Movie Mistakes

Wednesday, August 27, 2014

Review: Pengantin Malam

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Eyra Rahman
Pelakon | Farid Kamil, Nora Danish

Ibarat sebuah filem copy paste, dan idea tampal tampal yang tidak sempurna langsung. Pengantin malam umpama sebuah filem yang ditempel temel dan kemudiannya membentuk sebuah filem seram panjang yang tidak berjaya memberikan perasaan baru pada plotnya. Namun, aku harus akui yang Eyra Rahman ada rohnya tersendiri dalam menghasilkan filem seram. Cuma, Pengantin Malam masih belum sampai ke tahap sepatutnya. 

Pengantin Malam tidak berjaya untuk bercerita. Apa yang ada hanyalah penutup saji yang menutup makanan dengan pelbagai corak seram yang berantai. Lepas satu satu, lepas dua dua, lepas tiga tiga, kiranya seramnya sepanjang masa. Tidak ada cerita yang betul betul kuat apabila Pengantin Malam hanya berbekal dengan moment seram yang mengejutkan penonton dengan gaya biasa dan boleh diagak. 

Eyra tidak mampu untuk memberikan kekuatan kepada penceritaan Pengantin Malam. Seperti filem yang ideanya dicopy pasta dari filem filem luar, Pengantin Malam tidak ubah seperti filem What Lies Beneath versi Eyra. Malah, beberapa moment seram filem ni juga diambil dari filem seram luar, paling jelas ialah adegan selimut yang menjerut tu, dari filem The Apparation!

Apa yang korang nampak dalam Pengantin Malam bukanlah sebuah cerita. Tapi, apa yang aku nampak hanyalah sebuah koleksi moment seram yang banyak. Pada akulah, dari memerhati moment seram itu, aku akui yang Eyra pandai dalam satu dua moment seram yang menjadi. Walaupun terlalu banyak moment seram yang memberi perasaan menyemak, aku harus akui moment kubur kat belakang kereta tu sesuatu yang ikonik! 

Malah, untuk ending filem, Eyra nampaknya memberikan sepenuhnya untuk adegan Nora Danish dirasuk. Walaupun aku rasakan ending filem ni terlalu ringan, tapi itu sajalah bahagian yang rasanya Eyra tangani dengan sempurna. 

Mungkin Eyra harus singkirkan Nora Danish. Pelakon ni sudah tiada aura dalam filem filem Eyra mahupun MIG. Gayanya tidak mampu untuk mengangkat satu persembahan yang baik. Walaupun aku ketepikan saja keciplakan yang berlaku, aku mengharapkan idea ini ditangani dengan sempurna. Namun, Nora Danish seperti merosakkan segalanya. 

Malah, Pengantin Malam juga seharusnya menjadi lebih sulit dan sukar dari apa yang aku nampak. Melalui apa yang aku tonton, penulisan cerita ni seperti diambil mudah, dengan memenuhkannya dengan dialog dialog yang sangat layu, kuyu, dan juga terlalu biasa untuk sebuah cerita yang bergelar filem. Bayar tiket mahal mahal, dapat gred drama! 

Gagal ditangani dengan baik pada ceritanya, Pengantin Malam ialah satu lagi kegagalan. Namun begitu, aku harus akui pengarah ini berjaya membentuk moment seram yang boleh dikatakan ikonik walaupun ada sesetengahnya kurang menjadi. Apapun, total wasting of time untuk menonton. Namun, bagi yang nak tengok babak Nora Danish muntahkan darah hijau, filem ni untuk anda. 

2/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS