan daya, tidak mampu untuk menjadi kisah cinta luar biasa, seperti yang dicanang dahulu. Karipap Karipap cinta taklah rangup sangat dalam versi filem, tapi bolehlah kalau nak dimakan sambil sambilan.

3/5