Pengarah | CK Wong
Pelakon | Raffi Khan, Jefri Jefrizal, Sherie Merlis, Bront Palarae
Supernatural filem ni lain macam. Dengan nama filem yang sudah menangkap, filem ni gagal untuk menarik aku untuk memuji filem ni sebab Raffi Khan yang tidaklah berapa nak berkenan di hati. Malah, dari sudut lakonan, tidak ada pelakon yang betul betul ada aura popular untuk ditonton. Mungkin orang lain kenal Raffi Khan kot, tapi pada aku, dia bukanlah sesuatu yang mampu untuk jadi penarik besar untuk sebuah filem yang sebegini.
Menonton filem ni buat aku terkejut. Dalam melihat sebuah produksi filem yang entah dari mana, dan melihat pelakonnya yang entah kenapa sangat simple dan tidaklah hebat dalam menaungi teraju utama, filem ni ada benda benda menarik yang patut dipuji. Kelibat Bront Palarae yang menghiasi tidak lama, ditambah dengan Sherry Merlis yang hanya membantu, tidak memberikan apa apa kekuatan. Namun, filem ni tetap baik dalam sisinya yang tersendiri.
Pertamanya, apa yang korang akan dapat lihat dalam filem ni? Ompa Loompa. Ya, yang kat dalam filem Charlie and the Chocolate Factory tu. Pasti korang rasa kagum sebab di Malaysia pun ada pelakon kenit yang sangat mampu menjanjikan factor x yang sempurna bagi filem ni.
Keduanya, korang akan melihat sebuah filem supernatural thriller yang meminjam sebuah sisi filem omputeh. Dendam syaitan, kisah pembalasan iblis terhadap anak adam, dan sebuah kisah tentang iman dan juga pilihan digarap dalam satu gaya yang baik, walaupun beberapa babak kelihatan celaru dan tidak diperlukan.
Ketiganya, CGI yang digunakan pada masa yang sesuai dan cara yang sesuai. Efek CGI dalam filem ni mungkin pada tahap yang belum sempurna. Macam filem filem lain yang kelihatan mencuba. Tapi, penggunaannya pada masa dan saat yang sesuai menjadikan CGI filem ni antara momen yang patut dikagumi. Malah, CGIlah yang menguatkan Pintu Neraka disebalik kelemahan plotnya. Tanpa CGI, Pintu Neraka ialah ‘neraka’.
Aku puas hati secara total, walaupun aku sekali sekala rasa bosan dalam babak babak yang kelihatan melengah lengah. Ditambah pula dengan pelakon lelaki utama kita yang tidak berapa nak menangkap, Pintu Neraka ialah sebuah filem yang kurang dari segi pemilihan pelakonnya. Aku percaya, dengan pelakon yang betul betul gred A, dan promosi yang sempurna, Pintu Neraka boleh buka mata penonton yang mahukan filem segar.
Segarkah? Ya. Aku rasa filem ni sangat segar walaupun pandang pertama, sebelum melihat ke dalam isi, korang akan rasa filem ni pasti akan jadi macam Tokak, mahupun apa saja filem dari penerbit filem yang tidak dikenali. Percayalah, yang filem ni menghampiri keberanian filem filem seram Indonesia. Tetapi, aku yakin yang Pintu Neraka sepatutnya digarap lebih baik dengan beberapa subplot dikurangkan dan dikemaskan.
Bront Palarae sekadar cameo. Raffi Khan agak mundar mandir ceritanya. Walaupun aku rasa permainannya okay, tapi aku rasakan wataknya kadangkala terperangkap dalam penceritaan yang bercelaru sekali sekala. Namun, aku masih dapat faham apa yang sebenarnya mahu disampaikan. Cuma, mungkin emosi watak Raffi Khan ni sepatutnya lebih ditekankan daripada apa yang korang lihat dalam filem ni.
Aku macam tak nak cakap yang filem ni best. Tapi, nak buat macam mana, dah filem ni berjaya menangkap hati aku secara peribadi. Walaupun watak iblis tu macam hensem tapi tidaklah aku kenal, lakonannya berjaya (dengan bantuan CGI!). Sebuah filem supernatural yang out of box namun tidak timbul sebab pilihan pelakon dan juga ketidakpercayaan penonton terhadap produksi baru. Pintu Neraka, anda bukan gagal di hati saya!
4/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS