Shawn Levy selaku pengarah filem ini telah mempersembahkan terjemahan karya Richard Matthesoon ini dalam warna yang cukup hebat. Real Steel mempunyai ciri dan rupa sebuah filem yang bermesej, juga filem aksi popcorn yang sesuai untuk tontonan suka suka ataupun apa saja objektifnya. Filem ini ada kekuatan sama ada untuk mendidik, ataupun menghiburkan siapa siapa yang menontonnya. Berkesempatan menonton Real Steel di LFS Selayang 11.45 pagi di Hall 2, filem ini mampu untuk membuat kita tersenyum, bergembira juga berduka dalam menghayati plot yang disajikan.
Atom menundukkan Zeus... mungkinkah?
Bila kita tonton filem ini, sudah tentu kita tidak dapat menidakkan bahawa filem ini mirip kepada filem aksi Transformers. Dari persembahan trailernya juga, sudah pasti kita mengharapkan satu kelainan, dan bukannya another Transformers movie. Dan ya, anda dapat! Filem ini bukan adaptasi fiksyen sains tersebut.
Iya, memanglah. Kalau mirip pun anda patut tahu kenapa. Sebabnya, Steven Spielberg bertindak selaku produser eksekutif untuk filem ini dan juga Transformers. Don Murphy (penerbit Transformers) bertindak sebagai penerbit filem ini bersama Robert Zemeckis (pengarah Polar Express dan Mars Needs Mom). Barisan nama hebat bukan?
intai preview filem di sini:
Diinspirasikan daripada short story tulisan Richard Mattheson tahun 1956, STEEL yang disiarkan dalam Fantasy & Science Fiction terbitan May 1956, Real Steel dipersembahkan dengan olahan yang cukup hebat. Bayangkan bagaimana inspirasi tahun 50an ini mendapat sentuhan dunia futuristik logik daripada penulisnya John Gatins, Dan Gilroy dan Jeremy Leven. Real Steel memang sebuah olahan yang cukup hebat.
Evangeline Lilly sebagai Bailey
Oh ya, untuk informasi santai, karya Richard Mattheson ini juga pernah diterjemah menjadi satu siri The Twilight Zone dengan tajuk Steel yang disiarkan di stesen tv Amerika taun 1963.
Santai santai juga, Richard Mattheson adalah penulis novel I Am Legend yang mana difilemkan dengan title yang sama lakonan Will Smilth.
Pada pandangan aku, menonton filem ini mengingatkan aku kepada filem WARRIOR (review di sini). Ia juga sebuah filem boxing. Warrior dan Real Steel ada ciri yang sama, it is a boxing movie. Apa yang bezanya, Warrior is real human fight, dan Real Steel is steel fight.
Filem ini bermula dengan rentak yang sederhana. Pada aku, secara personalnya aku kurang menyukai permulaan sebegini. Suntikan awal yang nampak kurang memberikan kesan kepada aku. Ini membuatkan aku sedikit bosan pada awal filem. Tetapi, akhirnya aku akur, filem ini mula meningkat sedikit demi sedikit dan akhirnya bergerak pantas menuju baki baki akhir filem. Dengan suntikan emosi yang cukup hebat, filem ini memang filem hebat. Pada aku, aku tarik balik kata kata aku pada awal tadi, because in the end, this film is a must watch!
Real Steel mengisahkan persaudaraan sebenarnya. Disebalik kisah futuristik filem ini, ia sebenarnya hanyalah kisah tentang kasih sayang seorang ayah dan anak yang renggang tetapi akhirnya bergabung untuk memberikan kekuatan kepada robot mereka, Atom.
Charlie, obses untuk kejayaan.
Atom adalah robot generasi kedua. Dikatakan bahawa robot generasi ini, yang lebih meniru aksi manusia hanya digunakan sebagai punching beg untuk robot generasi baru pada zaman itu. Kisah bermula apabila Charlie Kenton (Hugh Jackman) terpaksa menjaga anaknya yang dahulu dijaga oleh kakak isterinya, Max Kenton (Dakota Goyo). Charlie seorang bekas peninju yang obses mendapatkan wang dan terburu buru dalam melakukan sesuatu. Max, anaknya pula pandai merancang.
Dipaparkan dalam dua perlawanan awal, Max kalah pertarungan apabila dua robotnya kalah walaupun ianya terhebat dalam dunia. Maka, hadirlah Atom, robot buruk yang dijumpai dalam satu insiden. Robot inilah, akan memberikan perjalanan adventure kisah yang cukup menarik kerana dua karakter ayah anak ini akan bersatu untuk sebuah kemenangan menentang Zeus, robot Jepun yang digelar Raja Segala Robot.
Atom pada aku dapat aku sifatkan sebagai satu watak yang mengubah dua karakter ini. Atom, walaupun tiada emosi, gayanya mampu untuk buat korang tersenyum. Percayalah!
Paparan kekeluargaan, hubungan ayah anak.
Pada aku tema filem ini cukup simple. Kisahnya hanya berkisar tentang ego lelaki dan bagaimana seorang dewasa tidak mampu untuk menyerahkan takdir bahawa anaknya lebih bijak untuk merancang sesuatu. Carlie dan Max ada keistimewaan tersendiri, tetapi masing masing ada kelemahan. Atom hanya akan menjadi robot terhebat hanya dengan bantuan mereka berdua.
Dakota Goyo memberikan persembahan yang cukup baik. Lakonannya seolah olah Real Steel ini adalah persembahan terbitan Walt Disney yang lebih fokus kepada penonton cilik dan nasihat untuk remaja. Walaupun filem ini mungkin nampak ganas, mesejnya jelas. Hugh Jackman pun ok. Evangeline Lilly pun ok. Keseluruhannya, filem ini milik Hugh Jackman, Dakota Goyo dan Atom.
Babak babak perlawanan di WRB Championship begitu menarik. CGInya begitu hebat ditambah dengan sorakan yang cukup memberikan impak. Final battle between Zeus dan Atom antara yang cukup menarik. Malangnya, beberapa aksi yang dipotong menjadi ringkas pada aku nampak mengurangkan mood. Rasa satu ketidakpuasan apabila hanya dipaparkan pusingan 1 dan 5 sahaja. Pusingan 2 dan 4 dipaparkan secara ringkas.
Apa akan terjadi kepada Tak dan Farra... masih menjadi tanda tanya...
Mungkin ada yang bertanya, apa akan jadi kepada Tak Mashido (Karl Yune) dan Farra Lemkova (Olga Fonda) yang geram giler apabila robot Atom cikai itu hampir untuk menjatuhkan Zeus raja segala robot. Beberapa plot nampaknya tergantung dan menimbulkan tanda tanya. Kenapa Farra Lemkova hendak membeli Atom dengan harga yang mahal? Siapa Atom ini sebenarnya? Plotnya terlalu kecil kerana ini hanyalah permulaan filem ini. Persahabatan Charlie dan Max adalah main pointnya.
IMDB (Internet Movie Database) melaporkan bahawa sequelnya akan direlease 2014. Ia mungkin menjawab segala persoalan ini.
Muzik filem ini garapan Dany Elfman berjaya menyuntik semangat. Dengan barisan hip hoppers terkenal seperti Eminem, Bad Meets Evil, juga Timbaland dan lain lain, ianya memang mantap!
Teringat tentang The Zoo, satu kawasan fighting robot dimana Atom mula menunjukkan bisanya. Bagi aku, paparan zoo yang dijadikan kawasan fighting low class menunjukkan bagaimana imaginasi penulis yang menggambarkan sesuatu keinginan baru masyarakat. Mungkinkah zaman akan datang, Zoo Negara pun akan jadi medan fighting robot? Jikalau Real Steel ini realiti. Haha... Terfikir juga haiwan macam singa, gajah, ular dan buaya tu diorang lepaskan kat mana tu kalau zoo dah jadi kawasan terbiar untuk kawasan fighting robot low class.
Keseluruhannya, Real Steel adalah sebuah sci-fi drama aksi yang memang boleh membuatkan korang tersenyum, bergembira dan bersedih dalam emosi yang diberikan. Percayalah bahawa Real Steel adalah bukan sebuah filem aksi popcorn biasa kerana suntikan mesejnya membuatkan filem ini berbisa. Kehebatan Atom, dan hubungan ayah anak dalam filem ini adalah sebuah paparan fiksyen tetapi ianya adalah suatu pengajaran juga mesej berguna untuk kita. Filem ini seolah olah berkata, kelemahan boleh dihilangkan jika kita bersatu. Sebuah kisah hubungan kekeluargaan mesti tonton.
4.5/5
bersatu teguh bercerai teroboh
ReplyDeletewow...best2
ReplyDeletereal steel mmg best! saya menitis air mata jugak masa part last tu..huhuhu~
ReplyDeletehttp://www.my-bittersweetlife.com
best citer ni......mlm tadi baru pas tgk :D
ReplyDeletenak tgk gak!!sob2..
ReplyDeleteargghhh cite ni paling best kat bumiii! abes muvi org sume standing o kot hahahahaha
ReplyDeleteBest sngat ! Dah tengok :) Full Marks
ReplyDelete