Movie Mistakes

Friday, August 22, 2014

Review: Brick Mansion

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Camille Delamarre
Pelakon | Paul Walker, David Belle, RZA, 

Luc Besson akhirnya macam tak ada benda nak dibuat, lantas, dia teringat nak rewrite semula Banlieu 13 yang pernah popular dalam bahasa French suatu ketika dulu. Pelik benarlah, buat apa nak remade something yang sudah ada? Ah, mungkin tak ada cerita lain untuk paparkan seni Parkour yang dimiliki pelakon hebat David Belle kot. Apapun, Brick Mansions adalah tribute yang seharusnya ditonton kerana ianya buah tangan terakhir Paul Walker. 

Walaupun penulisnya sama, Brick Mansions tidak mampu untuk memberikan kekuatan filem asalnya. Filem ni nampak cuba untuk lari dari cerita asal, namun sedikit sebanyak kelihatan seperti sebuah filem salin balik yang tidak berjaya. Walaupun pengembangan pada satu dua cerita berjaya mengubah plotnya dan menjarakkan cerita asalnya dengan cerita baru, Brick Mansions tidak mampu mengubah penulisannya yang kelihatan seperti dicincang cantum dengan tidak kemas. 

Namun, tidak mengapalah. Lagipun, apa yang kita mahu lihat ialah bagaimana seni Parkour yang menyebabkan filem asalnya berjaya mampu memberikan satu factor X dalam filem ni. Ditambah pulak dengan Paul Walker yang menghiasi filem ni. Dan kebetulan pula, ini menjadi filem terakhirnya sebelum meninggal dunia dalam car crash. 

Keseluruhan ceritanya, Brick Mansion hanyalah sederhana menghiburkan. Tidak boring, tidak hebat, tetapi sekadar boleh memenuhi keperluan remake. 

David Belle nampaknya tidak menyerlah dalam filem ni. Entah kenapa, aku lihat editingnya kelihatan seperti mahu menutup ruang untuk menyaksikannya berdialog. Malah, aku rasakan dialognya nampak kurang menyerlah daripada filem asal. 

Paul Walker juga, pada lakonannya yang terakhir ini, hanya mampu memberikan lakonan yang sederhana. Walaupun aku agak puas hati dengan lakonan aksinya yang agak memuaskan, dialog dan lakonannya masih tidak mampu untuk menghidupkan Brick Mansions yang sudah mula hilang sengat dari masa ke masa. 

Komedinya, kadangkala tenggelam. Aku tak pasti sama ada aku mahu ketawa, atau dialog itu cuba untuk serius dalam keadaan yang dipaparkan. Entah kenapa, garapan Brick Mansions tidak mampu untuk menandingi filem asalnya yang jauh banyak lebih hebat dari remake ini. 

Apapun, dari plot yang agak kurang memuaskan, ceritanya yang sederhana, dan juga lakonan yang agak biasa, Brick Mansions menjanjikan satu kepuasan iaitu menonton aksi. Memang itulah satu satunya factor x yang membuatkan Brick Mansions tidak membosankan. Tak semua filem boleh diHollywoodkan. Kadangkala yang original perlu kekal sebagaimana asal. MengHollywoodkan filem asal, seperti memberi calar kepada filem asal itu sendiri. 

3.5/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS