Movie Mistakes

Tuesday, November 13, 2012

Review: Pe3

Pe3 memang tak layak digelar filem tentang rompakan high profile! Memang semuanya dari kepala hingga ke kaki, tidak ada yang high profile. Semuanya masih di tahap filem filem MIG yang berada dalam tong sampah. Malang sungguh filem ini tidak mampu berada sebaris dengan V3, sebab filem ini tidak ada faktor x sedikit pun yang mampu menjanjikan kepuasan. Satu satunya kepuasan yang hadir adalah ‘penipuan’ yang terjadi di saat penonton menonton poster filem ini. 

Lagak Farid Kamil memang superb kat dalam poster! Lagak kat dalam poster je kaboom, kat dalam filem hampas. Malah, lakonan Farid Kamil cukup tenggelam. Lemas. Bukan sahaja lakonan Farid Kamil yang tenggelam, Farid Kamil dengan tidak segan silunya membawa Diana Amir dan Kamal Adli tenggelam sekali. Lemas. Mati! Sekaligus Pe3 tidak menjanjikan apa apa melaikan lakonan yang menghambarkan yang diselimut juga dengan jalan cerita yang hampas kelapa basi! 

Bukan aku nak katakan filem ini teruk dari idea! Filem rompakan sebegini sememangnya bukan filem biasa yang mampu dibikin orang kita. Seingat aku, dulu ada filem aksi komedi based on rompakan dibikin Afdlin dan juga Aziz M. Osman. Kesemuanya nampak bagus! Kenapa? Sebab ianya dibikin dengan hati! Bukan dengan niat lain. Pe3 memang cukup gempak kalau segala plot caca merbanya dibikin dengan cermat dan semua unsur yang menangkap jiwa penonton ada di dalamnya. 

Perhatikan Italian Job. Mungkin itu filem yang aku boleh bandingkan dengan filem ini walaupun ianya jauh beza. Tetapi, apa yang Italian Job dan filem rompakan Hollywood ada, adalah kisah sampingannya seperti persabahatan dan juga sejarah yang menguatkan final filem yang ber’twist’. Pe3 tidak menjanjikan twist yang sempurna. Malah, tidak terkejut dan terkeluar sedikit emosi pun saat Farid Kamil tahu Kamal Adli tu polis! Sepatutnya twist tersebut menguatkan penceritaan. Malangnya, dengan komedi yang diletakkan salah tempat, maka kejutan itu seperti tak ada bateri. 

Memang katanya filem ini mahu dibikin dengan komedi, jadi tak hairanlah kalau filem ini dipenuhi dengan komedi yang agak bagus pada awalnya. Tetapi, makin lama ke tengah filem, komedinya menjengkelkan. Malah, semakin lama semakin dilihat filem ini lari dari point asal (cerita rompakan) apabila romantika Fumi dan Darling dibawa ke tengah sebelum dimatikan tiba tiba tanpa berkonflik. Argh, aku mengharapkan konflik cinta Fumi dan Darling itu dibawa sehingga akhir filem. Baru tragisnya cinta mereka membikin penonton nangis. Malangnya, apa pun x boleh! 


Nak mengharapkan filem ini penuh dengan aksi rompakan? Ah, jangan haraplah. Apa yang ada hanyalah rompakan biasa dan juga kejar mengejar yang hanya menghabiskan minyak petrol kereta polis. Entah apa punya aksi kejar mengejar lah yang dibikin. Semuanya tidak ada impak langsung. Dalam bab aksi aksi ni, aku rasa, kalau Syamsul Yusof menonton Pe3, dia masih boleh berbangga sebab aku rasa dia adalah pembikin filem aksi paling gempak di Malaysia buat masa ni. 

Ceritanya tunggang langgang. Rompakan apa yang mereka buat? Apa yang menyebabkan polis mengkehendaki mereka? Semuanya tidak masuk akal. Segala galanya tidak berjaya digarap dengan baik. Malang sungguh sebab aku nampak dari satu sisi, idea filem ini jika dibikin dengan seni dan juga niat yang betul, semuanya akan jadi gempak. Elemen cinta antara polis dan penjenayah, persahabatan polis dan penyenayah boleh bikin konflik hebat! Malangnya tak dibikin dengan baik! 

Pe3 memang hampagas. Memang produk yang tak berkualiti. Entah semuanya serba tak kena. Plot yang tenggelam dalam kisah yang sat pi sana sat pi sini. Lakonan Kamal Adli yang hampagas, juga Farid Kamil sendiri dan juga Diana Amir yang teruk sebenarnya bukanlah disebabkan mereka sendiri. Semuanya adalah disebabkan pena yang menulis. Nak mengharapkan aksi, ah, baik tonton filem Syamsul Yusof. Kononnya menjaja tentang rompakan high-profile, filem ni memang low profile! 

2/5

No comments:

Post a Comment

halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS