Selepas 4 Madu yang mendatar dan Raya Tak Jadi yang mengulang formula Razak yang sama, pengarah ini kembali lagi dengan Ngorat. Aku sebenarnya agak tak mengharapkan sesuatu yang baru. Rasanya sesuatu yang segar pernah dibawa pengarah ini pun adalah masa filem Anak Mami pernah meletup dulu. Zaman 90 an yang ternyata membawa popularity pengarah ini naik melonjak. Ngorat! Hmm.. pada aku mungkin masih mengekalkan cara Razak yang lama. Tetapi, ianya suku dari itu saja kot! Selebihnya adalah kesegaran!
Ngorat sweet! Namun dalam masa yang sama, Razak cuba untuk bermain dengan idea pinjamannya yang mirip filem filem Hollywood. Tidak ada plot khas yang berselirat, Ngorat kreatif! Yup! Aku agak suka dengan idea yang kononnya menjadikan filem ini sebagai sebuah buku rujukan untuk para penonton untuk mengorat awek. Walaupun realitinya bukanlah sesenang yang dipaparkan untuk mengorat dalam dunia reality, isi yang diceritakan sampai.
Walaupun ceritanya kreatif, cerita ni masih lagi ada plot hole yang cukup besar! Siapa sebenarnya Arjuna Kasih tidak dijelaskan dengan sempurna. Jika Arjuna Kasih itu adalah Keyra, siapa sebenarnya pemilik wajah sebenar Arjuna Kasih? Jika Arjuna Kasih itu adalah perkara yang difikirkan Ijam saja, siapa sebenarnya Arjuna Kasih dalam dunia sebenar? Maksud aku, Ijam punya otak tu meniru watak siapa dalam dunia sebenar untuk dibawa ke dunia fantasi? Dia peminat Aaron Aziz ke sehingga Arjuna Kasih itu menyerupai pelakon tu? Arjuna Kasih tidak dijelaskan dengan sempurna!
Dengan karakter Arjuna Kasih yang dibawa oleh Aaron Aziz yang nampaknya lain dari karakter sebelumnya, Ngorat menguji Aaron Aziz sebagai pelakon serba boleh. Rasanya ini kali kedua Aaron melakonkan watak komedi dalam filem. Pertamanya dalam filem Datin Ghairah. Keduanya ini. Pada pandangan aku, Aaron tak ada pun sisi lawak. Malah, kalau masuk raja lawak pun fail. Tetapi, thanks to the brilliant script, lawak Aaron kadangkala mampu buat aku tersenyum.
Nak kata visual efek dalam filem ni hebat, tak kot! Masih cukup lemah! Padahal, Razak sudah membuat intro kredit yang cukup cute dan comel. Aku hairanlah bagaimana background tempat tempat Arjuna Kasih dan Iedil Putra berbual tu nampak low class sangat. Malah, masa Arjuna Kasih berpakaian ala ala Rom tersebut masih menunjukkan keterukannya. Nampak sangat frame tersebut tidak dipadankan dengan sempurna dengan skrin laptop Ijam! Fail!
Ngorat sebenarnya nampak fresh! Nampak disasarkan untuk golongan teen! Tetapi, apa yang menghilangkan keremajaan Ngorat adalah pelakonnya sendiri. Pemilihan pelakon yang ergh… dah biasa pandang dan tidak menggambarkan keremajaan filem ini cukup aku tak suka. Erra Fazira sebagai Keyra! Aku rasakan ada banyak lagi pelajar pelajar UiTM yang boleh digilap dan dinaikkan sebagai pelakon utama di samping Iedil Putra.
Lakonan Aaron Aziz tak perlu dipertikaikan. Lagipun, tiada babak babak yang menguji lakonannya dalam filem ini. Kehadirannya seolah olah dibaratkan sebagai jambatan untuk watak Ijam bergerak memberi hiburan kepada penonton. Tak lebih dari itu. Iedil Putra memang pelakon muda yang boleh digilap! Erra Fazira yang digandingkan sebagai pelakon utama cukup cukup tak sesuai! Maaf aku cakap. Gandingan dua zaman yang tidak sepadan dan membunuh beberapa persen keremajaan filem ini.
Apapun, keseluruhannya, Ngorat fresh! Abaikan pasal Ijam travel masuk dalam computer tu. Memang sebuah cerita komedi romantic yang agak cute! Walaupun adegan akhir filem ni nampak sangat keromantikan, aku still rasakan Erra Fazira tak patut ada di samping Iedil. Mungkin someone yang lebih muda dan baru di skrin boleh menemani Ijam. Ngorat masih ada aura filem Razak terdahulu. Seperti aku kata tadi, kegemilangan Anak Mami kini sudah kembali lagi dalam filem ini. Mungkin untuk watak Arjuna Kasih itu, sesuatu perlu dilakukan untuk menjelaskan apa dan siapa sebenarnya Arjuna Kasih. Ianya mengelirukan. Itu saja.
4/5
No comments:
Post a Comment
halo2.. anda dipersilakan komen... tapi... jgn memandai letak ANONYMOUS