Pada aku, The Wolverine lebih mendekatkan penontonnya dan juga peminat tegar manusia claw ini dengan segala emosi dan juga permainan hidupnya. Ceritanya lebih dalam dan tidak menunjukkan kredibiliti menjadi tipikal superhero sepertimana yang ditonjolkan dalam filem Wolverine pertama yang dahulu. The Wolverine menjauhi kebiasaan dengan memberikan adaptasi ringan komik mini sirinya yang membentuk kesinambungan Wolverine versi filem yang berbeza.
Pengarahan James Mangold lebih mendekatkan Wolverine untuk ditonjolkan sebagai manusia mutan yang punya kehidupan biasa. Dalam filem ni, aku rasakan aksi aksi Logan tidak berat dan juga terlalu fiksyen kecuali adegan atas bullet train. Filem ni tidak membentuk aksi aksi yang wow tetapi masih boleh ditonton dengan beberapa aspek yang agak bagus untuk menarik aku sebagai penonton yang tak baca komik hero ini.
Pertamanya, aku menyukai emosi Logan dan juga penyampaiannya. Watak Jean Grey yang mendatangi Logan sekali sekala memberikan penekanan emosi terhadap watak Logan. Justeru, ceritanya bukan saja bercerita tentang ‘adventure’ Logan secara lahiriah tetapi sebenarnya bercerita tentang ‘adventure’ Logan tentang dirinya. Pada masa yang sama, Jean Grey yang bertindak sebagai watak yang menyambung kepada filem X Men arahan Brian Singer membentuk dunia X Men yang lebih luas dan meyakinkan.
Keduanya, aku rasakan Logan yang menjadi hampir kepada tipikal filem superhero akan menjadikan filem ni terbelah peminatnya. Mungkin ada yang akan suka apabila Wolverine dinampakkan emosinya melebihi aksi aksi. Ada pula yang mahu melihat aksi Logan yang lebih gempak dan bukannya hanya bertarung dengan pedang sahaja. Pada aku, The Wolverine macam sebuah sisi baru karakter ni. Aku suka emosinya walaupun sebagai peminat aksi, aku expect more than this.
Walaupun begitu, pikir punya pikir, aku rasakan The Wolverine is better than the first one. Macam aku cakap tadilah, emosi Logan itu sebenarnya membenarkan penonton untuk memegang karakter itu bukan hanya sebagai penggerak cerita untuk hiburan tetapi mengajak penonton untuk turut sama memahami emosinya. Dan sebagai filem pertama dalam kisah Wolverine yang sedikit berat berbanding terdahulu, tidak salah kalau aku katakan The Wolverine lebih baik dari segalanya.
Pada aku, pembaikpulihan yang dilakukan dalam The Wolverine berjaya memuaskan peminat peminat. Ternyata The Wolverine adalah filem dalam francais X Men yang lain dari yang lain. Tidak ada aksi yang terlalu padat memberikan ruang untuk penonton memberikan perhatian kepada segenap sudut penceritaan yang diberikan. Adventure Japan kali ini mungkin antara francais X Men yang terbaik aku pernah saksikan.
Overall, X Men more to drama. Kalau expect banyak mutant muncul dalam ni pun, sila hentikan. Pengurangan mutan telah mengutamakan watak Wolverine. Itu menjadi. The Wolverine mungkin akan memberikan watak Logan satu ruang untuk dikembangkan tanpa mengikut tradisi. Jean Grey yang muncul memberikan kontinuiti yang baik dalam dunia X Men. Hint untuk filem X Men terbaru nampaknya berjaya memberikan perasaan berdebar!
3.5/5
YES!! Can't wait for the new X-men movie wehh! >.<
ReplyDelete