Sempena meraikan album Teenage Dream: The Complete Confection, VEVO Channel di YouTube telah upload satu video yang mencampur adukkan semua video muzik lagu Katty Perry dan dikenali sebagai Tommie Sunshine's Megasize Smash-up Remix Video. Video ini menampilkan enam single dari California Gurls sehinggalah The One That Got Away dengan editing yang esklusif bersama dengan video yang belum pernah anda saksikan sebelum ini. Apa lagi, selamat menonton.
Movie Mistakes
▼
Saturday, March 31, 2012
Review: 7 Petala Cinta
Untuk berada sebaris dengan tragedi tragedi cinta filem agama negara seberang, aku rasa 7 Petala Cinta tidak lagi layak untuk itu. Garapan filem ini masih lagi tenggelam dalam idea komersial yang mengutamakan niat untuk menarik penonton untuk berhibur lebih dari menyampaikan mesej yang berkisar dalam dunia agama itu sendiri. Sebuah kisah cinta tiga segi, dengan pendam cinta mendalam dengan suntikan agama sebagai naluri motivasi watak untuk terus bergerak menghadapi hari harinya.
Namun begitu, sebagai sebuah filem David Teo yang tidak pernah putus putus memberikan ceritanya yang sudah meloyakan lagi memualkan (yelah, pelakon dan ceritanya selalunya hampir sama cuma mengalami tokok tambah sana sini saja), 7 Petala Cinta akhirnya memberikan satu kesegaran yang sempurna. Memang 7 Petala Cinta adalah filem yang memang lari dari semua cliche dunia MIG yang selama ini menghantui.
Dari sudut pengarahan pula, Azhari Zain yang sudah menjadi tukang reka cerita yang mengarut lagi mengarutkan sebenarnya bangkit bermaruah apabila dia bukan saja telah membuktikan dirinya serba boleh dalam menghasilkan filem karut (merujuk kepada Hantu Dalam Botol Kicap) sahaja. Apapun, tahniah untuk usaha membawakan sebuah coretan agama yang penuh dengan gaya sopannya, walaupun kadangkala janggal untuk dilihat.
movie mistakes:
Dengan percakapan sedikit baku serta suntikan ayat ayat ala ala ‘dalam hati ada taman’, jiwa rasanya boleh terusik dan kadangkala tersenyum. Kekuatan cinta kata juga luahan dialog mampu untuk membuatkan penonton untuk diulit dengan kata kata indahnya. Namun, aku rasakan ada juga satu dua tempat yang mana kata kata itu nampak seperti kaku dan lebih terarah kepada percakapan baku yang lagi membakukan.
Walaupun aku rasakan 7 Petala Cinta amat meyakinkan untuk memberi nafas baru kepada industri filem Malaysia, filem ini seperti mana aku cakap tadi tidak mampu untuk hadir memerangkap penonton dalam dunia pesantren. Terus terang aku cakap, subplot Naufal itu amatlah sia sia dan telah memberikan satu ruang untuk genre keagamaan terbocor dan hilang.
Malah, satu lagi perkara yang mengganggu adalah kehadiran Hamka yang terus terang telah menyesatkan lagi dan menimbulkan persoalan. Iyalah, mungkin kehadiran Hamka itu ditafsirkan sebagai takdir, namun bagaimana Hamka boleh terselamat rasanya harus ada hitam putihnya. Aku rasa apa yang terjadi kepada Hamka mengingatkan aku kepada drama bersiri Nur Kasih. Ianya mungkin terinspirasi dari situ, tetapi oklah. Inspirasi itu tidak menjadi masalah.
Cinta dipendam Hilma kepada Atar. Tetapi, dalam diam Atar pula menyintai si tunangnya Hamka, Nafisa. Kisah pendam cinta, juga takdir ujian tuhan ini nampak meyakinkan, cinta dalam filem ini memang cukup ringan tetapi mampu untuk membawa bibit bibit nafas Ayat Ayat Cinta. Lakonan Diana Amir meyakinkan dan cukup baik. Walaupun Aeril Zafrel dan Fizo Omar nampaknya tidak mampu memberikan lontaran yang baik untuk karakter agamanya, apapun ianya masih mampu diterima.
Yang aku perasan sekali, skoring musik untuk filem inilah yang aku nantikan. Dengan beberapa babak yang tiada skoring, ianya sekaligus memberi peluang untuk kata kata dihayati. Susunan muzik yang lain dari yang lain. Dan bukannya skoring yang malas seperti filem filem terdahulu.
Apapun, dengan hadirnya 7 Petala Cinta, akhirnya Azahari Zain berjaya menebus maruahnya semula selepas mengarut meraban dalam Hantu Dalam Botol Kicap yang entah pape. 7 Petala Cinta mungkin tiada isu yang berat. Sekadar menyajikan kehidupan impian fantasi dalam ruang lingkup agama, 7 Petala Cinta memang layak diberikan gelaran sebuah filem yang lain dari filem filem MIG yang lain.
3.5/5
3.5/5
Friday, March 30, 2012
Sneak Peek: Step Up Revolution
Filem ini mengisahkan bagaimana Emily (Kathryn McCormick), seorang anak kepada bisnesman yang kaya. Dirinya datang ke Miami untuk menjadi penari profesional. Tetapi, takdir membawanya jatuh cinta dengan Sean (ryan Guzman), seorang jejaka yang mengetuai krew tarian flash mobs. Krew ini, yang menamakan diri mereka MOB sedang bertungkus lumur untuk memenangi satu pertandingan. Malangnya, ayah Emely ingin memusnahkan kawasan kejiranan MOB dan memindahkannya. Emily kini bersama dengan Sean dan MOB bakal menukar tarian mereka menjadi satu protes. Seterusnya? Nantikan Step Up Revolution ini nanti.
Jom kita intai sekejap trailer filem ini yang sudah berlegar di youtube sejak beberapa hari yang lalu. Peminat Step Up pastinya sudah rasa bahangnya bukan?
Thursday, March 29, 2012
Sneak Peek: Battleship
Battleship diarahkan dan diterbitkan oleh Peter Berg (Hancock). Mengisahkan sebuah action-adventure yang gempak tentang bagaimana sekumpulan makhluk asing yang datang ke bumi. Berdasarkan permainan kombat classic Hasbro, filem ini dibintangi Taylor KItsch sebagai Lt. Alex Hopper, seorang pegawai Naval yang ditugaskan di kapal USS John Paul Jones, Brooklyn Decker, juga penampilan Rihanna. Untuk impak pertama sebelum anda ke pawagam, jom tonton trailer di bawah.
Dalam featurette terbaru di Youtube, didedahkan bahawa makhluk asing ini datang dari planet Goldilocks, sebuah planet yang mirip Bumi, tetapi terlalu dekat dengan mataharinya. Satu panggilan frekuensi mencari kewujudan makhluk asing di angkasa lepas menyebabkan makhluk Goldilocks ini datang ke bumi untuk membuat kajian. Jom tonton feturette ini di bawah.
Battleship akan berada di pawagam 12 April 2012. Pastinya akan ditunggu tunggu bagi yang mahukan aksi luar biasa.
Tuesday, March 27, 2012
GEMPAR: Itsmefail, Blog Klon Goofspotonfilm!
Sekitar 12.30 tengahari 27 Mac 2012, aku macam biasa, jika berkelapangan akan melihat sama ada entry aku sudah mula menjadi bahan copy paste blog blog lain. Benda ini bukanlah benda yang besar, malah aku rasakan benda ini tak jadi masalah jika adanya backlink yang menjadi satu penghargaan buat karya asal. Selalunya, dalam berbanyak blog milik aku, blog Goofspot memang selalu menjadi mangsa (bukan selalulah, memang inilah satu satunya blog yang fofuler lah katakan). Goofspot ni ibaratnya bahan gadaian adminlah untuk membuka mata pembaca tentang penulisan movie mistakes nih. Tidak hairanlah bahan bahannya menjadi copy paste orang lain kerana ianya bukan satu kerja yang orang lain sanggup buat.
Namun, terkejut sangat sangat apabila admin terserempak dengan satu blog pendua, yang meniru dan mengambil habis semua entry admin dari blog Goofspot. Admin tak sangka pula ada yang sanggup membina laman web khas untuk Goofspot dan mengambil keuntungan untuk dirinya sendiri. Namun, setelah diperhatikan, dengan adanya kredit untuk laman web asal, admin maafkanlah. Sekurang kurangnya, apa yang aku sampaikan dalam Goofspot sampai ke pihak pihak yang belum lagi berkesampaian untuk membaca Goofspot.
screenshot Itsmefail...
Aku rasa admin Itsmesaiful yang menubuhkan Itsmefail nih memang seorang yang pemalu. Tau kenapa aku cakap macam tu, aku komen kat wall facebook dia tak pernah pun dia nak reply. Beberapa hari lepas adala aku tegur dia sebab dia tidak letak backlink untuk entry Movie mistakes Azura dan Final Destination 5. Mungkin geram sebab aku komen hampir setiap post di fanpage dia yang menyebabkan menubuhkan Itsmefail nih. Yela kot.. he
Maka selepas aku dapat tau tuannya adalah Itsmesaiful, terus aku g je kat fanpage dia dan tulis ayat ala ala terkejut. Yela, terkejut la sampai satu blog ko ambik. Ha3.
~haha~
Apapun, kalau nk buat blog khas macam ni, lain kali tanya la pendapat tuan punya. Kita orang melayu, buat biar berbudi bahasa sikit ok. Barulah aku tak terkejut bila wujud klon website ni. Aduhai. Apapun, aku tak kata apa yang dia buat salah ok. Selagi ada backlink dan kredit, aku rasa ianya tak ada masalah. Niat aku tubuhkan Goofspot itupun untuk buka pintu utk orang kita celik pasal movie mistakes.
Bila perkara ini terjadi, makanya itu tandanya....
~ Ain Fatihah - http://srikandiputri.blogspot.com/ ~
p/s: aku sentiasa cek dan tahu, blog mana yang copy paste. bagaimana caranya, itu biarlah rahsia...
Sunday, March 25, 2012
Video Awal Ashaari Melamar Scha Al-yahya Secara Live Dalam Rancangan Propaganza
Memang aku sendiri sebenarnya tertonton perkara ini secara tak sengaja. Romantik kan? Bagi yang tak sempat menonton tengahari tadi, ini dia, video Awal Ashaari Melamar Scha Al-Yahya secara LIVE di rancangan Propaganza terbitan Astro Ria. Ini betul betul tau, bukan main main.
Romantik kan?
~ sweet ~
Friday, March 23, 2012
Review: Cinta Kura Kura
Pertama, aku rasa cinta Kura Kura memang sebuah filem yang luar biasa hebatnya dari satu sudut; penggunaan warna hijau merah. Itu adalah satu idea yang agak menarik dan cukup bergaya. Itu perkara menarik yang cukup buat aku tertarik untuk menonton filem ini. Ditambah lagi dengan pelakon kacak dan lagilah heroinnya yang jelita dengan tambahan rempah istimewa Zizan dan Usop Welcha, aku rasa Cinta Kura Kura enak untuk ditatap.
Malangnya, selepas aku menonton filem ini, aku meyimpulkan bahawa ianya biasa biasa saja. Tak ada yang lebih baik untuk diperkatakan selain penggunaan CGI yang pertama kali membina paras rupa seekor kura kura dalam dunia realiti dan juga pengunaan warna yang cukup cantik. Namun, aku rasa keindahan visual nampaknya satu saja faktor. Ianya tak mampu untuk menungkat mata aku dan menjahit mulut aku dari berkata ‘biasa saja filem ni’.
Nizam Zakaria nampaknya memberikan cubaan yang terbaik untuk membawa kita sebuah kisah cinta tiga segi luar biasa. Yalah, bagaimana si Nani yang jatuh cinta kepada Adam namun dihalang oleh Nico yang jeles dengan sikap tuannya. Di subplot, terselit pula kisah haiwan peliharaan yang ingin diseludup yang rasanya entahlah, tak ngamlah pada pandangan aku.
Permulaan filem ini, yang bermula dengan suara Usop Wilcha bercerita nampak bebeno menariknya. Namun, bila sampai ke tengah pun aku hanya melihat sebuah kisah cinta simple yang hanya terselit seekor kura kura di tengahnya, aku tanya pada diri aku ‘ini je ke dengan seekor kura kura ni yang mampu diceritakan?”
Filem bergerak ke tengah dan tetiba saja watak Fizz Fairuz menjelma dan bercinta pulak (walaupun ada niat jahat) dengan si Nani. Apekah? I mean, cerita itu tidak ada masalah. Tetapi, masalahnya masalah ini rasanya nampak tak jelas dan tidaklah pula menunjukkan sisi Fizz Fairuz yang kononnya jahat tu. Masalah hadir lagi apabila adegan akhir filem ini walaupun kita tahu, kos nk jana CGI haiwan tu amatlah susah dan tinggi, kita buat jugak. Akibatnya, adegan akhir nampak hambar dan sekadar memberitahu dan bukannya memberi nafsu cerita.
Sekadar hanya menanti masa yang sesuai untuk berkata Adam sayang Nani lebih dari serang sahabat, persembahan Aeril Zafrel nampaknya baik walaupun tidaklah menyerlah sangat. Tiz pun nampak biasa saja. Lakonan tak ada yang menariklah. Pada aku, biasa saja. Bob pulak aku rasakan nampak macam tak wujud je dalam filem ni. Entah wataknya nampak tenggelam sangat sangat.
Maaflah. Dari sudut positifnya, aku yakin keterujaan untuk membina kura kura itu adalah sesuatu perkara yang positif. Dalam skop kepakaran yang masih di tahap permulaan ini, pemilihan kura kura sebagai haiwan bercakap amatlah sesuai. Bayangkan kalau kucing, mau bertahun tahun nak buat sehelai bulu dia saja pun. Apapun, walaupun CGI kura kuranya nampak lah keras dan kaku sekali sekala, percubaan ini bolehlah dibanggakan.
Malah, dengan lagu lagu ciptaan Edry yang memang menarik, itu juga antara faktor yang cukup baik untuk menonton filem ini.
Apapun, Cinta Kura Kura memang sebuah romantik komedi fantasi yang menjadi pada persembahan visual dan juga boleh lah dikatakan menjadi juga pada janaan CGI kura kuranya. Namun, pendapat aku masih mengatakan ceritanya hanyalah sebuah drama cinta biasa. Walaupun begitu, aku rasakan Cinta Kura Kura memang sebuah percubaan yang baik dari KRU dan Nizam Zakaria. Apapun, tak semestinya satu percubaan itu berakhir dengan sempurna dan Cinta Kura Kura adalah satu daripadanya.
Apapun, Cinta Kura Kura memang sebuah romantik komedi fantasi yang menjadi pada persembahan visual dan juga boleh lah dikatakan menjadi juga pada janaan CGI kura kuranya. Namun, pendapat aku masih mengatakan ceritanya hanyalah sebuah drama cinta biasa. Walaupun begitu, aku rasakan Cinta Kura Kura memang sebuah percubaan yang baik dari KRU dan Nizam Zakaria. Apapun, tak semestinya satu percubaan itu berakhir dengan sempurna dan Cinta Kura Kura adalah satu daripadanya.
2.5/5
Sunday, March 18, 2012
Selepas Hafalan Salat Delisa, Bidadari Syurga Bakal Difilemkan
Selepas Hafalan Shalat Delisa berjaya menambat hati para penonton Indonesia dan juga Malaysia (melalui tayangan di AstroFirst), dikhabarkan sebuah lagi novel karya penulis yang sama bakal difilemkan. Untuk pengetahuan, Hafalan Shalat Delisa adalah sebuah novel karangan Tere Liye yang popular. Di fanpage Hafalan Shalat Delisa, adminnya sudah mengumumkan novel Tere Liye yang bertajuk Bidadari Bidadari Syurga bakal menjadi sebuah filem.
Masih belum memulakan penggambaran, filem ini dalam proses perancangan (pre production) dan dijangka akan menemui penonton sekitar awal 2013. Untuk maklumat lanjut, korang boleh LIKE fanpage Bidadari Bidadari Syurga di sini. Bagi yang sudah menonton Hafalan Shalat Delisa, jom baca review filem ini di (sini) dan juga imbas kesilapan kontinuiti dalam filem tersebut di (sini).
p/s: aku ada buku ni, tapi belum berkesempatan untuk membaca...
Saturday, March 17, 2012
Vektor 58: Drama Bersiri Ala 'Transformers' Malaysia
Mantera bakal menguji sejauh mana cereka CGI diterima dalam industri filem di Malaysia. Di skrin tv, drama bersiri 13 episod bertajuk Vektor 58 bakal memberikan nafas baru apabila ianya menggunakan robot sebagai karakter utama. Belum diketahui bakal disiarkan di tv mana, Vektor 58 adalah arahan dan terbitan syarikat Chain-FX Sdn Bhd. Ingin ketahui kehebatannya, saksikan trailer drama bersiri ini di bawah.
PROFIL
TELEFILEM: Vektor 58 [13 episod]
SYARIKAT PRODUKSI: Chain-FX Sdn Bhd
PENERBIT: Muhammad Faiz Abu Bakar
PENERBIT EKSEKUTIF: Muhammad Fasya Daud
PENGARAH KREATIF / PENGARAH: Rosfaizal Ariffin
PRODUSER VFX: Nelli Nelissa Zalizam
PENGARAH VFX: Anuarul Zaid Suhut
PRODUSER PEMASARAN: Nur Liyana Zulkifli
PENGARAH FOTOGRAFI: Helmizan Abd Hamid
PENOLONG PENGARAH: Muhamad Ridzuan Jainan @Zainal
PENOLONG PENGARAH VFX: Ma Chiau Ran
PENGURUS PRODUKSI: Che’ Mat Ismail
PENOLONG PENGURUS PRODUKSI: Sam Anuar Zainal Abidin
KONTI: Fauziah Muhamad
PROPMASTER: Ahmad Bazli Abdul Manap
PEMBIKINAN BELAKANG TABIR: Mohd Hafidz Rakiman/Mohd Shahrul Abd Wahab
RUNNER : Helmi Lim Sani Lim
PEMBANTU PRODUKSI: Mohd Amirul Khair Md Kamari/ Saiful Izuan Asni
SOLEKAN: Shahrul Nizam Mustafa
WARDROBE/KOSTUM: Mohd Rosly Mohd Sidek (Rose Suci)
WAKTU SIARAN: 2012
PELAKON: Ku Mohd Amirul, Ain Satar, Nur Iylia Insyirah, Nor Intan Bhaizura, Fazlina Datuk Ahmad Daud, Jefri Jefrizal, Mohd Kamarulzaman (Ce’ Kem), Norman Hakim, Nasha Aziz, Elyana, Datuk Aziz Singah, Ogy Datuk Ahmad Daud, Pushpa Narayan, Alan Yun, Isma Yusof, Kaza, Melly Amalin, Asyeila, Syafiq Sukar, Farah Saipuddin, Affan Saipuddin
Berikut adalah karakter2 dalam drama bersiri Vektor 58 yang diambil dari blog rasmi drama bersiri ini. Nampak robotnya mirip filem Transformers. Walaupun begitu, aku rasa CGInya terbaiklah sebagai sebuah drama tempatan yang mula mula memberikan cerita sebegini.
Vektor 58 dikhabarkan mengambil masa 10 bulan dan mengisahkan satu pertandingan antara robot yang datang dari dunia luar.Aku sebenarnya teruja menantikan drama bersiri ini. Berharap ianya adalah satu nafas baru yang berjaya dalam arena pembikinan filem dan drama bersiri kita. Syabas!
Untuk maklumat lanjut, sila layari blog Vektor 58 (info2 dalam post ini diolah berdasarkan info dari blog rasmi).
Friday, March 16, 2012
MTV - Number One For Me oleh Maher Zain
Video klip terbaru penyanyi dakwah terkenal Maher Zain bertajuk Number One For Me. Diupload di youtube pada Mac 15 2012, video musik ini adalah single terbaru daripada album terbarunya bertajuk Forgive Me yang dijangka akan berada di pasaran pada 2 April 2012. Video ini diarahkan oleh Mike Harris. Nantikan albumnya di pasaran nanti ya!
Wednesday, March 14, 2012
Review: John Carter
Andrew Stanton, pengarah filem award winning dari produksi Disney seperti Finding Nemo dan Wall E nampaknya diberi peluang untuk mengarahkan sebuah adaptasi karya Edgar Rice Burrough yang ditulis pada awal 1900-an. Aku antara orang yang berpeluang untuk tidak membaca karya yang dikatakan menjadi foundation untuk segala permulaan pengembaraan angkasa lepas. John Carter pada pandangan aku, hanyalah biasa biasa saja.
Aku nampak penterjemahan marikh itu, yang mana dikenali sebagai Barsoom rasanya tidak mampu untuk dipersembahkan dengan jayanya. Aku nampak dunia Barsoom hanyalah sebuah dunia fantasi yang tak wujud. Aku nampak Barsoom bukanlah Marikh, dan Marikh bukanlah Barsoom. Malah, dengan beberapa keadaan permukaan Barsoom yang tak ubah seperti di Bumi, settingnya pada aku gagal menarik minat aku untuk memahami dunia Barsoom.
Sekaligus, hal ini membantu kegagalan aku untuk membawa kisah ini lebih dekat dengan penontonan. John Carter, walaupun sebuah filem yang rasanya dipenuhi dengan aksi aksi biasa seperti filem filem Disney lain gagal memberi keterujaan yang amat. Ya, keterujaan itu ada tetapi sepatutnya sebagai sebuah filem cereka, aku rasakan keterujaan bagi setiap babak rasanya patut diisi lebih dan lebih lagi untuk menampung penceritaan yang besar.
Malang bagi cerita ini yang nampak gah pada CGI tetapi tidak berapa kena pada gubahan skor. Entah kenapa aku rasakan gubahan Michael Giachino nampaknya tidak sebati dalam mengisi kotak kotak untuknya dalam filem ini. Giachino tidak mampu untuk membawa skor seindah Mission Impossible 4.
Sebenarnya, aku rasakan tulisan filem ini juga nampaknya tersepit dengan ideanya yang boleh dijangka. Sebuah kisah yang senang difahami dan juga dengan babak babak yang boleh kita bandingkan dengan filem filem Disney terdahulu. Dalam erti kata lain, John Carter boleh aku katakan seperti campuran Star Wars (lihat pada visualnya), Gladiator dan juga Tron (jika anda lihat CGI nya). Malah, jalan ceritanya juga nampak terlalu mudah sebagai sebuah filem yang mahal.
Walaubagaimanapun, aku rasa, John Carter tidaklah mengecewakan. Sebagai sebuah filem Disney, sememangnya John Carter tidak dapat lari daripada mengisi jenaka jenaka yang membolehkan penonton bergembira. Beberapa lakonan jenaka nampaknya digarap cantik sekaligus membuatkan aku menyatakan sekurang kurangnya ada juga sudut yang boleh membuat aku tersenyum dalam filem ini.
Lakonan Taylor Kitsch nampaknya tidak mampu menonjol dengan baik. Aku rasakan dirinya terlalu kabur dengan babak aksi yang nampak ringkas dan tidak mencabar. Aku rasakan yang menonjol adalah watak lakonan Daryl Sabara (yang dulu popular dengan filem Spy Kids, filem arahan Robert Rodriguez) yang walaupun sedikit, rasanya lebih nampak dari watak Taylor Kitsch. Malah, Lynn Collins sebagai Dejah Thoris juga nampak biasa saja dan kurang menyerlah. Lakonan nampaknya meyakinkan, tetapi tidak menyerlah.
Kepuasan utama menonton John Carter pastinya CGInya yang memang terbaik dari ladang. John Carter menerima sentuhan CGI yang menarik dan hebat untuk disaksikan. Itu memang sesuatu perkara yang boleh dibanggakan dalam filem ini.
John Carter adalah siri pertama filem tentang Barsoom ini. Filem ini sebenarnya bakal disambung lagi untuk dijadikan trilogy. Apapun, aku rasakan Taylor Kitsch perlu melakukan sesuatu untuk jadikan John Carter lebih baik. Dan, dengan sedikit upgrade dalam aksi yang kadangkala terlalu simple dan mudah, mungkin John Carter seterusnya boleh berdiri sebagai sequel yang lebih baik.
Apapun, bagi yang mahu hiburan dan tidak berat dengan aksi, advntura yang simple, dan komedi yang sederhana dengan CGI yang hi-tech, John Carter aku cadangkan.
Berpeluang menonton filem ini di Jitra Mall Cineplex, 14 Mac 2012, jam 3.40 petang di Hall 2. Pada pandangan aku, filem ini boleh tahan sajalah. Tidak memberi keterujaan yang amat, tetapi tidaklah juga membosankan. Sekadar mampu memberi hiburan sederhana dan bukan hiburan hebat.
3/5
Tuesday, March 13, 2012
Review: Adnan Sempit 2
Bersyukur kerana Adnan Sempit 2 tidak termengah mengah lagi dalam penyampaiannya. AKu rasa, tangan Ismail Bob Hashim yang menggoncang filem ini nampaknya membentuk kesegaran kepada filem kedua sirinya ini. Tahniah untuk pengarah kerana gayanya lebih kemas dan teliti sekaligus melayakkan digelar sekuel filem hit. Aku dapat rasakan energy filem ini. Momentum Adnan, Nadia, Wawa dan Boby nampaknya dibesarkan dengan pembentukan yang sempurna, memudahkan air mengalir tenang tanpa meruntuhkan tanah.
Lakonan Shaheizy Sam rasanya bukanlah sesuatu yang aku nampak berubah di sini. Apa yang ketara sangat aku nampak dalam filem ini adalah peningkatan terhadap lakonan Yana Samsudin yang nampak lebih menyerlah dari biasa. Pengalaman telah memberikannya peningkatan yang sekaligus menyerlahkan lakonannya sebagai Wawa. Semasa dulu menonton first movie, Wawa itu hanyalah siapa siapa. Kini tak lagi.
Adnan Sempit 2 di tangan Ismail Bob Hasyim memang nampak berbeza dengan pengarah Ahmad Idham. Diamati dengan lebih teliti, aku rasakan gaya Bob Hashim memberi nafas untuk filem ini nampak lebih tenang dan memberi peluang untuk penonton menyerap lawak jenaka dengan senang dan mudah. Terasa semua karakter yang nampak annoying dalam filem pertama diberikan peluang untuk satu refreshment.
Walaupun Intan Ladyana nampak lebih gedik dan manja berbanding filem pertama, aku rasakan gayanya tidak ada apa apa masalah. Gandingannya dengan Shaheizy Sam nampak lebih umph dan lebih jelas. Iyalah, inikan filem kedua, jadi lebih banyak peluang untuk pengembangan watak. Watak Nadia ini juga tidak terlepas untuk mengalami evolusi yang mana telah menyebabkannya menjadi sedikit gedik.
Kali ini, memang menarik apabila Ismat sudah dibesarkan wataknya. Ianya juga adalah satu perkara yang baik dan bijak. Itu adalah antara peningkatan ketara yang dapat disaksikan dalam filem ini. Pergaduhannya kadangkala dengan Bobby nampak ada chemistry dan memang gandingan yang cukup mantap.
Adegan yang dicanang canang pasal stuntwomen tu bukanlah benda yang menarik sangat. Ya, mungkin sekadar satu persembahan cameo yang membuktikan perempuan pun mampu lakukan apa yang lelaki mampu buat. Apapun, menarik lah jugak untuk disaksikan walaupun tak ada apa apa kaitan pun dengan cerita ini. Adegan yang best dan tak dijangka adalah adegan Adnan potong tangan Bobby. Itu awesome!
Yang rasanya lemah dan mengganggu dalam filem ini adalah watak cousin Nadia yang nampaknya tak berapa nak umph la. Lawaknya pun tak mampu disokong pelakon pelakon yang berbakat. Hanya bertindak sebagai satu penggerak cerita, bolehlah tahan lakonannya. Komedinya, malang sungguh tak menjadi bagi aku. Geli aku tgk!
Yang rasanya lemah dan mengganggu dalam filem ini adalah watak cousin Nadia yang nampaknya tak berapa nak umph la. Lawaknya pun tak mampu disokong pelakon pelakon yang berbakat. Hanya bertindak sebagai satu penggerak cerita, bolehlah tahan lakonannya. Komedinya, malang sungguh tak menjadi bagi aku. Geli aku tgk!
Tabik kepada dialog dialog kelakar yang memang terbaik. Sudah lama aku tidak menonton sebuah filem MIG yang mampu untuk buat aku tertawa. Selepas minda aku memberikan interpretasi tak baik terhadap cerita cerita korang, aku akhirnya menyatakan Adnan Sempit memang memisahkan filem ini dari filem filem yang cliche korang pernah wat. Aku rasakan komedi Adnan Sempit kelainannya menarik untuk ditonton dan didengari.
Dengan gaya yang lebih tenang, aku yakin Adnan Sempit sebenarnya adalah revenge David Teo terhadap kejatuhan filem filem kompaninya yang makin menjadi jadi. Ini memang satu kebangkitan yang biasa. Tetapi jika kita hanya melihat filem ini dalam satu raga yang dipenuhi filem filem MIG sekitar 2011 hingga awal 2012, adnan sempit adalah antara yang bercahaya dan senang dilihat dalam timbunan itu.
4/5
Friday, March 9, 2012
Review: Chantek
Chantek hanya kutip 0.10 juta? Memang terkejut jugaklah apabila aku dapat tahu perkara ini di laman web Finas. Memang kutipan ini tak dijangka. Siapa pun tidak mahu filemnya berada tercorot sebegini. Malah, 2 alam juga Abuya juga harus berbangga ada juga filem pada tahun 2011-2012 yang lebih tercorot dari mereka. Kenapa jadi begini? Apesal yang membuatkan Chantek karya Pierre Andre ini tidak mampu untuk dinilai penonton di panggung.
Berkesempatan menikmati Chantek dan aku rasakan ianya filem yang bukanlah teruk sangat. Rasanya Chantek lebih mengingatkan aku kepada cermin 9 September yang diarahkan oleh penulis yang sama. Chantek nampak seperti sebuah romantika yang mengejutkan. Dilema Chantek yang terpaksa menyamar nampaknya seperti karma apabila penyamarannya dibalas dengan satu kejahatan yang tidak dijangka.
Rasanya, beberapa perkara yang nampak menggugurkan Chantek dari meraih sekurang kurangnya hampir 1 juta mungkin dapat dilihat pada promosinya. Ya, aku ada pernah baca dar satu blog / website yang mengatakan posternya nampak cantik untuk pembalut hadiah. Ya, benar. Poster Chantek mungkin tersiratnya mungkin mahu menyembunyikan kejutan dalam filem ini, iaitu penipuan. Malangnya, penilaian itu tidak sampai apabila penonton tidak dapat mengungkap isi Chantek dengan poster yang lebih bermain dengan warna dan ukiran itu.
Memang sukar untuk membawa poster yang tersirat seperti itu untuk dipromosi. Percubaan ini jelas gagal membuktikan poster yang cantik tak mampu mempromosi Chantek. Ternyata, wajah pelakon lebih selesa diletakkan secara jelas atas poster untuk tarik penonton.
Dari segi cerita, pada pendapat aku, Chantek bermula dengan sebuah perjalan cerita yang cukup baik. Namun, di sesetengah tempat, contohnya seperti adegan Cantek (yang menyamar sebagai lelaki) berbincang dengan Ady yang buta di tepi pantai. Adegan itu mampu buat orang menguap tau! Kenapa? Adegannya terlalulah panjang sehinggakan mak aku yang tumpang menonton pun menyatakan perkara yang sama.
Satu lagi aspek yang menggagalkan Chantek adalah pembinaan adegan itu sendiri. Aku rasakan, entah kenapa filem ini seperti tergesa gesa untuk pantas menghabiskan penceritaannya. Tengokla, bagaimana hubungan Chantek dan Ady yang terbina entah atas apa paksi yang tak kukuh. Tengoklah, baru saja sekali Chantek berbual dengan Ady, Chantek dah terhutang budi. Kenapa cepat sangat? Malah, tiba tiba saja apabila kejutan diberikan, konflik (adegan Chantek terkejut mendapat tahu kebenaran si Ady) nampaknya habis begitu saja. Come on, drama please!
Dihabiskan dengan lagu Madu dan Racun yang dinyayikan oleh Pierre sebagai pengubat hati Chantek yang berduka, endingnya juga nampak simple dan mudah diduga. Entah kenapa semua ini nampak simple sangat for a film like this. Namun, walaupun terlalulah simple penamatnya, aku rasakan filem ini cantiklah romantika di fasa keduanya. Gud job!
Overall, aku rasa ceritanya yang terlalu biasa dan senang dijangka, dicampur dengan poster yang seperti pembalut hadiah, dengan overdose babak yang terlalu panjang dan berjela jela dialognya menjadi punca kejatuhan filem ini. Malang sungguh romantika filem ini tak seindah Cinta dan Sepi(Kabir Bhatia) setingi tungginya mahupun 9 September, sekurang kurangnya. Peribadinya, aku rasa Chantek bijak dalam garapan twistnya. Itu saja.
2.5/5
Thursday, March 8, 2012
Review: Bunohan
Bagi yang mahukan aksi yang terlalu hebat, tak usahlah anda menonton Bunohan. Ternyata, bagi anda yang mahukan aksi, filem ini bakal mengecewakan anda. Percayalah. Bunohan memang sebuah drama berat yang begitu hebat pada garapannya sehinggakan mata kadangkala sukar menangkap apa yang cuba diceritakan. Jika anda mengharapkan filem ini berlalu senang begitu rupa seperti filem santai yang mengutip juta juta, anda juga bakal tersasar jauh.
Mudahnya, aku umpamakan Bunohan seperti sebuah versi upgrade filem Budak Kelantan dan juga sebuah lagi visi filem Susuk. Dua filem ini hadir dalam minda aku semasa berfikir sejenak sama ada mahu mengatakan filem ini nahunya seperti apa. Sukar untuk membandingkan filem ini dengan filem Malaysia yang lain. Iyalah, jikalau ianya senang saja dibandingkan, buat apa ianya menjadi sebutan dunia sebelum penonton Malaysia diberikan naskah untuk dibaca. Tak begitu?
Dan kisah ini bukanlah sebuah kisah aksi tomoy sepenuhnya. Filem ini sebenarnya lebih sifatnya kepada drama berat tentang adik beradik dan juga pertalian saudara. Kisah yang gambarannya sedikit gelap dan memang hanya membuatkan penonton diam daripada bergelak ketawa, menangis ataupun terkejut. Bunohan ternyata berbeza dari sifatnya.
Faizal Hussein membuktikan usia bukan bahan yang melemahkan dirinya untuk memegang watak yang cukup hebat. Ternyata, watak Ilham dalam filem ini dijayakan dengan cukup baik oleh pelakon tersebut. Aku suka bagaimana gayanya yang bermain dengan taji yang digunakan untuk membunuh. Bagaimana permainan dirinya yang lebih banyak berdiam diri dari berkata kata. Itu aku suka.
Zahril Adzim akhirnya menunjukkan dirinya yang lain. Walaupun aku rasakan lakonannya biasa biasa saja, tetapi entah kenapa lakonanya sebagai Adil nampak sebati. Bakar memang sebuah kejutan yang memang cukup menggemparkan. Bagaimana pergerakan karakter ini memberikan misteri yang cukup luar biasa dalam filem ini meyakinkan.
Bunohan adalah sebuah tempat yang wujud. Cerita Bunohan berkisar tentang Aidil, Bakar dan Ilham yang mana hidup dalam kehidupan yang berbeza. Mereka punya arah tuju yang berlainan. Sepanjang filem ini, kisah berlegar tentang bagaimana kehadiran Aidil yang lari dari gelanggang, kisah Ilham yang mahu membunuh Aidil dan Bakar yang cuba merebut tanah 30 ekar milik bapanya. Semuanya ada sejarah mereka yang hitam. Dan ini kisah mengenai mereka.
Apapun ceritanya, fokus utama yang mampu memberikan kekuatan yang amat amat ialah paparan visualnya yang cukup hebat. Aku menyukai bagaimana filem ini bermain dengan unsur alam dan merekodnya dalam slow motion yang menakjubkan. Pergerakan kamera nampak kemas dan teratur. Tidak percaya sehinggakan paya yang begitu indah ada di Malaysia. Seolah olah menyaksikan sebuah filem Wrong Turn daripada pandangan setnya.
CGI pula nampak digunakan dengan sederhana. Walaupun aku rasakan adegan bangau yang banyak berada di dalam paya itu nampak melebih lebih (jika anda perasan, bangau tersebut ada yang tak bergerak), aku rasa yang lain ok saja. Terbaik dalam penggunaannya. Terutama dalam menambah kengerian si pembunuh, Ilham semasa dia mengelar setiap leher mangsanya.
Disebalik cerita ini, aku rasakan cerita ini mahu berkata tentang rasuah, juga cerita tentang pembangunan yang memporakporandakan tali persaudaraan. Berkesempatan menonton filem ini di Hall1, Jitra Mall Cinema jam 2.25 petang pada 9 Mac 2012, hari pertama tayangan.
Bunohan sebuah drama berat. Jika anda mahu mencari aksi, aku tidak mencadangkan untuk menonton filem ini. Filem ini punya dialog yang very rendah tone nya. Boleh buat pak cik mak cik tertido. Tetapi, bagi yang mahu mencari visual yang setanding Hollywood, nah ini sesuai untuk anda. Mulut anda pasti akan terlopong menyaksikan visual yang cukup menakjubkan dari filem Malaysia ini. Selamat datang ke Bunohan!
4/5
4/5
Sneak Peek: Hoore! Hoore!
Astro Shaw Sdn Bhd dan Real Film Sdn Bhd buat pertama kali bekerjasama bagi menghasilkan sebuah filem muzikal Hoore! Hoore! Filem ini dibuat khas bagi memperingati pemergian 20 tahun Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad. Kesemua lagu-lagu yang diambil bagi melatari filem ini adalah hasil daripada nyanyian Penghibur no.1 Asia ini. Antara lagu-lagu yang dipilih adalah ; Bercanda Dipasiran Pantai, Basikal Tua, Hidup sederhana, Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Kasih, Milik Siapa Gadis Ini, Merisik Khabar, Ayah dan Ibu, Pelangi Petang, One thousand million Smiles, Anak Gembala, Terasing dan Balik Kampung.
Filem ini mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.
Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman.
Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu. Filem ini dijangka akan menemui penonton pada tahun ini. - fanpage Hoore Hoore.
Trailer filem Hoore! Hoore!
Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid. Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu. Filem ini dijangka akan menemui penonton pada tahun ini. - fanpage Hoore Hoore.
Wednesday, March 7, 2012
Sneak Peek: Wrath Of The Titans
Pernah menonton Immortals (klik sini untuk reviewnya)arahan Tarsem Singh? Pastinya yang sedar dan peka, anda dapat rasakan yang filem itu adalah paparan Hollywood tentang yakjuj dan makjuj dalam kisah mitos Greek. Kisah bagaimana Theseus dipilih oleh Zeus untuk mengetuai perperangan terhadap King Hyperion yang kejam. Perhatikan saja bagaimana bencana di sebalik gunung itu dipaparkan sebagai seseorang yang tidak punya hati dan perasaan.
March ini, kisah yang hampir sama, dengan penceritaan bencana akhir zaman dari kisah tuhan mitos Greek ini bakal dipersembahkan lagi. Wrath of the Titans bakal mengisahkan bagaimana Perseus (Sam Worthington) yang terpaksa menghadapi satu cabaran untuk ke dunia bawah bagi menyelamatkan Zeus, yang dikhianat oleh anaknya Ares dan abangnya Hades.
Dibintangi Sam Worthington, Liam Nesson dan Rosamund Pike, filem ini adalah sekuel kepada Clash of the Titans arahan Louis Laterrier (pengarah Transporter dan Transporter 2). Wrath of the Titans diarahkan oleh Jonathan Liebesman (pengarah Battle Los Angeles).
Monday, March 5, 2012
Review: Hantu Dalam Botol Kicap
Hantu Dalam Botol Kicap adalah filem yang paling sampah David Teo pernah buat dalam sejarah. Aku rasakan inilah filem tertahyul yang pernah dibuat kononnya mahu mengundang tawa penonton. Tetapi, bila aku tonton, tertawa tu tak ada, nak kata diam dan khusyuk menonton pun tak ada, nak rasa mual dan mahu tekan off saja, itu ada. Malang sungguh lagak Maimon Talib yang tidak kesampaian dalam memberikan komedinya. Terima kasih kepada pengarahnya, Azhari Mohd Zain yang nampaknya menjadi tanda keruntuhan MIG dalam bikin filem seramnya.
Kisah hantu yang kononnya takutkan botol kicap (tidak pula dispesifikasikan apa jenis hantu) dijadikan sebuah cerita. Ditinggalkan hantu hantu ini di sebuah kampung entah dimana. Kononnya di situ juga, ada bermacam macam jenis hantu. Maka dek kerana mak dan ayah tiga orang budak terpaksa ke luar negara, 3 orang anaknya yang nakal mula mendapat bala apabila hantu hantu mengacau dan teruk lagi, tindakan Epoi (Zalif Sidek) telah melepaskan hantu hantu yang dikurung neneknya.
movie mistakes filem ini:
Ah, ceritanya memanglah nampak unik. Tetapi kalau persembahan tak berubah ubah dari dulu sampai sekarang, apa yang dicanang di THE MAKING OF yang terlalu mengada ngada itu tetap tak akan kesampaian. Hantu Dalam Botol Kicap tersungkur. Walaupun aku rasakan Angah Raja Lawak itu memang cukup baik make-up dan lakonannya, tetapi apakan daya, ceritanya bodoh dan tak mampu untuk aku menangkap saat saat lawak dan funny si Hantu Botol Kicap.
Apa yang aku perhatikan dalam filem ini, dari awal filem sampailah ke tengah filem, adalah kerja Epoi yang bersungguh sungguh nak masuk ke dalam bilik berselempang merah dan juga abang abangnya yang gedik nak pulang ke KL. Bila aku tonton je, apekah motifnya filem ini dinamakan Hantu Dalam Botol Kicap? It’s a horror komedi yang bernama Hantu Dalam Botol Kicap, so cerita pasal Hantu Botol Kicap sepatutnya melebihi cerita tiga orang budak ini nak balik KL.
Masa yang sama juga, cerita Puteri nampaknya tersepit dan cerita subplot paling lemah dan longlai aku pernah saksikan. Bayangkanlah bagaimana si Puteri yang kononnya gila dan mental (melihat kepada gayanya semasa awal filem) boleh pula tiba tiba saja menjadi ok. Ditakdirkan pula, cepatnya cinta Azri dan Puteri berputik. Subplot mengarut!
Malah, dengan adegan adegan Zalif Sidek yang annoying, juga adegan whillie yang nampak tak lawak dan mengujakan pun, Hantu Dalam Botol Kicap dipenuhi adegan yang tak masuk akal dan tidak kena dengan jiwa. Paling mengarut tetapi kononnya babak yang paling disukai Zalif Sidek (semasa temubual dalam THE MAKING OF) adalah babak tarian yang annoying giler. Sekali lagi, annoying! Secubit saja aku mampu ketawa bila mereka bertiga terhantuk hantu pocong yang baru nak datang kenduri.
Apapun, disebalik kebodohan cerita ini, aku tabik kepada make up artist dan juga orang yang bertungkus lumus untuk siapkan hantu tanpa kepala, juga hantu botol kicap dan juga hantu hantu lain. Make up nampaknya terbaik!
Perkara yang membuatkan aku rasa filem ini memang bodoh lagi membodohkan adalah apabila penggunaan ayat suci, syaitan, dan nama tuhan dan disambung dengan kata kata ‘zas zas zas’. Aku tak kisah jikalau apa saja mantera yang ada (rujuk Keramat, rujuk filem seram MIG lain) tidak bermain dengan tuhan. Kau mengarutlah apa saja, tetapi benda itu mengerikan untuk dibuat lawak. Bayangkan, mampu ke kau nak gelak kalau kau dah gunakan Allahuakbar dan disambung dengan ‘zas’ yang membuatkan hantu menari2? Aku pun tak sanggup nak gelak. Menghina itu namanya.
Ahir kata, perkara itu biarlah antara dia dengan siapa saja yang dia patut berhadapan. Aku dapat rasakan filem seram MIG bakal menghadapi musim kejatuhannya, walaupun Adnan Sempit mampu untuk mengaut 4 juta sekaligus tertinggi bagi 2012. Berbalik kepada Hantu Dalam Botol Kicap, inilah filem paling tidak masuk akal untuk aku ketawa.
1/5