Tak ada apa sangat yang nak dibanggakan dengan Piranha 3DD yang sudah mula menjengah pawagam 31 Mei 2012 yang lalu. Sekadar berlandaskan idea gred B yang bikin hati penonton berdebar debar dan juga buat tekak loya loya dengan adegan yang ngeri lagi kejam, Piranha 3DD memberikan penonton lelaki tegak batang, itupun bagi yang mampu. Kisah Piranha 3DD kali ini membawakan lebih boobs, lebih seksi dan lebih kekejaman dari filem pertamanya yang tidaklah berapa mendapat sambutan itu.
Agak berani jugaklah apabila filem ini memberikan penonton untuk berfikir sama ada untuk berpuas hati dengan seks campur ngeri yang filem ini berikan atau tidak. Percayalah, tak ada apa yang lebih hebat dalam filem ini selain adegan tunjuk tetek dan punggung yang penuh menghiasi filem ini. Entah bagaimana tayangan di pawagam Malaysia. Masih ada peluang untuk melihat punggung punggung seksi juga boobs yang tanpa segan silu didedah?
Selepas kejadian di Lake Victoria yang meragut nyawa, tasik itu kini terbiar. Namun, itu bukan ceritanya. Semestinya, ianya masih berkisar tentang prehistoric piranha yang sudah mengawal tasik tersebut. Kini, satu pusat taman tema akan dibuka. Kisah ini mengisahkan bagaimana ikan piranha ini mula berevolusi dan berhijrah dan memasuki paip air dan menyerang manusia sekali lagi, di taman tema tersebut.
Kisahnya simple. Ianya sebuah filem cuci mata yang agak baik. Sepertimana korang menonton filem gred B yang lebih mementingkan aksi dan juga hiburan berbanding seni filem itu sendiri, seperti itulah Piranha 3DD. Anda akan rasakan yang filem ini lebih kepada hiburan santapan Piranha. Bagaimana masa makan Piranha ini menjadi bahan santapan penonton. Ew, bertahanlah jika anda mampu untuk melihat kaum manusia dibaham spesis ikan ini.
Walaupun pada pandangan aku, filem ini tidaklah hebat mana, aku rasakan Piranha 3DD memang sebuah filem popcorn soft porno yang agak baik dan menghiburkan. Dibandingkan dengan filem Piranha 3D, plot Piranha 3DD agak baik berbanding filem terdahulu. Elemen komedi spoof yang kadangkala ditanamkan menjadi walaupun taklah sampai terbahak bahak ketawanya. Mirip filem Scary Movie, tetapi masih mengekalkan keganasan yang baik.
Dengan pergerakan yang sedikit lambat pada awal filem (tetapi sudah diselit aksi piranha makan orang sekali sekala), yang mana fokus filem ini hanya berada pada 30 minit akhir filem ini, filem ini masih menghiburkan. Selangseli dengan adegan bikini, bogel skali skala, cerita ini nampak tak jemu mata memandang bagi sesetengah orang. Sebenarnya memang payah untuk mengelak untuk tidak melihat adegan sebegitu dalam filem ini, kerana adegan tersebut ada di mana saja. Babak penting ke, babak tak penting ke, ada saja. Yang selesa mungkin boleh bertahan dengan filem dua dalam satu nih.
Tak ada yang mampu dikatakan tentang lakonan. Semuanya setakat mampu membawa plot saja. Tak ada yang dibanggakan. Takkanlah nak dikomen jenis jenis boobs yang kelihatan dalam filem ni kan? Itu bukan hal aku. Orang bagi kita tengok jelah. Lakonan yang sederhana boleh aku katakan keseluruhannya. Namun, kesederhanaan itu ditutup dengan adegan ngeri yang walaupun nampak biasa seperti filem gred B lain, tetap menarik.
Tetapi, dari satu sudut pemikiran, genre sebegini sebenarnya adalah satu nasihat yang halus dan menarik untuk dilihat. Dalam apa saja genre slasher sebegini, korang sebenarnya akan perasan yang setiap makhluk yang mengganas (dalam kes Piranha 3DD, adalah piranha) akan mencari mangsa yang berbuat jahat. Maknanya, buat jahat akan dibalas kejahatan jugalah. Contohnya, gadis yang doa mohon diampun dosa sebelum diorang have seks, dan ketamakan tauke taman tema. Lihat ending ending sadis watak ini. Dan kenapa taman tema itu diserang piranha, simple, sebab apa yang dilakukan di situ bukan benda baik.
Bagi yang mahu menonton di pawagam, apa yang aku berani jamin adalah filem ini punya persembahan 3D yang agak baik. Tak rugi jika korang tonton 3D sebab permainan visualnya memang kemas dan bijak. Kejutan demi kejutan diberikan. Tetapi ingatlah, filem ini menampilkan adegan tetek dan punggung yang banyak. Ianya memang hanya untuk tayangan 18 ke atas kerana kebanyakan adegan filem ini menampilkan banyak adegan bikini juga. Jadi, isteri isteri pastinya mencemburui jika si lelaki tidak membawa dirinya sekali.
trailer, poster, dan sinopsis:
Sebenarnya, filem ini tidaklah mendapat sambutan sangat di US sejak ditayangkan 1 May 2012 yang lalu. Banyak komen menyatakan filem ini biasa saja. Biasa pun, bagi orang Malaysia, filem ni memanglah bukan biasa kan? Terpulang pada anda untuk menilai filem ini dari apa sudut sekali pun. Apapun, filem ini kini sudah ditayangkan di Malaysia sejak 31 May 2012 yang lalu.
3/5
tak tgk lagi ni
ReplyDelete