Cerita komplot di sebalik menjelangnya pilihan raya memilih datuk bandar baru New York. Rasa macam sesuai pulak dengan situasi di Malaysia sekarang walaupun filem ni jauh lah ceritanya daripada apa yang terjadi di negara kita. Almaklumlah, tengah demam pilihan raya sekarang. So, bila tonton Broken City, kalau tak relate dengan pilihanraya di negara kita tak sah. Namun, ingat tau, filem ni tak ada kaitan pun dengan apa apa insiden politik.
Dibarisi Russell Crowe yang memang conform actor berwibawa yang kita pernah kenal dengan lakonan hebatnya dalam Gladiator. Di samping itu, Mark Wahlberg juga antara pelakon yang memang hebat. Malah, filem politik yang menampilkan Chatherine Zeta-Jones ini juga nampaknya memberikan muka yang agak hebat dan gah sebagai tarikan filem. So, menjadi atau tidak filem ini?
Pada aku, walaupun ada nama nama besar, Broken City is just cerita biasa biasa. Tak ada harapan yang besar untuk filem sebegini. Filem drama arahan Allen Hughes yang mana sebelum ini pernah mengarah The Book of Eli lakonan Denzel Washington ini punya garapan yang agak slow. Ceritanya menarik dengan twist dan juga isu isu yang diutarakan, namun garapannya agak sederhana.
Broken City gagal menceritakan ‘broken city’ itu sendiri. Pada aku, plot Broken City tidak besar seperti yang diharapkan seperti tajuknya. Malah, apa yang aku nampak, filem ini tidak menceritakan sisi kota New York yang sudah 'hancur' disebabkan kegagalan Mayor Hostetler lakonan Russell Cowe. Sebaliknya, cerita ini lebih berfokus kepada watak Billy Taggart lakonan Mark Wahlberg.
Justeru, Broken City hanya jadi filem penyiasatan biasa dan tidak ada reality yang ingin disampaikan. Kehadiran watak Billy Taggart itu sendiri sudah menghilangkan isu yang mahu disampaikan apabila komplot demi komplot didedahkan. Walaupun ya, paparan watak Mayor Hostetler itu memang menunjukkan idea tajuk filem ini, malangnya, wataknya yang tidak meriah kurang memberi impak.
Walaubagaimanapun, Broken City tidak membosankan walaupun ada part part yang agaknya boleh buat orang menguap beberapa kali. Permainan antara watak lakonan Russell Crowe dan Chatherine Zeta-Jones digarap baik. Namun, watak Taggart lakonan Mark Wahlberg tidak diisi dengan baik apabila beberapa persoalan timbul dengan watak tersebut.
Plotnya yang predictable dan kadangkala dialognya yang agak slow (bagi aku, yang kurang gemar watak watak yang bercakap tak buka mulut ni) memang kadangkala buat aku mengantuk. Russell Crowe pada aku menjanjikan persembahan yang biasa biasa. Broken City memang sebuah filem jenayah yang agak sederhana. Namun, dalam ambang pilihan raya ni, rasanya menonton filem ni bolehlah buat korang rasa debaran PRU.
Broken City sudah ditayangkan di US pada Januari 2013. Di Malaysia, Broken City ditayangkan di pawagam mulai 18 Mac 2013.
3/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS