Movie Mistakes

Friday, April 26, 2013

Review: Sembunyi - Amukan Azazil

Kabir Bhatia gagal menyeramkan Sembunyi. Sudah lama bermain dengan gambar yang agak kelam dan tak tahu malam siang dari Nur Kasih lagi, ketakutan memang hampir tak ada dalam Sembunyi. Jadi, kalau tak boleh nak menakutkan orang, so apa jadahnya Sembunyi itu bergenre seram? Probably genre yang sepadan dengan Sembunyi ialah monster! Ya, monster. Mungkin Sembunyi fit untuk sebuah cerita monster yang memang selalu dipaparkan Hollywood. Filem monster / creature pertama Malaysia mungkin!

Dengan Sembunyi, Kabir Bhatia sebenarnya memang sedaya upaya membina monster yang ditakuti, Azazil dengan jaya. Apa yang aku boleh simpulkan, walaupun Azazil tidaklah sehebat Jeeper Creepers mahupun apa saja makhluk dari Hollywood, percubaannya berjaya. Kabir nampaknya bijak bermain dengan kamera dalam menyembunyikan kelemahan akibat dari kekurangan si pemakai kostum Azazil itu sendiri. Aku kagum dengan itu. Aku juga kagum dengan babak perang pada awal cerita. Walaupun sedikit, rasanya kalau Kabir Bhatia buat filem perang agaknya mesti gempak kan?!

Walaupun ini filem monster/creature yang tidak banyak menitipkan seram terjejut kejut, aku masih mengharapkan seram itu muncul bertubi tubi. Bertubi tubi macam mana? Hmm.. macam Histeria mungkin! Macam filem horror thai mungkin. Malangnya ianya hilang. Geram sampai aku sendiri kata ‘this is not filem seram man, ini monster!’ while watching the movie.

Penulisan cerita ini bermula dengan watak Diana Danielle, yang bergerak terlalu pantas. Aishah dihumban tanpa banyak tanya ke dalam satu dunia yang tidak diketahui settingnya, zamannya dan wilayahnya. Kata Ibu Yani, kampung itu Jepun tak pernah tahu. Pada aku, ayat ayat itu buat aku kata ‘Bodohnya Jepun nak invade Malaysia, diorang ada kapal terbang, takatlah tak nampak kampung tu!”. Aisyah ditanam dan dijadikan satu isu kepada kampung ini. Semua penonton percaya! Tapi, paling mengusutkan, bila watak Fizo Omar masuk dan menyerabutkan kepala penonton!

Kabir Bhatia sebenarnya menipu segala galanya dengan begitu sempurna. Pada mulanya, aku mula mahu menyatakan yang filem ni ada plot hole yang terlampau banyak. Bukan apa, sepanjang filem ini bergerak ke hadapan, persoalan demi persoalan menerjah dalam kepala. Aku hairan itu, aku hairan ini. Walaupun tidak menduga siapa ibu Yani sebenarnya, aku masih keliru dengan Azazil. Semuanya buat aku rasa 'filem ni sucks!' sebelum selesai tonton. Tapi, bila last last nak habis, aku tarik balik kata kata tadi. Filem ni ohsem!

Akhir filem ini, ada kejutan paling besar terjadi. Lantas aku rasa wow dan terpegun seketika. Kata kata plote hole banyak aku tarik. Mula rasa kagum. Bila Kabir Bhatia mula menggunakan formula The Others dan The Sixth Sense ke atas penutup filem ini, ianya menutup dan menjawab semua soalan yang aku nak komen maki hamun dalam review. Sempurnanya Sembunyi mengingatkan aku kepada karya bersiri di Astro suatu ketika dahulu. Tak silap, tajuknya Panggung kot. Drama horror/thriller 30 minit.

Negatifnya, kepelikan yang menjadi jadi dari aspek bahasa menyebabkan aku rasa kekok sebentar. Sekejap aku dengar macam orang Indonesia, sekejap pula macam bahasa klasik, dan sekejap macam bahasa sekarang. Tidak ada pelarasan yang sempurna menjadikan adakala dialog kaku, adakala dialog amatlah kedengaran sangat menyedihkan nadanya. Tidak ada kesempurnaan pada aspek itu. 

Penataan Kabir Bhatia pada sound juga amat teruk. Bunyi tikaman, dan bunyi tumbukan tak ubah seperti mendengar bunyi filem budak budak universiti yang baru nak belajar buat bunyi. Walaupun visualnya cantik, aksi aksi dan dialog kadangkala kelam kabut (terutama adegan akhir sebelum dedah siapa watak Remi Ishak sebenarnya). Malah, editing yang kadangkala terlalu cepat pergerakannya dari visual ke visual kadangkala mengelirukan aku. Aku tahu ianya dilakukan sebab mahu menutup ketidaksempurnaan, tapi it kills the mood. 

Bagi yang menonton pertama kali pasti sukar nak hadam siapa Hanum, dan siapa Azazil. Perlu perah otak sikit adakalanya. Dan anda perlu teliti setiap inci filem ini untuk dapat melihat penipuan licik pengarah ini yang menjadikan Sembunyi ada keistimewaannya yang tersendiri. Walaupun aku agak hairan kenapa Kabir Bhatia memuatkan adegan asmara Diana Danielle dan Remi Ishak dan kemudiannya dipotong (yang mana mengganggu bunyi), aku rasakan Sembunyi antara filem monster yang baik percubaannya! 

Jangan harapkan seram pada kejutan kejutan di babak babaknya. Harapkan kejutan pada plotnya yang membelok tanpa anda sedar! Filem ini unpredictable! 

4/5

1 comment:

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS