Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Christophe Gans
Pelakon | Vincent Cassel, Lea Seydoux, Andre Dussollier
Beauty and the Beast ialah sebuah kisah fairy tale yang sangat terkenal. Rasanya, bagi yang menggemari kartun Disney, karakter love story ni sudah dapat ditangkap di kepala otak korang. Kali ini, cerita ni menerima sentuhan berat, seperti mana Hansel & Gretel, Snow White mahupun apa saja karakter fiksyen yang dimanusiakan. Daripada Christophe Gans, pengarah yang aku kenali melalui filem Brotherhood of the Wolf (2001), si cantik si hodoh menerima sentuhan baru!
Apa yang aku kagumi ialah, pengarah ni membawakan kisah cantik hodoh ini ke satu tahap baru. Ya, kita akan nampak visual efek yang berat yang sekaligus menjadikan filem ni mirip Tim Burton namun dengan gayanya tersendiri. Dan aku tak nafikan permainan VFX filem ni mungkin antara focus point yang menjadikan filem ni ada aura tersendiri.
Malangnya, dari penceritaan pula, aku tidak merasakan yang ceritanya sampai ke satu tahap yang betul betul mendewasakan. Beauty and the Beast tidak mampu untuk memberikan sebuah kisah cinta yang betul betul menarik penonton untuk merasa dan menjiwa. Kisah cinta cantik hodoh ini tidak mampu memberikan apa apa rasawalaupun penulisannya cuba untuk memancing penonton untuk merasakan cinta yang diberi.
Tidak ada ruang yang mencukupi untuk Beauty dan Beast membuka sebuah cinta yang betul betul tragis walaupun endingnya happy. Malah, penceritaannya seperti terperosok dan tidak membawa penonton betul betul melihat kisah Beast dengan lebih dalam dan mencengkam. Kelihatan seperti sebuah cerita yang tidak diteliti dalam garapannya, disitulah kelamahan filem ni.
Ceritanya yang digarap oleh Sandra Vo-Anh dan Christophe Gans sendiri tidak mampu dicambah dengan baik sekaligus memberikan cerita ini sekadar filem biasa yang hanya bercerita tanpa aura baru kepada kisah ini. Dalam erti kata lain, tiada apa yang spesel dalam ceritanya yang menyebabkan aku sedikit kecewa kerana mengharapkan ianya lebih besar dan berat dari apa yang sepatutnya ada.
Aku tak nafikan solekan dan visual efek untuk CGI watak the Beast sangat meyakinkan. Namun begitu, aku berharap emosi Vincent Cassel lebih terserlah dalam karakternya sebagai manusia biasa.
Mungkin, bagi yang mengharap ceritanya mirip kisah asal, filem ni mampu memberikan anda kepuasan. Namun, dalam menghayati keseluruhan cerita, ada sesuatu yang kurang dalam sebuah kisah cinta abadi sebegini. Cinta, emosi dan juga halangan yang tahapnya tinggi patut muncul. Namun, apa yang ada hanyalah sebuah cinta yang biasa yang disulam dengan CGI yang sangat cun dan gempak.
Kesimpulannya, Le Belle Et La Bete a.k.a Beauty and the Beast hanyalah filem tentang cinta si cantik hodoh yang bercerita dalam emosi yang tidak mampu terserlah. Boleh layan tanpa ekspektasi yang tinggi.
3/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS