Movie Mistakes

Thursday, June 5, 2014

Review: Non-stop

Tahun Terbit | 2014
Pengarah | Jaume Collet-Serra
Pelakon | Liam Neeson, Juliane Moore, Nate Parker

Bukan nak cakaplah, Non-stop ni macam satu kebetulan yang tak disengajakan bila ditayangkan ketika MH370 hilang tempoh hari. Walaupun tidaklah berkait langsung dengan insiden misteri tu, Non-stop berjaya memberikan feeling yang sama sebab filem ni pasal kejadian dalam kapal terbang. Malah, penonton yang fanatic konspirasi teori MH370 juga bakal menjadikan filem ni antara sesuatu yang akan dibincangkan di kedai kopi. 

Aku harus akui, MH370 lah yang memberikan emosi tambah dalam keinginan untuk merasa filem ni. Premisnya yang berlaku dalam kapal terbang tidak akan rasa segah ini kalau insiden misteri itu tidak terjadi. Itu pendapat aku secara peribadi. 

Melalui filem ni, aku harus akui Liam Neeson sangatlah kacak dan bergaya walaupun gaya termengah mengahnya tak ubah seperti Shah Rukh Khan yang kelihatan sama dalam filem filem lakonannya. Liam Neeson dalam Non-stop, Taken dan beberapa filemnya ialah Liam Neeson yang sama dan tidak ada kelainan yang disajikan. Namun, aku rasa lakonannya sangat menjadi walaupun dia tetap menjadi dirinya. 

Ok, plot Non-stop! Non-stop bermain dengan misteri. Mengajak penonton untuk meneka neka siapa yang menjadi dalang, siapa yang membuat huru hara dan adakah benar apa yang diceritakan. Pengarah yang kali kedua bergabung dengan Liam Neeson, Jaume Collet-Sera selepas Unknown sekali lagi memberikan permainan teka teki dalam setiap babak yang dibina. 

Saat filem ni bermula, kita sudah melihat bagaimana watak yang cuba dikucarkacirkan sehingga membentuk syak wasangka, ditambah pula dengan karakter yang menambah sangsi yang agak banyak di dalam kapal terbang. Dan walla, disitulah kelemahan Non-stop tercipta! Aku rasakan terlalu banyak watak untuk bermain dalam misteri yang dibina sebenarnya agak menjadikan plotnya sedikit biasa. 

Non-stop seharusnya menjadikan persoalan siapa dalang kepada semua itu sebagai sebahagian daripada misteri dan bukannya sebahagian daripada cerita. Jika ianya menjadi sebahagian dari cerita, ianya akan hanya menjadi semacam jambatan yang hanya menyebabkan penonton berjalan tanpa menikmati banyak point point yang ingin dijadikan klu. Dan, dengan watak watak yang banyak, moment kelihatan wasteful. 

Namun begitu, secara peribadi, aku menyukai Non-stop even seperti aku kata tadi, menjadikan persoalan itu sebahagian dari cerita akan membosankan penontonan sekali sekala. Malah, aku rasakan juga, Non-stop patut lebih besar daripada ini dalam misterinya jika watak dikecilkan sedikit. Tapi, aku rasakan apa yang sudah disajikan sudah mampu untuk memberikan permainan teka teki yang cantik sebagai hiburannya. 

Akhir sekali, Non-stop mungkin punya permainan teka teki yang solid. Misterinya dikekalkan dengan jaya walaupun aku rasa suspek yang terlalu besar sebenarnya terlalu menghilangkan klu yang sepatutnya dikesan penonton dan bukannya diberitahu kepada penonton. Sebuah filem yang intense, punya adrenalin rush yang cantik, namun gagal mengekalkan misteri yang ditanam sebagai sebahagian daripada game-play untuk penonton. 

4/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS